Trend filem tempatan membimbangkan
Harakahdaily, | 16 Jun 2012 |
Menurut Mohd Syahiran Muhamad, Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM, gambaran kehidupan yang tidak sihat dan mengetengahkan keganasan seperti “Gangsterisme” yang akhirnya akan mempengaruhi anak-anak muda di negara ini kearah perkara yang ditengah terutama agama Islam.
(Antara poster filem tempatan)
Bagi beliau, pemfileman merupakan salah satu media atau alat penyampai maklumat serta pendidikan kepada masyarakat berbentuk penceritaan bersiri atau hanya satu episod.
Katanya, filem atau drama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat dalam negara.
Nilai sesebuah cerita itu harus di titik beratkan oleh produser dan pengarah sesebuah filem agar maklumat yang betul dan nilai-nilaimurni dapat disalurkan kedalam masyarakat Malaysia yang pastinya mengutamakanabab serta nilai yang baik.
Jika dilihat filem-filem yang berada dipasaran sekarangamat membimbangkan kerana mengandungi unsur-unsur negatif seperti kepercayaan tahyul.
Walaupun ada yang memberitahu bahawa dalam filem-filem ini tidaklah menggambarkan realiti kehidupan sebenar dan hanya mengetengahkan adegan-adegan yang boleh menarik penonton yang ramai.
Namun, katanya, perbuatan-perbuatan ini salah serta memberi padah jika ditiru berbuatan tersebut, namun tidak dinafikan ada filem tempatan yang terbaik dari segi nilai-nilai murni yang disampaikan.
Oleh itu, setiap pengeluaran filem di negara ini harus diambil nilai oleh pihak pemfileman negara, manakala diharap Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan kementerian yang bertanggunjawab keatas.
Untuk mempastikan keluhuran agama Islam terjaga, katanya, pihak berkuasa haruslah meneliti setiap filem yang akan dikeluarkan agar rakyat yang beradab yang mengamalkan nilai-nilai murni dapat dibentuk untuk hari ini dan masa depan.
78 Orang Asli saman peguam yang tipu mereka
Harakahdaily, | 16 Jun 2012 |
JOHOR BHARU:
78 Orang Asli akan menuntut tanggungjawab dan pembayaran balik wang
pampasan sebanyak RM38 juta daripada peguam yang mengendalikan kes
mereka sebelum ini yang mereka anggap sebagai pecah amanah.
Menurut kenyataan Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), kes ini akan dibicarakan Isnin ini Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Sebanyak tiga buah bas akan digunakan untuk membawa Orang Asli suku kaum Jakun ke Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada hari Isnin ini bagi memulakan tuntutan saman sivil bagi mengembalikan wang pampasan mereka daripada peguam yang menjadi pemegang amanah.
Pada tahun 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memutuskan bahawa 52 plaintif Orang Asli dari 3 perkampungan di kota tinggi akan dibayar sejumlah RM26.5 juta.
Ia berupa pampasan di atas kehilangan sumber hutan tradisional mereka akibat pembinaan empangan Linggiu (dimana pembinaan adalah untuk membekalkan air kepada singapura).
Walau bagaimanapun, dengan faedah yang bertambah, jumlah penghakiman meningkat kepada RM38 juta pada akhir proses mahkamah.
Orang Asli kini mendakwa bahawa telah berlaku pecah amanah dalam pengendalian dan penggunaan wang pampasan oleh peguam yang menjadi pemegang amanah dan menuntut tanggungjawab serta mengembalikan wang pampasan kepada mereka.
Peguam berkenaan juga baru-baru ini didakwa di Mahkamah Seksyen bagi kesalahan membuat pembayaran tidak sah dana amanah Orang Asli.
Orang Asli diwakili oleh Tetuan Ragumaren & Co.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru akan mendengar kes tersebut bermula 18 sehingga 22 Jun 2012.
Proses
pengundian bagi setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir berjalan
tenang bermula pada pagi Sabtu ini. Adalah dijangkakan lebih 60 peratus
penduduk seluruh Mesir dari kalangan 50 juta pengundi yang layak
mengundi secara automatik setelah melepasi usia 18 tahun akan sekali
lagi membuang undi bagi memilih Presiden yang baru selepas jatuhnya
rejim Hosni Mubarak.
Secara umumnya proses pendaftaran undi secara automatik ini banyak menyelesaikan pelbagai masalah seperti yang berlaku di negara kita.
Rakyat Mesir tidak perlu bersusah payah mendaftar undi melalui SPR. Mereka secara automatik menjadi pengundi apabila mencapai usia 18 tahun.
Setiap pengundi pula hanya perlu membawa kad pengenalan mereka di tempat mengundi dan mereka di periksa pengesahan layak mengundi berpandukan nama yang ada dalam pendaftaran pengundi secara automatik setelah mencapai usia 18 tahun.
Walaupun pengundi yang layak mengundi di anggarkan lebih 50 juta, proses pendaftaran undi secara automatik juga banyak menyelesikan masalah seperti yang berlaku di negara kita Malaysia.
Ia dapat mengurangkan isu seperti semakan nama pengundi yang terpaksa di buat oleh setiap parti yang bertanding di bawah ‘pondok panas pengundi’, nama pengundi yang hilang dan pendaftaran nama yang bertindih.
(Rakyat Mesir dari pelbagai golongan mengundi untuk memilih presiden baru mereka)
Begitu juga dengan proses ‘celup jari’ yang dapat memastikan setiap pengundi hanya mengundi satu kali sahaja dan dapat menyelesaikan isu membuang undi dua kali dan pengundi hantu seperti yang sering berlaku di negara kita.
Di Mesir, setiap pengundi yang telah membuang undi di wajibkan mencelup jari mereka bagi menandakan bahawa mereka telah selesai membuang undi.
Malah, Parlimen Mesir baru-baru ini juga telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan.
Proses pengiraan ini di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.
Namun proses pengundian pusingan kedua ini calon dari Freedom and Justice Party (FJP), Dr. Mohamed Morsi terpaksa berhadapan dengan cabaran besar kemungkinan penipuan yang dilakukan oleh golongan yang setia kepada bekas Presiden Mubarak.
Begitu juga pihak tentera SCAF yang melakukan pelbagai usaha dan cara bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka Ahmad Syafik akan menang dalam pilihanraya ini.
Syafik juga telah diberikan pelbagai publisiti oleh media barat terutamanya BBC dan CNN ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.
Namun pimpinan FJP telah mengambil pendekatan ‘kalahkan fuloul saki-baki Mubarak melalui peti-peti undi’. Mereka tetap yakin bahawa kekuatan jentera pilihanraya daricalon FJP akan dapat menyekat penipuan besar-besaran serta dapat menyaingi jentera yang didokong oleh pihak tentera SCAF dan saki baki penyokong Mubarak.
Pemuda-pemuda FJP kini menjaga setiap peti undi dari di cemari.
Keputusan tidak resmi hanya dijangka akan dapat diketahui pada malam Ahad ini. Walaupun berhadapan dengan penipuan, FJP tetap berkeyakinan bahawa ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat mengalahkan saki-baki penyokong Mubarak yang menguasai hampir setiap institusi di Mesir termasuk polis dan tentera. Sama-sama kita tunggu dan lihat...
---------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter:@syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk
Menurut kenyataan Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), kes ini akan dibicarakan Isnin ini Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Sebanyak tiga buah bas akan digunakan untuk membawa Orang Asli suku kaum Jakun ke Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada hari Isnin ini bagi memulakan tuntutan saman sivil bagi mengembalikan wang pampasan mereka daripada peguam yang menjadi pemegang amanah.
Pada tahun 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memutuskan bahawa 52 plaintif Orang Asli dari 3 perkampungan di kota tinggi akan dibayar sejumlah RM26.5 juta.
Ia berupa pampasan di atas kehilangan sumber hutan tradisional mereka akibat pembinaan empangan Linggiu (dimana pembinaan adalah untuk membekalkan air kepada singapura).
Walau bagaimanapun, dengan faedah yang bertambah, jumlah penghakiman meningkat kepada RM38 juta pada akhir proses mahkamah.
Orang Asli kini mendakwa bahawa telah berlaku pecah amanah dalam pengendalian dan penggunaan wang pampasan oleh peguam yang menjadi pemegang amanah dan menuntut tanggungjawab serta mengembalikan wang pampasan kepada mereka.
Peguam berkenaan juga baru-baru ini didakwa di Mahkamah Seksyen bagi kesalahan membuat pembayaran tidak sah dana amanah Orang Asli.
Orang Asli diwakili oleh Tetuan Ragumaren & Co.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru akan mendengar kes tersebut bermula 18 sehingga 22 Jun 2012.
Mesir: Undi automatik, celup jari jalan lancar
Dr. Syed Azman Syed Ahmad, | 16 Jun 2012 |
Secara umumnya proses pendaftaran undi secara automatik ini banyak menyelesaikan pelbagai masalah seperti yang berlaku di negara kita.
Rakyat Mesir tidak perlu bersusah payah mendaftar undi melalui SPR. Mereka secara automatik menjadi pengundi apabila mencapai usia 18 tahun.
Setiap pengundi pula hanya perlu membawa kad pengenalan mereka di tempat mengundi dan mereka di periksa pengesahan layak mengundi berpandukan nama yang ada dalam pendaftaran pengundi secara automatik setelah mencapai usia 18 tahun.
Walaupun pengundi yang layak mengundi di anggarkan lebih 50 juta, proses pendaftaran undi secara automatik juga banyak menyelesikan masalah seperti yang berlaku di negara kita Malaysia.
Ia dapat mengurangkan isu seperti semakan nama pengundi yang terpaksa di buat oleh setiap parti yang bertanding di bawah ‘pondok panas pengundi’, nama pengundi yang hilang dan pendaftaran nama yang bertindih.
(Rakyat Mesir dari pelbagai golongan mengundi untuk memilih presiden baru mereka)
Begitu juga dengan proses ‘celup jari’ yang dapat memastikan setiap pengundi hanya mengundi satu kali sahaja dan dapat menyelesaikan isu membuang undi dua kali dan pengundi hantu seperti yang sering berlaku di negara kita.
Di Mesir, setiap pengundi yang telah membuang undi di wajibkan mencelup jari mereka bagi menandakan bahawa mereka telah selesai membuang undi.
Malah, Parlimen Mesir baru-baru ini juga telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan.
Proses pengiraan ini di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.
Namun proses pengundian pusingan kedua ini calon dari Freedom and Justice Party (FJP), Dr. Mohamed Morsi terpaksa berhadapan dengan cabaran besar kemungkinan penipuan yang dilakukan oleh golongan yang setia kepada bekas Presiden Mubarak.
Begitu juga pihak tentera SCAF yang melakukan pelbagai usaha dan cara bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka Ahmad Syafik akan menang dalam pilihanraya ini.
Syafik juga telah diberikan pelbagai publisiti oleh media barat terutamanya BBC dan CNN ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.
Namun pimpinan FJP telah mengambil pendekatan ‘kalahkan fuloul saki-baki Mubarak melalui peti-peti undi’. Mereka tetap yakin bahawa kekuatan jentera pilihanraya daricalon FJP akan dapat menyekat penipuan besar-besaran serta dapat menyaingi jentera yang didokong oleh pihak tentera SCAF dan saki baki penyokong Mubarak.
Pemuda-pemuda FJP kini menjaga setiap peti undi dari di cemari.
Keputusan tidak resmi hanya dijangka akan dapat diketahui pada malam Ahad ini. Walaupun berhadapan dengan penipuan, FJP tetap berkeyakinan bahawa ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat mengalahkan saki-baki penyokong Mubarak yang menguasai hampir setiap institusi di Mesir termasuk polis dan tentera. Sama-sama kita tunggu dan lihat...
---------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter:@syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk
Euro 2012 di ambang Ramadhan 1433
Syahir Sulaiman, | 16 Jun 2012 |
Tanpa sedar, masa begitu pantas berlalu. Kita sudah pun berada di ambang Ramadhan al-Mubarak, namun ramai di kalangan kita yang penumpuannya tidak terarah kepada persiapan diri menyambut ketibaan ‘pesta ibadah’ di bulan serba mulia ini.
Kemeriahan Piala UEFA Euro 2012 16 pasukan merebut trofi berprestij.
Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2012, ataupun Euro 2012 yang diadakan di Poland dan Ukraine mulai 8 Jun hingga 1 Julai 2012 merupakan temasya kejohanan bola sepak Eropah kali ke -14 yang dianjurkan oleh UEFA.
Penganjurannya pada tahun ini adalah kejohanan terakhir yang menampilkan 16 buah negara, di mana mulai musim Euro 2016, kejohanan ini akan disertai 24 negara bagi merebut trofi kebanggaan Eropah tersebut.
Penumpuan pastinya lebih terarah kepada rentak permainan di tengah padang, walaupun di sebalik kemeriahan dan kehangatan di stadium, ia tidak dapat lari dari kontroversi pertaruhan dan insiden berbau perkauman yang masih berbaki di kalangan penghuni benua Eropah.
Apapun, pujian harus diberikan terhadap tahap profesionalisma serta semangat kesukanan yang ditunjukkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kejohanan merebut piala berprestij tersebut.
Menarik untuk disorot sisi penganjuran kejohanan piala tersebut di sisi penganjuran pilihanraya di Malaysia.
Pastinya, tahap profesionalisma dan semangat kesukanan pada penganjuran Euro 2012 jauh berbeza jika diukur dengan mutu perjalanan proses pilihanraya di Malaysia.
Di sana, tarikh setiap perlawanan sudah ditetapkan lebih awal secara terbuka (transparen) supaya persiapan dapat diadakan sesempurna mungkin tanpa perlu berteka teki seumpama di sini yang menyebabkan keresahan semua pihak, hinggakan pelabur resah membuat keputusan di samping hajat warga kampung berkenduri sedikit terganggu, malah hajat menunaikan haji juga tergendala.
Di sana, pengadilnya terpilih dan teruji kewibawaan mereka, namun di sini pengadil pilihanraya ada kalanya seolah-olah menyarung jersi yang sama dengan pihak lawan hingga menatijahkan segolongan rakyat yang prihatin sama-sama “Duduk dan Bantah” di Dataran
Merdeka.
Di sana, ada peraturan yang perlu dipatuhi kedua-dua pasukan bertanding, namun di sini ada pihak yang boleh miliki pemain (baca: pengundi) simpanan yang boleh diturunkan bila-bila masa tanpa mengira kerakyatan bagi mencapai kemenangan.
Di sana, pasukan yang bertanding punyai persiapan yang setara, namun di sini sebelah pihak punyai tajaan dan dana berbilion ringgit serta disokong jentera kerajaan di semua peringkat bagi
menghadapi pihak lawan yang kerdil, ditampung duit ahli dan penyokong sendiri.
Di sana, juruhebah perlawanan memberi komentar yang samarata, namun di sini juruhebah dan media memberi pujian melambung pada satu pihak dan mengherdik serta memfitnah di satu pihak yang lain, menatijahkan penonton mencari sumber liputan berita alternatif dan jaringan media sosial yang bebas tanpa tapisan.
Di sana, pengadil punyai kuasa melayangkan kad merah dan mengarahkan pemain yang ingkar keluar padang, namun di sini rakyat yang punyai hak untuk melayangkan kad merah pada mana-mana pemimpin yang alpa dan tiada amanah, selepas dilayangkan kad kuning amaran dalam PRU ke 12 yang lepas.
Merah isyarat berhenti.
Menyambut ketibaan Ramadhan yang dirindu
Firman Allah s.w.t.:
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (Al-
Baqarah: 183)
Taqwa merupakan sebaik-baik bekal dalam meneruskan hidup ini bagi menghadapi hidup seterusnya.
Tiadalah medan yang paling sempurna dalam melatih diri memiliki sifat Taqwa melainkan di bulan Ramadhan al Mubarak.
Inilah intipati saranan yang disampaikan TG Hj Hadi Awang dalam amanat beliau di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, di mana kekuatan rohani merupakan persediaan utama yang perlu dimiliki dalam menghadapi pilihanraya umum yang paling sengit ini, di samping persiapan strategi dan material yang perlu diperkasa dalam menghadapi pihak lawan.
Menariknya tarikh hari raya 1 Syawal tahun ini sudah pun termaktub dalam kalendar Malaysia mengikut kaedah hisab yang akan disahkan melalui kaedah rukyah mencerap anak bulan, namun tarikh pilihanraya di Malaysia masih lagi samar dalam telahan dan firasat Perdana Menteri.
Biar apapun tarikh yang dipilih, menjalankan pilihanraya selepas Ramadhan hanya akan menguntungkan PAS/PR atas dua faktor.
Pertama, ahli dan jentera parti menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh tekun demi memperoleh martabat Taqwa dan mengecap keredhaan Allah.
Kedua, anak-anak muda di kota yang pulang berhari-raya bukan sekadar membawa pulang ole-ole dan duit raya untuk dihulur pada yang tua, malah turut pulang berkongsi khabar dan maklumat berkenaan senario politik semasa dan peluang membina kepimpinan
baru di Putrajaya.
Moga-moga kesucian Ramadhan dan Syawal 1433 tidak dicemari kontroversi dan fitnah seumpama di Ramadhan dan Syawal 1432.
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan, bulan yang dirindui.
--------------------------------------
*Syahir Sulaiman adalah AJK DPPM. Beliau akan pulang berhari raya dengan penuh bekalan untuk dikongsi sanak-saudara.
PRU: Sepatutnya manusia hormati musim haji
Harakahdaily, | 16 Jun 2012 |
KUANTAN: Haji adalah ibadah yang telah ditetapkan pada bulan Zulhijjah – manakala tarikh pilihanraya adalah ditentukan manusia.
“Maka, sepatutnya manusia yang mengaku mengamalkan prinsip Wasatiyyah perlu menghormati tarikh menunaikan haji dan mengelakkan pilihanraya bertembung dengan musim umat Islam sibuk mengerjakan rukun ke 5 Islam,” kata Ketua Penerangann PAS Pahang, Haji Suhaimi Saad (gambar) .
Suhaimi berkata kepada Harakahdaily, mufti-mufti dan golongan agama sepatutnya bercakap soal seorang pemimpin Islam yang inginkan pilihanraya umum diadakan di musim haji.
“Haji adalah ibadah yang telah ditetapkan bulan Zulhijjah. Pilihanraya tarikh di tangan manusia (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak). Manusia Wasatiyyah mesti hormat tarikh yang telah Allah tetapkan,” kata beliau.
Akhbar pro-Umno masih lagi memainkan putaran terhadap kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta calon PAS, wakil calon dan pengarah pilihanraya dalam pilihan raya akan datang menangguhkan ibadah haji sekiranya Najib berkeras ingin mengadakannya pada musim haji selepas pengumuman bajet 2013.
Suhaimi berkata sepatutnya para mufti perlu mengadakan perbincangan; apakah hukum pemimpin Islam mengadakan pilihanraya musim haji yang dengan sendirinya menafikan hak umat Islam yang menunaikan haji mengundi?
“Apa hukum menafikan hak ribuan umat Islam menentukan masa depan negara. Bila ada fatwa yang jelas tentang hal ini, tak akan timbul soaltangguh haji,” tegas beliau.
Manakala itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, mengadakan pilihanraya umum dalam musim ibadat haji adalah tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan fitnah kepada umat Islam.
Beliau berkata, mengundi pada pilihan raya WAJIB dan perlu diutamakan untuk beri kekuatan kepada umat Islam.
Menurutnya, umat Islam akan terus lemah politiknya jika kerajaan mengambil tindakan tidak adil secara menyeluruh kepada mereka kerana ia menafikan hak mereka untuk memilih pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan