Rabu, 13 Jun 2012

SEDARLAH KITA NI KAKI SEMBANG...KAKI HENTAM@TIBAI ORANG...KAKI BODEK...KAKI TAK SEDAR DIRI...SYOK SENDIRI...PHD NI DAH BERSEPAH2....NI BUKAN TAHUN 70AN...RAKYAT PUN TAHU SAPE KAKI TEMBERANG...SOMBONG DAN BONGKAK...INGAT KITA TAK MATI2 DAN TAK SAKIT KE...

Undi pos ruang paling besar untuk penipuan

Muhammad Faizal, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sistem undi pos merupakan satu ruang yang paling besar untuk melakukan penipuan pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau yang menjelaskan perkara terselepas mesyuarat Pakatan Rakyat di parlimen semalam menyatakan kawasan yang terdedah pada penipuan itu adalah melibatkan kawasan Felda, setinggan dan perumahan baru.

Malah penempatan tentera dan polis juga menjadi faktor utama kepada penipuan tersebut, katanya.

"Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengemaskini senarai daftar pemilih undi pos akan menyebabkan wujud satu ruang penipuan yang paling besar.

"Perlaksanaan yang tidak teratur dalam sistem undi pos yang memperlihatkan pertambahan yang luar biasa menyebabkan kita tidak tidak dapat menghalang mereka mengundi dua kali pada pilihanraya nanti," jelasnya.

Sebelum itu, Ustaz Hadi menjelaskan tindakan PAS menyerta himpunan Bersih 3.0 adalah menuntut satu tindakan pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Walaupun ia dianjurkan oleh NGO tetapi PAS tetap menyertainya kerana kita menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil.

"Malah ini adalah satu amalan demokrasi dalam negara seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan negara," sambungnya.

Menurutnya lagi, walaupun PSC telah dibentuk oleh parlimen namun SPR dan juga parlimen gagal untuk melaksanakan apa yang telah dituntut oleh Bersih sebelum ini.

"Terbukti ruang penipuan telah dibentuk oleh SPR apabila gagal melaksanakan tuntutan PSC terutamanya dalam soal undi pos," tambahnya lagi.

Bersih 3.0 tidak jejas keyakinan pelabur asing

Salmiyah Harun, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui Himpunan Bersih 3.0 yang berlaku pada 28 April lalu tidak menjejaskan keyakinan pelabur asing melabur dalam negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir ketika memberi jawapan dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat pagi ini.

Katanya, walaupun keyakinan pelabur terhadap Malaysia tidak terjejas ekoran perhimpunan Bersih 3.0 tetapi sudah tentu demonstrasi ini tidak membantu negara menarik pelaburan asing ke Malaysia.

"Walaupun himpunan itu tidak memberi kesan, ia adalah kerana asas ekonomi yang kukuh. Bersih 3.0 tidak membantu untuk tarik pelabur asing," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengakui negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Pulau Pinang berjaya menarik pelabur asing tertinggi.

"Kedua-dua negeri ini adalah destinasi pelabur asing antara lain kerana infrastruktur yang sempurna," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali.

Dalam soalan tambahan Azmin turut mencadangkan agar Bersih 4.0 boleh diteruskan memandangkan Bersih 3.0 tidak menjejaskan keyakinan pelabur.

"Apakah boleh teruskan Bersih 4.0 oleh kerana tidak ada kesan," katanya.

Sebelum itu, dalam soalan asal Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran Perhimpunan Bersih 3.0.

Tarikh PRU: Jangan resahkan 30,000 bakal haji

Harakahdaily, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji tahun ini.

Jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.

“Selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu,” keluh beliau.

Tuan Ibrahim berkata sebagai pengundi tidak seberat tekanan dibandingkan dengan seseorang yang dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.

“Tambahan pula, seandainya pilihanraya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Jika ini berlaku, Tuan Ibrahim berkata ia sudah tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar mengundi.

“Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati,” kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menyelar tindakan Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam menentukan tarikh pilihanraya.

“(Ini) telah menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar. Keadaan ini amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai pihak,” kata belliau.

Kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya, kata beliau membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN.

PAS sampai bantuan pertama kepada pelarian Syria

Harakahdaily, 13 Jun 2012

(Dr Syed Azman menyampaikan sumbangan kepada Abu Ahmad, wakil Ikhwan Syria)

ANTAKYA (Syria): PAS menghulurkan bantuan pertamanya kepada pelarian Syria yang sedang berlindung di bandar sempadan Turki dan Syria ini akibat konflik politik di negara itu.

Penolong Setiausaha Agong PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad berada di sempadan Turki dengan Syria semalam untuk menghulurkan bantuan segera kepada ribuan pelarian Syria yang terpaksa melarikan diri ke Turki selepas konflik politik berdarah yang sedang melanda di negara mereka.

Ini adalah merupakan bantuan terus yang pertama dari PAS yang disampaikan kepada rakyat Syria yang terperangkap dalam konflik berdarah yang masih tidak menampakkan jalan penyelesaian itu.

Dr. Syed Azman telah berjaya sampai ke bandar Antakya yang terletak di sempadan Turki-Syria bagi membantu pelarian Syria di sana.

(Bergambar bersama anak-anak pelarian di perkarangan kem. Mereka gembira menerima bantuan)

Berbekalkan sedikit bantuan dari rakyat Malaysia sebagai mewakili seluruh kepimpinan PAS, bantuan telah berjaya di laksanakan di Perkhemahan Yei Dardar dan Perkhemahan Bonyor Yolan kepada wakil Ikhwan Muslimin Syria.

Bantuan tersebut berbentuk dana untuk membeli bahan-bahan perubatan, makanan dan pendidikan anak-anak di kem pelarian di sempadan Turki-Syria.

Kedua-dua perkhemahan pelarian tersebut kini dikendalikan oleh pihak Bulan Sabit Turki.

Sementara itu anak-anak kecil yang terpaksa menjadi pelarian amat bergembira apabila sedikit buah tangan dalam bentuk buah-buah dan cokelat telah di sampaikan kepada mereka.

Begitu juga dengan golongan dewasa yang berterima kasih di atas usaha yang telah di ambil oleh PAS dan seluruh rakyat Malaysia bagi meringankan bebanan yang di hadapi oleh mereka.

(Khemah pelarian dari Syria yang dibina di sempadan dengan Turki)

Adalah dianggarkan kini lebih dari 30,000 pelarian terpaksa tinggal di khemah pelarian di sempadan Turki-Syria sejak meletusnya konflik berdarah ke atas rakyat Syria pada awal tahun 2011.

Begitu juga dengan bantuan kepada pelarian di sempadan Jordan-Syria terutamanya pelarian yang kini tinggal di Mafraq dan Ramsa.
Berdasarkan fakta yang diperolehi daripada NGO yang beroperasi di sempadan, bantuan sangat diperlukan di kem-kem pelarian di Turki, Lubnan dan Jordan.

Walaupun seluruh kepimpinan PAS kini amat sibuk dengan persediaan pilihanraya, namun penderitaan dan bebanan yang sedang dihadapi oleh ribuan pelarian Syria ini tetap tidak dilupakan oleh keseluruhan pimpinan PAS.

Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sentiasa mengikuti dengan teliti setiap perkembangan yang sedang berlaku disana, beritahu Syed Azman kepada Harakahdaily.

PAS, katanya juga, Insyallah melalui NGOnya akan menghantar satu Misi Kemanusiaan Pelarian seberapa segera bgi terus membantu pelarian yang amat memerlukan bantuan kemanusiaan itu.

"Semoga sedikit bantuan yang disalurkanini akan dapat mengubat kepedihan pelarian Syria di sempadan Turki seterusnya memastikan generasi muda mereka tidak terpinggir daripada pendidikan," katanya lagi.

Sumbangan kepada rakyat Syria boleh terus disalurkan kepada akaun Maybank atas nama Parti Islam SeMalaysia nombor 564070703248.

Apa maksud PM umum Kelantan negeri termiskin

Harakahdaily, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan maksud pihak kerajaan apabila beliau mengumumkan Kelantan sebagai negeri termiskin dalam satu majlis di negeri Sabah.


Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain (gambar) turut meminta penjelasan adakah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan yang agak kerap kebelakangan ini bertujuan merancang untuk membawa negeri itu keluar dari masalah ini.

Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah soalan-soalan daripada ahli parlimen PAS bagi jawab lisan di Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan kesihatan seluruh negara serta pertambahan peruntukan kesihatan negara berbanding dengan yang ada sekarang hanya 4.3% daripada KDNK.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Sivik menjadi mata pelajaran wajib untuk Penilaian Berdasar sekolah (PBS). Di Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat tidak menawarkan mata pelajaran ini kerana kekurangan guru dan kemudahan. Perkara ini juga baru dimaklumkan. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkara ini.

Datuk Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah penonton berita RTM 1, RTM 2, TV 3, NTV 7, CNN, BBC dan Al-Jazeera di Malaysia pada tahun 2011.

Mohd Firdaus Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kelahiran anak luar nikah di kalangan orang Islam bagi tempoh 2007-2011 dan nyatakan langkah-langkah bagi
membendung gejala ini dan keberkesanannya.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bila tarikh sebenar Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu akan dibuka untuk kegunaan pengguna jalan raya.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) maksud pihak Kerajaan apabila YAB. Perdana Menteri mengumumkan Kelantan sebagai negeri termiskin dalam satu majlis di negeri Sabah; dan
(b) adakah lawatan YAB. Perdana Menteri ke Kelantan yang agak kerap kebelakangan ini bertujuan merancang untuk membawa negeri itu keluar dari masalah ini.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian dan usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap konflik di Syria.

Dr. Che Rosli Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
(a) status pelaksanaan gaji minimum bagi pekerja dalam industri; dan
(b) kejayaan latihan dan penempatan siswazah yang menganggur.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah peruntukan kepada MADA untuk petani menghadiri program Rural Tranformation Centre (RTC) pada 4 Mei 2012 di Kota Bharu Kelantan.

Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak kapal sokongan luar pesisir (OSV) yang diperlukan untuk industri minyak dan gas negara, berapa yang didaftarkan di Malaysia dan nyatakan berapa banyak yang dimiliki Bumiputera dan berapa banyak yang dimiliki bukan Bumiputera.

Gempar tapi benar...Ezam dan Zul Kulim boikot ceramah Tibai

http://omakkau.blogspot.com, 13 Jun 2012

GEMPAR GEGAR TETAPI BENAR!!!....EZAM DAN ZUL KULIM BOIKOT CERAMAH TIBAI DIPEJABAT ADUN PERMATANG BT 3, SG TERAP TANJUNG KARANG SEBAB TAK SEBULU DENGAN NOH OMAR!!!!.. SEBAB ADA UPACARA SANDIWARA KONONNYA JENTERA PKR TG KARANG LUMPUH!!!!...BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA!!!! NOH OMAR DAH KENA MAIN OLEH MEREKA!!!!.. PADAN MUKA WEH!!!!



Malam tadi di pejabat ADUN Peramatang, Bt 3, Sg Terap , Tanjung Karang, Selangor diadakan ceramah Perdana anjuran TIBAI.

Dua penceramah jemputan ialah Senator Ezam Mat Noor dan YB Zul Nordin Kulim.. Walaupun DS Noh Omar wakil Parlimen Tg Karang, beliau tidak dimaklumkan dan dijemput langsung pada awalnya.

Pada malam tadi Ezam dan Zul Nordin langsung tak nampak kelibat dan bayang mereka.

Penganjur dah merah padam malu muka...Kelam kabut talipon Noh Omar supaya datang segera dengan memberi alasan kononnya jentera PKR Tg Karang, Sekinchan dan Kuala Selangor dibubarkan dan lumpuh.

Lebih lawaknya tu, pendengar lelaki yang hadir diberikan setiap seorang kopiah putih secara percuma untuk dipakai bagi mengambarkan yang penyokong PAS ramai yang hadir.

Noh Omar kelihatan amat sedih pilu dan kecewa dengan acara yang disandiwarakan oleh penganjur ceramah TIBAI..Sepanjang malam itu muka dia kelihatan sunggul muram saja. Dia tahu yang beliau sudah kena main.

Selepas upacara sandiwara lawak giler selesai, beliau kelihatan bergegas meninggalkan majlis.

Maunya tidak, dah lah kehadiran ciput sampai budak kecil diangkut dan kerusi kosong disusun berdiri, kena main lagi..


BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA SEBAGAI MENYOKONG ARTIKEL INI SEBAGAI FAKTA DAN BUKAN AUTA...NOH OMAR ANGKAT TANGKAT PUN LANGSUNG TIDAK BERMAYA DAN NAMPAK CERIA.


template joomlaHassan Jati tak muncul di ceramah Pantai Dalam ....kesian pada beribu-ribu KERUSI...

http://atsixty-zakriali.blogspot.com, 13 Jun 2012

Tiada ulasan: