Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya
Rizal Tahir, | 30 Jun 2012 |
(Puluhan ribu rakyat Johor menyertai Himpunan Hijau di Dataran Dahlia malam tadi)
JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
(Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)
Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.
Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.
Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata.
(Tuan Guru Nik Aziz membacakan doa selepas mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang)
Sepanjang berada di Johor, Tuan Guru Nik Aziz juga sempat mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang.
Beliau mendapat sambutan hangat dari masyarakat tempatan apabila mereka berebut-rebut mahu bersalam dengan beliau.
Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.
Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.
(Selamat kembali ke Johor diucapkan kepada Salahudin dengan MB Kelantan menyerahkannya kepada Pesuruhjaya PAS Johor)
Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.
Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.
Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor.
PRU: Bagus umpan politik tapi Najib tak yakin
Anis Nazri, | 30 Jun 2012 |
Tiada 'feel good factor' bagi parti Melayu terbesar itu dikatakan antara sebab mengapa Presiden Umno itu tidak mengadakan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk rakyat yang disifatkan sebagai umpan politik, ia tidak mampu menarik sokongan rakyat terhadap BN.
"Sebelum ini, pelbagai imbuhan diberikan kerajaan terhadap rakyat. Baguslah...cuma tidak mampu menarik sokongan rakyat terhadap parti dia," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Salahuddin juga berkata dengan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin hari membuatkan Najib semakin terdesak dan bimbang untuk mengadakan pilihan raya.
Maka, tambah ahli parlimen Kubang Kerian itu, pelbagai alasan dijadikan jalan keluar seperti 'memenuhi mandat rakyat' untuk tidak memanggil pilihan raya umum ke-13.
Tarikh mengenai pilihan raya terus menjadi tanda-tanya ramai pihak apabila Najib dilihat tidak bersedia untuk membubarkan parlimen.
Malah, tindakan Najib itu juga menimbulkan keresahan di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS berhubung kemungkinan Najib memanggil pilihan raya umum pada musim haji.
Labih-lebih lagi, Najib sendiri tidak menafikan kemungkinan tersebut (pilihan raya di musim haji), malah menyatakan ia pernah dilakukan sebelum ini.
Kemuncak dari pelbagai persoalan mengenai tarikh pilihan raya ini apabila Najib dikatakan akan membubarkan parlimen, petang semalam selepas pertemuan dengan anggota tertinggi BN.
Gambar TGNA, PAS dan PR difitnah teruk..
http://addin77.blogspot.com, | 30 Jun 2012 |
Banner-banner provokasi macam nih dah
selalu sangat bertebaran hanya bertujuan untuk memburukkan PAS. Namun
rakyat yang semakin cerdik dari Umno BN, tahu menilai kebenaran di
sebalik tersebarnya banner fitnah macam nih.
Ini menunjukkan betapa terdesaknya
parti pemerintah dan pencacai-pencacainya untuk memenangi hati rakyat
walaupun jalan yang digunakan jalan yang kotor lagi jijik. Namun rakyat
yang semakin bijak memberikan komen-komen pedas bekenaan isu nih.
Kat bawah nih print screen dari FB TGNA untuk tatapan umum..
Sumber
Tahniah Abby, Kini Semangat Abby Bertambah Kental!!
http://www.ekeleh.com, | 30 Jun 2012 |
Tahniah Abby, kini Abby Abadi mula bersemangat kental, ciri-ciri yang perlu ada bagi wanita Islam.
“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.
Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen … tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.”
Itulah kata-kata Abby semasa berkongsi
pengalaman penghijrahannya di pentas Pas anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala
Kedah, 26 Jun lalu. Penghijrahannya membuka lembaran baru buat dirinya.
“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.“PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah,”
“Saya seronok berkongsi cerita supaya
apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah)
mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman
ini,” kata Abby lagi.
Semoga penghijrahan Abby berpanjangan.
Inginkan perubahan, Pas sememangnya wadah terbaik untuk Abby.
Artis-artis yang lain juga mengikuti jejak langkah Abby Abadi.
Dewan Filharmonik Petronas ditutup?
Mohd Sayuti Omar, | 30 Jun 2012 |
Ekoran penutupan itu menyebabkan 80 orang kakitangan semuanya Melayu yang berkhdimat sebagai penyubur kebudayaan negara di Petronas dengan mengadakan persembahan kebudayaan di luar negara dan sebagainya hilang mata pencarian. Walaupun mereka dibayar pampasan tetapi tindakan menutup "dewan kebudayaan" itu sesuatu yang melukakan.
Penutupan unit itu memberi gambaran yang Petrons di bawah pengurusan baru ini tidak peka dan prihatin kepada usaha memartabatkan kebudayaan negara. Selama ini unit kebudayaan itulah yang menonjolkan kebudayaan tradisi Melayu di seluruh dunia yang diusahakan oleh kakitangan unit berkenaan.
Penutupan itu juga menjadi persoalan untuk apa Petronas mewujudkan dewan Filharmonik Petronas bernilai ratusan juta sedangkan unit persembahan satu-satu unit penting untuk memperkenalkan kebudayaan tradisional secara profesional dikendalikan Petrons ditutup? Ini memelikkan?
Khabarnya kerja-kerja mengangkat barang dan segala peralatan persembahan digunakan unit berkenaan sekarang ini dipindah dan dibawa keluar.
Dalam pada itu apa juga memeningkan kepala dan menjadi persoalan di kalangan kaki tangan kenapa unit persembahan kebudayaan tradisi ditutup atau pun ditiadakan tetapi pihak atasan terus memberi peluang kepada persembahan kebudayaan luar yang tidak melambangkan cita rasa dan budaya Melayu. Apakah di Petronas kini sudah ada anasir-anasir luar yang tidak menyukai kebudayaan Melayu tradisi dan cuba menyuburkan kebudayaan kuning?
Dalam pada itu selain unit persembahan ini ditutup ada beberapa unit lagi hendak ditutup termasuklah galeri Petrons. Penutupan ini dirancangkan sejak enam bulan lepas. Tetapi disebabkan timbul reaksi kurang enak dengan penutupan unit hiburan katanya penutupan galeri itu ditangguhkan.
Galeri ini sering kali mempamerkan lukisan pelukis tempatan dan juga luar negara. Dengan adanya galeri inilah para pelukis dapat menumpang hidup dan mendapat rezeki. Galeri Petronas antara galeri yang berprestij dan sering mempamerkan lukisan-lukisan dari pelukis antarabangsa.
Boleh jadi juga Petronas terpaksa mengambil langkah berjimat cermat dengan menutup bahagian atau unit-unit tertentu almaklumlah hasil minyak dan gas mungkin berkurangan. Atau boleh jadi juga wang yang dibelanjakan untuk hiburan dan kebajikan lain terpaksa ditarik kerana untuk dilambakkan ke dalam akaun Umno?
Sidek Hassan yang baru masuk pejabat dan dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur dari menara berkembar itu wajar menilai semula langkah ini. Paling penting jangan pula sampai beliau akan dilabelkan sebagai pengerusi yang anti budaya Melayu. Bersambung. [wm.kl.11:23 am 30/06/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/
MB T’ganu: Shabery nafi laporan Harakahdaily
Harakahdaily, | 30 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR:
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini
memberi respons terhadap laporan Harakahdaily bahawa beliau dikatakan
akan dilantik Menteri Besar Terengganu jika Umno BN terus menguasai
negeri itu selepas PRU13 nanti.
Beliau yang dilaporkan Bernama hari ini menyatakan ia adalah khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.
Shabery yang juga ahli Parlimen Kemaman memberitahu tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU akan datang.
"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno," katanya kepada pemberita di Kemaman.
Harakahdaily semalam melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang merancang untuk melantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum nanti.
Ini kerana, beliau dianggap faktor pengimbang antara dua kem Umno yang bergaduh di Terengganu sekarang iaitu kem Datuk Seri Idris Jusoh dan kem Datuk Seri Ahmad Said.
Shabery, bekas orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan tidak memihak di dalam kedua-dua kem itu.
Selain Shabery, turut disebut adalah nama anggota Parlimen Hulu Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
Namun, Harakadaily difahamkan, istana Terengganu masih mahukan Ahmad Said kekal sebagai menteri besar.
Rafizi (tengah) menyerahkan dokumen yang mengandungi keterangan hubungan Awang Adek - Hon Cheong kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary (kanan) dan Ahmad Fadhli Shaari (kiri).
BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan sesi penjelasan ke seluruh negeri Kelantan khususnya di Parlimen Bachok berhubung dakwaan salah laku terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain.
Ini ekoran beberapa keraguan di dalam hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.
Ini kerana, bagi mereka, dakwaan tersebut merupakan satu yang serius dan melibatkan seorang yang berjawatan di dalam kabinet Malaysia dan disebut-sebut akan bertanding sekali lagi di Palimen Bachok didalam pilihanraya yang akan datang.
Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, penjelasan ini akan diadakan secara menyeluruh agar rakyat dapat menilai intergriti pemimpin utama UMNO Negeri Kelantan.
Ini kerana hari ini beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk merampas negeri Kelantan daripada PAS.
Marzuk berkata demikian di dalam sidang media yang diadakan selepas satu majlis ceramah umum di Pasar Jelawat, Bachok malam tadi yang turut melibatkan penampilan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli.
Di dalam sidang media tersebut, Rafizi turut menyerahkan beberapa dokumen yang menyenaraikan secara terperinci hubungan di antara Awang Adek dengan Chung Hon Cheong serta beberapa transaksi yang dilakukan semasa Awang Adek menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor Bank Negara.
Turut hadir di dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari.
"Dalam pada Awang Adek hari ini sibuk menyerang kerajaan negeri Kelantan yang didakwanya melakukan penyelewengan dalam penjualan dinar dan dirham, kita minta agar Awang Adek menumpukan perhatian untuk menjawab isu ini terlebih dahulu.
"Tambahan pula, Awang Adek sehingga hari ini masih belum menyahut cabaran ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa untuk berforum secara terbuka dalam isu dinar dan dirham," ujar Ahmad Marzuk.
Dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Awang Adek timbul ekoran pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin yang berkata, banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong.
Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.
Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran.
Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999.
Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.
Ahmad Marzuk juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa satu laporan akan dibuat kepada pihak polis dan SPRM memohon agar dilakukan siasatan terhadap Awang Adek berhubung dakwaan ini dalam masayang terdekat.

Pemuda PAS jelas isu Awang Adek ke seluruh Kelantan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan