Sabtu, 16 Jun 2012

SUSAHKE NAK BERLAKU JUJUR....IALAH SYAITAN MEMANG KERJANYA MENYESATKAN MANUSIA...SUSAHKE KALAU TAK AMALKAN RASUAH...SEMUA NAK SYURGA....TAPI AMALAN TETAP AMALAN AHLI NERAKA....

Timbalan Ketua Polis Kuala Krai antara 3 maut kemalangan
ZUMURNI HAMZAH
15 Jun 2012
Timbalan Ketua Polis Kuala Krai antara 3 maut kemalangan
$entry.content.caption.value
Timbalan Ketua Polis Kuala Krai antara 3 maut kemalangan
$entry.content.caption.value
[DIKEMAS KINI] MACHANG -  Timbalan Ketua Polis Kuala Krai, Deputi Superintenden Ab Wahab Yaacob dan seorang anggotanya berpangkat sarjan meninggal dunia dalam satu kemalangan dekat sini awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 1 pagi  itu, yang berlaku di Kampung Labok, turut mengorbankan seorang wanita, Membunga  Mamat, 60.
Sarjan Kadir Kumin bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Abdul Wahab, 56, dan Abd Kadir Kumin, 48, dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu sebelum kejadian.
Katanya, kenderaan jenis BMW yang dipandu Abd Kadir bertembung dengan sebuah Pajero yang datang dari arah bertentangan.
“Pemandu Pajero terbabit yang juga anak kepada Membunga, Mohd Saari Asmawi, 36 cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
"Punca kejadian masih disiasat dan kedua-dua kenderaan dipercayai dipandu laju. Jenazah Abdul Wahab akan dihantar ke  Kuala Lumpur manakala Abd Kadir akan dihantar ke kampung halamannya di Ulu Chenka, Jerantut, Pahang," katanya.
Beliau turut hadir di tempat kejadian dan Hospital Machang.
Abdul Wahab difahamkan baru memulakan tugasnya di IPD Kuala Krai sebulan lalu.
Sementara itu, adik Membunga, Napisah, 58, berkata, kakaknya bersama anak, mertua dan dua orang cucu dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menghantarnya ke Bachok.
“Mereka sekeluarga menghantar saya pulang ke Kampung Kubang kawah, Bachok selepas saya ke Gua Musang bagi meraikan perkahwinan anak arwah.
“Saya hanya mengetahui kejadian ini kira-kira jam 3 pagi selepas menerima panggilan daripada Balai Polis Machang,” katanya.
Anak Abd Kadir, Farid Ikhwan, 21, berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira jam 2.30 pagi.
“Kali terakhir saya berjumpa ayah dua minggu lalu,” katanya yang tinggal di Kubang Kerian.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang atau menghubungi Pegawai Penyiasat,  Inspektor Zolkifli Said di talian 09-9751223.
Dedah lebih banyak video, Zamil cabar Khalid

15 Jun 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad
SUNGAI PETANI - Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.
Zamil berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan.
"Saya nak ingatkan dia (Khalid), banyak rakaman tingkah laku membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.
"....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya pada sidang media
mengulas tuduhan Khalid bahawa beliau terlibat dalam isu membeli wakil rakyat pembangkang oleh BN.
Di lobi Parlimen semalam, Khalid mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.
Khalid turut menayangkan rakaman video menunjukkan lima orang termasuk seorang menyerupai Zamil yang merupakan pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah
Air (KITA) Kedah, sedang berbincang dengan pemimpin pembangkang.
"Jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah saya, tidak salah. Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara
dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara," kata Zamil.
Beliau berkata, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Ahli Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan di
restoran dan dihadiri pemandu.
Katanya, Umno dan BN sejak awal-awal lagi menolak pemimpin murahan yang boleh dibeli.
"Ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah
serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.
"Mereka ini dikategorikan gred C dan sedar tidak akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor
rapat dan Ezam boleh mengatur pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno dan BN, mereka menemui saya untuk 'menjual diri.' Bagaimanapun Ezam menolak
mentah-mentah hasrat mereka apabila saya sampaikannya.
"Saya sanggup bersumpah mereka memaki hamun Anwar yang mereka dakwa pilih kasih," katanya.
Beliau menyifatkan Khalid sebagai kuda tunggangan Anwar dalam Pas dan menggunakan taktik parasit untuk membunuh karier politik rakan-rakan sendiri.
Zamil juga meminta Ahli Parlimen Shah Alam itu menjelaskan pertemuan selama dua jam antara mereka berdua di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas semasa keanggotaan Khalid dalam Pas digantung.  - Bernama
Dr Mahathir usah bimbang, kata Pakatan
Jamilah Hamzah
15 Jun 2012
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan pihaknya tidak akan menyalahgunakan kuasa jika menerajui Kerajaan Pusat kelak sebagaimana dikhuatiri dan didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.

Sebaliknya, beberapa pemimpin PR yang dihubungi menegaskan kenyataan Dr Mahathir itu bukan sahaja tidak berasas, malah bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri itu "takut pada bayang-bayang sendiri."

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Dr Mahathir kemungkinan bimbang dan takut atas kesalahan yang dilakukannya dalam tempoh pemerintahan kerajaan dahulu.

"(Dr) Mahathir takut kemungkinan beliau buat salah ketika memimpin dulu dan akan dikenakan tindakan apabila PR memerintah kelak.

"Beliau juga takut akan dihumban ke dalam penjara disebabkan salah guna kuasanya ketika menjadi Perdana Menteri dulu," kata beliau merujuk kepada tempoh pemerintahan selama 22 tahun.

Dalam entri blognya, Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak takut jika PR menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi beliau takut kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh pakatan itu - antara lain membawa pertuduhan palsu dan menyumbat bekas pemimpin dalam penjara walaupun tidak bersalah.

Dr Mahathir menjangkakan nasib yang dialami bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Libya, Muammar Gaddafi. Semalam bekas Presiden Tunisia dihukum penjara seumumr hidup.

Muammar terbunuh dalam operasi memburu beliau akhir tahun lalu.

Sementara itu, Mahfuz juga berkata, PR tidak akan salah gunakan kuasanya dan akan menyerahkan apa juga kesalahan yang dilakukan kepada pihak perundangan tidak kira sama ada masyarakat awam, pemimpin parti kerajaan atau pun pembangkang.

"PR tak akan salah gunakan kuasa, kami akan serahkan kepada undang-undang untuk tentukan siapa yang bersalah.

"Kami akan ambil tindakan tidak kira siapa termasuklah rakyat biasa, pemimpin parti kerajaan ataupun pembangkang dengan adil," kata beliau Sinar Harian Online.

Katanya lagi, Dr Mahathir hanya ingin meraih simpati rakyat dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu dan sekali gus menggambarkan Umno akan hilang kuasa pada PRU13.

"Saya harap rakyat akan lebih bijak menilai dalam memilih pemimpin yang lebih baik pada masa hadapan dalam mengemudi negara," tambah Mahfuz.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, PR tidak akan melakukan salah guna kuasa seperti mana didakwa Dr Mahathir.

Katanya, mereka akan mentadbir kerajaan mengikut undang-undang yang betul.

"Sesebuah pentadbiran dan pemerintahan memerlukan undang-undang yang adil dan saksama.

"Kita juga perlu bukti yang kukuh untuk membawa sesiapa sahaja ke mahkamah apabila mereka bersalah. Mahkamah juga perlu benar-benar bebas dan adil," katanya lagi melalui SMS.

Menurutnya, rakyat memerlukan kerajaan yang bersih dan amanah dalam membentuk sesebuah pemerintahan kelak.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, keyataan Dr Mahathir tidak berasas dan ada kemungkinan beliau bimbang serta takut atas kesalahan semasa era kepimpinan beliau.

Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersara pada April 2009.

"Itu adalah satu tohmahan yang tidak berasas oleh Dr Mahathir kepada PR.

"Kenapa mereka (Barisan Nasional) perlu takut dan mengambil contoh pemimpin Mesir yang ditahan? Adakah mereka telah menyembunyikan sesuatu ketika pemerintahannya?" kata Fuziah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan menyarankan supaya Perdana Menteri keempat itu supaya tidak perlu bimbang kerana PR akan mengikut nas undang-undang yang betul dan sah seperti yang termaktub di bawah akta yang sedia ada.

"Kami tidak akan memerintah dengan cara yang salah, kami akan ikut undang-undang yang betul dan saksama. Mereka tak perlu takut jika mereka tidak bersalah," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Dr Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri, kemungkinan disebabkan beliau banyak melakukan penyalahgunaan kuasa di era pemerintahnya.

"Kami rasa Mahathir takut dengan bayang-bayangnya sendiri kerana beliau yang banyak melakukan perkara itu semasa memerintah dahulu.

"Kami yakin PR akan menang dalam PRU13 akan datang," katanya sambil menambah, jika PR menang pihaknya akan membuka semula siasatan terhadap bekas pemimpin kerajaan terdahulu sepertimana kerajaan Barisan Nasional (BN) menyiasat pemimpin PR sebelum ini.

"Kami akan bawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan dan mengenakan tindakan walaupun pada pemerintahan kerajaan sekarang mereka tidak ada kes untuk disiasat," kata Zuraida.

Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP, Tan Kok Wai mendakwa Dr Mahathir berada dalam keadaan bimbang atas perbuatannya ketika memerintah negara dahulu.

"Kebimbangan dirasai beliau disebabkan oleh perasaan takut terhadap kesalahan yang dilakukannya pada masa lalu," katanya.

Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras, menasihatkan Dr Mahathir supaya tidak terlalu bimbang sekiranya beliau tidak bersalah kerana PR akan bertindak mengikut lunas perundangan.
PKR siasat aduan 2 ahlinya seleweng baucar Program JOM Shopping
Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2012
SHAH ALAM - PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas dua ahli parti itu ekoran aduan penyelewengan baucar Program JOM Shopping, yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Salah seorang daripada mereka digantung keanggotaan dalam parti sementara siasatan dijalankan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu diambil setelah menerima maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan baucar Program JOM Shopping yang melibatkan dua anggota dari cabang Kapar.

"PKR memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik pada Rabu, 13 Jun 2012, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, PKR tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti.
Dewan gamat kisah bomoh
Wartawan Sinar Harian
14 Jun 2012
parlimen
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Gelagat beberapa anggota Parlimen yang saling bertingkah pendapat soal siapa paling banyak menggunakan khidmat bomoh, antara kaum wanita dan lelaki, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat hari ini.
  
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik perhatian anggota persidangan apabila mendakwa kaum wanita lebih cenderung menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang terpedaya kerana terlalu mempercayai 'doktor moden' itu.
  
"Dari pengamatan saya kaum ibu yang paling suka jumpa bomoh untuk macam-macam sebab, asal ada yang musykil sahaja pergi jumpa bomoh...ini benar-benar berlaku," katanya ketika mencelah ucapan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012.
  
Dakwaan Bung menarik perhatian Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang bangkit menyangkal kenyataan itu kerana menyifatkannya tidak berasas.
  
"Saya tidak berapa setuju dengan kenyataan Yang Berhormat pasal wanita teramai guna bomoh...Yang Berhormat ada buat kajian kah?

"Saya rasa sekarang sementara menunggu perdana menteri umum tarikh pilihan raya, paling ramai kaum lelaki yang jumpa bomoh," sindirnya yang mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir.
  
Cuba mempertahan pandangannya, Bung Moktar berkata dakwaan itu berdasarkan banyaknya laporan media yang mengaitkan kaum wanita dengan kegiatan bomoh.
  
"Kalau Yang Berhormat tak percaya boleh langgan Harian Metro yang banyak selongkar masalah ini...itu yang saya buat sebagai rujukan," katanya yang sekali lagi menggamatkan suasana dewan.
  
Perselisihan pendapat antara kedua-dua anggota Parlimen itu diredakan Idris yang mengakui tidak boleh berpihak kepada mana-mana rakannya, tetapi sempat mengusik Bung Moktar.
  
"Yang Berhormat Kinabatangan pernah kena bomoh ke? Tetapi rasanya tak pernah sebab itu yang berhormat sentiasa berdiri tegak menyatakan pendapat di sini," katanya.

Bagaimanapun kesemua anggota Parlimen itu sependapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal aktiviti dan perkhidmatan bomoh untuk membendung aktiviti bomoh penipu.
  
Anggota Parlimen itu turut meminta kerajaan memantau percambahan pusat-pusat kecantikan yang semakin banyak menawarkan perkhidmatan kesihatan, termasuk pembedahan kecantikan sejak kebelakangan ini.
  
Persidangan dewan disambung Isnin. - Bernama
Janganlah buat PRU musim haji, kata Nik Aziz
SAPINAH ABD GHANI
15 Jun 2012
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Aziz sedang melakukan demonstrasi bantuan pernafasan di Program MASS
CPR di KB Mall, semalam.
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, haji bukan ibadat yang perlu disegerakan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Rasulullah SAW sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 Hijrah meskipun wahyu wajib haji turun pada tahun keenam Hijrah lagi.

"Ini menandakan ibadat haji tidak mesti dibuat segera," katanya. Nik Aziz berkata, perkara itu yang membuat beliau berasa pelik terhadap sistem haji di negara ini.

"Apa yang pelik berlaku di tempat kita, apabila tersenarai nama di Tabung Haji, kena pergi selalu (segera). Nabi Muhammad sendiri tunai haji pada tahun ke-10," katanya.

Dalil itu, kata Nik Aziz menunjukkan Islam membenarkan penganutnya menangguhkan haji walaupun sudah tersenarai dalam kumpulan yang layak menunaikan ibadat tersebut.

Dalam pada itu, beliau tetap meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.

"Isu ini tak akan berbangkit kalau Umno yang jadi kerajaan faham kepentingan orang Islam. Fahamlah sikit bagaimana susah orang nak pergi haji, baik Pas mahupun Umno. Bukan senang nak dapat peluang buat haji.

"Oleh itu, saya minta janganlah buat pilihan raya pada musim haji dan juga pada musim perayaan," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya pendiriannya mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan telah menasihatkan ahli parti itu supaya menangguhkan ibadat haji tahun ini jika pilihan raya diadakan pada musim haji.

Tuan Ibrahim dalam e-mel terbarunya semalam bagaimanapun menjelaskan, kenyataan beliau pada 5 Jun yang disiarkan portal berita Selangorku itu telah diputar belit daripada maksud asal yang hanya menjurus kepada calon, wakil  atau ejen parti seperti pengarah pilihan raya.

Menurut Tuan Ibrahim, tujuan kenyataannya itu adalah supaya Perdana Menteri sendiri memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan pada musim haji seperti yang berlaku pada 1985.

"Bila pilihan raya akan diadakan memang tiada siapa yang tahu. Adakah pada musim haji? Jawapannya, mungkin. Jika pada musim haji, wajar atau tidak? Jelas tidak. Ada jaminan untuk tidak ada pilihan raya pada musim haji?  Jawapannya, tidak ada. "Sebab itu Pas mendesak Perdana Menteri jaminan, dan kita tekankan jika demi untuk menang Umno buat pilihan raya pada musim haji, mereka yang terlibat ini kita kita minta tangguh haji. Mereka ialah  calon, wakil calon dan ejen parti sebab golongan ini dalam Pas, ramai yang sudah haji," katanya.
Azan Ismail: 'PKR belum pilih calon, itu berita direka'
Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2012
Azan Ismail
$entry.content.caption.value
KUANTAN - Desas-desus yang mengatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail tidak akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang dianggap sebagai provokasi semata-mata kerana pihak kepimpinan PKR belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Azan berkata, dia tidak terkejut dengan khabar angin berkenaan dan menganggap ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan. Menurutnya, dia tidak pasti apa tujuan sebenar desas-desus itu dikeluarkan dan tidak berasa tergugat dengan berita tidak benar itu.

“Senarai nama calon belum ditentukan dan berita itu sengaja direka-reka serta perkara ini timbul disebabkan mereka yang tidak mempunyai kredibiliti. Saya tidak terkejut, sebaliknya gembira apabila ada yang memberi tumpuan kepada pemilihan calon dalam parti,” katanya kepada Sinar Harian bagi mengulas berita dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa pihak kepimpinan akan menggugurkan beliau untuk PRU13 kelak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika ditanya mengenai dakwaan itu menafikannya kerana buat masa sekarang pemilihan calon bukanlah agenda utama parti.

“Jika berkaitan dengan calon, parti belum membuat keputusan dan tiada sesiapa boleh mengesahkan tentang siapa yang akan dipilih.

“Pemilihan calon bukan isu utama sekarang. Yang lebih penting ialah persiapkan jentera dan saya yakin itu satu maklumat silap,” katanya.

Tiada ulasan: