PKR mendakwa Felda merancang untuk mengurangkan peruntukannya sehingga hampir RM100 juta kepada peneroka ekoran penyenaraian Felda Global Ventres Holdings (FGVH).

Pengerusi biro pelaburan PKR, Wong Chen menjangkakan Felda berbuat demikian kerana penyenaraian itu didakwa akan menyebabkan pendapatan Felda akan berkurangan sebanyak RM900 juta daripada RM2.5 bilion tahun lalu.

NONE"Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH. Apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak.

"Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64 peratus.

"Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta, jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyifatkan pemotongan peruntukan kepada RM326 juta itu, berbanding RM424 pada tahun lalu, sebagai satu bentuk "penindasan" kepada golongan peneroka.
Langkah tersebut antara lainnya akan melibatkan pembangunan infrastruktur (pemotongan hingga 57 peratus) dan juga bayaran bonus hari raya (25 peratus), kata Wong.

Tindakan itu juga akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan belia generasi kedua dan ketiga (27 peratus), insentif produktiviti  (22 peratus) dan pelan insurans untuk peneroka (25 peratus), kata Wong lagi. 
Katanya maklumat tersebut terkandung dalam buku Bajet Felda 2012 yang turut diedarkan kepada pemberita dalam sidang media hari ini.
Berdasarkan analisis PKR, Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta untuk kebajikan peneroka sebelum wujudnya FGVH, kata Wong.
BN: 'Darjah kepastian' BN lebih baik

  • Nigel Aw
  • 5:47PM Jun 12 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak pengundi bandar kembali menyokong BN kerana gabungan itu lebih mungkin menunaikan janji.

"Mereka harus faham bahawa masa depan mereka akan lebih baik kerana kami memastikan keamanan, kestabilan, keharmonian dan masyarakat yang lebih makmur," katanya dalam program 'chat' langsung di Internet anjuran New Straits Times hari ini.

NONEIni, katanya, kerana BN mempunyai "darjah kepastian" lebih baik dalam kemampuan memberikan sesuatu.

Najib menjawab soalan warga maya tentang tugasan sukar BN memenangi hati pengundi bandar.

Ditanya pengguna Internet lain tentang imbuhan untuk golongan pertengahan memandangkan kumpulan berpendapatan rendah sudah menerima pelbagai pelbagai pemberian, Najib menjawab:

"Ia tertakluk kepada keupayaan kita untuk menyusun semula asas hasil bagi negara."
Anwar: Salur RM1.5 juta lagi tanda BN terdesak

  • S Pathmawathy
  • 5:25PM Jun 12 2012
Cadangan untuk menyalurkan RM1.5 juta lagi kepada setiap kawasan Parlimen BN menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata ketua pembangkang.

NONEDatuk Seri Anwar Ibrahim (gambar kiri, tidak berkaca mata) berkata, keputusan untuk membuat pembiayaan itu dengan terang-terangan mengabaikan peraturan kewangan.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insider bahawa, ahli parlimen BN dijangka menerima jumlah itu ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya umum ke-13 selepas pengumuman Belanjawan 2013 pada 28 September depan.

Portal itu difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam ketika Najib masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber dilapor mengesahkan, tiga bulan diperlukan untuk projek berkaitan dikenalpasti dan dijalankan manakala pengumuman lain ketika belanjawan, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.
MB: S'gor tetap jual tanah untuk bantu Unisel

  • Ahmad Fadli KC
  • 7:30PM Jun 12 2012
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor akan meneruskan cadangan menggunakan wang RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Universiti Selangor (Unisel).

NONEKhalid membuat pengumuman itu sewaktu mengesahkan kenyataan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkenaan cadangan menggunakan wang itu untuk merintis program pendidikan percuma di Selangor.

"Saya akan buat beberapa pengumuman tentang perkembangan Unisel tidak lama lagi kerana kita akan mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Unisel tidak lama lagi," kata Khalid.

Pada 5 Jun lalu, Malaysiakini mendedahkan, permohonan siswa baru Unisel bagi mendapatkan pinjaman melalui PTPTN telah dibekukan.

Ekoran itu, kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek dengan mengapungkan hartanah Unisel yang dianggarkan bernilai RM30 juta bagi membantu membiayai mahasiswanya.

Pembekuan itu bagaimanapun ditarik balik pada 8 Jun ekoran surat arahan daripada pejabat menteri berkaitan.
Anwar kemuka SD, sangkal dakwaan miliki aset RM30b

  • S Pathmawathy
  • 5:34PM Jun 12 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan satu kenyataan bersumpah (SD) yang membebaskannya daripada dakwaan mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.
Beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu dibuat oleh oleh seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
NONEKatanya, beliau meminta supaya satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat semua akaunnya dan akaun anggota keluarga terdekatnya, apabila kes tersebut timbul pada awal 1999.

Selain menyiasat akaun tersebut,  dalam dan luar negara, beliau juga meminta supaya suruhanjaya tersebut menyiasat akaun perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain.

Namun, permintaannya itu tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan, katanya.

Katanya lagi, BPR juga muncul di penjara Sungai Buloh dan meminta beliau memberi kenyataan terperinci berhubung kes tersebut.

"Mereka menjalankan penyiasatan yang sangat terperinci," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.