Rabu, 20 Jun 2012

KUASA KITA HANYA DIDUNIA...ITU PUN TERBATAS DAN TERHAD SAJA...TAK BOLEH MENJANGKAU KUASA ALLAH....ALLAH BAGI GEMPA...TSUNAMI...PUTING BELIUNG ATAU APA2....SATU NEGARA BOLEH MUSNAH...SETAKAT KITA MAHLUK JANGAN BERLAGAKLAH...JANGAN MINTA BANTUAN JIN2..SYAITAN2 ATAU BOMOH2 DLL...SEMUANYA MAKHLUK...TAK BOLEH LAWAN KEKUASAAN ALLAH...JADI MANUSIA JANGAN BANGGANG SANGAT...ATAU BEBAL...SURUH MENGAJI TAK NAK....


 
 
 
Kedutaan M'sia 'tak perasan arahan SPR daftar pengundi'
  • S Pathmawathy & Christine Chan
  • 2:30PM Jun 19 2012
 
Beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara tampil mempertikaikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa gesaannya kepada warganegara ini yang tinggal di seberang laut supaya mendaftar sebagai pengundi di kedutaan dan pesuruhjaya tinggi masing-masing, mendapat sambutan dingin.

azlanSebaliknya, mereka mendakwa, kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia tidak perasan mengenai arahan SPR itu.

Berikutan itu, mereka menggesa SPR supaya memberi arahan dan
maklumat yang jelas kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia.

Pada 14 Jun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluh berhubung sambutan yang dingin dan berkata hanya 400 hingga 500 telah mendaftar setakat ini.

Ini, katanya, termasuk mereka yang boleh menjadi pengundi pos, iaitu penjawat awam, pegawai tentera dan pelajar Malaysia di sana.

Terdapat kira-kira satu juta rakyat Malaysia di luar negara yang layak untuk mengundi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz mengakui bahawa pindaan terhadap Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.

Berikut adalah beberapa jawapan daripada rakyat Malaysia di luar negara.
Pengurus kedai didakwa edar buku Irshad Manji
  • Hafiz Yatim
  • 10:52AM Jun 19 2012
 
Seorang pengurus kedai buku Borders di pusat membeli belah Midvalley hari ini didakwa atas tuduhan mengedar buku Irshad Manji bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang diharamkan di Malaysia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nik Raina Nik Abdul Aziz, selepas satu permohonan dibuat oleh peguam kedai buku Borders, Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua pendakwa syariah Kuala Lumpur, Ibrahim Deris mengetuai pasukan pendakwaan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 14 Jun lalu mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Allah, Kebebasan dan Cinta dan edisi asalnya dalam bahasa Inggeris Allah, Liberty And Love karya penulis berkenaan.
Pada hari yang sama, sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kedai buku berkenaan dan merampas tujuh naskhah buku tersebut dengan alasan bahawa kandungannya bercanggah dengan ajaran Islam.

Bukunya terdahulu, The Trouble With Islam Today turut diharamkan KDN kerana didapati mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang turut bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mahkamah: Nalla buat kenyataaan fitnah terhadap Anwar
8:40PM Jun 19 2012  
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa  Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
  
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.
  
Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar gantirugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang tersebut.
  
Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan tersebut.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Dalam pembelaannya, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada di bawah perlindungan bersyarat.

- Bernama
KGT: Namakan pegawai didakwa terlibat salah laku
3:00PM Jun 19 2012  
Pengurus besar Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) Mahadi Mokhtar mencabar supaya media yang melaporkan dakwaan bahawa pegawai kanannya terlibat dalam dakwaan salah laku supaya menamakan pegawai tersebut.
"Sepanjang pengetahuan KGT, tidak ada laporan polis pernah dibuat ke atas mana-mana pegawai kami, khususnya KGT sendiri sebagai sebuah syarikat. Bilangan pegawai KGT juga adalah kecil.
"Sukacita jika nama pegawai berkenaan disebut supaya KGT tidak secara liar dikaitkan dengan gambaran yang salah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang timbul ekoran satu laporan Utusan Malaysia semalam yang mendakwa seorang pegawai kanan KGT terlibat dalam dakwaan salah laku.
Laporan itu memetik tiga laporan polis, masing-masing didakwa dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono, seorang warga Perancis Mohamad Esfih dan seorang bekas pengarah eksekutif KGT, dinamakan sebagai Nik Mahani Mohamad.
Mengulas lanjut, Mahadi berkata KGT kini sedang mendapatkan nasihat undang-undang "bagi melindungi integriti dan reputasi KGT" berhubung dakwaan terbabit.
"Saya berharap pihak-pihak berkenaan lebih teliti dan profesional dalam laporan dan kenyataan mereka serta tidak sewenang-wenangnya merosakkan nama baik KGT."

Sementara itu, akhbar Utusan hari ini melaporkan bahawa polis Kelantan telah menerima tiga laporan polis dan memulakan siasatan ke atas dakwaan berkenaan.

Pengarah jabatan siasatan jenayah komersial negeri, Mohamed Zulmazi Che Daud dipetik sebagai berkata, unit itu sedang menunggu laporan daripada polis Kuala Lumpur sebelum tindakan selanjutnya.

KGT merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Sementara itu, akhbar The Star hari ini melaporkan kenyataan exco hal ehwal ekonomi Kelantan, Datuk Husam Musa bahawa dakwaan tersebut tidak berasas dan merupakan "politik kotor" pihak tertentu.

Dakwaan itu juga bertujuan untuk memberi gambaran buruk kepada mereka, kata Husam yang menambah, semua dakwaan tersebut merupakan pembohongan.

Husam turut mengalu-alukan siasatan polis ke atas dakwaan tersebut untuk membersihkan namanya dan reputasi syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, tiada seorangpun pegawainya yang telah dipanggil untuk siasatan bagi kes berkenaan, kata Husam dalam sidang media di Kota Bharu semalam.
NGO gesa k'jaan Johor selesai kes tanah
  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:07PM Jun 19 2012
 
NGO Gabungan Tanah Rakyat Johor (TANAH) hari ini menyerahkan memorandum mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah yang didakwa masih berlarutan ekoran aduan pelbagai pihak.

NONEPengerusi TANAH Mazlan Aliman berkata aduan berkenaan dikumpul melalui Pusat Aduan Rakyat Johor, seliaan NGO tersebut, yang mengadakan satu dialog pada 31 Mac lalu.

Memorandum yang diserahkan kepada wakil menteri besar hari ini memuatkan memuatkan kes termasuk dakwaan bahawa kerajaan negeri mengalami kerugian RM49.74 juta kerana menjual sebidang tanah pada harga lebih rendah daripada penilaiannya.

Selain itu, memorandum tersebut juga secara kasar menyebut mengenai kegagalan Malaysia menuntut kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh di perairan Johor, dan juga penjualan tanah pajakan Keretapi Tanah Melayu Bhd kepada Singapura.

"Walaupun kita sebelum ini membuat desakan tetapi kerajaan negeri bersikap dingin untuk menjawab tuntutan kita. Kita mahu isu ini dibincang secara konsisten oleh kerajaan negeri," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini.

NONEMazlan berkata penyerahan memorandum itu merupakan langkah susulan kepada Perhimpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana Johor Bahru pada 5 Mei lalu.

Mazlan berkata pihaknya juga menggesa kerajaan negeri menyediakan mekanisme jangka masa panjang bagi mempertahankan tanah rizab Melayu dan membela nasib Orang Asal di negeri itu.

Delegasi kira-kira 20 penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai Mazlan yang turut disertai enam ADUN Pakatan di negeri itu termasuk ketua pembangkang DUN Johor Dr Boo Cheng Hau.

Memorandum berkenaan diterima oleh exco kanan Datuk Ahmad Zahri Jamil di bangunan DUN hari ini.
Ali Hamsa dilantik KSN yang baru
  • Bernama
  • 4:41PM Jun 19 2012
 
Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.

"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu.

- Bernama
Tiada perlindungan perlembagaan untuk LGBT
  • Hazlan Zakaria
  • 1:14PM Jun 19 2012
 
Timbalan menteri hal ehwal agama Datuk Mashitah Ibrahim berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang melindungi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau gaya hidup mereka daripada tindakan kerajaan.

Katanya, Perkara 8 Klausa 1 dan 2 dalam Perlembagaan mendefinisikan gender berdasarkan seseorang itu lelaki atau wanita dan bukannya berdasarkan jantina yang disukai oleh seseorang individu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) di Dewan Rakyat hari ini.

Ngeh berkata kerajaan perlu mengambil kira untuk memansuhkan undang-undang yang mendiskriminasi golongan LGBT, yang berdasarkan doktrin agama.

Sebaliknya, kerajaan perlu menggubal undang-undang yang lebih adil kepada semua, katanya.

Perkara 8 Klausa 1 dalam perlembagaan itu memberi jaminan bahawa "Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang" manakala Klausa 2 pula menyatakan bahawa  "tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina."
Mat Sabu: Isu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS
1:59PM Jun 19 2012  
Isu mazhab Syiah dan pertambahan pengikutnya di Malaysia timbul kembali dipercayai ada kaitan dengan hubungan Iran dan Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Katanya, tekanan terhadap pengikut mazhab itu berpunca daripada rasa tidak senang AS terhadap kerajaan Iran yang majoritinya penduduknya adalah Syiah sehingga membawa kepada tekanan terhadap mereka di seluruh dunia.

"Dahulu (waktu pemerintahan) Shah Iran, Syiah tiada masalah pun.

"Dulu Iran baik dengan Amerika tak timbul pun cerita ini. Sekarang mungkin sebab Iran dah tak baik dengan Amerika maka cerita ini timbul semula," kata Mohamad Sabu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Timbalan presiden parti Islam itu mengulas liputan khas lima muka surat akhbar Sinar Harian semalam berkenaan perkembangan mazhab itu di Malaysia mutakhir ini.

Syiah pernah dikategorikan sebagai sesat namun kini ia dibenar untuk diamalkan di Malaysia tetapi tidak dibenar untuk disebarkan.

Walaupun bukan berasal dari Iran, majoriti penduduk negara itu adalah pengikut Syiah.

Pada masa sama, dasar luar Iran menolak campurtangan luar dalam hal-ehwal serantau dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali Israel, dan Amerika Syarikat sejak kejatuhan pemerintahan Shah Iran.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata polemik tentang gerakan Syiah di negara ini adalah isu lama yang tidak penting pun untuk dibahaskan.

"Saya pun tak tahu kenapa artikel ini timbul semula. Benda ini bukan perkara baru," katanya.

Beliau turut membidas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya dalam akhbar sama yang menyifatkan Syiah sebagai "agama politik".

"(Fathul Bari) Umno dengan PAS pun dia tak boleh nak bezakan jadi buat apa dia nak bincang (agama politik).

"Yang penting fokus perjuangan menegakkan keadilan," katanya.
Nizar: Polis rampas telefon, komputer
1:45PM Jun 19 2012  
Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam tiga operasi mengejut semalam.
"Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," katanya di Twitter.
Tindakan polis itu dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Nizar berhubung kenyataannya mengenai nombor pendaftaran WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, tiga pejabat Nizar, masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor dalam operasi bermula jam 11.30 pagi.
Polis turut menyerbu kediamannya di Sungai Rokam, namun Nizar pada masa itu tiada di rumah, menurut laporan tersebut.

Jurucakap PAS perak, Safarizal Saleh yang dipetik dalam laporan tersebut berkata, pasukan polis tersebut hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.

“Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan.

“Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.

Tiada ulasan: