Khamis, 21 Jun 2012

ADAKAH UNDANG2 YANG KITA GUBAL LEBIH BAIK DARI UNDANG2 ALLAH...YANG TERMAKTUB DALAM QURAN....ADAKAH MAKHLUK LEBIH CERDIK DARI ALLAH...BILA KITA TOLAK...SELAIN ROSAK IMAN KITA...AKIBAT SERTA KESANNYA KITA TANGGUNGLAH...BUKAN HABIS DISINI SAJA...DIAKHIRAT ALLAH AKAN TANYA MENGAPA ABAIKAN UNDANG2 ALQURAN....APAKAH JAWAPAN PEMIMPIN2 SERTA MUFTI2....SAMA2 KITA LIHAT NANTI....MEREKA DAN KITA NAK LARI KEMANA...SAAT ITU SATU KETIKA AKAN TIBA JUA....

Kementerian tarik balik data jenayah S'gor
9:34PM Jun 20 2012  
Kementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip.

Pua (bawah) semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.

NONEBeliau berkata, data kadar jenayah yang dibekalkan tidak mencukupi dan berlaku peningkatan walaupun pencegahan jenayah dijadikan salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bawah Program Tansformasi Kerajaan (GTP) walaupun wujud banyak kawasan kediaman berpagar.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pembetulan kenyataannya semalam sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara.

"Justeru jawapan yang berdasarkan kepada data terdahulu seperti mana yang diteri oleh YB Petaling Jaya Utara sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.

"Ia juga tiada kaitan dengan dakwaan YB Petaling Jaya Utara yang menuduh kegagalan Program Tranformasi Kerajaan," katanya sambil memberitahu surat pembetulan dihantar pada 18 Jun.

Data baru menunjukkan penurunan 19.4 peratus kadar jenayah di Selangor sejak 2009 dan 24.7 peratus di seluruh negara. GTP diumumkan pada Januari 2010.

Indeks jenayah di Selangor pada 2006 sebanyak 51,393 kes; tahun 2007 sebanyak 58,592; tahun 2008 sebanyak 57,752; tahun 2008 sebanyak 54,994; tahun 2010 sebanyak 49,469 dan 2011 sebanyak 44,302 kes.

Di peringkat nasional, katanya, indeks menunjukkan kes pada 2006 sebanyak 196,780 kes; tahun 2007 sebanyak 209,582; tahun 2008 sebanyak 211,645; tahun 2009 sebanyak 209,817; tahun 2010 sebanyak 177,520 dan tahun 2011 sebanyak 157,891 kes.


Borders dakwa JAWI menganiaya kakitangannya
8:40PM Jun 20 2012  
Kedai buku Borders mengecam pendakwaan pengurusnya, Nik Raina Nik Abdul Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta mendakwa jabatan itu telah menganiaya dan melanggar hak perlembagaan dan perundangan Nik Raina.

azlanYau Su Peng, Ketua Pegawai Operasi Berjaya Books Sdn Bhd - yang memiliki dan mengendali rangkaian kedai buku Borders di Malaysia, berkata syarikat itu sangat kecewa dengan pendakwaan tersebut.

Nik Raina, pengurus kedai buku Borders di Gardens Mall in Mid-Valley City, didakwa semalam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kerana mengedarkan buku 'Allah, Liberty and Love' tulisan penulis Kanada Irshad Manji, yang telah diharamkan di Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Borders menegaskan bahawa pertuduhan itu adalah ekoran serbuan JAWI di kedai buku Borders di Gardens Mall pada 23 Mei dan merampas buku Manji.

Tetapi buku itu, tegas Yau, belum lagi diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ketika serbuan itu dibuat.
"Juga tidak terdapat fatwa mahupun apa-apa bentuk pemberitahuan yang dikeluarkan oleh JAWI kepada Borders," katanya.

"Kami difahamkan bahawa Kementerian Dalam Negeri hanya mewartakan pengharaman buku Manji pada 29 Mei dan fakta itu telah diterbitkan pada 14 Jun 14."

Beliau berkata Berjaya Books, pada setiap masa, telah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan telah mengarahkan pekerjanya, yang beragama Islam dan bukan Islam, supaya membantu siasatan JAWI walaupun syarikat itu tidak tertakluk dalam bidangkuasa JAWI kerana ia adalah entiti non-Muslim.

Pada 5 Jun, syarikat itu telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom meminta bantuan dan campurtangan mereka berhubung tindakan JAWI itu, tetapi sehingga
semalam, belum menerima sebarang jawapan.

"Pihak pengurusan Berjaya Books menyokong kakitangan kami Nik Raina sepenuhnya yang hanya melaksanakan tugasnya sebagai pengurus kedai. Sebagai pengurus kedai, dia tidak mempunyai
pengaruh atau kawalan ke atas pemilihan buku-buku di Borders.

"Buku-buku yang disita itu, tidak pada masa penyitaan dibuat, diisytiharkan telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Ataupun JAWI telah memaklumkan apa-apa kepada Berjaya Buku berhubung buku-buku yang disita," katanya.

'Dilayan secara kasar oleh kakitangan Jawi'


Yau mendakwa Nik Raina telah memberi kerjasama penuh dan mematuhi semua arahan JAWI, dan menghadiri siasatan pada 30 Mei bersama dua rakan sekerja dan turut disertai peguam yang dilantik oleh Borders, tetapi mendakwa mereka telah dilayan secara kasar oleh kakitangan JAWI dan telah dikeluarkan waran tangkap.

Beliau juga mendakwa, JAWI juga enggan membenarkan Nik Raina menemui peguam.
"Kami melihat ini sebagai penganiayaan secara terang-terangan dan melanggar hak perlembagaan dan undang-undang pekerja kami."

Pada 18 Jun, Berjaya Books telah memfailkan di Mahkamah Tinggi permohonan mendapatkan semakan kehakiman berhubung tindakan JAWI itu.

Hishammuddin dan Jamil Khir juga telah dinamakan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman tersebut.
Subsidi untuk rakyat atau kroni, tanya Anwar
  • Hazlan Zakaria
  • 4:13PM Jun 20 2012
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada peningkatan subsudi oleh kerajaan persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat atau hanya menguntungkan syarikat kroni.

Ketua pembangkang merujuk kepada peningkatan subsidi bahan api, tol dan gula yang melambung beberapa kali dalam peruntukan tambahan belanjawan.

NONEBercakap dalam sidang media di lobi Parlimen, Anwar membangkitkan pemberian subsidi gula kepada pengeluar, subsidi tol kepada pengendali dan subsidi minyak kepada syarikat besar termasuk, Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Tiada satu daripadanya diperoleh langsung oleh rakyat, hujah Anwar lagi.

Terdahulu dalam Dewan Anwar, Anwar mengecam tindakan mengadakan belanjawan tambahan untuk setiap sesi Parlimen.
Arman: 'Wallahi' saya dapat RM1,700 saja
  • Zulaikha Zulkiflli
  • 1:21PM Jun 20 2012
 
Bekas Ketua Wira kumpulan pendesak Melayu PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata, pertubuhan yang pernah disertainya itu tidak memiliki sebarang penaja, tidak kira sama ada dari segi kewangan mahupun logistik.

Arman yang kini merupakan naib pengerusi unit pidato BN berkata, semasa memegang jawatan ketua wira PERKASA, beliau sendiri perlu mencari penaja bagi setiap program yang dibuat.

NONE"Setiap kali nak buat program, saya akan jumpa sahabat-sahabat saya yang mana ingin bantu. Ada yang tolong bagi dua atau tiga ratus (ringgit). Bukan dapat banyak. Ini persepsi.

"Tak ada (penaja tetap). Bagi saya ini adalah tanggungjawab apabila pegang (bekas) ketua Wira PERKASA Malaysia, menjadi tanggungjawab mencari penaja," katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

Arman yang pernah bersama PERKASA selama dua setengah tahun berkata, selain meminta bantuan penajaan untuk membuat program daripada kawan-kawan terdekat, beliau juga menggunakan wang simpanan sendiri sebagai usaha sukarelanya terhadap pertubuhan tersebut.

"Bagi saya, bila kita pegang mana-mana jawatan dan amanah, keseluruhannya tanggungjawab kita. Maknanya, daripada segi pergerakan, logistik program, kita gunakan kebijaksanaan kita untuk memacu NGO. Dan bukan mudah untuk kita cari penaja untuk dapatkan bantuan," katanya.

Bukan agen Umno
Selain itu, Arman turut berkata, PERKASA juga bukan merupakan agen Umno seperti yang sering dikatakan.

Beliau menegaskan, PERKASA dan Umno merupakan dua badan yang berbeza dan menyifatkan, masing-masing membawa perjuangan mereka yang tersendiri.

armand azha attack adam adli video"Inilah persepsi yang dilontarkan. PERKASA adalah PERKASA. Umno adalah Umno. Itu dua perkara berbeza.

"Jadi saya ambil inisiatif sebelum tinggalkan PERKASA, kuatkan jentera Wira PERKASA. Saya telah kuatkan barisan exco Pusat sebelum saya letak jawatan. Saya tinggalkan PERKASA dengan keadaan yang boleh dipacukan," katanya.

Selain itu, ketika ditanya kenapa beliau meninggalkan PERKASA, Arman, 37, berkata, beliau meninggalkan pertubuhan itu bukanlah disebabkan wang.

Sebaliknya, katanya, beliau ingin memberi ruang kepada ahli baru untuk menerajui jawatan yang disandangnya dahulu.

3 bulan pertimbang letak jawatan

Menurut Arman lagi, sepanjang penglibatannya bersama PERKASA, beliau hanya menerima wang berjumlah RM1,700 sahaja bagi keseluruhan dua setengah tahun tersebut.

azlan"PERKASA memang tak ada penaja atau orang biaya. Itu yang kita tau. Kita tak ada penaja.

"Saya hari ini boleh katakan wallahi, wabillahi, watallahi, sepanjang saya dalam PERKASA RM1700 sahaja saya dapat. Dan saya tak pernah menyesal sebab perjuangan lebih utama.

"Saya punya prinsip. Kita harus beri peluang pada anak muda untuk rasa macam mana jadi pemimpin. Jadi bagi saya, ketika saya tinggalkan PERKASA itu saya yakin PERKASA boleh berjalan terus," katanya.

Arman juga berkata menambah beliau mengambil masa hampir tiga bulan untuk membuat keputusan sebelum meletakkan jawatan.


Wawancara dijalankan oleh Aidila Razak, Zulaikha Zulkifli dan Nicholas Wong.
 
 
Siasatan Scorpene: K'jaan akan jawab pada 26 Jun
  • Hazlan Zakaria
  • 1:21PM Jun 20 2012
 
Kerajaan akan menjawab berhubung perkembangan siasatan Perancis terhadap tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari syarikat DCNS.

NONE"Pada 26 Jun, saya akan menjawab mengenai perkara itu (di sana)," kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sambil menuding ke arah tempat persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan mengenai dakwaan penjualan dokumen
rahsia Tentera Laut Diraja Malaysia dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya mengenai sepina yang dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepadanya dan menteri dan pegawai kerajaan Malaysia yang lain, Ahmad Zahid menegaskan beliau akan menjawab pada tarikh yang sama.

Apabila terus diasak dengan soalan, beliau meminta pemberita "tunggu sehingga 26 haribulan".
MP BN janji peralihan aman jika Pakatan menang
  • Zulaikha Zulkiflli
  • 2:20PM Jun 20 2012
 
DEBATKINI Peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya benar Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan.

Bercakap pada debat anjuran Malaysiakini malam tadi, Abdul Rahman berkata, BN mampu menerima kekalahan dengan hati terbuka seperti situasi di Kelantan pada 2004 apabila tewas dengan majoriti amat kecil.

NONE"(Pada masa itu) PAS memenangi satu kerusi dengan majoriti dua undi. Walaupun setelah 20 tahun (memerintah), bila kami kalah, kita tidak melakukan apa-apa.

"Kita beri pada mereka secara jujur dan adil," kata Abdul Rahman sebagai menjawab persoalan yang diutarakan.

Menghangatkan lagi suasana debat malam tadi yang dihadiri kira-kira 300 hadirin, Abdul Rahman sebaliknya berkata, sekiranya pada pilihan raya umum akan datang Pakatan tewas, keadaan seperti perhimpunan BERSIH 3.0 akan berlaku.

"Sebab mengapa saya berkata demikian kerana, saya percaya, keganasan pada 28 April merupakan amaran kepada Malaysia bahawa pembangkang tidak akan bertolak ansur sekiranya kalah pada pilihan raya umum," katanya yang menerima sorakan 'boo' oleh hadirin.

Abdul Rahman bagaimanapun dengan tenang dan berseloroh berkata, beliau datang pada debat tersebut berseorangan dan tidak membawa pasukan sorak.

"Saya telah bercakap dengan orang saya dalam BN, jika kita kalah, kalahlah," kata Abdul Rahman.

'Keganasan sebenar'
Sementara itu, membidas kenyataan Abdul Rahman, ahli Parlimen Subang daripada PKR, R Sivarasa berkata, sekiranya tiada pilihan raya yang adil dan bersih, di mana-mana negara sekalipun rakyat akan turun ke jalanan.

Beliau berkata, wajar sekiranya rakyat membantah pilihan raya yang telah dirancang dan tidak adil.

azlanSivarasa menegaskan lagi, jika ingin bercakap mengenai perhimpunan pada 28 April, keganasan sebenar apabila gas pemedih mata dan meriam air digunakan oleh pasukan beruniform.

"Jika menang dengan cara yang bersih dan adil tidak mengapa. Tetapi jika menipu dan menang, oh, kita akan pergi ke jalanan. Seluruh rakyat di dunia akan pergi ke jalanan.

"Tiada orang yang membenarkan pilihan raya yang tidak adil dan menipu," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Debat semalam siri pertama "Debatkini" anjuran Malaysiakini. Turut dibariskan semalam Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dan ahli parlimen PAS Mujahid Yusof Rawa.
KPF tak teruskan lantik Isa Samad dalam AGM
  • Ahmad Fadli KC
  • 1:46PM Jun 20 2012
 
Walaupun dicatat dalam agenda mesyuarat, mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya.

Keputusan itu dicapai dalam AGM ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.

NONEMenurut perwakilan, nama Isa cuba dicalonkan perwakilan sewaktu agenda memilih anggota lembaga berlangsung namun ditolak kerana keahliannya dibekukan mahkamah buat sementara waktu.

Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dikehendaki melantik tiga orang calon dari kalangan ahli koperasi untuk menganggotai Lembaga KPF.

Dalam buku agenda mesyuarat, Isa antara tiga calon yang dinamakan Felda untuk menganggotai Lembaga KPF bagi sesi 2012/2013. Dua lagi nama yang dicalonkan, dilantik dalam mesyuarat hari ini.

NONEKeahlian Isa dibekukan sementara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Pembekuan keahlian Isa sekaligus menghalang beliau daripada dicalonkan sebagai Anggota Lembaga KPF.

Sekiranya berjaya menganggotai Lembaga KPF, Isa dijangka oleh ramai pihak, akan menjadi pengerusi KPF baru menggantikan pengerusi sekarang, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.
Tabung Haji akan muktamad beli hartanah London
8:30PM Jun 20 2012  
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di jangka memuktamadkan rundingan bagi pembelian hartanah di kotaraya London September ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata hartanah yang akan dibeli itu sudah pun dikenal pasti melalui tinjauan yang dijalankan sebuah pasukan khasnya sejak 2008.

"Hartanah di UK sememangnya sudah lama berada dalam perhatian kami. Namun kami amat berhati-hati dalam membuat pembelian kerana setiap aset yang dibeli Tabung Haji mesti mematuhi syariah...justeru kami sedikit perlahan berbanding agensi pelaburan lain.

"Hartanah yang akan dibelinya itu kini dihuni oleh barisan penyewa yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak bertentangan dengan syarak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Pensijilan ISO daripada DQS dan SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) dan bagi Pengurusan Perkhidmatan dan Operasi Haji di Malaysia dan Arab Saudi.

Pensijilan itu disampaikan kepada Ismee oleh Pengarah Urusan Kumpulan DQS Michael Drechsel dan Pengarah Urusan SIRIM QAS Khalidah Mistafa.

Mengenai usaha mengembangkan skop pelaburan Tabung Haji ke UK dengan membeli hartanah di London, beliau berkata ini adalah untuk merebut peluang dalam bidang yang menjanjikan pulangan lumayan dan pendapatan tetap, sekali gus mampu memberikan kadar pulangan masa depan yang baik serta konsisten kepada pendeposit.

Tabung Haji kini memiliki 6.9 juta pendeposit dengan jumlah deposit setakat tahun lalu sebanyak RM31.7 bilion.

Mengenai penganugerahan sijil ISO bagi ISMS, Ismee berkata ini merupakan usaha berterusan Tabung Haji untuk menjaga kepentingan pendeposit dan nilai perkhidmatan yang diberikan kepada mereka melalui sistem keselamatan maklumat yang terbaik.

"Tabung Haji beroperasi sebagai sebuah institusi kewangan (bank) dan disebabkan itu kita turut memberi penekanan terhadap keselamatan maklumat data pendeposit...ini merupakan kejayaan besar dan menunjukkan keselamatan IT TH setanding IT infrastuktur yang ada di institusi kewangan lain," katanya.

Mengenai Pensijilan ISO bagi Pengurusan Perkhidmatan dan Operasi Haji di Malaysia dan Arab Saudi, beliau berkata ia merupakan pensijilan semula terhadap ISO yang dilaksanakan sejak 1997 dan sebagai platfom kepada Tabung Haji dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan kepada pengurusan dan operasi haji serta kebajikan jemaah haji Malaysia.

- Bernama

Tiada ulasan: