Ahad, 17 Jun 2012

BILA MENTADBIR NEGARA BUKAN BIDANG KITA...BAB AGAMA KITA TAK MAHIR...SILAP2 HARIBULAN DUA2 LINGKUP....DUNIA LINGKUP DAN AKHIRAT PUN LINGKUP.....

Haji dan politik

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 16 Jun 2012
Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihan raya secara sepintas lalu menjadi polemik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan di antara wajib mudoyyak dan wajib muwassa' yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.

Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Tuan Haji Subky Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada di kalangan tokoh agama termasuk berjawatan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.

PAS tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam, walaupun politik tidak termasuk dalam rukun Islam seperti ibadah haji dan tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia, perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.

Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa Ramadhan dan sembahyang di akhir waktu. Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya di awal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassa'.

Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh Al Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam. Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa'. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam. Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.

Rasulullah SAW menangguhkan ibadat hajinya walaupun diwajibkan lebih awal, ada kalangan ulama yang menyatakan sejak zaman Nabi Adam. Ada yang menyatakan sejak zaman Nabi Ibrahim dan ada yang menyatakan di tahun ketujuh hijrah. Rasulullah SAW membebaskan Makkah (Fathul Makkah) daripada Jahiliyyah terlebih dahulu daripada menunaikan haji dan menghadapi qabilah Hawazin dalam peperangan Hunain. Walaupun banyak harta dan bekalan berada dalam tangan melimpah ruah dan sudah masuk bulan Syawal (bulan haji), namun terus pulang ke Madinah tanpa menunaikan haji.
Rasulullah SAW menugaskan sahabatnya Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah. Adapun Rasulullah SAW menangguhkan haji sehingga tahun kesepuluh hijrah, sebelum sedikit kewafatan baginda. Para ulama menegaskan bahawa wajib haji adalah muwassa', boleh ditangguh dan Rasulullah SAW mendahulukan urusan politik negaranya dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai.

Dalam peristiwa Hudaibiyah pula, Rasulullah dan para sahabat telah memakai pakaian ihram bagi menunaikan umrah. Tiba-tiba dihalang memasuki Makkah dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah yang salah satu syaratnya menangguhkan umrah. Maka ditangguhkan umrah dan dibayar dam(denda) tanpa menunaikan umrah pada tahun tersebut. Umrah ditangguh kerana perjanjian Hudaibiyah memberi kemenangan politik yang tidak boleh ditangguhkan.

Kepada PAS, pilihanraya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat. Passport dan visa haji juga berasal daripada Barat, kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji. Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak, kecuali mazhab yang sesat. Al Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.

PAS tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan. Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf juga menegaskan, "agama adalah asas, kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas runtuh, kalau tidak ada pengawas, hilang tercicir". Maka banyak hukum-hakam Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan. Almarhum Syed Alawi Al Haddad, Mufti Kerajaan Johor ditahun 50-an menyatakan dalam fatwanya yang diterbitkan berkenaan kewajipan pilihanraya dan parti mana yang wajib dipilih. Kepada imam-iman yang masih kuat menyokong Umno di Johor, sila cari buku fatwa ini.

PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam. Rasulullah SAW menegaskan bahawa menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.

Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan, kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan. Kalau tauliah ilmu juga boleh dijual beli dengan harta dan pangkat, boleh menyesatkan orang ramai. Namun cahaya ilmu Islam pasti bersuluh dan dipelihara Allah. Sesuapa yang mengkhianati ilmu Islam pasti tersungkur akhirnya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

PAS beri banyak manfaat kepada wanita Kelantan

Anis Nazri, 16 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Tiada yang merugikan wanita Kelantan apabila kerajaan negeri tidak membenarkan wanita negeri itu menyertai tilawah al-Quran sejak 20 tahun lalu.

Sebaliknya wanita Kelantan mendapat manfaat dengan kelas-kelas pengajian al-Quran yang berada di setiap peringkat negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.

Malah, tegas Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar), mereka dapat mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran untuk diamalkan sebagai bekalan ke akhirat yang abadi.

"Banyak kelas pengajian al-Quran di Kelantan. Kita kena faham, al-Quran ini bukan hanya untuk dibaca dan dilagukan, tetapi ia untuk difahami dan dihayati agar kita berpegang dengannya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed yang mengatakan wanita Kelantan kerugian selama 20 tahun kerana tidak dibenarkan menyertai tilawah al-Quran.

Selain menyatakan pendirian kerajaan negeri Kelantan yang memberi penghormatan yang tinggi terhadap wanita, ahli parlimen Rantau Panjang itu juga keadaan itu tidak dapat dikecapi ketika BN memerintah negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri Kelantan begitu mengiktiraf peranan wanita dengan melantik mereka sebagai penghulu wanita, pegawai armalah, tanpa meminggirkan peluang wanita Kelantan untuk ke Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Selain itu, wanita Kelantan juga rasa terhormat apabila banyak program-program kerajaan negeri yang menjurus kepada kewanitaan, projek kebajikan, cuti bersalin 90 hari, skim armalah, yang semuanya tidak ada ketika BN memerintah," tegas beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana pihak yang menyatakan wanita Kelantan kerugian hanya kerana tidak menyertai tilawah al-Quran, agar kembali memahami tujuan al-Quran itu diturunkan.

"Al-Quran diturunkan untuk difahami serta dihayati, dan kemudiannya diamalkan.  Bukan sekadar dibaca, diperdengarkan di khalayak, dan dipertandingkan. Tidak rugi apa-apa wanita Kelantan tidak menyertai tilawah sekiranya kandungan al-Quran itu difahami keseluruhannya," tegas beliau.
Hadi gesa rakyat Johor berubah, jangan jadi 'ekor cicak'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 5:20PM Jun 16 2012
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Johor untuk membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat menuju Putrajaya sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa tokoh Umno dan bekas pemimpin polis dan tentera yang kini menyertai perjuangan gabungan itu.

Bahkan, Abdul Hadi juga menggesa supaya rakyat negeri ini tidak menjadi seperti "ekor cicak" dalam usaha untuk menuju perubahan supaya tidak ketinggalan.

"Kita berharap orang Johor juga ikut buat perubahan. Kita tidak mahu orang negeri lain berubah, Johor tak berubah.

"Johor jadi ekor cicak. Ekor cicak kita tahu lah, putus ekor dia... (bunyi ekor menggelepar) tinggal situ saja. Jangan!. Johor mesti buat perubahan sama," katanya yang diiringi ketawa para hadirin.

BPAS crowd in batu pahat johor 2erucap kepada lebih 500 hadirin  di Majlis Jamuan Rakyat di Tongkang
Pechah dalam parlimen Batu Pahat petang ini, Abdul Hadi berkata rakyat perlu menjadi hakim untuk menentukan pemerintahan dalam menepati maksud demokrasi.

Dengan memberi contoh Abdul Hadi berkata rakyat Amerika menolak presiden Nixon yang didakwanya menipu dalam pilihan raya selepas mahkamah membuktikannya dan rakyat Perancis menolak bekas presiden negara itu Sarkozy yang didakwanya menerima wang daripada Muaamar Gadafi.

"Tempat kita (lagi) dapat duit, lagi sokong. Tetapi di barat walaupun pentingkan kebendaan, tetapi mahu sistem (pentadbiran) negara yang baik," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata peluang PAS  untuk menang dalam pilihan raya "tidak mudah tetapi tidak mustahil" untuk mencapainya.

PAS crowd in batu pahat johor 1Katanya lagi pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat di negeri itu
mencapai tahap "95 peratus".

Ditanya berapa kerusi PAS akan bertanding, ahli parlimen Marang itu berkata: "Tunggu pada hari penamaan calon".

"Kita yakin mempunyai calon Pakatan yang cukup untuk mentadbir negara dan negeri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mazlan Aliman yang ditemui Malaysiakini selepas sidang media berkata PAS Johor bertanding 28 hingga 31 kerusi DUN dan lapan kerusi parlimen.

Menurutnya lagi, pada kemuncak himpunan Hijau peringkat negeri itu pada 29 Jun ini, beberapa tokoh pemimpin, bekas pegawai polis dan tentera serta  selebriti akan menyertai parti itu.
Apa yang Najib nak tunjuk sebenaqnya nie...
Posted on Saturday, June 16 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: paklongdin

"

Tak kira la belah mana, mengkalu hangpa nak kena sumbat skerap dalam mulut... try la kacau Mak Long hang yang tengah motong camnie... hehe...

Salam semua...

Pejam celilk, pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2012 dah... kalau nak ikutkan tu, tak lama dah Najib nak kena turun dari kerusi Piem yang panaih tu untuk diserahkan pada rakyat sekali lagi... haha... raya lagi la kita...

Pak Long pun terasa gak bahang panaih nak pilihanraya nie. Tak terasa mai mananya... mengkalu tengok dalam komen-komen yang Pak Long terima, banyak jugak yang komen guna kepala lutut... haha... Ada yang maki berkarung-karung sampai tak tergamak Pak Long nak lepaih bagi anak cucu tengok...


Apa yang Najib nak tunjuk sebenaqnya nie...

Agak-agak hangpa la... pemimpin yang macamana gamaknya yang kaki maki orang ni nak pilih masa mengundi nanti noo... haha...

Tu la... Mak Long hang pun serupa, Pak Long pun sama... teringin sangat sebelum pejam mata nie, nak tengok pemimpin yang mendolatkan Islam menjadi pemimpin. Pemimpin yang meletakkan Islam sebagai pemerintah dan bukan diperintah. Hari-hari Pak Long berdoa... biaq la kerusi Piem tu panaih macamana sekali pun tapi pemimpin yang rakyat nak pilih nanti tu biaq la sejuk mata kita memandang...

Nak pilih pemimpin ni bukan mudah... nak jadi pemimpin lagi la payah...

Mengkalu tanya Mat Sabu, mesti dia mau sangat parti dia menang dalam PRU... Kalu tanya Berahim Ali, mesti dia julang kerih telanjang bagi tinggi. Depa pulun siang malam berceramah dan berdemo nak buat hapa kalau tak mau jadi sebahagian dari pemerintah. Biaq la depa nak perjuangkan apa yang depa percaya ngan cara depa... Cuma yang tak pasti adakah depa-depa ni tergulung sebagai pemimpin yang di redhai atau tidak di redhai oleh Allah s.w.t...

Depa-depa tu tak kemana tanpa rakyat yang mendokong depa...

Satu kemuliaan dan penghormatan yang besaq dari Allah sebenaqnya pada sesapa yang telah di kurniakan Allah sebagai pemimpin nie. Bukan semua orang dapat walau ramai yang dok mengorat... haha... Tawaq diri jadi pemimpin ni bagai teloq kat hujung tanduk... sebelah kaki kat neraka, lagi sebelah kat syurga.

Pemimpin yang diangkat Allah s.w.t. adalah manusia yang menerima anugerah kemuliaan dan penghormatan disisi Allah s.w.t. Anugerah tu sebenaqnya mai dengan amanah dan anugerah tu jugak adalah segala segalanya pada hamba Allah yang bertakwa. Depa tak pikiaq pasai lain dah selain menghamba abdikan dirinya dengan tugaih-tugaih serta memikul amanah dan tanggung jawab sebagai pemimpin pada rakyatnya.

Kita ni mengkalu terlebih gula pun jadik racun jugak jadi tak payah la kita menaboq janji manih yang tak terjangkau tangan atau pujuk rayu sampai ke hutan getah. Ketidaksampaian kita sebagai pemimpin mungkin adalah hukuman Allah s.w.t terhadap ketidaksediaan kita untuk menjadi pemimpin besaq...

Racun tu mudah tuk diketahui orang tapi ramai yang akan tertipu dengan kata-kata bila ianya dibungkuih dengan gula-gula yang lebih manih dari racun... Disini la pentingnya ilmu, biaq kita kenali gula beracun tanpa dirasa. Ni la yang Pak Long kata nak pilih pemimpin pun bukan mudah... Silap-silap pilih sampai ke mati anak cucu marah...

Wassalam...

Sumber: http://paklongonline.blogspot.com/"
Terhot : Malam Ni ada orang tidur tak lena..Sepina dari Mahkamah Perancis
Posted on Saturday, June 16 @ 09:28:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

Mahkamah Perancis sepina orang kanan Razak BagindaSepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu
sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.
 disunting oleh Abu Luqman

Ekslusif! Dokumen mahkamah kes bakal menantu Rosmah
Posted on Friday, June 15 @ 23:21:12 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lipasmalas

"BEBERAPA hari lalu kita digemparkan dengan laporan akhbar luar negara termasuk The New York Post dan Dailymail UK, berhubung sebuah dokumen mahkamah di New York yang mendakwa bakal menantu Najib Razak terlibat dengan satu kes penipuan terhadap bapa tirinya, rujuk sini [Bakal besan Najib].

Bagaimanapun, bakal besan Najib, yang juga merupakan ibu kepada tunang anak perempuan Najib (Daniyar Nazarbayev) mendakwa laporan tersebut adalah menipu dan tidak masuk akal [TMI].




Namun begitu hasil carian di portal rasmi Mahkamah New York membuktikan bahawa kes mahkamah tersebut sememangnya wujud, dan kenyataan bakal besan Najib itulah yang tidak masuk akal.

Berikut salah satu salinan dokumen yang dimaksudkan.



Dokumen seterusnya boleh dimuat turun di [link]
Putera Mahkota Saudi Putera Nayef mangkat

17 Jun 2012
Putera Nayef
Putera Mahkota Arab Saudi Putera Nayef
RIYADH - Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz Al Saud mangkat di "luar negara" hari ini.
Putera Nayef, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, berlepas ke luar negara untuk bercuti dan pemeriksaan kesihatan lewat bulan lepas.
Pafa 3 Jun lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, Putera Nayef, yang berusia 77 atau 78 tahun, berada dalam keadaan baik dan akan kembali ke Arab Saudi dalam waktu terdekat.
Putera Nayef dinamakan sebagai Putera Mahkota pada Oktober 2011 selepas kematian Putera Mahkota ketika itu, Sultan bin Abdul Aziz.
Laporan-laporan yang tidak disahkan menyebut Putera Nayef menerima rawatan perubatan sejak Mei lalu di sebuah hospital di Geneva.
Beza raja kita dengan raja England
Posted on Friday, June 15 @ 19:41:49 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: haramakap

"Sejak kebelakangan ini perhubungan diantara institusi raja dan rakyat jelata telah menjadi isu hangat yang dibicarakan didalam media massa, internet mahu pun dikedai kopi. Topik ini sangat relevan kepada orang Melayu oleh kerana dari segi perlembagaan dan adatnya Kesultanan Melayu wujud sebagai payong kepada bangsa dan pelindung kepada agama Islam .

Namun beberapa insiden yang berlaku telah menampakkan kepincangan didalam hubungan ini . Rata rata orang Melayu sangat menghormati institusi raja raja ini dan mereka tidak mempersoalkan kedudukan istimewa yang dikecapi oleh sultan, raja serta kaum kerabat mereka. Tetapi ini tidak bermaana yang rakyat akan menerima bulat bulat apa sahaja yang dilakukan oleh raja raja serta kaum kerabat, apatah lagi jika perbuatan itu menampakkan kerendahan budi pekerti serta moral dari sudut hukum Agama dan adat. Kita bukan lagi duduk dizaman kuno dimana siapa yang gagah berkuasa dan siapa yang mempunyai hulubalang dan bala tentera yang ganas boleh menguasi kumpulan yang lebih lemah. Dizaman moden ini kita dapat membandingi satu keadaan dengan satu keadaan ditempat yang lain tanpa kita ketempat itu.
Institusi Raja diEngland telah bertapak lebih lama lagi dari Institusi kesultanan Melayu. Malahan institusi kesultanan kita telah meniru sistem Raja Berpelembagaan England dari segi pentadbirannya, dengan beberapa pengubahsuain tentu sekali .
Namun nampak dengan jelas beberapa kelainan yang ketara diantara kedua dua institusi ini. Institusi diRaja England, termasuk Queen , boleh dikritik dan ditegur oleh rakyat jelata dan perbelanjaan istana tidak dirahsiakan. Dan sebenarnya Queen serta kerabat telah banyak kali diberi teguran sama ada  melalui akhbar akhbar, oleh individu dan juga melalui perdebatan di Parlimen. Tatkala sebahagian dari Buckingham Palace telah terbakar, Queen Elizabeth II terpaksa membuat pembaikan mengguna wang sendiri oleh kerana rakyat menganggap itu adalah tanggung jawap nya sendiri. Queen dan kerabat tidak terlibat berebut projek dan apa apa  konsesion kerajaan ( saperti kawasdan balak dinegara kita ) dengan rakyat jelata. Kerabat Queen bekerja untuk menyara diri termasuk cucunya ( anak Prince Phillips dan Diana ) yang kedua duanya menyertai pasukan bersenjata sebagai pilot helikopter.
Kita berharap agar perkara hubungan diantara dan raja ini diberi perhatian secara rasional . Memandangkan institusi diRaja ditanggung melalui dana wang rakyat maka perlu ada persefahaman diatas kehendak kedua dua pihak. Janganlah jadikan raja raja Arab sebagai contoh . Kejatuhan Shah Reza Pahlavi oleh kerana dia tidak mendengar keluhan rakyat marhaen.
Apa Akan Jadi Kalau Rakyat Boleh Berdebat Dengan Raja?
Posted on Friday, June 15 @ 23:10:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: wfauzdin_ns

"BAYANGKAN jika rakyat biasa boleh bepeluang berdebat dengan raja, tentu menarik sekali.  Aku yakin ramai keturunan raja di seluruh dunia ini cerdik-cerdik belaka dan berpelajaran tinggi, tetapi mungkin ada juga raja di dunia ini yang bukan sahaja tidak berpelajaran tinggi, tetapi ego. sombong dan zalim pula.  Maka, andainya rakyat boleh berhujah dengan raja di atas apa yang dia tidak puas hati atau terasa dirinya dihina oleh raja, sudah tentu tiada raja di dunia ini yang sewenang-wenangnya menunjuk lagak.

Sejarah lalu ada kisah raja atau Sultan yang suka berhujah dengan rakyat. Kisah Sultan Aminur Rasyid terkenal dengan sikap baginda yang bijak dan sering berhujah dengan rakyatnya. Ada juga raja yang zalim tetapi masih memberi peluang kepada penentangnya untuk berhujah di depan beliau. Tetapi kerana zalimnya, hujah kebenaran yang dibawa di hadapannya ditolak mentah-mentah. Tetapi sekurang-kurangnya raja zalim ini mahu berdebat. Lupakah kita kisah Nabi Ibrahim A.S yang berhujah dengan rajanya berkenaan berhala?

Amat malang sekali di era moden ini jika ada raja yang memerintah mana-mana negara atau benua sekali pun yang takut untuk berdepan dengan kebenaran. Ada raja yang sentiasa menganggap rakyat berada di bawah telapak kakinya. Raja yang suka memperbodohkan rakyatnya itu sebenarnya raja yang tidak cerdik tetapi berselindung di bawah kuasa yang dimiliki walaupun kuasa itu sebenarnya tidak bermakna jika tiada rakyat. Raja jenis ini jika memerintah, rosaklah negeri kerana dia menyangka dia lah Tuhan yang tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang betul sedangkan rakyat kenal asal keturunannya.

Nasib baik di negara kita raja-raja semuanya baik dan bijak belaka kerana kita tidak pernah dengar raja menampar atau menyepak rakyatnya, tidak pernah kita dengar raja minta balak, tidak pernah kita dengar raja kaki berpoya-poya dengan wanita malahan kita tidak mempunyai raja yang membazir. Bahagianya kita. Ada teman membuat lawak bodoh memberitahu aku, ada raja yang selalu dikritik tetapi tetap tenang, aku bertanya siapa raja itu? Teman ku jawab, " Rajagopal", Jurulatih Bolasepak Harimau Malaya. /wfauzdin.blogspot.com 
PM Najib nak beli 200,000 biji proton previe (belanja RM 11. billoin) untuk PRU
Posted on Saturday, June 16 @ 06:19:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

By Shannon Teoh, Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, June 15 — Pemandu insisted today that the federal government will continue to cut its deficit this year despite economic growth falling short of Putrajaya’s target so far and a new supplementary supply bill asking for RM13.8 billion more to spen

Banyak yang tidak faham aturan perbelanjaan negara Malaysia jadi apa yang dihuraikan oleh Pemandu Idris jala mengatakan Pentadbiran PUTRJAYA AKAN KEKAL MENGURANGKAN DEFECIT WALAUPUN PERTUBUHAN EKONOMI MENURUN NAJIB MASIH MEMINTA RANG UNDANG UNDANG BEKALAN TAMBAHAN apa maksudnya ini mungkin banyak yang tak boleh absorb dan rongkai mungkin saya pun akan silap tafsir

Jadi saya cuba terang semudah yamg boleh mula mula kita kena faham sistem perakaunan negara iaitu CASH MODIFIED ACCOUNTING SISTEM bukan accuraals tetapi applikasi bagi Perbelanjaan Pembagunan sistem Akrual digunapakai ,memgikut satu jangkamasa . Kumpulan wang disatukan terbahagi kepada 3 atau boleh dikatakan 4 iaitu


1. Bekalan
2. Tanggungan
3. Amanah
4. Pembangunan

Segala perbelajaan adalah melalui rang undang undang bekalan ( Bajet) jika ini tidak memenuhi keperluan perbelanjaan tahun yang berkenaan maka rang undang undang pembekalan Tambahan atau mengunakan Fasal 103 Kumpulan Wang Luar Jangka bagi maksud menentukan peruntukan mencukupi bagi setiap tanggungan perbelanjaan

Ha Ha Ha Ha pening kan lagi pun kena rujuk akta Peruntukan kewangan Bab 1 Am perkata 96 dan seterusnya

Baik kita simplified kan contoh yang paling baik ialah duit dan kewanagan satu organisasi umum atau hak orang ramai seperti masjid atau surau

Duit yang masuk didalam smasjid ialah Kutipan sedekah , sumbangan jemaah khusus untuk sesuatu pekara ibadah tahlil dan pemberian kerajaan iaitu JAIS

sebagai contoh bahagi 3 jenis sumbangan satu sumbangan tanpa syarat , satu sumbangan bersyarat iaitu pesanan buat tahlil atau wakaf sesautu perkara , satu lagi renovation selalaunya JAIS yang bagi
sama juga wang kerajaan 9 Wang Rakyat) ada syarat syarat perbelanjaan


Telah dikenalpasti kutipan derma jumaat dan harian berdasarkan masa lampau dan trend ialah RM 3,000.00 sebulan jadi kita merangka perbelanjaan bulanan bayar bil air , TNB , elaun siak repair repair kecil tidak melebehi RM 3,000.00 sebulan jadi jika kita belanja lebih atau kutipan kurang kita akan masallah itu kita panggil DEFECIT tapi kalau belanja ikut yang dirancang dan kutipan berlebihan maka SURPLUS



Jadi apa yang Idris jala katakan ialah negara dalam deficit dan menjangka akan mengurangkan jumlah deficit ini walaupun kita dah dimaklumkan pertumbohan ekonomi akan menguncup


Dengan erti kata lain Bendahari Masjid berkata pada Jemaah atau Qariah masjid " kita banyak dah hutang bil air ada sangkut bayar , TNB pun ada bil tak bayar gaji siak bayar kurang sikit tetapi semua pekara ini takada masalah kita akan kurang kan hutang hutang ini , walaupun kita menjangka wang yang kita akan kutip RM 3,000.00 akan kurang dan tak tercapai , "

"Pengerusi masjid minta tambahkan belanja RM 13.8 billon duit tamabahan sebab nak belanja dalam mesyuarat masjid bulan depan untuk memilih jawatankuasa masjid jadi kita kena raikan dan yakinkah pada jemaah kita masjid ada duit dan bagus supaya kita dipilih balik jadi AJK masjid"


Tanya salah satu ahli jawatankuasa bagaimana dengan hutang buat masjid dulu ni Kata bendahari " oh itu tak ada problem kita boleh ambil duit pinjaman 55% dari tanah yang kita gadaikan kita dah pinjam 881 ringgit baru 53.5 percent kita boleh pinjam lagi 13 ringgit jadi kalau masjid terbakar kena banjir atau malapetaka lain kita pakai lah 13 ringgit lagi lepas tak boleh nak settle baru lah kita jadi bangkrap Jadi sekarang tak ada masallah jangan risau "


Tapi semua itu saya rasa ok bendahari kata baru baru ni semua orang naik gaji anak saya dulu gaji US 6,700 sekarang /lah ni dah gaji US 9700 jadi kita akan ok


Itu lah yang saya faham dari Pentadbiran najib dan UMNO


Kata Nabil LU FIKIRLAH SENDIRI
"

Politik Kapitalis
Posted on Friday, June 15 @ 23:12:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: PemikirKritikal

"Realiti kehidupan kini, kata-kata "Wang bukan segalanya" tidak boleh dipakai lagi dalam keadaan negara yang menggunakan sistem politik kapitalis. Jarang sekali kita mendengar frasa ini kerana kita telah dikaburi dengan nama-nama yang menggambarkan sistem itu memberi kebaikan kepada penggunanya.

Kecuali sistem pemerintahan islam, kesemua sistem yang selain daripada itu mempunyai kecacatan daripada segi pelaksanaan undang-undang, pengurusan perbendaharaan negara dan kebajikan rakyat.

 Sistem politik kapitalis didefinisikan saya secara peribadi sebagai satu sistem politik yang mengaut keuntungan sama ada wang, harta atau aset, dalam semua perlaksanaan pemerintahan sesebuah negara seperti projek kebajikan rakyat, pelaksanaan sistem perundangan negara atau pengurusan aset negara. Dengan bahasa mudah, politik kapitalis akan menjanjikan kepentingan kepada pelaksananya dan kepentingan tersebut dianngap sebagai satu keperluan dalam kertas kerja sesebuah projek.


Politik kapitalis yang diamalkan oleh sesebuah negara akan menjanjikan kesenangan kepada individu tetapi akan meningkatkan kadar korupsi dalam kalangan rakyat. Dengan memilih politik kapitalis sebagai jalan pemerintahan, " si kaya akan menjadi lebih kaya, si miskin akan menjadi lebih miskin". Antara komponen utama dalam politik kapitalis ialah Pelobi dan Kroni.

Komponen ini saling bergantung antara satu sama lain agar keuntungan bersama dapat dicapai. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan politik kapitalis, secara sedar atau tidak. Dalam perlaksanaan politik kapitalis, pennguasaan terhadap media massa amatlah penting kerana ia merupakan komponen utama bagi melancarkan peperangan psikologi. Contohnya, jika keadaan ekonomi berada dalam tidak stabil dan semakin jatuh, media massa akan digunakan bagi menaikkan semangat rakyat dengan mengeluarkan berita-berita yang positif terhadap keadaan ekonomi negara tersebut agar rakyat akan sentiasa melabur di negara itu tanpa menghiraukan risiko yang akan berlaku. Kadar untuk teknik ini berjaya ialah 70:30, iaitu 70peratus menunjukkan teknik ini akan gagal dan 30peratus adalah sebaliknya.

Politik kapitalis yang diamalkan oleh sesebuah negara akan menjanjikan kesenangan kepada individu tetapi akan meningkatkan kadar korupsi dalam kalangan rakyat. Dengan memilih politik kapitalis sebagai jalan pemerintahan, " si kaya akan menjadi lebih kaya, si miskin akan menjadi lebih miskin". Antara komponen utama dalam politik kapitalis ialah Pelobi dan Kroni.

Komponen ini saling bergantung antara satu sama lain agar keuntungan bersama dapat dicapai. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan politik kapitalis, secara sedar atau tidak. Dalam perlaksanaan politik kapitalis, pennguasaan terhadap media massa amatlah penting kerana ia merupakan komponen utama bagi melancarkan peperangan psikologi. Contohnya, jika keadaan ekonomi berada dalam tidak stabil dan semakin jatuh, media massa akan digunakan bagi menaikkan semangat rakyat dengan mengeluarkan berita-berita yang positif terhadap keadaan ekonomi negara tersebut agar rakyat akan sentiasa melabur di negara itu tanpa menghiraukan risiko yang akan berlaku. Kadar untuk teknik ini berjaya ialah 70:30, iaitu 70peratus menunjukkan teknik ini akan gagal dan 30peratus adalah sebaliknya.


Kecacatan utama politik kapitalis ialah menggunakan amalan sekularisme iaiti memisahkan agama dengan semua urusan dunia. Ini bermaksud semua perlaksanaan hukuman dan tindakan tidak mengikut al-quran dan hadith. Rasulullah pernah bersabda "

Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
Jadi, dengan memlilih untuk meninggalkan kedua-dua komponen utama ini, keputusan akan menjadi berat sebelah dan tidak adil kepada semua pihak. Jadi marilah kita semua menolak amalan politik kapitalis dan kembali kepada ajaran dan cara memimpin yang sebenar. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.
pemikirkritikal.blogspot.com
"

Tiada ulasan: