Isu PRU musim haji untuk tutup kepincangan negara
Harakahdaily, | 15 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata
menjadi kebiasaan kepada pemimpin Umno untuk melindungi kelemahan
pentadbiran negara dan mengatasi masalah dalaman, maka isu pilihan raya
umum di musim haji menjadi perbahasan hangat di media massa.
Katanya, PAS hanya meminta supaya pilihan raya jangan diadakan di musim haji seperti yang pernah berlaku pada tahun 1986.
Beliau berkata, sepatutnya mufti dan orang agama mesti memberi fatwa wajib memilih ketua negara dan melarang Datuk Seri Najib jangan membuat pilihan raya di musim haji.
“Isu ini dibangkit supaya rakyat melupakan kepincangan negara di bawah kepimpinan Najib,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Antaranya, ujar beliau masalah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd, rasa tidak puas hati peneroka mengenai pengagihan saham kepada kakitangan Felda lebih banyak daripada peneroka.
Beliau menambah, mimpi ngeri Himpunan Bersih 3.0 dan Hijau tidak dapat ditandingi oleh Himpunan Jutaan Belia dan Himpunan 100 Ribu Bukit Jalil.
Selain itu, katanya isu kapal selam Scorpene, penjualan maklumat keselamatan, penyelewengan daftar pemilih sehingga SPR sudah dipandang tidak wibawa, pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel seolah-olah mahu membunuh transformasi Najib.
“Isu NFC RM250 juta kepada suami Sharizat masih segar lagi. Media cuba menggelapkan anugerah projek kepada Raja Farhana Nong Chik yang bernilai RM30.8 juta oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
“Pendedahan terbaru pemberian penyediaan sistem Pusat Kawalan Trafik Udara Subang bernilai RM280 juta yang melibatkan bekas anak menteri dan terbaru bakal menantu Najib warganegara Kazakhstan Daniyar Nazarbayer dituduh menipu bapa tirinya bernilai AS$20 juta dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu,” ujarnya.

DUMC: Keputusan Umno Selangor saman 20 Julai
Hazayani Zakaria, | 15 Jun 2012 |
SHAH ALAM, 15 Jun: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari
ini menetapkan tarikh 20 Julai untuk membuat keputusan kes saman RM10
juta Umno Selangor terhadap pemimpin PAS berhubung penerbitan satu
artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela pada semalam dan hari ini.
Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.
Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa dalam hujahannya hari ini menegaskan Mustafa tidak menyebut Umno Selangor dalam artikel mengenai dakwaan wujudnya elemen dan peranan Umno dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos tahun lepas.
Sebaliknya beliau menyebutnya secara umum berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehi daripada Jais.
Semalam, Mustafa sewaktu disoal peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno tidak bersetuju bahawa kenyataannya yang dibuat pada 15 Ogos 2011 itu bertujuan untuk memfitnah Umno.
Turut membuat hujahan hari ini ialah peguam yang mewakili empat lagi defendan iaitu Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman.

Garis panduan qariah sertai tilawah diperinci
Muhamad Yusri Amin, | 15 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menjelaskan peserta qariah dilarang menyertai tilawah al Quran sebelum
ini memandangkan ia merupakan perkara khilaf.
Menteri Besar menjelaskan suara perempuan adalah aurat dengan merujuk kepada Rasulullah saw pernah melarang wanita daripada menziarahi kubur kerana ada yang menangis.
“Namun setelah manusia sudah mulai faham menziarahi kubur tidak berkelakuan seperti dahulu, termasuk tiada lagi pemujaan, maka Nabi saw membenarkan semula orang perempuan menziarahi kubur.
“Jadi oleh kerana barang itu khilaf saya pegang balik hak yang memberi manfaat kepada Islam,” katanya selepas perasmian Program ‘Mass-CPR’ (bantuan pernafasan) 2012 Peringkat Negeri Kelantan di KB Mall petang semalam.
Program berkenaan dianjur St. John Ambulance Malaysia. Turut hadir anggota-anggota Exco, Wan Ubadah Omar dan Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama Pemerintah St. John Ambulans Malaysia Kelantan, Ismail Dollah dan pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat.
Baru-baru ini Menteri Besar mengumumkan qariah boleh menyertai tilawah al Quran selepas ia dilarang sejak 1990.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, mengambil kira perkara itu khilaf maka kerajaan negeri bertindak menyekatnya dahulu.
“Kita tidak mengharamkan penyertaan qariah sejak 1990 sebaliknya larangan bersifat teknikal sahaja. Dan apabila dilihat keadaan sudah berubah, ramai tutup aurat, kita benarkan semula.
“Banyak benda yang kita buat di Kelantan sekarang rakyat sudah faham. Sekarang tidak lagi berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan pada sesuatu program yang diadakan,” katanya.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohamad Awang bagaimanapun berkata, garis panduan membenarkan qariah menyertai tilawah akan diperincikan.
Katanya juga kerajaan negeri sebenarnya sudah membenarkan qariah menyertai tilawah al Quran peringkat negeri mulai tahun lepas secara tertutup di kalangan mereka sahaja.
“Di mana pengadil dan penonton hanya di kalangan wanita yang diadakan secara tertutup dan ia mendapat sambutan mengggalakkan.
“Bagaimanapun pemenangnya tidak dibenarkan mewakili Kelantan bagi menyertai pertandingan peringkat kebangsaan,” ujarnya.
KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi mencatat sejarah apabila menganjurkan ekspo perdagangan antarabangsa berasaskan transaksi matawang syariah Dinar Dirham yang disertai sembilan negara.
Negara terbabit iaitu Indonesia, Uzbekistan, Iran, India, Turki, Palestin, Thailand, Singapura dan tuan rumah. Ekspo berkenaan bermatlamat mata wang syariah manyatukan ummah.
Ekspo tersebut diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bermula hari ini sehingga 21 Jun. Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar malam ini.
Jurucakap urusetia ekspo Zailani May berkata, Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Seduania 2012 itu melibatkan penyertaan antarabangsa.
Katanya, malam ini sempena majlis perasmian akan diadakan pelancaran Dinar Dirham yang menggunakan teknologi hologram.
“Ekspo bermula jam 10 pagi hingga 11 malam diisi dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan antarabangsa termasuk nasyid serta bacaan al Quran qari dan qariah dari Iran pada malam esok,” katanya ketika ditemui di sini.
Selain itu ihtifal 20 tahun Pajak Gadai Islam dan Pelancaran Minggu Pelaburan Pajak Gadai pada 17 Jun pada jam 10 pagi.
Pertunjukan kebudayaan antarabangsa Al-Baladi dan hadrah (zanji dan muzik) pada sebelah malam 17 Jun.
Konvensyen halal berasaskan Dinar Dirham pula akan diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 18 Jun pada sebelah pagi. Demontrasi seni kaligrafi dan khat antarabangsa di KTC pada jam 4 petang 18 Jun.
Manakala pertunjukan kesenian tradisional Kelantan termasuk kertuk, rebana ubi, silat tari esok pada sebelah petang. Pertunjukan wayang kulit pula pada 18 Jun bermula jam 9 malam.
Zailani berkata, selain itu diadakan demontrasi ukiran permata pada 19 Jun (10 pagi – 12 tengahari), persembahan nasyid Ewan dan Rahmat serta Ekamatra pada malam 19 Jun.
Ceramah kepenggunaan produk halal kepada kaum ibu dan demontrasi masakan Uzbekistan pula pada 20 Jun jam (10 pagi hingga 12 tengahari).
Pada 16 Jun juga akan diakan pertandingan kapal terbang kawalan jauh, demontrasi permotoran, ukiran tembikar dan seni pertukangan kayu.
Di lokasi sama minggu lepas diadakan Ekspo Pertanian Kelantan 2012 bermula 5 hingga 10 Jun.
KUALA LUMPUR:
Hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar hari
ini bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara
itu.
Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid.
Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.
Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu.
Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu.
Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.
Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.
Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi.
Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan.
Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum.
Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan.
Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut.
"Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.
"Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.
KUALA TERENGGANU:
Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta
propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir
negara.
Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.
Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.
“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.
“Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang,” tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
(Gambar: Aishah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.)
Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.
Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.
“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.
“Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.
“Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita,” jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin.
MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan mengiringi perjalanan akhir bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73 di Kampung Labok pagi tadi.
Sejak pagi lagi orang ramai datang bagi merakamkan ucapan takziah sambil menunggu menunaikan solat jenazah. Di kiri kanan jalan sesak dengan kenderaan.
Turut hadir Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan, Datuk Abu Bakar Chik dan wakil-wakil rakyat serta pegawai kerajaan.
Solat ke atas jenazahnya kali pertama diadakan kira-kira jam 8.30 pagi di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud.
Rumahnya terletak tidak jauh daripada Masjid Labok, kemudian solat kali kedua diadakan di masjid diimamkan Menteri Besar.
Ramai terpaksa menunaikan solat di luar bangunan masjid kerana sesak. Jenazahnya kemudian diusung ke tanah perkuburan Islam yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berjalan kaki mengiringi jenazah bersama orang ramai.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat anak iaitu Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (pensyarah).
Anak saudaranya, Kamaruddin Omar, 56 berkata, petang semalam Allahyarham memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang.
“Ustaz memanggil Rosli untuk menulis kata-kata akhir, pesan dan wasiatnya. Tidak lama selepas selesai memberi pesanan beliau tiba-tiba menghempus nafas terakhir.
"Turut berada di sisinya ketika itu, isteri dan anaknya Suraya yang tinggal bersama di rumah,” katanya yang menyifatkan perjalanan akhir bapa saudaranya begitu mudah.
Empat buku terakhir yang sudah dicetak juga kelihatan diletak di kawasan masjid antaranya Sebahagian Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan kertas kerja tarbiah.
Menteri Besar ketika takzirah ringkas berkata, Allahyarham Ustaz Yahya seorang yang banyak berjasa kepada Islam sama ada di Kelantan dan Malaysia.
“Di atas dunia sekarang kita boleh buat apa sahaja, tetapi kena ingat ada pembalasan di akhirat kelak. Ahli ekonomi, ahli demonkrasi tidak pernah memberitahu apa yang akan berlaku selepas mati,” katanya.
Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan Allahyarham seorang idola bagi anak muda dan kehilangannya sukar dicari ganti.
Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Amran Ab Ghani berkata, Ustaz Yahya begitu dikenali dalam gerakan Islam di peringkat dunia.
“Biar pun saya tidak kenal rapat namun banyak mendengar cerita keilmuan yang ada pada Ustaz Yahya. Lagi pula mertua saya mempunyai hubungan keluarga,” ujarnya.
Bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhamad berkata, pemimpin muda Abim begitu menghormati ketokohannya kerana disiplin ilmu tarbiah yang begitu mantap.
Menurutnya, Allahyarham sangat rapat dengan pemimin Ikhwan Muslimin di Mesir sejak menuntut di negara terbabit.
Macam mana minah ni, boleh sampai masuk longkang..
Betul ka durian ni, hampa pikir sendiri la
kalau nak solat mana mana pun boleh..
Pelik ye.basikal tak remuk , mesti basikal ni mahal..mungkin RM 30,000
Posting ni sekadar renungan sahaja..untuk kita berfikir sejenak. dari Abu Luqman
Menteri Besar menjelaskan suara perempuan adalah aurat dengan merujuk kepada Rasulullah saw pernah melarang wanita daripada menziarahi kubur kerana ada yang menangis.
“Namun setelah manusia sudah mulai faham menziarahi kubur tidak berkelakuan seperti dahulu, termasuk tiada lagi pemujaan, maka Nabi saw membenarkan semula orang perempuan menziarahi kubur.
“Jadi oleh kerana barang itu khilaf saya pegang balik hak yang memberi manfaat kepada Islam,” katanya selepas perasmian Program ‘Mass-CPR’ (bantuan pernafasan) 2012 Peringkat Negeri Kelantan di KB Mall petang semalam.
Program berkenaan dianjur St. John Ambulance Malaysia. Turut hadir anggota-anggota Exco, Wan Ubadah Omar dan Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama Pemerintah St. John Ambulans Malaysia Kelantan, Ismail Dollah dan pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat.
Baru-baru ini Menteri Besar mengumumkan qariah boleh menyertai tilawah al Quran selepas ia dilarang sejak 1990.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, mengambil kira perkara itu khilaf maka kerajaan negeri bertindak menyekatnya dahulu.
“Kita tidak mengharamkan penyertaan qariah sejak 1990 sebaliknya larangan bersifat teknikal sahaja. Dan apabila dilihat keadaan sudah berubah, ramai tutup aurat, kita benarkan semula.
“Banyak benda yang kita buat di Kelantan sekarang rakyat sudah faham. Sekarang tidak lagi berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan pada sesuatu program yang diadakan,” katanya.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohamad Awang bagaimanapun berkata, garis panduan membenarkan qariah menyertai tilawah akan diperincikan.
Katanya juga kerajaan negeri sebenarnya sudah membenarkan qariah menyertai tilawah al Quran peringkat negeri mulai tahun lepas secara tertutup di kalangan mereka sahaja.
“Di mana pengadil dan penonton hanya di kalangan wanita yang diadakan secara tertutup dan ia mendapat sambutan mengggalakkan.
“Bagaimanapun pemenangnya tidak dibenarkan mewakili Kelantan bagi menyertai pertandingan peringkat kebangsaan,” ujarnya.
Ekspo antarabangsa guna transaksi Dinar Dirham
Muhamad Yusri Amin, | 15 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi mencatat sejarah apabila menganjurkan ekspo perdagangan antarabangsa berasaskan transaksi matawang syariah Dinar Dirham yang disertai sembilan negara.
Negara terbabit iaitu Indonesia, Uzbekistan, Iran, India, Turki, Palestin, Thailand, Singapura dan tuan rumah. Ekspo berkenaan bermatlamat mata wang syariah manyatukan ummah.
Ekspo tersebut diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bermula hari ini sehingga 21 Jun. Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar malam ini.
Jurucakap urusetia ekspo Zailani May berkata, Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Seduania 2012 itu melibatkan penyertaan antarabangsa.
Katanya, malam ini sempena majlis perasmian akan diadakan pelancaran Dinar Dirham yang menggunakan teknologi hologram.
“Ekspo bermula jam 10 pagi hingga 11 malam diisi dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan antarabangsa termasuk nasyid serta bacaan al Quran qari dan qariah dari Iran pada malam esok,” katanya ketika ditemui di sini.
Selain itu ihtifal 20 tahun Pajak Gadai Islam dan Pelancaran Minggu Pelaburan Pajak Gadai pada 17 Jun pada jam 10 pagi.
Pertunjukan kebudayaan antarabangsa Al-Baladi dan hadrah (zanji dan muzik) pada sebelah malam 17 Jun.
Konvensyen halal berasaskan Dinar Dirham pula akan diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 18 Jun pada sebelah pagi. Demontrasi seni kaligrafi dan khat antarabangsa di KTC pada jam 4 petang 18 Jun.
Manakala pertunjukan kesenian tradisional Kelantan termasuk kertuk, rebana ubi, silat tari esok pada sebelah petang. Pertunjukan wayang kulit pula pada 18 Jun bermula jam 9 malam.
Zailani berkata, selain itu diadakan demontrasi ukiran permata pada 19 Jun (10 pagi – 12 tengahari), persembahan nasyid Ewan dan Rahmat serta Ekamatra pada malam 19 Jun.
Ceramah kepenggunaan produk halal kepada kaum ibu dan demontrasi masakan Uzbekistan pula pada 20 Jun jam (10 pagi hingga 12 tengahari).
Pada 16 Jun juga akan diakan pertandingan kapal terbang kawalan jauh, demontrasi permotoran, ukiran tembikar dan seni pertukangan kayu.
Di lokasi sama minggu lepas diadakan Ekspo Pertanian Kelantan 2012 bermula 5 hingga 10 Jun.
2,000 warga Rohingya demo di kedutaan Myanmar
Harakahdaily, | 15 Jun 2012 |
Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid.
Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.
Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu.
Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu.
Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.
Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.
Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi.
Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan.
Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum.
Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan.
Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut.
"Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.
"Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.
Orang bijak pandai ramai masuk PAS - Aishah
Khairul Azlam Mohamad, | 15 Jun 2012 |
Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.
Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.
“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.
“Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang,” tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
(Gambar: Aishah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.)
Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.
Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.
“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.
“Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.
“Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita,” jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin.
Ribuan iringi perjalanan akhir Ustaz Yahya
Aslani M | Foto Yusri Amin, | 15 Jun 2012 |
MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan mengiringi perjalanan akhir bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73 di Kampung Labok pagi tadi.
Sejak pagi lagi orang ramai datang bagi merakamkan ucapan takziah sambil menunggu menunaikan solat jenazah. Di kiri kanan jalan sesak dengan kenderaan.
Turut hadir Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan, Datuk Abu Bakar Chik dan wakil-wakil rakyat serta pegawai kerajaan.
Solat ke atas jenazahnya kali pertama diadakan kira-kira jam 8.30 pagi di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud.
Rumahnya terletak tidak jauh daripada Masjid Labok, kemudian solat kali kedua diadakan di masjid diimamkan Menteri Besar.
Ramai terpaksa menunaikan solat di luar bangunan masjid kerana sesak. Jenazahnya kemudian diusung ke tanah perkuburan Islam yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berjalan kaki mengiringi jenazah bersama orang ramai.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat anak iaitu Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (pensyarah).
Anak saudaranya, Kamaruddin Omar, 56 berkata, petang semalam Allahyarham memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang.
“Ustaz memanggil Rosli untuk menulis kata-kata akhir, pesan dan wasiatnya. Tidak lama selepas selesai memberi pesanan beliau tiba-tiba menghempus nafas terakhir.
"Turut berada di sisinya ketika itu, isteri dan anaknya Suraya yang tinggal bersama di rumah,” katanya yang menyifatkan perjalanan akhir bapa saudaranya begitu mudah.
Empat buku terakhir yang sudah dicetak juga kelihatan diletak di kawasan masjid antaranya Sebahagian Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan kertas kerja tarbiah.
Menteri Besar ketika takzirah ringkas berkata, Allahyarham Ustaz Yahya seorang yang banyak berjasa kepada Islam sama ada di Kelantan dan Malaysia.
“Di atas dunia sekarang kita boleh buat apa sahaja, tetapi kena ingat ada pembalasan di akhirat kelak. Ahli ekonomi, ahli demonkrasi tidak pernah memberitahu apa yang akan berlaku selepas mati,” katanya.
Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan Allahyarham seorang idola bagi anak muda dan kehilangannya sukar dicari ganti.
Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Amran Ab Ghani berkata, Ustaz Yahya begitu dikenali dalam gerakan Islam di peringkat dunia.
“Biar pun saya tidak kenal rapat namun banyak mendengar cerita keilmuan yang ada pada Ustaz Yahya. Lagi pula mertua saya mempunyai hubungan keluarga,” ujarnya.
Bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhamad berkata, pemimpin muda Abim begitu menghormati ketokohannya kerana disiplin ilmu tarbiah yang begitu mantap.
Menurutnya, Allahyarham sangat rapat dengan pemimin Ikhwan Muslimin di Mesir sejak menuntut di negara terbabit.
Fulamak !!!! Peristiwa Pelik Tapi Benar (Gambar)
http://www.kachipemas.blogspot.com, | 15 Jun 2012 |
Macam mana minah ni, boleh sampai masuk longkang..
Betul ka durian ni, hampa pikir sendiri la
kalau nak solat mana mana pun boleh..
Pelik ye.basikal tak remuk , mesti basikal ni mahal..mungkin RM 30,000
Posting ni sekadar renungan sahaja..untuk kita berfikir sejenak. dari Abu Luqman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan