Ahad, 24 Jun 2012

ANUGERAH APA PUN...TINGGI MANA PUN...IKTIRAF MANA PUN...TAK SAMA...TAK BERBALOI...KALAU NAK DIBANDINGKAN KURNIAAN SYURGA DARI ALLAH...KEPADA HAMBA2 YANG TAQWA....KADANG2 SIBODOH...TAK BAPE CERDIK NI TERSERLAH JUGA...TERBONGKAR JUGA...SEDAR DIRI TAK PE...BAGUS TU....

Thaipusam: MIC usah putar belit kenyataan Salahudin

Harakahdaily, 23 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) menyelar tindakan Ketua Pemuda MIC T Mohan yang cuba memutar belit kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berdebat bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Naib ketuanya Raja Ahmad Iskandar Al-His berkata, kenyataan Salahudin yang memberi contoh perarakan Thaipusam sebagai perarakan aman bukan bertujuan menghina  kaum India di negara ini sepertti difahami T Mohan.

"DPPM menganggap T Mohan sebagai ketandusan isu  untuk dibangkitkan sehingga terpaksa memutarbelitkan kenyataan YB Salahuddin untuk kepentingan politik mereka yang sempit.

"Mungkin kerana sokongan rakyat khususnya warga India terhadap MIC semakin berkurangan menjadikan beliau resah hingga beliau terpaksa mencari isu-isu remeh untuk dijaja kepada rakyat bagi meraih simpati terhadap MIC," kata Raja Ahmad.

Menurutnya, semua yang mengikuti debat tersebut memahami bahawa tiada niat sedikitpun di nurani YB Salahuddin Ayub untuk mempersenda agama Hindu melalui kenyataan perarakan Thaipusam.

Salahudin katanya memberi contoh bahawa itu adalah satu perarakan yang aman, teratur dan lancar yang dibuat setiap tahun.

"Dalam bahasa yang mudah, itu adalah suatu perarakan jalanan yang dibuat oleh masyarakat beragama Hindu setiap tahun, dan ia berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang provokasi.

"Apakah mesej yang jelas dan mudah ini gagal difahami dengan baik oleh T Mohan sehingga memberikan tafsiran yang negatif pada beliau," soalnya.

Tambahnya, jika inilah mentaliti T Mohan, DPPM mengagak jangka hayat politik beliau sebagai pemimpin MIC tidak lama.

Rakyat ujarnya, sukar menerima pemimpin yang berfikiran sempit dan hanya menjurus kepada persoalan remeh. Rakyat kini sudah semakin matang dan cerdik dan berfikiran jauh dengan melihat Malaysia  di masa hadapan.

PRU musim haji: Najib 'khianat' Islam

Anis Nazri, 23 Jun 2012

KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.

Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.

"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu.  Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi.  300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.

Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.

Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.

"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji.  Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.

Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Pencacai Umno Johor makin tertekan, fitnah cikgu Mala?

Cenangau.blogspot.com, 23 Jun 2012
Aku cukup yakin dalam sebulan dua sebelum ni penchachai Umno BN di Johor memang rasa tertekan, memang rasa risau bila Salahuddin Ayub menyuarakan hasrat hati dia nak balik bertanding di Johor.


Tambah pulak Pesuruhjaya PAS Johor dengan secara terbuka mewar-warkan nama Salahuddin Ayub sebagai bakal menteri besar Johor kalau Pakatan Rakyat berjaya rampas Nusajaya.


Cadangan Dr. Mahfodz tu disokong pulak oleh pimpinan PKR dan DAP Johor dan depa pun mengalu-alukan hasrat Salahuddin untuk balik bertanding di Johor yang dalam masa yang sama tentu akan memperkuatkan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Johor.


Puak-puak penchachai spin kata Salahuddin Ayub sebenarnya ditendang keluar dari Kelantan, dah takdak tempat pasai tu dia terpaksa balik bertanding di negeri kelahiran sendiri, negeri paling kuat Umno dalam dunia.


Tambah lagi tertekan puak-puak penchachai Umno BN bila timbul khabar angin yang Lim Kit Siang pun berminat nak bertanding di Johor jugak. Lagi tambah tertekan bila ada khabar angin nama Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching pun disebut-sebut akan bertanding di johor jugak.


Nasib baik la YB Fong dan YB Teo cepat-cepat nafi khabar angin tu, tapi setakat yang aku tau Lim Kit Siang tak pernah lagi menafikan khabar angin yang kata dia akan bertanding di Johor lepas ni.


Baru-baru ni penchachai Umno BN boleh bernafas lega bila timbul isu Hj Nizar merderhaka sultan johor dalam isu WWW1. Hampir setiap malam media penchachai spin isu tu. Pemuda Umno Johor cuba memaksimakan politcal mileage dengan menganjurkan Himpunan menjunjung Taat Setia.


Depa kata lebih 30,000 rakyat Johor turun ke demonstrasi tu. Walaupun ada yang kata kehadiran sebenar tak sampai banyak tu tapi ramai yang setuju himpunan tu boleh dikira berjaya. Ramai yang yakin peluang Pakatan Rakyat di Johor macam tertutup dengan isu WWW1 tu.


Tapi bila PAS adakan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Johor melibatkan Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang. Beribu jugak rakyat Johor yang hadir.


Nampak macam isu WWW1 tu tak berapa nak bagi kesan sangat, masih ramai jugak yang sokong Pakatan Rakyat dan PAS.


Minggu depan PAS akan anjurkan satu lagi program besar yang melibatkan TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS pulak. Aku yakin lebih ramai lagi akan hadir program kali ni.


Aku yakin para penchachai Umno BN kembali tertekan. Pasai tu lah tiba-tiba boleh timbul cerita Cikgu Mala nak masuk Umno pasai tak puas hati tak dapat imbuhan lepas letak jawatan untuk jadi calon PAS PRK Tenang dulu. Dah tertekan sangat kut sampai sanggup guna kaedah fitnah BANGANG macam ni.


Kalau nak fitnah pun agak-agak la sama. Ada ka orang yang cukup BANGANG yang nak percaya kalau fitnah semborno macam tu. Lain la kalau boleh keluarkan bukti, ada sebab jugak la kut orang nak percaya.
Ibrahim Ali, Kelab Isteri Taat 'menang' anugerah seksis
  • Ahmad Fadli KC
  • 6:25PM Jun 23 2012
 
Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

Comedian Jo Kukathas, playing as Miss Ribenaberry pkr fund raising dinnerNamun, kedua-duanya tidak 'hadir' kerana mereka juga tidak dijemput penganjur majlis iaitu Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.

Majlis yang berlangsung selama hampir satu jam itu diacarakan 'Ms Ribenaberry', satu watak satira seorang penggoda yang diperan aktivis teater Jo Kukathas.

'Ms Ribena Berry' sendiri menyampaikan semua tujuh anugerah pada majlis petang tadi.

Namun, mereka yang hadir tidak kering gusi ketawa dengan jenaka yang diselang-selikan 'Ms Ribena Berry' sewaktu mengendalikan majlis, termasuk jenaka rumahtangga yang 'mengusik' Ibrahim.

Majlis yang rata-ratanya kelihatan seperti bertemakan warna ungu - warna tidak rasmi golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) - turut memberikan 'penghormatan' kepada kerajaan negeri Terengganu.

Kerajaan Terengganu mendapat anugerah 'Dasar Gagal' kerana pernah memperkenalkan satu kem khusus untuk remaja lelaki lembut.

Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Hock Nam pula mendapat anugerah 'Terlajak Perahu Boleh Diundur' (Foot in mouth) kerana pernah mengeluarkan kenyataan "bangunan lama yang terbengkalai ibarat perempuan tua" (22 Februari 2011).

Penganjur dalam kenyataan mereka berkata majlis anugerah itu pertama kali diadakan dan ia bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia".

Mereka turut mempertimbangkan untuk mengadakan majlis yang sama lagi tahun hadapan.

Ketika ditanya wartawan sama ada penganjur bercadang untuk menjemput mereka yang tercalon pada tahun-tahun akan datang, Pengarah Eksekutif All Women's Action Society (AWAM), Ivy Josiah berkata perkara itu bergantung kepada sejauh mana mereka yang tercalon mampu menerima jenaka satira yang cuba dibawa penganjur.

"Kita perlu membina deria lucu (mereka yang tercalon) dahulu," katanya tersenyum penuh makna.
'Pemimpin MCA' mahu sisa Lynas keluar M'sia
  • Leven Woon
  • 5:48PM Jun 23 2012
 
Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota yang digantung keahlian David Choi mendesak pemimpin kanan parti pemerintah dalam kementerian supaya menjamin sisa radioaktif Lynas dikeluarkan daripada Malaysia

mca indera mahkota youth chief david choiChoi hari ini mengetuai sekumpulan Pemuda MCA menyertai acara 24 jam anti-Lynas "Occupy (Penuhi) Balok-Gebeng" di pantai Balok, Kuantan.

Menngetepikan pendirian partinya yang mahu menjarakkan diri dengan acara anti-Lynas, Choi turut menyelar Menteri Kesihatan Minister Liow Tiong Lai yang juga pengerusi DAP negeri.

"(Liow) terus berkata bahawa sisa Lynas tidak harus dibenarkan kekal di Malaysia, tetapi bolehkan dia jamin ini tidak akan berlaku? Adakah dia akan letak jawatakan kalau Lynas melakukannya?" katanya kepada pemberita.

Lembaga disiplin MCA pada 16 Mei lalu menggantung keahlian Choi selama tiga tahun kerana didakwa merosakkan reputasi Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota Pang Tsu Ming kerana pendirian anti-Lynas beliau.

Walaupun mendapat bantahan daripada dalam parti, Choi menyertai perhimpunan jalanan anti-Lynas tahun lepas di Kuantan, seperti juga perhimpunan Himpunan 3.0 Hijau April lalu di Kuala Lumpur.
300 aktivis anti-Lynas sudah duduki Balok-Gebeng
  • Leven Woon
  • 5:17PM Jun 23 2012
 
Kira-kira 300 orang sudah berkumpul di Kuantan hari ini untuk menyertai kempen 24 jam membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas "Occupy (penuhi) Balok-Gebeng" dengan mempamerkan papan tanda besar di pantai Balok.

Di petang yang tenang dan berangin itu, kira-kira 50 peserta berbaju hijau muda mempamerkan kain rentang dengan slogan anti-Lynas di pantai berdekatan kawasan industri Gebeng di mana kilang itu akan memulakan operasinya.

occupy balok gebeng anti lynas 230612 1Diketuai pengerusi kumpulan Himpunan Hijau Wong Tack, mereka melaungkan slogan menggesa Lynas keluar daripada tempat itu.

Turut dipamerkan pelbagai kain rentang hitam yang turut mengkritik kerajaan BN yang mempertahankan projek itu.

Melancarkan acara itu, aktivis Hishamuddin Rais menyifatkan kehadiran mereka sebagai lambang kesatuan jitu rakyat Malaysia bersama dengan tegas di belakang perjuangan anti-Lynas.

Himpunan Hijau merancang menarik penyertaan ribuan orang untuk berjalan sejauh 11km, bermula dari pantai Balok pada jam 9 pagi pada Ahad, sehinggalah tiba di loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Kemuncak acara pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.
'PM mesti kaji semula lantik Sidek Hassan ke Petronas'
3:19PM Jun 23 2012  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.

NONEKetua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

"Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.

Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.

"Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras.
Perdana menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.

Suara akar umbi
Bercakap kepada media selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara.

Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.

reza zamhari"Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan," ujarnya.

Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.
Tiada arahan jangan debat, kata Saifuddin
4:19PM Jun 23 2012  
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak mengeluarkan sebarang arahan tutup mulut kepada anggota parti daripada berdebat dengan ahli politik pembangkang.

NONE"Saya fikir ita pandangan perdana menteri, tetapi tiada teguran (kepada ahli), tiada arahan tutup mulut.

"Jadi saya tidak fikir debat saya dengan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akan jadi yang terakhir," katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program bicara santai UndiMalaysia di Kuala Lumpur hari ini yang dihadiri kira-kira 30 anak muda.

Beliau ditanya sama ada debatnya dengan Salahuddin pada 19 Mei lalu yang terakhir ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa debat bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

Saiffuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno pada 19 Mei lalu berdebat dengan Salahuddin sama ada demonstrasi mengukuhkan amalan demokrasi dalam wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam.

Pada hari yang sama dua pemimpin BN - Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dan wakil rakyat Umno Abdul Rahman Dahlan - turut berdebat dengan wakil PKR dan PAS dalam program anjuran Malayiakini di Kuala Lumpur berhubung kedudukan demokrasi di Malaysia.

Fenomena itu dilihat memberikan tekanan kepada Najib yang sering didesak pembangkang supaya berdebat dengan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan umum.
Azmin nafi bergeser dengan MB Selangor
3:02PM Jun 23 2012  
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan beliau bergeser dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan menyifatkan dakwaan berkaitan sebagai "fitnah jahat".

Sebaliknya, kata anggota parlimen Gombak itu, beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Khalid yang menurutnya dilihat menunjukkan prestasi baik.

NONE"Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat. Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri," katanya di Kota Bharu semalam, lapor Sinar Harian.

Azmin (kiri) sebaliknya dilapor mendakwa isu itu sengaja dimainkan Umno yang disifatkannya terdesak kerana cuba melagakannya dengan Abdul Khalid menerusi akhbar sejak empat tahun lalu.

"Umno cuba dan mereka gagal sehingga kini dan saya ucapkan good luck (selamat berjaya) kepada mereka," katanya.

Azmin sebelum ini dikaitkan dengan desakan supaya setiausaha politik kepada Khalid - Faekah Husin - disingkirkan daripada pejabat menteri besar.

Situasi yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu bermula dengan kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangpkrdi Twitter itu memaksa PRK Selangor menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.
'Kalau takut debat, jangan kata bukan budaya'
  • Ahmad Fadli KC
  • 1:59PM Jun 23 2012
 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.

NONE"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.

"Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita."

Ditanya sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang.

Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE"Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.

"'Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.

Menurutnya lagi, dakwaan Najib (atas, berbaju merah jambu) itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan

"Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya.

Tiada ulasan: