Sabtu, 23 Jun 2012

BILA TINDAKAN KITA MACAM ORANG BODOH...MASIH INGAT RAKYAT BUTA IT...TINDAKAN MEMBENARKAN KITA KAKI FITNAH ...MEMBUAT RAKYAT BERTAMBAH MELUAT...PATUT BUAT KERJA2 PAHALA@BENAR....BUKAN MENGADU DOMBA...ISLAM MULA PESAT BERKEMBANG...KITA MENGUNDUR KEBELAKANG...NI 2012...JANGAN MENGUNAKAN TEKTIK ZAMAN 70AN...

Runtuh patut buka mata rakyat Terengganu

Anis Nazri, 22 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Insiden bangunan runtuh berulang-kali di Terengganu diharap dapat membuka mata rakyat negeri itu untuk me'runtuh'kan BN Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata kes terbaru membabitkan bangunan astaka di Jertih, yang masih dalam pembinaan itu amat dikesali dan memerlukan tindakan lanjut dari kerajaan negeri.

"Sudah sampai masanya BN diruntuhkan di Terengganu ini.  Banyak projek-projek yang dijalankan menghadapi masalah seumpama ini.  Kita harapkan rakyat sedar keadaan ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengatakan insiden ini mungkin sebagai satu petunjuk daripada Allah terhadap kepimpinan BN Terengganu yang sebelum ini bertindak meruntuhkan beberapa bangunan rakyat.

"Sebelum ini, pada tahun 1991, Menteri Besar Terengganu ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar bertindak merobohkan sekolah swasta, Institut Berakan, pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh, Masjid Bujal, Kemaman dirobohkan, dan beberapa siri perobohan membabitkan rumah rakyat.  Mungkin insiden kali ini petunjuk dari Allah," tegas beliau lagi.

Dalam kejadian semalam, sekitar jam 2.15 petang, bangunan astaka (gambar atas) yang masih dalam pembinaan, yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu tiba-tiba runtuh.

Kejadian itu menyebabkan enam pekerja warga asing terperangkap dan cedera.

Mangsa pertama hanya berjaya dikeluarkan tiga jam selepas binaan tersebut runtuh memandangkan sebahagian tubuh mereka iaitu dari paras pinggang ke bawah tertimbus dalam timbunan simen yang semakin mengeras.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

Peter Chin perlu tegas selesai isu air Selangor

Harakahdaily, 22 Jun 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyeru Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (gambar kiri) supaya berhenti berlindung di sebalik kenyataan politik.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Samad berkata, beliau perlu mengambil langkah tegas dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula perkhidmatan industri air di negeri ini.

Sebagai menteri yang diberi kuasa di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA), beliau sepatutnya boleh membantu Kerajaan Negeri mengambilalih perkhidmatan air, kata Khalid dalam satu kenyataannya hari ini.

"Kerajaan Negeri juga hairan mengapa menteri kerap meminta model yang baharu daripada Selangor sedangkan model yang terakhir yang dibentangkan selari dengan kehendak WSIA.

"Tambah pula, model tersebut telah menjamin tarif air tidak akan dinaikkan pada tiga tahun pertama dan tidak lebih dari 12% berbanding  kenaikan 75%  dalam perjanjian konsesi yang ternyata memberi keuntungan kepada konsesi  dan rakyat menanggung kosnya," katanya.

Pada yang sama, kata Khalid, Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan pada forum air dua minggu lalu akan berusaha untuk menurunkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW)  yang tinggi dan mencari sumber air alternatif.

Jelas model Kerajaan Negeri adalah holistik kerana ia  menyentuh semua perkara yang berkaitan dengan kecekapan perkhidmatan air, katanya.

"Menteri mengaitkan kos untuk  menurunkan peratusan Air Tidak berhasil (NRW) lebih mahal  iaitu RM7.2 billion berbanding pembinaan Langat 2 iaitu sebanyak RM5 billion.

"Sekiranya pembinaan Langat 2 masih tidak berjaya menurunkan peratusan NRW pada tahap sepatutnya, adakah Kerajaan Pusat sanggup membelanjakan berbillion wang rakyat untuk membina  terowong lain merentasi Banjaran Titiwangsa?" soal Khalid.

Ditekankan di sini bahawa Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk berunding dan berbincang dengan Kerajaan Pusat serta agensi berkaitan bagi menyelesaikan penstrukturan ini, tambah beliau.

Inilah hebatnya Tok Guru Nik Aziz (gambar)

Harakahdaily, 22 Jun 2012
KOTA BHARU: Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini.

Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya.

Tindakan beliau ini kemudiannya dirakamkan oleh seorang jurugambar dan gambarnya dimasukkan ke dalam Facebook beliau oleh 'pentadbir' (admin) Facebook itu.

Sehingga kini, selepas setengah jam ia disiarkan, 10,395 orang sudah menyatakan 'like' kepada gambar ini dan 1,347 pengguna Facebook sudah berkongsi gambar ini di laman mereka.

Di samping itu, sudah 828 komen dibuat ke atas gambar ini.

Antara komen-komen itu adalah:

Siti Aisyah Abd Rahman: i really syg tgna...ya Allah,tlg jaga selalu tgna,mudahkn sume urusannya ya Allah.

Hati Rock: aku yg jahil ni still support tgna,tp org johor dh mula takbir springgggg kt tgna smua org kt kg aku ni kalo gi kelantan smua nk jumpa dgn dia.....aku x tahu bila.

Wan Mohd Apex: kalau tgna brlakon,xkn mng la pas d ngri klntn ni !!!ni da berpluh2 thun,klntn still mng dgn tok guru!!!

Amer Asif Abd Rahman: Haha,terbaik..tp syg ad stgh pihak sanggup hina ulama sbb politik.

Pemain bola Fulham peluk Islam

Harakahdaily, 22 Jun 2012


LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.

Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

"Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai," kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

"Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi," tambahnya.

JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

Awas! Pangsapuri hantu di Kuala Langat

Hafizan Taib, Selangorku, 22 Jun 2012

(Dr Yunus berucap dalam ceramahnya)

KUALA LANGAT: Mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di daerah ini yang didiami sejumlah pengundi.

Tetapi, apabila diperiksa, bangunan tersebut hanya ada empat tingkat sahaja.

Terdapat juga rumah di sekitar daerah ini yang mempunyai sampai 30 pemilih dalam satu rumah, kata ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Ahmad Yunus, yang juga Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, mendedahkan bahawa pemantauan daftar pemilih juga mendapati terdapat pertumbuhan pengundi baru yang mendadak di daerah itu sebanyak 17,000 orang.

Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha membersihkan daftar pemilih khususnya di negeri Selangor melalui “Kempen SelangorKU Bersih”.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku ini.

Program tersebut adalah satu inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.

Di kawasan DUN Sijangkang sahaja kata Dr Yunus, terdapat 8,000 pengundi baru, satu fenomena yang mencurigakan.

Pendedahan mengenai pengundi yang meragukan ini dibuat oleh Dr Yunus dan beberapa pemimpin Pas Selangor di ceramah “Awas Pengundi Hantu Di Rumah Anda” di Teluk Panglima Garang di sini semalam.

Turut serta di dalam ceramah tersebut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

“Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh dipertikaikan kerana siasatan dibuat kita dapati maklumatnya berbeza,” kata Dr Yunus.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah mendedahkan bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencurigakan.

Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar sebagai pengundi di Selangor tetapi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindahkan ke dalam Selangor.

Pada 13 Jun beberapa kampung di Ampang membuat laporan polis dengan mendakwa, alamat rumah di kawasan mereka digunakan untuk mendaftar sampai 40 lebih pengundi.

Bagi mengenalpasti dan menjejaki pemilih yang meragukan di Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan program “Selangorku Bersih”.

“Kita jalankan audit ini di setiap DUN bagi mengenal pasti pengundi yang sah di dalam senarai dikeluarkan.

“Kita ingin melihat hak mengundi ini hanya diberikan kepada mereka iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar,” Dr Yunus berkata di dalam ucapannya.

Fokus hanya 1 sekarang, jatuhkan BN - Rafizi

Harakahdaily, 22 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menegaskan, fokus dalam hidup beliau sekarang hanya satu iaitu 'menjatuhkan BN'.

Beliau memberikan jaminan, perletakan jawatannya dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam akan membantu beliau mencapai sasaran tersebut.

"Fokus saya dalam hidup sekarang hanya 1 iaitu menjatuhkan BN.

"Perletakan jawatan saya akan membantu (hasrat ini)," tulis Rafizi dalam Twitternya.

Rafizi membuat penjelasan ini melalui Twitter beliau yang ekoran ditanya bertubi-tubi tentang makluman yang beliau buat semalam iaitu perletakan jawatan itu.

Rafizi memohon supaya beliau diberikan beberapa untuk bersama dengan isteri dan keluarganya.

"Bagi saya beberapa hari untuk isteri dan keluarga saya," kata Rafizi melalui Twitternya.

Walaupun begitu, beliau sibuk sejak malam tadi lagi memenuhi program PKR walaupun pelbagai andaian dibuat oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia dan para bloggernya.

Hari ini beliau bertolak ke Kemaman, tempat kelahiran beliau untuk bersama-sama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan Naib Presiden PKR, Tian Chua berceramah di sana.

Besok juga beliau mempunyai jadual yang penuh tidak sebagaimana yang diandaikan media Umno dan BN, parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam krisis ekoran perletakan jawatan Rafizi.

"Jadual esok: 11 pagi Konvensyen PKR Perak/Ipoh, 2 petang program bersama siswa/anak muda/Ipoh, 9 malam 2 ceramah di Sg Petani 2 pg tido tepi jalan," tulis Rafizi dalam Twitternya hari ini.

Utusan sekali lagi bersalah fitnah Guan Eng

Harakahdaily, 22 Jun 2012


(Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.

RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.

Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.

Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.

Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam.

Aturcara Himpunan Hijau & Xpresi Anak Muda P.Pinang

Harakahdaily, 22 Jun 2012
PULAU PINANG: Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth Ahad ini akan bermula seawal jam 4 petang.

Antara pimpinan utama yang akan menghadiri dan menyampaikan amanat pada program itu nanti adalah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah atucara penuh program:

4 Petang

Ketibaan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi
Pertunjukan Tarian Singa & Gendang Cina
Pertunjukan Silambam & Gendang India
Solat Asar Berjamaah
Pertunjukan Seni Silat (Gayung Pusaka)
Pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (P.Pinang)
Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Persembahan Zuar XPDC
Persembahan UNIC
Live bersama Tn Guru Nik Aziz

7.30 Malam

Solat Maghrib Berjamaah
Munajat bersama ulama
Solat Isya Berjamaah

9.15 Malam

Aluan Pengacara Majlis
Ucapan Ust Mohd Yusni Md Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang
Ucapan YB Dato' Ust Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS P.Pinang
Ucapan Sdr Hu Pang Chow, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat
Ucapan Ust Syed Abdul Qader Al-Jufree, EXCO Dwn Pemuda PAS Malaysia
Ucapan Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat
Ucapan Ust Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Setiausaha Dwn Ulama PAS Pusat
Ucapan Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia
Live bersama Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Acara Selingan

Persembahan Boria P.Pinang
Nyanyian Lagu Rasmi PAS, Negaraku & lagu Negeri P.Pinang
Gimik Pelancaran Dana Kompleks PAS P.Pinang
Gimik Pelancaran Buku
Pelancaran Derma

Tiada ulasan: