Jumaat, 22 Jun 2012

SEK JADI BEGITU TERUK..KEMARUK...DISEBABKAN DUA FAKTOR BESAR...FILEM2 SEX...LUCAH...MUDAH DITONTON...HINGGA BOLEH DITONTON DITELEFON....KOMPUTER USAH CERITALAH...MURID SEKOLAH RENDAH PUN DAH MENONTON ...TAK KIRA JANTINA...BILA DIDIKAN AGAMA TAK KUAT...KEMARUK...MUNGKIN MEMBAWA KEPADA MENCUBA....TENGOK DIDADA2 AKHBAR...BERITA ZINA...ROGOL...HINGGA KEPADA SUMBANG MUHRAM....KEDUA...TIADA HUKUM QURAN DIJALANKAN...TIDAKLAH MEREKA TAKUT SANGAT....TIDAK DIREJAM ATAU DIROTAN 100X ROTAN....AKUI LAH HAKIKAT INI....BANTAH-MEMBANTAH PUN TAK GUNA....

PRU hanya selepas mandat 5 tahun lengkap?

21 Jun 2012
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu.

"Saya secara peribadi merasakan lima tahun bermakna lima tahun, jadi rakyat faham mereka akan mengundi wakil mereka selama lima tahun, saya juga boleh jadi catalyst (pemangkin) untuk kita cuba dapatkan lima tahun ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata perkara itu juga boleh dibincang sekiranya ia memberi manfaat kepada negara memandangkan sistem Westminster di United Kingdom yang menjadi model kepada sistem Parlimen Malaysia baru-baru ini telah bersetuju untuk memastikan tarikh pilihan raya adalah selepas lima tahun.

"Oleh kerana sistem kita mengikut Westminster, ia mungkin satu perkara yang boleh kita bincang dan kalau ia lebih memberi manfaat kepada negara untuk memastikan lima tahun itu maknanya lima tahunlah... dan tidak boleh dipanggil pilihan raya sebelum lima tahun. Ini boleh kita bincangkan untuk dilaksanakan," katanya.
 
Beliau berkata bagaimanapun, bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen lebih awal, ia merupakan perkara dasar yang perlu dikaji terutama daripada aspek perundangan.

"Tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanyalah menentukan tarikh pilihan raya umum apabila Parlimen bubar," katanya.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang mencelah ketika penggulungan bertanya kepada Mohamed Nazri bahawa jawapannya itu menggambarkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun depan.

Mohamed Nazri berkata untuk membubarkan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri terpulang kepada kerajaan sedia ada dan pembubaran Parlimen adalah hak Perdana Menteri untuk menentukannya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai pecahan jumlah pengundi pos mengikut kawasan Parlimen, Mohamed Nazri berkata SPR tidak mempunyai maklumat jumlah keseluruhan pemilih yang akan mengundi sebagai pengundi pos untuk pilihan raya umum ke-13 kelak.

Beliau berkata semua permohonan untuk menjadi pengundi pos hanya boleh dikemukakan selepas disahkan adanya pertandingan untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Jumlah pemilih terkini sehingga pemerakuan Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Pertama 2012 yang diwartakan ialah 12,915,045 orang. - Bernama
Rafizi Ramli lepas jawatan Ketua Eksekutif
Wartawan Sinar Harian
21 Jun 2012
Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli
Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM – Sementara PKR Selangor berhadapan isu kontroversi berkaitan dengan Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Rafizi Ramli pula mengumumkan beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” kata Rafizi menerusi mesej Twitternya lebih sejam lalu.
Pengarah Strategi PKR ini,  yang dilihat sebagai antara pemimpin yang meningkat naik dalam politik PKR, tetapi menjawab panggilan telefon.
Rafizi dilantik sebagai Pengarah Strategi susulan pemilihan PKR dua tahun lalu.
Bagaimanapun beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pengikutnya menerusi Twitter.
Antara lain beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."
"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.
Menjawab soalan pengikutnya yang mahu tahu alasan sebenar beliau meletakkan jawatan, Rafizi berkata, "Ha, ha, ha, seoalan tweet macam kata-kata terkenal (bekas Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet pusat, Tan Sri)
Rafidah Aziz, "mengapa, mengapa, mengapa"."
"Jangan bimbang saya tidak menangis bercucuran macam Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya dengan merujuk kepada peristiwa ketika Perhimpunan Agung Umno sedekad yang lalu.
Rafizi yang antara lain disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga berkata, beliau memerlukan masa rehat dan sebab itu melepaskan jawatan itu.
"Itu sahaja," katanya lagi.
Katanya, beliau biasanya tidak akan kekal dalam satu jawatan lebih daripada dua tahun.
"Saya tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan. Yang ini saya sudah melebih dua tahun, masa untuk bergerak ke depan. Tiada dimensi politik dalam hal ini," katanya menjawab soalan-soalan pengikutnya yang terkejut dengan keputusan ini.
Walaupun beliau tidak mengaitkan dengan perkembangan politik dalam PKR dan Pakatan Rakyat, tetapi keputusan itu dilihat akan memberi kesan ke atas persepsi orang ramai terhadap PKR.
Astaka di Jertih runtuh, enam terperangkap
Mohd Taha Yaacob
21 Jun 2012
Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.
Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.
[DIKEMAS KINI] BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan.
Asri: Fahami budaya sebelum hukum
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
21 Jun 2012
KITA walaupun semuanya manusia, tetapi tidak sama di sudut latar budaya dan iklim yang kita hidup ataupun membesar di dalamnya.

Tempat, negeri, budaya, bahasa, taraf hidup, persekitaran dan seumpamanya mempengaruhi pembentukan minda, sikap, kefahaman dan juga penilaian terhadap sesuatu. Setiap kita mempunyai latar budaya dan adat yang berbeza. Islam tidak pernah memprogramkan manusia untuk memiliki hanya satu adat dan budaya sahaja dengan menghapuskan adat dan budaya yang lain.

Islam tidak pernah menyatakan bahawa semua bangsa hendaklah menghapuskan budaya mereka dan bersatu dengan budaya Arab. Sama sekali tidak!

Bahkan ALLAH yang menciptakan manusia Maha Mengetahui hakikat ini dan mengakuinya. Firman Allah: (maksudnya) Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menyeru manusia atas nama manusia, bukan bangsa tertentu. Kemudian mengakui kewujudan pelbagai bangsa dan suku kaum. Tujuannya agar kenal-mengenal dan mempelajari sesuatu yang baik antara satu sama lain.

Kelebihan tidak balik kepada jenis bangsa, tetapi kepada takwa. Inilah Islam.


Budaya Diiktiraf

Islam tidak menghapuskan adat dan budaya kaum yang tidak bercanggah prinsip-prinsip yang ALLAH mahu dalam kehidupan manusia. Adat dan budaya yang tidak membawa kepada kesyirikan, kezaliman, kekejian, bidaah, pendustaan, khurafat dan keruntuhan maruah tidak ditentang oleh Islam. Tidak penting adat itu berasal dari mana kaum sekalipun. Setiap kaum boleh mengekalkan adat dan budaya baik yang ada pada mereka. Bukan perjuangan Islam memaksa adat Arab ke atas bangsa lain. Begitulah juga sebaliknya.

Maka bukanlah perjuangan Islam itu memaksa bangsa lain berjubah dan berserban Arab. Tidak juga memaksa mereka memakan masakan Arab ataupun menggunakan ubatan Arab seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Bahkan Arab itu sendiri mempunyai perbezaan budaya dan adat disebabkan perbezaan kabilah dan tempat.

Mereka yang hidup Syam umpamanya, tidak sama dalam banyak aspek dengan mereka yang hidup di Hijaz. Begitulah seterusnya. Sebab itu Ibn Taimiyyah (w. 728H) apabila menyebut tentang pakaian dan makanan yang mengikut sunnah menyebut: “Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan  yang mudah didapati dalam negerinya.

Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan). Nabi s.a.w tidak diutuskan untuk memperkenalkan design atau pun jenis pakaian, kasut, ubat, makanan yang berteras budaya kaum tertentu.

Sebaliknya tugasan baginda menegakkan nilai-nilai yang mulia dan baik yang bersifat sejgata dalam kehidupan manusia. Manusia mungkin mempunyai bahasa yang sama, tetapi maksudnya berbeza.

Tuak di negeri-negeri Utara Malaysia memabukkan dan haram. Namun ‘tuak’ di Kelantan tidak memabukkan kerana ia merujuk kepada air nira. Maka tidak haram. Tentu sekali mengajak orang minum tuak di utara satu kesalahan, tetapi tidak di Kelantan. Memakai kain batik di Terengganu dan Jawa tidak dianggap menyerupai perempuan. Namun dianggap menyerupai perempuan di negeri-negeri Utara Malaysia.

Anda tidak wajar memakainya ke masjid dan majlis orang ramai. Di Scotland, lelakinya memakai skirt (kilt) yang dianggap macam pakaian wanita di tempat lain. Lelaki Melayu memakai sampin dan baju Melayu yang berwarna lembut. Pakaian Melayu itu pada pandangan masyarakat lain bercirikan wanita dan tidak ‘cukup kelakiannya’. Namun tidak pada pandangan orang Melayu. Ia bergaya dan sangat lelaki.

Maka dalam memahami dan  berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang melarang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki itu hendaklah juga difahami budaya dan adat setiap kaum. Tidak boleh dihukum menyerupai wanita atau lelaki melainkan  setelah difahami latar budaya sesuatu kaum.

Saya teringat ada ‘ustaz’ Arab dari negara tertentu yang mempertikaikan wanita muslimah Malaysia memakai baju berwarna. Katanya, wanita hendaklah memakai baju berwarna hitam. Dia  mungkin melihat Islam itu menerusi jendela budaya Arab di negaranya lalu dia ingin supaya budaya Arab itu dijadikan kewajipan ke atas bangsa lain.

Saya kata kepadanya, itu budaya kamu, bukan penegasan Islam. Kata Aishah bint Sa’d:“Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar (berwarna merah)” (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah). Ertinya isteri-isteri  Nabi s.a.w pun memakai pakaian berwarna. Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463): “Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah),  warna ros, merah tanah” (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).


Fahami Uruf

Memahami latar kaum sebelum mengeluarkan pandangan hukum amatlah penting. Jangan hanya kerana sesuatu itu disebut dalam sesebuah kitab yang ditulis oleh pengarang yang mempunyai latar adat ataupun budaya  tertentu lalu kita hukum perkara yang berkaitan budaya tersebut kepada kaum lain. International Islamic Fiqh Academy dalam Sidang ke-5 pada 10-15 Disember 1988 telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung dengan memahami  ‘uruf (latar adat) sesebuah masyarakat dalam sesuatu fatwa. Antaranya disebut: “Tidak boleh bagi seorang faqih (ahli fekah) - sama ada dia mufti ataupun kadi - jumud apabila memetik pandangan dari kitab-kitab fuqaha (sarjana fekah) tanpa meraikan (mengambil kira) perubahan ‘uruf”.

Banyak dalil agama yang pelaksanaannya hendaklah dilihat kepada latar mereka yang terlibat. Umpamanya, Nabi s.a.w mengizinkan isteri mengambil tanpa kebenaran harta suami yang enggan mengeluarkan belanja untuk  keluarganya. Ini berdasarkan keizinanan yang baginda sebut kepada Hind isteri Abu Sufyan. Sabda Nabi s.a.w kepadanya: “Ambillah apa yang mencukupi untuk engkau dan anak-anakmu” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini dijadikan asas  dalam masalah ini. Ertinya seseorang isteri yang bersuami kedekut boleh mengambil hartanya tanpa izin untuk belanja keluarganya dengan kadar yang memadai.

Namun kadar yang memadai itu berbeza antara sebuah keluarga dan keluarga yang lain. Antara tempat dan tempat yang lain. Waktu dan waktu yang berbeza. Syarak hanya menyebut garis panduan umum, latar keadaan, tempat dan masa menentukan kadar yang mencukupi itu. Di sini datangnya peranan adat dan budaya setempat dalam menentukan perkara yang seumpama itu.

Fatwa atau pandangan hukum yang jumud ialah pandangan yang tidak mengkaji perbezaan latar budaya dan adat. Fatwa-fatwa yang seperti inilah yang mengharamkan sukan, persembahan kebudayaan, seni dan lain-lain. Fatwa  yang jumud ini juga yang mengeluarkan hukum dalam buku-buku yang ditulis dalam masyarakat yang monarki untuk dilaksanakan dalam negara demokrasi. Fatwa yang jumud yang menyamakan kerajaan Nabi Sulaiman yang menjadi  raja adil pada zaman baginda dengan raja lain yang penuh dengan sikap yang buruk, samseng dan rakus. Kejumudan juga telah menyamakan kerajaan Firaun dengan kerajaan demokrasi yang jauh lebih baik dari Firaun.

Budaya dan adat juga dibentuk oleh teknologi dan perkembangan ketamadunan manusia. Semuanya hendaklah diambil kira. Islam tidak menentang apa yang tidak menyanggahi prinsip-prinsipnya yang luhur. Maka, fahami latar  budaya dan adat, baru keluarkan hukum.


* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan kini Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford  


Seorang lagi ejen didakwa cuba beli MP PKR
NORHASPIDA YATIM
21 Jun 2012
Khalid Samad
Khalid Samad
KUALA LUMPUR -   Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi mendedahkan sebahagian rakaman video selama lebih kurang 30 saat dan ejen baru, yang dikenal pasti berhubung proses rundingan bagi membeli ahli parlimen mereka dengan tawaran harga yang lumayan.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor III, Khalid Samad berkata, risikan dijalankan menunjukkan perbuatan itu bukan perkara baru, malah mereka menyasarkan ahli Parlimen PKR sebagai mangsa.
“Mereka mahu jadikan MP dari PKR sebagai mangsa supaya rakyat boleh melabel PKR sebagai parti yang tidak boleh diharap.
“Mereka takut nak jerat MP dari Pas atau DAP sebab dua parti ini sudah agak lama bertapak.
"Kalau PKR, mereka mahu kaitkan dengan beberapa kes dan mahu parti itu dilabel memiliki reputasi yang buruk,” kata beliau pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, hari ini.
Khalid turut mendedahkan nama seorang lagi individu yang didakwa sebagai ejen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.
Nama bekas Ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim didedahkan dalam sidang media minggu lalu. Zamil menafikan perkara dan mencabar Khalid membuat lebih banyak pendedahan.
Video selama 30 saat itu jelas menunjukkan empat individu sedang berbincang di sebuah restoran berhampiran ibu kota.
Khalid mendakwa, ahli Parlimen itu ditawarkan sebanyak RM2 juta sebagai habuan meninggalkan parti dan tugas sulit itu didalangi Umno.
“Negara sekarang tercabar dengan politik wang. Nilai politik kotor yang akhirnya memberi impak kepada demokrasi berparlimen yang diamalkan.
“Apa maknanya kita dipilih oleh rakyat, tetapi ramai mereka yang banyak duit rasa mereka boleh beli ahli Parlimen untuk rebut kuasa dengan sewenang-wenangnya,” katanya.
ends
Bekas CEO JCorp terima tawaran sertai politik
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
21 Jun 2012
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
SHAH ALAM - Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengakui menerima beberapa tawaran parti politik, bagaimanapun beliau tidak berhasrat menyertainya.
Beliau juga enggan menjelaskan dari parti mana tawaran berkenaan diberikan.
Katanya, beliau telah memilih jalan bisnes sebagai satu perjuangan dalam membantu agama bangsa dan negara.
“Bukan hanya politik dapat membina negara, bisnes juga ada kelebihannya. Tidak semestinya menyertai politik.
“Ini adalah jalan yang saya pilih dan saya akan teruskannya, kini saya aktif dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Ini jihad saya, memperjuangkan jihad perniagaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, jika dia berhasrat bergerak aktif dalam politik, sudah lama berbuat demikian kerana ayahnya aktif dalam parti Negara manakala kakaknya, Tan Sri Fatimah adalah orang kuat Umno satu ketika dulu.
Kini beliau lebih aktif dan pertubuhan bukan kerajaan dengan memperkenalkan wakaf korporat yang sewajarnya dijalankan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf bagi melihat sendiri penerbit dan pencetakan bumiputera terbesar di Malaysia.
Selain Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf juga menerbitkan 29 majalah dan bahan bacaan lain seperti buku ilmiah dan novel.
Sementara itu, Muhammad Ali yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), mengingatkan agar GLC tidak diswastakan termasuk memberikan jawatan kepada orang politik yang ‘bukan ahlinya’ kerana akan membuatkan sesebuah syarikat itu jatuh.
"Walaupun bukan semuanya kepada orang politik, cuma banyak pengalaman penswastaan dan memberikan kepada bukan ahli yang kita lihat menimbulkan masalah.
"Dulu, kami di JCorp memperkenalkan dasar tidak memberikan mana-mana eksekutif memegang sebarang jawatan dalam parti, kerana orang ramai sensitif tentang ini," katanya.
Dua penganggur ditahan bantu siasatan kes bunuh pemilik butik

21 Jun 2012
SUNGAI PETANI - Polis menahan dua pengganggur bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita pemilik butik perkahwinan yang mayatnya ditemui dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights, berdekatan Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini semalam.

Kedua-dua lelaki yang berusia sekitar 20-an itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata suspek ditahan oleh sepasukan polis sekitar bandar ini lewat petang semalam.

"Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh itu. Siasatan awal dan laporan bedah siasat menunjukkan mangsa telah ditikam berdasarkan kesan yang ditemui pada bahagian leher dan dada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hashim berkata polis juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada cemburu.

"Bagaimanapun kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk unsur-unsur lain seperti samun dan sebagainya," katanya.

M. Revathi, 23, ditemui mati di dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights pagi semalam.

Mayat pemilik Rakshata Bridal House di Taman Ria di sini itu ditemui pukul 7.30 pagi oleh orang ramai dalam keadaan terlentang atas motosikal di longkang sedalam kira-kira 0.5 meter yang dipenuhi semak.

Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kecederaan parah di leher dan dada. - Bernama
Siapa selepas Najib dan Muhyiddin?
Yusof Harun
21 Jun 2012
Kebelakangan ini cerita tokoh hendak ditabalkan sebagai Perdana Menteri (PM) menghangatkan sarapan pagi. Kalau cakap-cakap mengenai tarikh Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) boleh diibaratkan sebagai nasi lemak, maka siapa bakal menjadi PM selepas ini dilihat ibarat roti canai.
Agak menghairankan mengapa dua hidangan sarapan berasaskan daripada makanan dua kaum sahaja tetapi tidak pula, misalnya kuih pau, yang boleh dianggap satu lagi kaum.
Tapi itu sarapan. Dalam politik, tidak ada kepastian sekiranya kaum dikaitkan dengan kuih pau ini tidak menyimpan sebarang cita-cita jangka panjang untuk menjadi PM.
Walaupun tidak begitu kerap, sejarah menunjukkan sudah ada tanda-tanda kaum ini mahukan pucuk pimpinan BN agar mewujudkan jawatan TPM kedua atas dasar kononnya mahu mewakili etnik bukan Melayu.
Jawatan PM adalah jawatan besar, yang penyandangnya beri kata putus bersifat eksekutif.
Walaupun keputusan kerajaan lazimnya dibuat Jemaah Menteri, namun sekiranya PM membuat keputusan menurut budi bicaranya, maka kerap ia dianggap keputusan kolektif kerajaan.
Tidak hairanlah jika pembangkang turut mencongakcongak siapakah yang bakal menjadi PM jika berjaya ke Putrajaya. Namun bukanlah terlalu sukar untuk meramal betapa Anwar Ibrahim dilihat calon berpotensi, walaupun Hadi Awang dilihat layak dari segi moralnya.
Namun bekas Menteri Kewangan itu tetap menjadi pilihan. DAP bermati-matian berkempen berkehendakkan Anwar untuk mengetuai pembangkang dalam PRU13 dan seterusnya jika mereka menang, calon ke Putrajaya sudah tentulah Anwar.
DAP terlupa Pas adalah parti terbesar berbanding PKR dan DAP dari segi keahlian. Justeru Pas sepatutnya mendominasi gabungan itu.

Sama ada suka ataupun tidak, sekiranya pembangkang menang maka orang yang bakal memimpin Malaysia  menggantikan Datuk Seri Najib Razak ialah Anwar, bukannya Hadi dan jauh sekali Karpal Singh ataupun Lim Guan Eng.
Soal moral bukanlah penting bagi pembangkang dalam konteks pemilihan calon ke Putrajaya. Oleh kerana Umno menentukan pemimpin masa depan melalui pemilihan dalam Perhimpunan Agungnya maka pemilihan tahun depan, selepas PRU13 dilihat lebih panas daripada pilihan raya itu sendiri.
Masa depan Najib ditentukan parti lebih-lebih lagi jika prestasi Umno dalam PRU13 tidak begitu memberangsangkan.
Pada peringkat ini bagi Najib jika BN kembali dipilih rakyat memerintah lima tahun lagi, beliau kekal sebagai PM untuk tempoh itu.
Setakat ini beliau berjaya menonjolkan dirinya sebagai calon terbaik yang pernah dilahirkan parti itu selepas Dr Mahathir.
Najib membuktikan bahawa beliau bukanlah calang-calang calon malah lebih popular daripada Umno atau BN. Tidak mustahil sekiranya Najib membuat keputusan atau dikehendaki perwakilan agar meletakkan jawatannya selaku PM, maka tempat beliau akan digantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menyingkap sejarah pemindahan kuasa, jarang TPM yang masih berkhidmat ketika PM meletakkan jawatan atau meninggal dunia dalam jawatan tidak dinobatkan selaku PM.
Tun Razak menjadi PM selepas Tunku Abdul Rahman bersara. Tun Hussein Onn menjadi PM apabila Tun Razak meninggal dunia. Dr Mahathir menggantikan tempat Hussein apabila putera pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar itu mengambil keputusan meletakkan jawatannya selaku PM.
Apabila peralihan kuasa ini berlaku, maka jawatan Timbalan Presiden Umno yang secara automatik meletakkan penyandangnya ke kerusi nombor dua terpenting dalam kerajaan menjadi perebutan sengit kalangan penyandang Naib Presiden.
Perebutan jawatan kedua tertinggi ini sering berlaku kalangan penjawat tiga jawatan ketiga tertinggi dalam parti. Tetapi di sebalik kempen yang sengit, akhirnya calon yang menjadi pilihan untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno adalah 100  peratus bersih daripada sebarang skandal.
Pak Lah adalah antara contoh ditunjukkan Presiden Umno ketika itu agar dipilih oleh perwakilan untuk jawatan Timbalan Presiden parti.

Tapi Najib memilih Muhyiddin sebagai timbalannya berasaskan kehendak perwakilan.
Malah Anwar sendiri melobi perwakilan untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden Umno pada 1993 menerusi Team Wawasan setelah berjaya mempamerkan ciri-ciri bebas skandal dan berimej Islam.
Nampaknya itu dulu, sekarang Anwar agak lain. Justeru, penyandang jawatan Timbalan Presiden Umno adalah penting kerana kebarangkalian menjadi PM dan memimpin seluruh rakyat adalah begitu besar, maka dia haruslah bersih, lebih lagi beragama, berakhlak, berkepimpinan tanpa memikirkan keuntungan peribadi .
Atas sebab ini juga majoriti besar orang Melayu lebih rela memilih Hadi dilantik menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ini.

Hal seperti ini mempunyai kebarangkalian yang terlalu kecil, maka perbincangan sarapan kembali kepada siapakah nanti yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mungkin seterusnya Perdana Menteri selepas Najib dan Muhyiddin?
 

Benarkah kita kemaruk seks?
ABD JALIL ALI
21 Jun 2012
Mungkin faktor usia – almaklumlah sudah melewati fasa emas – saya kini mula memerhatikan benda-benda yang sebelumnya tidak pernah langsung diambil peduli @ ‘ada aku kisah!’ Salah satu yang menarik perhatian sekarang ialah iklan beraneka produk yang ada kaitan dengan seks.
Baru saya sedar, tersenyum dan macam tersindir, saban hari di sekeliling kita ada sekian banyak iklan dan promo mengenai syahwat.
Sebaik keluar rumah sebelah pagi, radio dalam kereta mula bercakap mengenai seks. Iklan sejenis produk ramuan herba itu memberitahu, sekiranya minum air ramuan tersebut setiap hari, tubuh akan sentiasa bertenaga.
“Pasti isteri akan terkejut dengan perubahan anda!”
Ketika berhenti di lampu trafik, telefon bimbit berdecitdecit tanda ada e-mel baru masuk. Sebaik e-mel dibuka ada pesanan mengenai tawaran membeli secara online.
Antara produk yang ditawarkan ialah viagra dan lain-lain pil rangsangan seks.
Setelah tiba di pejabat dan membaca akhbar pagi, mata tidak akan terlepas macam-macam iklan yang dikaitkan dengan hubungan kelamin.
Rupanya kehebatan seks kini bukan lagi hal peribadi yang sepatutnya dirahsiakan, sebaliknya sudah menjadi kemegahan untuk hebahan umum.
Salah satu yang menarik ialah pengakuan seorang isteri, gambarnya tersengih riang, sambil memeluk suami: “Dulu suami buat tak tahu, sekarang hari-hari mahu! Macam kambing dapat pucuk muda!”
Sebenarnya kalau kita perhatikan sebahagian besar iklan produk herba – jamu, makjun, kapsul, jus, minuman, makanan tambahan – pasti tidak akan terlepas menyebut kehebatan seks sebagai salah satu khasiatnya.
Macamlah orang kita tidak ada kerja lain kecuali berseks-seks! Antara mesej yang hendak disampaikan menerusi pengambilan dan amalan produk berkenaan ialah rangsangan berkelamin.
Ada mesej yang dinyatakan secara berlapis seperti ‘kehidupan suami isteri bertambah manis’, ‘malam-malam anda menjadi lebih bermakna’, ‘hubungan sentiasa mesra’ dan lain-lain madah.
Tetapi ada juga mesej yang disampaikan secara terang-terang dengan menyebut masalahmasalah syahwat seperti mati pucuk, hilang daya cengkaman wanita, dan lain-lain kalimah yang saya sendiri tidak sampai hati hendak menyebutnya.
Malah, ada iklan sejenis minuman tonik herba menunjukkan gambar kaki katil patah. Konon jika minum produk berkenaan tenaga syahwat akan meluap-luap dan hubungan intim menjadi luar biasa hingga katil boleh patah. Untunglah kedai menjual katil!

Oleh sebab tidak pernah mencuba, saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan produkproduk yang diiklankan itu.
Tidak pasti juga sama ada yang diiklankan dan dipasarkan itu mendapat pengesahan dari pihak berkuasa. Baguslah sekiranya produk-produk tersebut betulbetul dapat membantu.
Tetapi, pada hemat saya halhal intim dalam kelambu suami isteri tidak sepatutnya diceritakan tanpa malu-malu hanya untuk melariskan produk. Tidak kira betapa kuat cengkaman atau betapa hebatnya adegan ranjang, itu adalah rahsia, bukan untuk diberitahu umum.
Agaknya sebab memahami orang kita suka hal-hal seperti itu, ada iklan ala-ala seks yang tidak ada kena-mengena langsung dengan syahwat.

Kawan saya memberitahu, dia terbaca iklan spa di sebuah akhbar bahasa Cina yang menyebut: “Saksikan sendiri mandian berbogel tanpa seurat benang!”
Berpandukan alamat seperti yang diiklankan, dia dan beberapa teman segera pergi ke pusat spa berkenaan untuk melihat orang berbogel.
Dia terkejut sebab yang mandi tanpa seurat benang dan boleh ditonton itu bukanlah orang, tetapi kereta.
Rupanya itu iklan tempat cuci kereta. Almaklumlah, sekarang kereta pun sudah ada salun dan spa! Pada tembok dan tiang-tiang lampu isyarat sentiasa ada iklan kecil ditampal bersama-sama sekian banyak iklan ah long.
Iklan kecil berbunyi: “Ubat kuat, dijamin puas. Sila hubungi...” (nombor telefon disertakan).
Malah, ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa pulang ke rumah sebelah petang, mata terpandang pada iklan yang ditampal pada batang-batang pokok di pembahagi jalan.
Ada nombor telefon pada iklan tulisan tangan itu.
Di bawah nombor tersebut ditulis dengan huruf tebal: ‘Urut Ubah Saiz’. Walaupun tidak dijelaskan, semua orang faham yang dimaksudkan dalam iklan tersebut bukan saiz lengan atau saiz pinggang, tetapi saiz yang ada kena mengena dengan syahwat.

Agaknya kekalutan politik dan demam PRU13 membuat orang sentiasa resah.
Ada yang percaya keresahan boleh diredakan dengan seks. Saya tidak percaya.
Gerakan jatuhkan SU Politik MB Selangor serius?
NURKHAIRINI JUMARI
21 Jun 2012
Ketua Penerangan PKR Selangor,Shuhaimi Shafie
Ketua Penerangan PKR Selangor,Shuhaimi Shafie
SHAH ALAM – Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.
Shuhaimi yang Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, visi menjadi kerajaan kini dipandu dengan gandingan cukup baik antara Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai satu ‘gerombolan meriam’ ampuh untuk mara ke Putrajaya.
“Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua ‘meriam’ yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan ‘meriam’ baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.
“Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kempen di laman Twitter itu memaparkan pelbagai luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati selepas Faekah dikatakan mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
Shuhaimi menegaskan semua kepimpinan di dalam organisasi negeri baik dari kedudukan menteri besar, anggota exco apatah lagi setiausaha politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Menurutnya, PKR Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana jelas ia melanggar etika parti.
“Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif menteri besar untuk melantik setiausaha politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi PKR yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat,” katanya.
Menurutnya, perbuatan ‘menyerang’ kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.
“Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.
“Kenyataan Twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di Twitter #kamisayang pkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikirkan perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian ‘malang’ yang berlaku di Kedah,” katanya.
Shuhaimi turut bersedia menjadi ‘orang tengah’ mengatur pertemuan semuka untuk mengenal pasti apakah masalah dan saranan akar umbi PKR bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mungkin tidak sesempurna  pada pandangan mata kepimpinan parti.
“Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehingga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan menteri besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
“Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti,” katanya.
Beliau turut berharap pemimpin PR kini fokus memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
“Kita perlu berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang senantiasa mengambil peluang dengan ‘sedikit perbezaan pendapat’ yang mungkin wujud di kalangan kita,” katanya.
Azmin nafi dalang kempen jatuhkan Faekah
Wartawan Sinar Harian
21 Jun 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, semalam enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Azmin yang dipetik portal berita Free Malaysia Today sebaliknya berkata, tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut dan tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.
Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.
“Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,” katanya.

Tiada ulasan: