Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis
Seramai
1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk
berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke
atas loji nadir bumi Lynas.Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam.
Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.
Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka.
Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori
Najib: Sistem pajak teksi satu 'perhambaan moden'
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar untuk menghapuskan
monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai
"perhambaan moden".Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan.
"Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan.
"Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya.
"Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yg saya tak suka," katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000 pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pagi ini.
Katanya, sasaran tersebut akan dapat dicapai dalam tempoh antara satu hingga dua tahun kerana kerajaan perlu berunding dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.
Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta melalui Yayasan 1MDB Najib sebagai insentif kepada pemandu teksi berkenaan.
Jumlah itu bertujuan untuk meliputi baucer subsidi kepada kira-kira 70,000 pemandu teksi seluruh negara untuk menukar set tayar berjumlah RM525.
Katanya, kerajaan telah mengenalpasti lebih 300 pusat menukar tayar seluruh negara bagi mendapatkan tayar buatan Malaysia jenama Goodyear atau Continental.
Selain itu, Kementerian Penerangan juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memberikan perlindungan insurans, tambahnya.
Aktivis bakar 'TOL' Lynas
Pengerusi
Himpunan Hijau Wong Tack pada malam tadi melemparkan satu simbol lesen
operasi sementara Lynas ke dalam api dan disorak kira-kira 600 orang
yang berhimpun di pantai Balok, Kuantan.Kumpulan berkenaan berhimpun di lokasi tersebut untuk menyaksikan acara kemuncak di hari pertama demonstrasi anti-Lynas sebelum mengadakan protes 'Occupy Balok-Gebeng' hari ini.
Terdahulu, Wong bersama pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk A Samad Said menyalakan api untuk membakar kain hitam dengan tulisan slogan anti-Lynas di pantai tersebut.
Mereka kemudiannya menarik turun satu kain rentang besar dengan tulisan Lynas sebagai tindakan yang dianggap sebagai simbol memberhentikan Lynas.
Gimik selama 15 minit itu bermula pada jam 11.30 malam dan berakhir dengan tindakan Wong mengetuai peserta perhimpunan melaungkan slogan “Hentikan Lynas.”
Tahanan ISA dapat perhatian s'jaya Pakistan
Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Pakistan (HRCP) menggesa kerajaan negara itu supaya
memberikan bantuan kepada warganya yang ditahan bawah ISA di Malaysia.HRCP berkata ia telah menyatakan kepada pejabat kementerian luarnya bahawa perkara itu memerlukan perhatian segera.
“Misi Pakistan di Kuala Lumpur harus diminta untuk menghubungi tahanan Pakistan dan memastikan mereka tidak dinafikan hak perundangan,” kataya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.
Suruhanjaya itu berkata tindakan itu sebagai maklum balas kepada maklumat yang diterimanya daripada pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia James Nagayam.
“Beliau menjumpai tiga warga Pakistan di pusat tahan keselamatan dalam negeri Malaysia. Menurut beliau, mereka didakwa memaslukan dokumen dan menyeludup manusia.
“Nagayam percaya ini bukan ancaman negara. Oleh itu beliau berpendapat warga Pakistan itu ditahan secara salah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negei Malaysia,” kenyataan itu dipetik.
Berdasarkan nota yang didakwa diseludup keluar daripada pusat tahanan ISA di Kamunting, Malaysiakini melaporkan bahawa tahanan berkenaan dikenakan pelbagai bentuk penyeksaan yang menghinakan.
Walaupun ISA telah dimansuhkan, seramai 45 orang masih berada dalam tahanan dan sekurang-kurang dua di antara mereka memulakan siri kedua mogok lapar pada 21 Jun.
DAUN pula berhimpun sokong Lynas
Satu laporan Bernama hari
ini mendakwa satu gabungan NGO pro-Lynas berjaya menghimpunkan
sehingga 10,000 di Teluk Cempedak pada malam tadi untuk menyokong
operasi loji kontroversi itu.
Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) itu dilaporkan membuat perhimpunan tersebut "bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di Kuantan."
Laporan itu memetik kenyataan penganjur, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata program sehari itu berlangsung dari awal pagi sehingga tengah malam tadi.
"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.
"Dan majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katany seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Perhimpunan tersebut antara lainnya diisi dengan program penerangan berhubung operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd melalui satu skrin besar.
Kumpulan itu juga dilaporkan turut menanam pokok diberi nama Lynas sebagai gimik senaman, selain acara senaman dan "meditasi alam".
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka di samping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.
- Bernama
Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) itu dilaporkan membuat perhimpunan tersebut "bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di Kuantan."
Laporan itu memetik kenyataan penganjur, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata program sehari itu berlangsung dari awal pagi sehingga tengah malam tadi.
"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.
"Dan majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katany seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Perhimpunan tersebut antara lainnya diisi dengan program penerangan berhubung operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd melalui satu skrin besar.
Kumpulan itu juga dilaporkan turut menanam pokok diberi nama Lynas sebagai gimik senaman, selain acara senaman dan "meditasi alam".
JAWI cekup penari 'berpakaian tidak sopan'
Hanya
kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak
sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat
hiburan di Kuala Lumpur ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka di samping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan