Rabu, 27 Jun 2012

MEMANG BERBEZA AMALAN2 AHLI SYURGA DENGAN AMALAN2 AHLI NERAKA....INGAT SAYA KATA TOK GURU 'MALANGLAH TUAN ALLAH DAH PILIH TUAN BUAT AMALAN2 AHLI NERAKA'

Elok MTRK intai ketua lebih berwibawa

Aslani M, 27 Jun 2012

KOTA BHARU: Dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kononnya ada jenazah tidak dapat dimandikan kerana tiada bekalan air menjadi bahan ketawa orang ramai.

Ramai melihat NGO Umno itu seperti hilang arah perjuangan, tanpa mampu mempamerkan kekuatan sebenar kuasa ketiga yang diuar-uarkan kebelakangan ini.

Malah sebelum ini dalam beberapa kenyataan diulang-ulang MTRK yang diketuai adik Presiden Perkasa, Azmi Ali mendesak kerajaan negeri menyerahkan pengurusan bekalan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sedangkan SPAN hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengendali perkhidmatan air dengan mengeluarkan lesen kemudahan dan lesen perkhidmatan.

“Jadi MTRK mahu Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada SPAN yang hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen.

“Mereka perlu belajar sikit untuk mengetahui apa perbezaan dengan SPAN dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) yang menjadi pemegang lesen untuk sistem bekalan air di Semenanjung Malaysia.

“Eloknya MTRK melantik Presiden yang lebih berwibawa dan bukan bercakap sembrono sehingga diketawakan orang ramai,” kata seorang guru pencen yang menyertai pra himpunan menyokong tuntutan royalti di hadapan Kota Darulnaim semalam.

Pada perhimpunan anjuran MTRK yang diketuai Azmi semalam, mereka melaungkan kononnya keadaan bekalan air bersih di Kelantan begitu kritikal sehingga jenazah pun tidak dapat dimandikan.

Malah mereka mendakwa Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyeleweng dan mahu kerajaan negeri menyenaraikan semua kontraktor yang mendapat projek meningkatkan bekalan air bersih.

Biar pun deretan senarai nama kontraktor dan projek dikeluarkan AKSB melalui siaran akhbar, namun MTRK masih membangkitkan isu sama.

Lebih memalukan lagi apabila AKSB menjelaskan semua kontraktor ditentukan kerajaan pusat, di mana sebahagian besar difahamkan merupakan syarikat kroni pemimpin Umno.

“MTRK tuduh kononnya wujud penyelewengan dalam peruntukan RM600 juta yang diluluskan kerajaan pusat, sedangkan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan pusat.

“Peruntukan melalui pinjaman mudah yang diluluskan melalui RMK-8 hingga RMK-10 sebanyak RM547 juta, di mana semua pinjaman itu perlu dibayar kembali,” kata AKSB dalam risalah yang diedar pada perhimpunan tersebut.

Lebih melucukan lagi apabila ramai peserta himpunan MTRK meminum air berjenama Darul Naim yang dikilang oleh AKSB di Pengkalan Chepa, diedar percuma semalam.

Rakyat boleh nilai negara selamat atau tidak

Salmiyah Harun, 27 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Sejauh mana negara Malaysia dikatakan paling selamat, hakikatnya hanya rakyat negara ini sahaja yang mengetahui sama ada negara mereka selamat atau tidak.

Saban hari ada sahaja laporan dan berita tentang pembunuhan, rompakan, samun, dan rogol disiarkan dan suasana inilah yang terus mengantui rakyat negara ini justeru merasakan mereka tidak selamat.

Ajk PAS Pusat, Anuar Tahir mengakui Malaysia dari kaca mata rakyatnya sendiri masih lagi belum selamat bukan sahaja di bandar bahkan di kampung-kampung juga tidak selamat.

Malah beliau percaya kadar jenayah yang dilaporkan menurun hanya di atas kertas semata-mata jadi ia tidak menggambarkan keseluruhan apa yang berlaku.

"Sama juga dalam sesetengah kajian mengatakan indeks rasuah negara menurun, tetapi kita yang berada dalam suasana hari ini sebenarnya rasuah masih berjalan berleluasa.

"Begitu juga dalam konteks jenayah, rompakan tidak serik-serik berlaku baru lepas dari penjara esoknya merompak lagi. Kejadian ragut sehingga membawa maut masih belum berhenti, ibu dibunuh dengan ngeri dan penagihan dadah tidak pernah berkurangan," tegas beliau.

Ekoran itu beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat  berkata, masih belum nampak kadar jenayah menurun dan suasana ini menggambarkan Malaysia masih belum selamat.

Anuar berkata, soal keselamatan bergantung kepada banyak faktor sosial termasuklah tidak ada pekerjaan, gaji tidak cukup, ekonomi teruk, harga barang meningkat dan kerohanian yang tidak diperkukuhkan.

"Faktor itu kait mengait antara satu sama lain,  faktor inilah yang mendorong kepada berlakunya jenayah kehidupan rakyat terancam dan tidak selamat," katanya.

Justeru Anuar tidak fikir kajian yang di jalankan oleh badan antarabangsa terbabit dibuat secara detil dan mendalam.

Terdahulu, Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

“Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Mahasiswa lancar Gerakan Mahasiswa Pasca Auku

Hazayani Zakaria, 27 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) hari ini melancarkan Gerakan Mahasiswa Pasca Auku (Gempa) sebagai protes terhadap Opss 2020.

Opss 2020 merupakan konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Gempa bertujuan membela mahasiswa dan menolak sebarang pencabulan terhadap hak-hak mahasiswa.

"Kami menamakan gerakan ini sebagai Gempa kerana kami tidak menerima Auku sebagai undang-undang yang berada di kampus.

"Kami kecewa dengan penglibatan Umno BN memanipulasi pilihan raya kampus menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan parti," kata beliau pada sidang media bersama Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, Gempa akan menggerakkan semua gerakan yang bermula di kampus untuk memberikan impak besar kepada perubahan negara.

Sebelum ini, Pro-MN mendedahkan, antara yang terlibat dalam Opss 2020 ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Lapor polis tiga lelaki ganggu keluarga


Sementara itu, ekoran sering tampil membuat pendedahan berhubung Opss 2020, keluarga Edikoup diganggu tiga lelaki yang tidak dikenali.

Beliau memberitahu, pada Isnin lalu, tiga lelaki tersebut datang ke rumahnya di Sabak Bernam dan bertanya soal peribadi beliau kepada ahli keluarga.

"Lelaki tersebut datang pada waktu pagi, ketika itu emak dan adik saya ada di rumah.

"Mereka bertanya apa aktiviti saya di luar, siapa idola saya dan beberapa soalan lagi," katanya.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.

"Atas nasihat peguam dan atas dasar menjaga keselamatan saya dan keluarga maka saya membuat pilihan raya," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah dua koordinator Gempa, Nasrullah Mujaddidi dan Ahmad Zulfadzli Ahmad Kamal.

WWW 1: Nizar lapor polis terhadap Utusan, TV3

Anis Nazri, 27 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak.

Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau.

"Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1.  Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily.

Dalam pada itu, kata beliau peguamnya turut menghantar notis kepada TV3 dan Utusan Malaysia untuk menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berkaitan penyiaran berita tersebut.

Sekiranya, TV3 dan Utusan Malaysia tidak berbuat demikian, tambah Nizar pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap kedua-dua media tersebut.

Ditanya tentang tempoh yang diberi pihaknya kepada TV3 dan Utusan Malaysia itu, Nizar berkata pihaknya memberi tempoh sehingga tujuh hari bermula hari ini untuk berbuat demikian (tarik balik dan mohon maaf).

Nizar, sebelum ini dalam twitnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran yang dimenangi Sultan Ibrahim itu dengan bayaran RM520,000 dengan kesusahan rakyat Johor.

Ekoran kenyataannya itu, pelbagai reaksi positif dan negatif dibangkitkan, dan turut disiasat di bawah Akta Hasutan, malah pejabatnya turut digeledah pihak polis bagi membantu siasatan.

Nizar bagaimanapun bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Ibrahim beberapa hari selepas itu.

Hairie terharu jumpa TG Nik Aziz

http://omakkau.blogspot.com, 27 Jun 2012

ARTIS HAIRE OTHMAN TERHARU BILA BERJUMPA DENGAN TGNA SECARA BERSEMUKA BERTENTANG MATA..DIA HAIRAN BAGAIMANA ADA ORANG MENGAKU MELAYU BERAGAMA ISLAM SANGGUP TUDUH DIA "BAPA KAFIR"...



Tak jumpa maka tak kenal.. DAH KENAL BARU TERBIT RASA SAYANG DAN HORMAT YANG AMAT PALING.

Itulah yang dapat admin rungkaikan dari perjumpaan empat mata antara TGNA dengan artis Haire Othman.

Haire Othman dalam Facebooknya berkata:-


Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja..seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan..bagaimana tergamak kita berkata beliau Tok guru kafir..? Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulliah!



SUDAH TIBA MASA DAN KETIKANYA MANTAN KETUA POLIS NEGARA YANG JUGA BEKAS BANDUAN KERANA KESALAHAN MEMBELASAH SEPARUH MATI DSAI DI LOKAP BUKIT AMAN, TS RAHIM NOOR BERJUMPA EMPAT MATA DENGAN TGNA
.

Beza Hosni Mubarak Dengan Pesiden Mesir Yang Baru

http://kerabubersuara.blogspot.com, 27 Jun 2012





http://bm.harakahdaily.net/cache/532090_448094951881248_1837827156_na6sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg 

 SATU KETIKA DITANYA BEGINI....
USTAZ....'KITA BERJALAN ..DENGAN IZIN ALLAH....KAN USTAZ....YE KATA USTAZ ...KATANYA LAGI...'JADI...KALAU ALLAH TAK IZIN ....MAKA KITA TAK BOLEH BERGERAK@BERJALAN...KAN UZTAZ...YE JAWAB USTAZ....SAMBUNGNYA LAGI...'JADI...USTAZ..SATU HARI SAYA PERGI RUMAH USTAZ...SAYA CURI AYAM USTAZ...MACAM MANA YA USTAZ.....' USTAZ TAK JAWAB...SEBAB NI SOALAN PERANGKAP....(USTAZ BERFIKIR DALAM HATI...DIA NAK KATA TAK BOLEH IA DISALAH SORANG2...SEBAB IA BERJALAN TENTU ADA IZIN ALLAH...KALAU TAK ... MANA BOLEH BERJALAN....)...KERANA ILMU TAK CUKUP....IA MINTAK TANGGUH...MINGGU DEPAN JAWAB....(DALAM HATI KENA TANYA TOK GURU NYA)

DIPENDEK KAN CERITA...BERJUMPALAH DENGAN TOK GURU NYA....TOK GURU SENYUM DENGAR SOALAN TU....KATANYA ..'TU SOALAN LOYAR BURUK...KITA KENA JAWAB LOYAR BURUK.....JAWABKAN BEGINI....'KALAU KITA BUAT BAIK...KITA MASUK SYURGA KAN....TENTU IA JAWAB YE....KALAU BUAT JAHAT...MENCURI KE...TENTU KITA MASUK NERAKA KAN....TENTU IA JAWAB YE....KEMUDIAN KAU JAWABLAH...'MALANGLAH TUAN ...SEBAB ALLAH DAH PILIH TUAN BERAMAL DENGAN AMALAN2 AHLI NERAKA'......
 SAMPAILAH WAKTU....PENGAJIAN YANG AKAN DATANG...JAWABLAH SOALAN YANG TOK GURU AJAR....MAKA YANG BERTANYA TERGAMAM...MENDENGAR JAWAPAN YANG DIBERI...KENA BALIK BATANG HIDUNG...TAPI IA PUAS HATI...JAWAPAN ITU MANTAP....IA TAK KOMEN APA2...
 NAMA PUN TOK GURU MEMANG BIJAKSANA...BELIAU DAH MENINGGAL LAMA...KITA BACA....FATIHAH...UNTUKNYA

Tiada ulasan: