Sabtu, 16 Jun 2012

JANGAN KITA MENCAMPAK DIRI KEDALAM NERAKA ATAU DILEMBAH KEHINAAN...BERAPA LAMA LAGI LAH HIDUP KITA....INGAT LAH KUBUR YANG GELAP...SEMPIT DAN DUDUK SEORANG DIRI....

Ulama Pas Tongkol Kayu -Dr Mashitah
Posted on Friday, June 15 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"Dr Mashitah, ustazah tersohor Umno tak habis-habis berdendam dengan Pas. Ada sahaja yang tak kena di hatinya tentang Pas. Kali ini dan terkini banyak kutukan Dr Mashitah kepada Pas termasuk Dewan Ulama Pas wujud bagai tongkol kayu. Baca tulisan ustazah ini dari Sinar Harian

Ramai orang, tidak terkecuali pemimpin dan penyokong Pas, tersentak apabila Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad baru-baru ini mengecam parti itu kerana terkeluar daripada perjuangan asal.



Pas mempraktikkan dasar politik yang menyimpang kerana mengadakan hubungan dengan DAP.

Semua orang tahu betapa beliau sebelum ini penyokong kuat Pas – malah ahli seumur hidup. Ketika masuk Pas, kepimpinan parti itu menjajakan nama Shahnon kerana beliau Sasterawan Negara dan tokoh akademik yang disegani.

Namun, perjalanan politik Shahnon dengan Pas tidak bertahan. Dalam tempoh kurang 15 tahun, beliau sudah nampak bagaimana Pas – termasuk golongan ulama dalam parti itu - gagal mempertahankan Islam.

Malah, Dewan Ulamak Pas dianggapnya tidak lagi berpengaruh seperti dahulu. Kini wujud bagai ‘tongkol kayu’. Ulama Pas termasuk Mursyidul Am, kini dibayangi golongan profesional.

Beliau dilaporkan berkata: “Dasar politik Pas sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah. Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional Pas...

Kesimpulannya, Pas sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya.” Bayangkan, jika cendekiawan sehebat dan secerdik pun boleh tak faham dengan Pas, apa lagi rakyat biasa.

Pemerhati politik berpendapat Pas akan membayar harga yang mahal dalam pilihan raya umum nanti ekoran pakatannya dengan DAP.

Sehinggakan misi menubuhkan Negara Islam pun bertukar kepada Negara Berkebajikan dan slogan Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama sekarang ditukar kepada Pas For All.

Ada pihak memberi cadangan agar slogan Pas Ganti Umno elok ditukar saja kepada DAP Ganti Pas.

Perubahan sikap Shahnon ini sangat signifikan, kerana pengalaman yang sama turut dilalui Datuk Dr Hassan Ali dan tokoh Pas yang lain. Mereka kesal kerana Pas berkompromi soal prinsip dan perjuangan.

Dalam banyak isu berkaitan agama dan akidah, DAP dan PKR lebih dominan. Pemimpin DAP kini lebih kuat bercakap isu agama.

Banyak pelanggaran agama dan kemungkaran berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi Pas tidak boleh buat apa. Pas juga diam apabila Majlis Peguam mempertikai kemutlakan keputusan Majlis Fatwa Kedah.

Andainya Shahnon masuk Pas dulu kerana tertarik kepada kepimpinan ulama, maka kekecewaan beliau hari ini adalah manifestasi penolakan beliau terhadap kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Abdul Hadi Awang.

Pengalaman Shahnon dalam politik Pas boleh dibaca dalam buku Perjalananku Sejauh Ini: Satu Autobiografi (2006).

Menurut Dr Sohaimi Abdul Aziz, Shahnon hanya menjadi wakil rakyat Pas cuma sepenggal (1999-2003) kerana dia sedar bahawa dia menemui banyak kepalsuan. “Menjadi wakil rakyat Pas...

Tidak membawa banyak erti kepada kehidupannya,” begitulah pandangannya ketika menjadi panelis di Seminar Pemikiran Shahnon Ahmad yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 13-14 Mei 2007. (Shahnon bertanding dan menang di kawasan Parlimen Sik dalam pilihan raya umum 1999 dengan majoriti 478 undi mengalahkan Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman).

Satu faktor yang mendorong kejayaan Shahnon dalam pilihan raya itu ialah buku satira politik cukup kontroversi, Shit (1999), yang dilaporkan terjual sehingga 130,000 naskhah.

Ironinya, Lim Kit Siang ketika itu mencadangkan Shahnon didakwa ke mahkamah kerana karya tersebut. Manakala Kementerian Dalam Negeri berpendirian tidak mengharamkannya atas dasar “pendemokrasian bahan-bahan bacaan.”

Namun, peminat sastera dan pelajar tentunya lebih mengingati Shahnon (adakala menggunakan nama pena Juwahir dan Tutang) kerana karya hebat seperti Rentong (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), dan Al- Shiqaq 1 (1985) serta banyak lagi antalogi dan cerpen.

Shahnon kini berusia 80 tahun dan uzur. Beliau mengidap sejenis penyakit antibodi yang menyerang segala otot dan tenaga di seluruh badan sehingga daya tahan dan daya rasa menjadi lemah longlai tidak bermaya hingga menyebabkan sukar untuk bernafas, bercakap, menelan, mengunyah atau meludah.

Saya mencadangkan pembaca membeli buku Kembara Seorang Hamba (Karya Bestari, Shah Alam, 2010). Ada satu perenggan di halaman 8, mungkin ditujukan kepada Pas: “Diri ini sudah lanjut usia... Tiada lagi yang sudi mengalualukannya kerana ketuaan yang dialami.

Tiada gunanya lagi walau secalit dan kini hanya menunggu hakisan dan keluputan untuk dipindahkan ke alam lain.”









Ustaz Yahya Othman: Perginya Seorang Murabbi Jamaah
Posted on Thursday, June 14 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ustaznik

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Itulah ucapan yang mampu kita ucapkan apabila mendengar berita kematian Ustaz Yahya Othman. Sudah agak lama tidak mendengar berita dan aktivitinya. Beliau barangkali memfokuskan baki-baki hidup dalam bidang pendidikan dan tarbiyyah khususnya di Kelantan.

Saya mengenali Ustaz Yahya Othman melalui tulisan dan ceramah yang beliau berikan, khususnya ketika belajar di Jordan. Beliau datang dari Malaysia beberapa kali memberikan ceramah, tazkirah atau taujihat kepada ahli jemaah di kalangan pelajar ketika itu.

Dari email ulama pelapis, maklumat yang diperolehi ialah almarhum tidak menunjukkan apa-apa sakit. Lepas solat Asar beliau sakit perut sedikit dan buang air kemudian ambil wudhuk dan solat. Wallahua’lam mengenai maklumat yang lebih sahih.

Moga Allah menempatkab beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solehin. Takziah buat keluarga beliau ‘Azzamallahuajrakum’ 


 Serangan sihir makin hebat di N.Sembilan
Posted on Thursday, June 14 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Rasanya bukan di N.Sembilan saja, malahan di mana-mana tempat dalam dunia ini sejak dari zaman dahulukala lagi. Akan tetapi nampaknya permainan sihir, serangan sihir, gangguan jin serta makhluk halus semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Saya dikhabarkan rakan saya di Seremban, yang merupakan pengamal perubatan Islam, hampir setiap hari ada kes gangguan sihir, makhluk halus, saka dan sebagainya yang perlu ditanganinya.

Kesimpulannya hanya satu, apabila masjid-masjid semakin mati, solat dipandang ringan, majlis ilmu dikesampingkan, maka tidak hairanlah perkara-perkara seperti sihir, gangguan dan sebagainya yang termasuk dalam fahsya dan munkar semakin berleluasa.

Sempena sambutan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1433 Hijrah ini bersamaan dengan 17 Jun 2012 marilah kita semarakkan surau dan masjid dengan solat serta majlis ilmu dan zikir mulai dari sekarang hingga akhir hayat kita insyaAllah.

Tarikh keramat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib, bumi Al Quds atau Jerusalem atau Palestin telah dibebaskan oleh seorang Sultan yang hidup dalam suasana kemiskinan iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang Sultan yang kuat berpegang pada agama, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.

Tulisan saya sebelum mengenai Masjid-masjid yang Mati di N.Sembilan di waghih.blogspot.com

اتْلُ مَآ أُو حِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ {العنكبوت45}

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (al-Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan fahsya’ dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 29:45)

Tahap-tahap kejahatan yang dilarang

Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan.

Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu

al fahsya, al munkar dan al baghy.

AL-FASHYA

Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkeluar daripada batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor, tidak malu serta lucah.

AL-MUNKAR

Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan,

tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia.

Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada

orang lain.

AL-BAGHY

Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan,

kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada orang lain.

Sumber: pustaka.upsi.edu.my


Siapa Sultan Melayu yang paling alim pada zamannya?
Posted on Friday, June 15 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya.

Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.Sultan Zainal Abidin adalah seorang daripada putera Bendahara Paduka Raja Abdul Majid Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor yang kesembilan belas, lahir di Johor kira-kira pada tahun 1089 Hijrah....''

Kalimat ini jelas berbicara tentang Melayu. Tafsirannya juga sama, jika kita menggunakan perkataan yang kasar atau `tidak berbudi bahasa', bahawa "Raja atau pemimpin Melayu, yang tiada manfaat bagi bangsa Melayu, maka raja atau pemimpin itu adalah pengkhianat terhadap bangsa Melayu, bangsanya sendiri.'' Daripada contoh di atas terbuktilah bahawa ulama perlu bijak dan `berbudi bahasa' dalam menyampaikan dakwah dan pendidikan melalui surat terhadap golongan tinggi seperti tersebut di atas. Sebaliknya umara (pemerintah) yang bijak perlu mendekati ulama ikhlas dan jujur.

Sumber:
1. utusan.com.m
2. mgcgroup.blogspot.com"



Najib habiskan RM20 Juta untuk Panda.. dan Panda itu disewakan atau dipinjamkan?
Posted on Friday, June 15 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: AnakSgDerhaka

"Mungkin ramai yang tidak tahu... kos yang akan dibelanjakan untuk dua ekor panda yang menurut Najib dipinjamkan oleh China kepada Malaysia adalah RM20 Juta...

Dua hari lalu Najib telah mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China ..

Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.

Tulis Najib."Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita.

China percaya kepada kita konon… tengok gambar dibawah, imej atau gambar ini menunjukkan negara-negara yang yang meminjam ‘Giant Panda’ dari negara China..


Dan menariknya kebanyakkan negara yang mendakwa meminjam itu sebenarnya menyewa ‘Giant Panda’ itu dari China's Wulong Panda Research Institute.

Antaranya ialah Thailand..
The Thai government pays $250,000 a year to China's Wulong Panda Research Institute to rent the pandas, who, depending on the weather, reside in either a $1 million air-conditioned cage or an extensive, fan-cooled outdoor enclosure ringed by a mini-replica of China's Great Wall – USAToday
United States of America menyewa ‘Giant Panda’ pada kadar USD1 Juta setahun..
In 1972, two pandas were presented to the United States after President Nixon's historic visit; in 1974, another two were given to Britain in the wake of Edward Heath's friendly visit. In 2005, as part of the talks with Lien Chan, China gifted two pandas to Taiwan.

In today's market economy, however, there are no more freebies. China usually offers 10-year loans with prices close to $1m as the yearly rental. The flocking of would-be panda-huggers will bring fat profits to the zoo and to China – Guardian
Manakala Kanada pula sewa dengan kos $10 Juta
Prime Minister Stephen Harper officially confirmed Saturday that China has agreed to loan two giant pandas to zoos in Toronto and Calgary for a period of five years each – beginning next year – at a cost of $10 million.

Millions of dollars more will be spent to prepare the zoos and to care for the animals, including about $200,000 or so a year in bamboo costs to feed the bears and additional fees to train Canadian panda handlers with help from the Chinese – Ottawa Citizen
Jepun... yang mula-mula mengalu-alukan orang ramai menamakan Panda yang disewanya dari negara China... dua hari lepas langkah ini ditiru Najib... membayar $950,000 satu tahun...
The metropolitan government will ask the public to nickname the two pandas, a 143-kg male and 124-kg female, officials said. The animals will be moved here in February before their public showing begins the following month. Under the lease deal, Tokyo will contribute $950,000 a year to wildlife preservation in China – Japantimes
Itu antara beberapa negara yang mendakwa dipinjamkan ‘Giant Panda’ oleh China... macam Najib kata tu... tapi hakikatnya membayar sewa yang tinggi untuk tujuan meminjam tersebut.

Jika negara-negara tersebut di atas membayar sewa untuk Panda dari negara China, apa istimewanya Malaysia untuk diberikan pinjam secara percuma oleh negara China?

Berbalik kepada Kerajaan UMNO/BN membelanjakan sebanyak RM20 Juta untuk memelihara binatang ini...

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI "

Tiada ulasan: