Khamis, 14 Jun 2012

BIASALAH NAMPAK JAHAT ORANG....JAHAT SENDIRI BUAT TAK TAHU...AKHIRAT MASING2 JAWABLAH...

Noh cabar kerajaan Selangor ambil tindakan terhadap kroni

13 Jun 2012
Noh cabar kerajaan Selangor ambil tindakan terhadap kroni
Datuk Seri Noh Omar
KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kroni mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa mempertahankan kroni dalam pentadbiran kerajaan negeri meskipun terlibat dalam penyelewengan.

"Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada tindakan langsung diambil terhadap mereka termasuklah Pengurus Besar Yayasan Selangor(YS) Ilham Marzuki yang mengaku membelanjakan wang YS dengan boros.

"Apa tindakan terhadap beliau?...Stail pembangkang, kroni akan dipertahankan tetapi saya cabar Khalid agar mengambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecatnya dari jawatan yang dipegangnya sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mac lalu, media melaporkan bahawa Abdul Khalid terus mempertahankan Pengurus Besar Yayasan Selangor itu meskipun syarikat kerajaan negeri itu berhadapan masalah pengurusan kewangan termasuk defisit RM7.41 juta, tahun lalu.

Ilham sebelum ini mengakui melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan.

Antara kegiatan itu adalah jamuan makan perdana sebanyak RM270,750, pertandingan memancing RM179,000, cenderamata RM52,900 dan majlis berbuka puasa RM396,370.

Noh berkata kerajaan Selangor hanya berlagak seperti hero kononnya memperjuangkan pembangunan pendidikan di Selangor sedangkan mereka gagal membela dan membangunkan pendidikan di negeri itu kerana kepentingan politik.

Katanya, malah kerajaan Selangor sanggup menjual harta dan mencairkan aset untuk menampung kerugian disebabkan pentadbiran yang tidak cekap dalam membangunkan pendidikan.

"Mereka sanggup merobohkan asrama YS dan menjual tanah YS di Kampung Pandan demi kepentingan mereka dan saya dimaklumkan pelajar-pelajar terpaksa berpindah keluar malah YS juga tidak lagi mengambil pelajar dari luar bandar untuk ditempatkan di asrama " katanya.

Beliau berkata tindakan kerajaan Selangor menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah juga seakan menggadai dan mengorbankan peluang keemasan yang patut diberi pada rakyat Selangor.

"Penubuhan UiTM cawangan Selangor telah diluluskan kerajaan dan telah mempunyai tapak namun kerana kepentingan politik, kerajaan Selangor sanggup menolak.. tidak ada satu pun sumbangan besar mereka dalam bidang pendidikan yang boleh membela dan membangunkan pendidikan di Selangor," katanya.

Beliau turut mencabar Khalid agar mengisytiharkan kerugian yang ditanggung Universiti Selangor sepanjang pembangkang memerintah negeri itu. - Bernama



  • Tiny Toon · · Top Commenter · University of Florida
    antara menteri berwatakan badut minggu ini..khaled nordin,masyitah dan noh omar..

  • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
    noh, sila tanya najib apa kos tunang anak dia dan kos meraikan harijadi dia...napa taknak pecat najib?

    • Omar Atan · Top Commenter · Motivational Speaking at Sendiri
      tu duit dia sendiri...apa mende lah lu ni bro..mengarut..

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      bro, mana lu tau duit dia sendiri...llu tau ker gaji PM berapa?...kalau lu kata itu duit dia sendiri, maka kenyataan yang sama boleh diguna pakai dalam kes yayasan selangor...kuasa dia maka dia berhak...sapa yang mengarut skg? hehehe takpelah kalau lu tak paham, sila buat kajian lagi...

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Airis Walid - Bro tahu siapa boss cimb group? kan tu bapa saudara anak najib...tenguk kat sini berapa gaji dia..http://beritasemasa.com/gaji-ceo

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      apa kaitan adik najib dalam comment nih?cer cari gaji CEO yayasan selangor gak...then kita compare...boleh tak?

    • Razali Ahmad · · Top Commenter
      Omar Atan : bukti ada...

    • Razali Ahmad · · Top Commenter
      Jom Reise : maksud kau adik najib yg support majlis tu ke? tak minat nak klik url tu sbb nyata pakai duit rakyat.

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Airis Walid - kaitan dia bro kata najib guna duit siapa belanja anak dia tunang...adik beradik selalu tolong menolong, jadi kalau tak tahu jgn main agak aje..

    • Razali Ahmad · · Top Commenter
      Jom Reise : cincin berlian tu pun adik najib belikan ker...?

    • Razali Ahmad · · Top Commenter
      Jom Reise : aku rasa bukan mcm tu, aku rasa ahli ameno bergotong royong.

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      ok bro Jom Reise, sila bagi aku bukti mengatakan yang adik najib bayar untuk kos tunang anak saudara dia serta kos meraikan harijadi PM...sila berterus terang...aku sanggup meminta maaf sekiranya betul adik najib bayar kos tuh...

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Razali Ahmad : bro, soal tu tak tahu la pulak bro siapa beli. Biasa la bro, pemerentah ni mesti ada kroni, menteri besar pun ada kroni, belum pm atau timbalan pm...sama aje bro siapa memerentah mesti tolong kroni..aku pun dulu kroni jugak..

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      bagus bro Jom Reise, anda sudah sedar...so kenyataan Noh nih memang meludah kepada batang hidung dia sendiri...yang penting skg ialah membersihkan kerajaan persekutuan sebab ekonomi rakyat malaysia bergantung kepada keberkesanan kerajaan persekutuan membelanjakan harta negara untuk membantu rakyat...kerajaan negeri hanya mempunyai harta yang sedikit jika dibandingkan dengan kerajaan persekutuan...bila bapak buat baik, maka anak pon buat baik...

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Airis Walid : hahaha..bro, mcm makamah pulak nak tunjuk bukti...kan aku kata mereka tu adik beradik, soal kawin ni selalu adik beradik bantu membantu dlm urusan kenduri...itu yg aku buat jugak untuk anak2 buah aku..tolong belanja kenduri..

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Airis Walid: Bukan soal sedar tak sedar bro, aku cuma pemerhati dari jauh keadaan politik malaysia, mcm aku kata tadi siapa sahaja yg memerentah mesti pentingkan kroni dulu, sebab kroni yg akan membantu mereka bila nak guna duit masa pilihan raya. Jadi siapa yg memerentah tak jadi hal, mana yang betul kita kena mengaku betul, mana yg salah tetap salah, jadi jgn kerana benci pemerentah semua yg baik kita tak nampak dah...kita patut mengaku ada yg baik dan ada yg buruk...aku cuma sedih tenguk keadaan pemimpin melayu sekarang, begaduh dan mencari keburukan sesama sendiri, dgn keadaan ini melayu sudah bepecah 3 (PAS, PKR dan UMNO), tapi cina dan india bersatu...nanti siapa yg rugi?

    • Razali Ahmad · · Top Commenter
      Jom Reise : kau ni lawak la...kau kroni apa pulak????

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      ok bro...lu takder bukti yang menunjukkan bahawa adik najib sponsor tunang anak saudara dia...aku juaga boleh cakap soal kawin2 nih, ada sesetengah adik beradik tak tolong sesama mereka...aku pernah melalui perkara sebegini...kalau lu ada duit pon, takkan lu nak keluar belanja 300k kot? anak sendiri pon tak sebesar camtuh...

    • Razali Ahmad · · Top Commenter
      Jom Reise : Oooo, kroni adik beradik buat kenduri kawen la...ok la airis walid, logik juga kenyataan dia tu, kroni kenduri kendara.

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Razali Ahmad : Aku dulu kroni anuar sebelum dia kena tangkap, bila dia kena tangkap...projet pun tak dpt dah...

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      Jom Reise ...hahaha ini lah kenyataan pemerhati yang sangat standard...takpe bro, aku terima pendapat lu...betul setiap pemerintah ada kroni kerana kroni nih ialah seperti anak2 meraka yang mungkin memberi kebaikan serta keburukan...tetapi kenyataan Noh nih hanya menunjukkan kebodohan dia sendiri...dia tau kerajaan persekutuan lebih banyak membela kroni tapi pergi menyalak kat orang lain..itu jer yang aku cakap...aku takder pon cakap aku benci pemerintah...mana yang salah tetap salah - Jom Reise...lu cakap sendiri bro...

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Airis Walid: adik beradik najib semua business bro, si nazir tu pulak dlm list org terkaya di Malaysia...300K tak ada benda pada dia..

    • Razali Ahmad · · Top Commenter
      Jom Reise : lepas PRU13, kau jumpa anwar...minta projek ikut saluran yang betul, insyaallah dapat.

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Airis Walid : Aku tak kata Noh betul..aku cuma jawab sebab bro kata najib guna duit rakyat untuk kenduri anak dia...sebab tu aku jawab adik beradik dia org ada duit...

    • Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
      Razali Ahmad : dulu masa anuar berubat di Munich aku pi jugak tenguk, sebab tak jauh dari rumah aku...aku tahu siapa yg dtg tenguk anuar dari malaysia...ramai juga org umno bro...

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      oklah bro...alangkah bagusnya dapat adik yang terkaya di malaysia tapi 80% bangsa melayu merempat dan miskin...kalau ada adik beradik kaya, mesti buat apa2 pon boleh sebab adik beradik ada nak backup...tapi kebanyakkan keluarga tidak begitu secara realiti sebab masing ada kepentingan masing2...kalau nak bagi 300k untuk anak saudara tunang (bukan kawin, kalau kawin bagi 1 juta kot)..

    • Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
      Jom Reise ...aku tak kata Noh salah...aku cuma cakap Noh menunjukkan kobodohan dia sendiri padahal dia tau kronisme jauh lebih teruk dalam BN dan kerajaan persekutuan...jika kerajaan persekutuan tidak membanteras kegiatan kronisme nih, jgn nak melalak kat orang lain...tgk diri sendiri dulu...

  • Sayed Abdul Rahman · Top Commenter · UTM, UiTM
    Masanya banyak dihabiskan menyerang kerajaan negeri Selangor dari menyelesaikan masaalah di Kementerianya sendiri, seperti Isu pembahgian Baja yg tidak adil, NFC dan sebagainya. Apakah dia terlupa dgn jawatan yg disandang? Bukanya Ketua Pembangkang Negeri Selangor tetapi Menteri Pak Tani Kerajaan Malaysia. Atau mungkinkah Noh telah menjangka selepas PRU 13 ini, beliau akan menyandang jawatan ketua Pembangkang Negeri Selangor, sebab itu telah mula berlatih dari sekarang?.

  • Abidin Ahmad · Top Commenter
    sebelum kerajaan selangor mengambil tindakan kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor ..seharusnya kerajaan mengambil tindakan kepada kroni2 khir toyol dahulu..mana pergi duit berjuta2 yang mereka agihkan kononnya dalam bentuk projek. (termasuklah noh omar ni)

    Katanya, malah kerajaan Selangor sanggup menjual harta dan mencairkan aset untuk menampung kerugian disebabkan pentadbiran yang tidak cekap dalam membangunkan pendidikan.

    Noh omar ni kalau nk jadi MB selangor pun lihat la diri sendiri dulu..hal lembu pun tak selesai lg...kerajaan selangor sekarang berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat(hutang dr kerajaan BN dulu) aset dan profit selangor jauh lebih tinggi dibandingkan semasa kekawanan toyol memerintah dulu..

    PESAN BUAT NOH OMAR...DUIT LEMBU JANGAN LUPA PULANGKAN BALIK KEPADA RAKYAT

  • Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering Technology
    bodo punya menteri...report lah kat poliske bombake jpa3ker bongok, cakap mendatar tanpa bukti, jkkkkk pencen leh kata camtu..ngaji tinggiiiiiii, atas pokok..sama 'sudin' dlm bujang lapuk..
    gini jer lah..kes 17 tahun lalu (azmin) kes 14 tahun lalu (anwar) pun nak ungkit, tak ada modal, ini kan pulak kalu kes ni ada ..melompat berok lah noh lanun nih..ke lubang cacing ntang noh badut ni korek..maklumlah..ngidam nak jadi MB.. mabuk besar lah lu..mampus belang cacang..kate org ganu..

  • Syed Ammar · Top Commenter
    pe mende la mnteri sekor ni x abes2..rilek la bro,org bru memerintah 4thn,kroni bn dgn ko pon x kutip abes lgi nak dakwa..hahaha..dlu anuar musa songlap dwet pprt wat projek ikan,ko nye kandang lembu mne??ape kmenterian tani bwat utk rakyat???melalak je kje ko

  • Ahmad Baha · Top Commenter
    ckp ap mung bodo

  • Saleh Din · Top Commenter
    Noh ngaku lh kau sebenar nya kaulah yg melindungi KRONO UMNO-Tanah Kerajaan di jual macam harta bapak kau.

  • Mohd Rosdin · · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    cakap jauh jauh diluar pagar tiada siapa yg menyahuut didalam..apa betul ke ku cakap ni ha....sorry geng....im sorry.......

  • Abah Kita · Top Commenter · Marang, Terengganu, Malaysia
    kroni???malas nak ulas rasa nak muntah..

    • Awie Otoko · Top Commenter
      nak jaga tepi kain org plk....jaga lembu dah le...

    • Idah Noor · Puchong
      Tengok muka menteri kat atas pun dah nak loya tekak.

    • Khairulamir Sulaiman · Top Commenter · Sekolah menengah Datuk Mansur,Bahau
      depan makcikpakcik kaki utusan boleh laaa dia berlakon mcm tu kononnya telus dan antikroni.kelakarlaaa noh ni.apa pun ok le gak dari ketua pembangkang umno selangor satim diman lulusan srp yg bercita2 nak ganti bekas ceo pnb khalid ibrahim tuekahkahkahhhh!!!!

  • Md Niram Ismail · Top Commenter
    sebagai org atas pagar, saya tak heran kalau ada kroni dan korupsi. Yg penting,dakwa dan hukumlah mereka mcm khir toyo. Tapi saya jadi heran bahkan tawar hati pada pembangkang,kalau ada kes2 mcm tu. Contohnya Anwar dan azmin. Sebab nampak sangat mereka hipokrit. Satu jari tuding orglain, yg 4 jari lagi tuding diri sendiri. Macamana kita nak pilih dia jadi ketua pemerintah yg baru PRU13 nanti,kalau kata dulang paku serepih? Sudahlah pakatan mereka sangat rapuh sebab perbezaan idologi, banyak masaalah moral, di tambah main kroni dan korupsi. Ada juga apa yg di kendung keciciran,yg di kejar tak dapat. Konon nak lari dari mulut harimau,rupanya masuk mulut buaya pulak. Bahkan boleh jadi lebih teruk dari itu.

  • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
    Nak tanya soalan bodoh: Kenapa dana pinjaman (geran) menternak lembu boleh digunakan membeli kondo dan kereta? Kan dana itu dikhaskan untuk projek lembu? Walaupun umum tahu sykt tu tiada pengalaman menternak lembu. Kan lebih baik dana tu diagihkan kepada penternak2 lembu diseluruh negara?

  • Wak Jono · Top Commenter · Works at Walmart
    Org yang melakukan kesalahan tu tetap salah....tak kira lah dari puak mana....mana ada undang undang menafikan kesalahan puak kita...tapi hukum puak lawan kita....yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.....

  • Mohd Kamarul Zaman · Top Commenter · Works at EX Royal Malaysian Navy
    Noh Omar kau selesaikan LEMBU dulu baru boleh perssoalkan yang lain faham tak?

  • Ab Rahman Bin Asit · Top Commenter
    tak sampai pon 1 juta dibandingkan K pop 2 juta belia

  • Susumilo Milo · Top Commenter · Finance Manager at Bank
    bangang2 menteri umnogok ni...

  • Rauf Hasim · International Islamic University Malaysia
    ape bende pakcik ni melalut siang2 bute

  • Justice Fair · · Top Commenter · SMK Setapak,Kuala Lumpur
    noh gila kuasa........awas kau nanti....

  • Matsabun Matskodeng · Top Commenter · Works at KL Gangster
    MARI-MARI pakat sokong PAKATAN HARAMJADAH...boleh masuk SYURGA percuma..bukan aku ckp tapi pemimpin hamPAS....

  • Razlan Lan · Top Commenter · Smk pengkalan TLDM
    Wahai Noh. Nak cabar Pakatan konon. Ko jagalah parti UMNO tu elok2 jangan sebok menjaga rumah org lain rumah ko sendiri pun berterabur sebok nak jaga org lain.

  • Ewan Sn · · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Apapun saya lebih percaya MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, CEO bertaraf dunia menguruskan ekonomi Selangor jauh lebih baik dari pemimpin2 UMNO terutamanya si Noh Omar ni. Setakat ini MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersih dari segala rekod rasuah dan salah guna kuasa..

  • Suhaimi Miecho · Top Commenter · Smk tajar
    masa bn perintah selangor MB sendiri yang bawa lari duit rakyat untuk capai kemewahan.......kena hang tak komen wahai noh oi.............

  • Shaarysayed Sayed · Top Commenter · 51 years old
    aku x pernah dengar citer noh menteri pertanian ni citer pasal pertanian. . . .noh cer citer sikit pasal NFC. . . sikit je jadi lah

  • IQone Mind · Top Commenter · London Business School
    woi muka hodoh dah dah lah buat knyataan bodoh....dahlah bebal ada hati nak jd MB

  • Bill Klentong · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Wah! wah wah, si bapak penyamun ini bersuara lagi....

  • Amran Uda · Top Commenter · Poltek/Kolej kosmopoint
    kena kuat melalak sekarang ni.. nak tutup lembu NFC.
    kes SPA..nak tunjuk kat najib akulah hero selangor....calun MB selangor....apa rakyat bodoh ke.. melalak lah lebih2 lagi......

Tiada ulasan: