Rabu, 27 Jun 2012

BEKERJALAH UNTUK ALLAH SAJA...KERJA KUAT PUN TAK GUNA KALAU BUKAN KERANA ALLAH...LEBIH2 LAGI MAKSIAT BERADA SEKELILING KITA BEKERJA....LEPAS TU MAKSIAT TU MACAM KITA SUKA DAN REDA...AGAK2 TAK BERDOSA KE....KERJA TU DAPAT PAHALA KE...MENGAJI KE SURAU MALAS...DAH SOLAT MACAM DAH TEROR ISLAMNYA...

Perghhh!!! Macam nak Pitam kawe Amano tengok ni !!!
Posted on Tuesday, June 26 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
Ini yang tak tahan... Banner bergerak pakai lori.


Konvoi anak muda dari seberang Jaya ke Bagan, Bworth. 1000 biji motosikal


sebahagian peserta yang sampai


Abang Badut, pun ikut serta..jual belon di malam himpunan hijau Penang.
Maaf Gambar Kelabu.. kamera Hp je...

Terima kasih kepada sahabat Lie GJ yang kirim gambar dari Fb... dan blogger sendiri yang ke sana... kalau momentum macam ni..insyaallah Penang PAS boleh tambah dua kerusi lagi jadi 3 kut... PAS for all kena buat keja kuat la... Haria Penang Haria.

klik: nukilan dari Abu Luqman"



 Rakyat Penang TUNJUK PERASAAN?
Posted on Tuesday, June 26 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: dhalyanun

"

TUNJUK PERASAAN... Gambar Anggota Parlimen kawasan Bukit Gelugor Karpal Singh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer dikoyakkan dari papan iklan yang dipacak di persimpangan Jalan Udini, George Town, Selasa.?

Mungkinkah rakyat di kawasan tersebut mula tunjuk perasaan kepada wakil rakyat mereka.? Walaubagaimanapun, wajah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan timbalannya Mansor Othman masih tertera pada papan iklan berkenaan. -foto BERNAMA

Ni lah petandanya gerombolan dah kering modal nak berkempen...

Ni lah petandanya gerombolan dah naik sasau dan angau...

Depa dah kemaruk kuasa sehingga penyakit sasau dan angau semakin menjadi-jadi. Depa sengaja buat-buat tak tau. Puak gerombolanlah yang jadi hantu sebelum gempaq orang kampung dengan cerita-cerita hantu. Bukan orang tak tau, TUNJUK PERASAAN jenih perlingkup harta benda ni sememangnya di juarai oleh puak-puak gerombolan. Tak payah nak berselindung selindung lagi.

Depa perlingkup poster orang, ambik gambar taruk muka depan... Buat kenyataan sebagai tunjuk perasaan dari rakyat Penang.... piiiraaahhhh....

Tak dinafikan, memang ada sekerat dua yang tak puas hati dengan kerajaan negeri Pakatan Penang nie... tapi tu semuanya balaci-balaci dan macai-macai UMNO la...

ISHHH... MEMANG BETOI LA, BENGONG TERCIPTA UNTUK BANGSA UMNO...




Lim Guan Eng Ingin Mencontohi Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

WALAUPUN berstatus bukan Islam, tidak menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mencontohi cara pemerintahan idolanya, Khalifah Umar Abdul Aziz. Baginya Umar Abdul Aziz terlalu hebat untuk diikuti. Namun, beliau bertekad untuk melaksanakan cara kepimpinan Umar Abdul Aziz setakat yang terdaya.
Ikuti bahagian kedua temubual AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB, IZWAN ABDUL HALIM serta SABRI MOHD SAID menemui beliau di Pejabat Ketua Menteri, di Bangunan Komtar pada jam 8.30 malam, 3 Februari 2010.

Selama hampir dua tahun saudara sering menyebut mengenai meneladani kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Setakat mana ia telah diterap dalam kepimpinan di Pulau Pinang dan sejauh mana kepimpinan Umar Abdul Aziz dan prinsip CAT boleh diteladani pegawai-pegawai kerajaan di Pulau Pinang? Ada dakwaan mengatakan sesetengah kes tertentu ada sabotaj dari pegawai kerajaan?

LIM GUAN ENG: Yang utamanya kita cuba memupuk sikap profesionalisme. Sebab itu kita lantik tanpa mengira Melayu, Cina atau India.
Sebelum ini kita lantik Yang Dipertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dari setiausaha yang layak ketika itu seorang berbangsa Cina, kena hentam kromo, (saya dituduh) main perkauman.
Sebenarnya tidak, saya hanya lantik orang yang paling layak. Selepas dia bersara saya lantik dari orang Melayu, mereka sudah tidak bising, tapi ada sesetengah rakyat kurang puas hatilah sebab dia wanita pertama jadi YDP MPPP.
Saya lantik bukan dasar jantina, atau warna kulit. Saya lihat kebolehan, itu yang saya cuba hendak ubah. Jangan lihat kepada aspek bangsa sahaja, lihat sudut negara Malaysia dan kemampuan, sudut nilai sama ada bertakwa atau tidak. Lantik mereka yang mampu.
Kita ambil kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz melalui teladan, beliau adalah model. Beliau buat banyak perkara. Kalau saya cerita tak habislah.
Macam bila orang minta dia bina tembok, dia cakap luaran tidak penting, yang penting kita bina keadilan. Keadilan lebih penting dari tembok. Apa guna tembok besar-besar kalau anda tidak terapkan prinsip keadilan? Jika rakyat memberontak, tembok pun tak guna.

Maknanya, bagi saudara, yang penting adalah keadilan...

Ya, kalau sistem adil, tak payah tembok, pemerintahan anda akan terus berterusan. Jadi itulah cara dia yang kita amalikan. Prinsip dia tak bazirkan wang, dia tak gunakan untuk diri sendiri. Kita cuba amalkan, tapi tidak mampu amalkan semuanya. Dia hebat. Kita ikut sikit sikit.
Macam naik kapal terbang, naiklah kelas ekonomi. Saya balik dari Korea ini pun naik ekonomi. Kerana saya naik ekonomi ada orang kata saya tidak ada 'class'. Tak apalah, kalau naik tambang ekonomi tak ada 'class', tak ada 'class'lah.
Ada orang cakap Ketua Menteri tak ada 'class' bukan macam ada sesetengah Menteri dia naik kapal terbang macam sewa satu kapal terbang. Jadi saya naik kapal terbang naik ekonomi. Jadi itu kepimpinan berhemah, bersih, kita cuba amalkan.
Kita tak kata kita tak buat kesilapan, tetapi kesilapan ialah kerana kita manusia. Sabotaj tentu ada, bila kita buat sesuatu, ada yang buat khabar angin yang bukan-bukan. Macam cerita gerai, itu sangat jahatlah.
Bila kita lantik pegawai, mereka lihat dari sudut warna kulit bukan dari segi kemampuan dan prestasi masing-masing. Yang penting adalah kita boleh berusaha teruslah.
Saya yakin kalau ada peluang untuk terus memerintah, rakyat akan lihat perbezaan. Kita akan selalu naik pangkat mereka yang mahu buat kerja dan mampu buat kerja tak kira latarbelakangnya. Tak kiralah dia Melayu, Cina, atau India atau Umno, MCA atau MIC. akalau dia boleh buat kerja kita lantik.
Kita juga masukkan konsep profesionalisme macam Lembaga Rayuan yang ditubuhkan untuk mendengar aduan atau rintihan penduduk yang terjejas kerana keputusan yang dibuat PBT.
Dulu semuanya ahli politikus, sekarang kita semuanya lantik ahli profesional.
Kadang-kadang bila kita buat macam ini, BN bila yang dahulunya dapat lantikan dan habuan, ini kita tidak bagi sekarang.
Tapi saya percaya dalam Pakatan Rakyat semua faham kecuali sekerat dua yang jadi masalah. Saya rasa kita semua bersatu hati untuk menghadapi dan menanganinya.

Banyak kenyataan yang menghentam peribadi saudara, apakah ini memberi kesan kepada saudara?

Saya tidak terjejas kerana saya tahu siapa kawan saya. Yang itu bukan kawan saya sebab kawan jadi lawan, kerana mereka tak dokong amar maaruf nahi mungkar.

Biarpun kerana itu menyebabkan ramai yang tidak suka...

Saya selalu sebut bahawa kerana mengangkat amar maaruf nahi mungkar saya sanggup kehilangan kawan, malah bersedia untuk terima kawan jadi lawan.
Asalkan kita dapat laksanakan CAT dan amar maaruf nahi mungkar, ini perjuangan dan prinsip saya, saya ada kawan yang bersama, saya tak gentar kerana rakyat bersama kita dan kita terus pegang prinsip ini.
Jika berlaku sesuatu itu adalah ketetapan tuhan, yang penting kita dijalan benar.
Semua serangan ini ialah muslihat untuk mengalih perhatian kita dari kes Anwar Ibrahim, kerana kita seharusnya tumpu kepada kes Anwar, di mana Anwar dianiayai, saya kesali ialah ada mereka yang cakap dan rupa macam Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya tidak lagi Pakatan Rakyat.
Sebenarnya hati mereka ini sudah berada di dalam Umno. Apa yang pasti, saya lihat PAS sangat baik, tiada masalah dengan kami. Hubungan kita dengan Ustaz Salleh Man sangat baik, ini semua memberi kerjasama dengan kami di kerajaan negeri.

Timbul dakwaan bahawa kontraktor Melayu hanya dapat dapat projek Kelas F?

Ini Kelas F, Kelas F hanya untuk orang Melayu sahaja. Jadi, Kelas F dahulunya anda tahulah, kroni Umno sahaja yang dapat dengan meluas, sekarang kita buat tender terbuka. Semuanya lebih senang, lebih cepat.
Kita ada kriteria, kita buat secara terbuka di mana Melayu, Cina, India boleh sama-sama buat tender.
Apabila kita proses ini tender, kita tidak lihat latar belakang. Kita hanya proses sahaja, tetapi bila kita dapat maklumat, terkejut bila dapat tahu daripada kontrak tender yang diberikan 67 hingga 70 peratus adalah daripada kontraktor Melayu.
Ini menunjukkan kontraktor Melayu mampu berdaya saing dengan kontraktor bukan Melayu. Apa yang kita hendak tegaskan ialah bukan tengok dari sudut bangsa, lihat dari sudut dasar-dasar yang gagal, dasar-dasar gagal yang masih diterima pakai.
Kalau dasar itu betul, rakyat akan berdaya saing. Jangan lihat dari sudut individu atau bangsa, lihat dari sudut dasar. Ini yang akan memartabatkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Menyentuh persoalan ekonomi, Pulau Pinang sejak lama dikenali sebagai negeri yang maju dengan industri. Sejauh mana FDI masuk ke dalam negeri ini sejak ditadbir Pakatan Rakyat?

Itu dahulu dikenali, kebelakangan ini sudah menjunam... 18 tahun sudah menjunam. Jadi saya ingat keempat atau kelima tapi saya ingat boleh pulih balik.

Sejak Pakatan Rakyat amalkan dasar ketelusan dan anti-rasuah, adakan pelaburan luar masuk?

Tahun 2008, tahun pertama kita berjaya menarik RM10.2 bilion iaitu rekod terbesar dalam sejarah Pulau Pinang. Tahun lepas kerana kekangan ekonomi kira-kira RM2 bilion, tetapi ini kejatuhan yang sekali dengan seluruh dunia dan di Malaysia.
Itu perkara biasa, semua unjur begitu. Tahun 2008 kita berada di tempat keempat, tahun 2009 masih kekal di tempat keempat, tidak ada perbezaan.
Sungguhpun kita tidak berpengalaman, kita berjaya tarik pelaburan dan saya amat-amat yakin bukan sahaja dari segi kuantiti tapi juga mutu pelaburan.
Kita nak tarik (pelaburan) yang berteraskan pengetahuan, yang berteknologi tinggi, yang inovatif dan kreatif. Kita berjaya beberapa syarikat yang berteknologi tinggi.
Kita juga galakkan Teknologi Hijau. Kita buat halal hub. Ini kejayaan yang paling menyerlah, kerana sebelum ini tidak ada usaha pun untuk buat halal hub. Bila saya jadi Ketua Menteri, saya lihat begitu banyak syarikat dari Pulau Pinang, tetapi kerajaan negeri (BN sebelum ini) tidak membantu.
Saya terkejut dan saya siasat. Saya tanya, mereka jawab sebelum ini tiada minat. Apa? Tiada usaha untuk masuk itu pasaran halal? Ini pasaran berbilion, kena masuk.
Dulu tidak masuk kerana tidak ada penekanan. Dia ingat orang Islam jaga orang Islam, orang bukan Islam tak boleh jaga orang Islam. Ini adalah pemikiran yang kolot.
Rakyat Malaysia mesti jaga satu sama lain. Tak bolehlah buat diasingkan. Jadi kita usahakan, saya minta Exco Agama bantu dapatkan sumber-sumber yang ada.
Dalam setahun kita telah cipta sedikit kejayaan, kita telah buat ekspo dan konvensyen. Saya juga telah peruntukan tanah untuk buat taman industri halal.
Itu yang kita telah buat daripada sifar dan telah memenangi hadiah pemudahcara paling baik dari HACC. Jadi itulah satu kejayaan yang kita rasa menyerlah.

Dari sudut peningkatan taraf hidup rakyat, Umno canang kerajaan negeri pimpinan saudara meminggirkan kaum Melayu, sejauh mana benar?

Dari segi aspek mana? Kita bela miskin tegar dia tidak buat dalam 51 tahun, kita buat dalam 1 tahun. Ini yang saya tidak faham. Bila kita beri wang kita bukan bagi kepada kroni-kroni tertentu, kita bagi semua orang.
Macam kifalah, kita nak mulakan selepas bulan Mac. Ini mendatangkan manfaat kepada rakyat. Microkredit kita beri semua kepada rakyat Pulau Pinang.
Tentu orang Umno akan cakap saya pinggirkan Melayu, MCA cakap saya pinggir Cina, MIC cakap saya pinggir India. Tetapi yang pinggirkan rakyat Malaysia ialah BN. Jadi itulah perbezaannya.
Di sini, apakah yang kita dapat kalau kita pinggirkan rakyat? Macam saya kata tadi takkanlah saya bodoh macam itu untuk pinggirkan rakyat. Tidak ada! Kita cuba bantu semua rakyat Malaysia. Itu yang kita usahakan.

Dalam 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat, hubungan Pakatan Rakyat dan dasar yang dijalankan, apakah ia akan menjadi sandaran terbaik kepada Pakatan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang?

Ini terserah kepada rakyat, kita boleh merancang dan tuhan menentukan. Dalam dua tahun ini kita tahu siapa makruf dan siapa mungkar, kita datangkan prinsip yang baik bukan pecah perintah seperti BN.
Kita tegakkan kerajaan yang mengutamakan rakyat. Kita tegakkan prinsp 3P, iaitu perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan, dengan masyarakat berilmu mereka boleh jaga hak, seterusnya, perkasakan hak kebebasan dan tanggungjawab rakyat dan ketiga perkayakan rakyat.
Sebab itu kita buat kifaalah warga emas. Kita telah pecahkan temberang Umno-BN, kita berikan wang bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Kita hadapi cabaran yang mana mungkin ada yang masih terpesona dengan cara BN dulu yang mahu kronisme, berbanding kita yang mementingkan persoalan ketelusan, reformasi, hubungan erat antara Pakatan Rakyat. Bagi saya buang yang keruh ambil yang jernih. Terima kasih.

N'N:Terbukti kini desas-desus yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng bersikap perkauman hanyalah fitnah UMNO semata-mata. Terbaru Utusan Meloya telah membuat tuduhan yang melulu kononnya Lim Guan Eng telah membatalkan 'Sambutan&Perarakan Maulid Nabi' ketahuilah bahawa Utusan Meloya telah terang-terang membuat Fitnah terhadap Lim Guan Eng. Berikut adalah kenyataan Lim Guan Eng dalam Akhbar Harakah: "Ini adalah Fitnah yang amat jahat,bertujuan menimbulkan kebencian dan kemarahan ummat Islam terhadap saya.Tidakkah editor-editor yang beragama islam di Utusan sedar bahawa hadis menyatakan fitnah itu lebih tajam dari mata pedang?" Soalnya kesal.

 



KCS meluluskan lesen pusat hiburan tetapi tidak memaklumkan kepada MB
Posted on Tuesday, June 26 @ 19:27:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Malaysia La Ni

D.O Pejabat Daerah dan Datuk Bandar Diam Seribu Bahasa Dalam Soal Lulus Lesen dan premis serta iklan Pusat Hiburan di Negeri Kedah Yg Tumbuh Seperti Cendawan Waktu Hujan.?

Mengapa Lulus Lesen Pusat Hiburan Tanpa Pengetahuan Menteri Besar .?? Adakah Sengaja Buat-Buat Tak Faham Atau Buta Dan Pekakkan Teliga Demi Memburuk-burukkan Kerajaan PAS Yg Melarang Pusat Hiburan Dan Judi Di Kedah ?


setiap kelulusan lesen judi dan pusat hiburan hendaklah di rujuk kepada MB dan Exco kedah....??



iklan secara besar-besaran terpampang di  tiang-tiang lampu membuktikan pembohongan Exco PBT sila baca di bawah
Photobucket
 Adakah KCS yg menjatuhkan Sanusi Junit dulu ? 
      Adakah KCS dan parasit yg akan menjatuhkan Ust Azizan pada    masakini   ? 
    Kpd KCS dan parasit yg jahat semoga Allah memusnahkan kejahatan kamu dan memakan diri kamu sendiri.
Kepada ust azizan ambil lah tindakkan tatatertib terhadap Pihak yg meluluskan pusat hiburan ini,kita kena bertegas sebab polisi kerajaan negeri tak membenarkan pusat hiburan baru selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan di kedah

 KWSP - Sapa yg punye?
Posted on Tuesday, June 26 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: baung

"Assalam.
Cuma nak bincangkan tentang duit KWSP yg kita carum setiap bulan.

Setiap bulan kita carum ke KWSP. Segala duit yang ada dalam simpanan KWSP adalah dari duit kita semua. KWSP diamanahkan untuk menyimpan duit pencarum-pencarum untuk kegunaa masa bersara nanti.

Persoalannya :-

1. Siapa yang bagi kebenaran kepada KWSP untuk melabur atau memberi pinjam kepada sesiapa yang tiada kaitan dengan KWSP tanpa persetujuan dari para pencarum.?

2. Pernahkah KWSP memberitahu kepada semua pencarum yang KWSP mahu melabur duit mereka (pencarum ) kedalam mana-mana syarikat?

3. Apa hak KWSP sewenang-wenangnya memberi pinjam @ melabur duit pencarum sedangkan KWSP adalah memegang amanah untuk menyimpan bukan menggunakan duit tersebut tanpa persetujuan dari semua pencarum.

Kami sebagai pencarum-pencarum memerhatikan sejak kebelakangan ini duit kami yg diamanahkan kepada KWSP untuk disimpan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah mcm duit MAK BAPAK mereka sendiri.

Harap forumer semua dpt bincang-bincangkan hal ini.

Terima kasih

Wassalam"


 Sumpah Mursi kepada Mesir
Posted on Tuesday, June 26 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"KAHERAH - Presiden baru Mesir, Mohammed Mursi bersumpah menjadi seorang pemimpin untuk semua rakyat dengan membawa transformasi berpaksikan ajaran Islam selepas memenangi pemilihan kerusi presiden di negara Arab yang paling ramai penduduknya susulan penggulingan Hosni Mubarak awal tahun lalu.

Mursi, pemimpin pertama Mesir yang dilantik sejak pemberontakan berdarah terhadap penyingkiran Mubarak, memenangi 51.73 peratus undi (13 juta undi) berbanding lawannya juga pernah menjadi perdana menteri semasa pemerintahan Mubarak iaitu Ahmed Shafiq, hanya mengaut 48.27 peratus undi.

"Saya berjanji menjadi seorang presiden untuk semua rakyat Mesir. Apa yang saya harapkan, kita semua dapat mengukuhkan perpaduan negara yang tercinta ini kerana perpaduanlah satu-satunya jalan keluar pergolakan yang sedang berlaku," katanya sejurus diisytiharkan memenangi pemilihan presiden kelmarin.

Mursi yang melepaskan jawatannya dari Ikhwanul Muslimin demi menggalas tugas sebagai presiden turut menyuarakan rasa terima kasih kepada pejuang atau rakyat yang terbunuh demi agama sehingga membuahkan hasil yang lumayan.

"Kita akan terus melaksanakan revolusi," katanya.

Jurutera berumur 60 tahun itu, turut berjanji akan menghormati perjanjian-perjanjian antarabangsa kerana Mesir adalah negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1979.

Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.

sumber"

Tiada ulasan: