Rabu, 13 Jun 2012

INSYAALLAH NI SEMUA BERGANTUNG PADA ALLAH..BERDOA...BERUSAHA BERSUNGGUH2 KEMUDIAN BERTAWAKAL LAH PADA ALLAH SWT....

20 akaun: Anwar sedia disiasat
Wartawan Sinar Harian
12 Jun 2012
Anwar Ibrahim
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia disiasat berhubung dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid ekoran pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Katanya, beliau bersedia disiasat secara terbuka walaupun pada tahun 1999 kes berkenaan telah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membebaskannya.

"Kes ini telah disiasat dan ditutup, tetapi saya tiada masalah untuk diadakan siasatan terbuka mengenainya.

"Apa yang saya lihat ia sengaja diulang," kata beliau pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

Bagaimanapun menurut Anwar, pengulangan pendedahan ini merupakan sebahagian daripada helah kerajaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris pernah membuat akuan bersumpah bagi membuktikan bahawa siasatan telah dijalankan dan ditutup kerana tiada kes.

Anwar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dengan penyiaran laporan tersebut.

Pendedahan itu juga menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Jun lalu yang meminta Anwar tampil memberikan penjelasan berhubung perkara sama.

Katanya, sekiranya pemimpin pembangkang itu merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan perkara itu.

Pada hari sama, beliau menyambut cabaran Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu mengisytiharkannya.

Sementara itu, SPRM tidak akan menjalankan siasatan sebarang kes yang telah diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya melainkan terdapat bukti dan petunjuk baru.

Bagaimanapun, Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya akan memberikan maklumbalas kepada Panel Penilaian Operasi berhubung cadangan dan pandangan SPRM berhubung kes ini.
105 kerusi 'di tangan', PR yakin boleh dapat majoriti mudah
Wartawan Sinar Harian
12 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain.

"Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.

Secara purata, katanya, Rafizi berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran," kata beliau.

"Kalau tengok keadaan 'mood', saya yakin kami boleh mendapat lapan kerusi di Johor.

"Begitu juga di Sarawak, dengan mengambil kira perkembangan politik dan prestasi pilihan raya negeri tahun lalu, kami boleh memperoleh tambahan lapan kerusi Parlimen dan begitu juga di Sabah," katanya lagi.

Rafizi melahirkan keyakinan itu khususnya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim di Sabah dan Sarawak.

Pada PRU12, PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas, pembangkang menang satu kerusi Parlimen dan 25 oleh BN.

Di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing menawarkan 25 dan 31 kerusi, BN memperoleh 54 kerusi.

"Kira-kira 100 daripada 140 kerusi dimenangi BN empat tahun lalu datang dari tiga negeri ini," katanya.
Peguam Negara wajar gugur kes Mat Sabu
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
12 Jun 2012
Peguam Negara wajar gugur kes Mat Sabu
Lim Guan Eng menunjukkan akhbar Sinar Harian edisi hari ini pada sidang media di Georgetown.
GEORGETOWN - Peguam Negara diminta menarik balik pertuduhan terhadap Mohamad Sabu berhubung isu serangan komunis di Bukit Kepong dalam ceramahnya tahun lalu ekoran keterangan saksi ketika perbicaraan membabitkan Timbalan Presiden Pas itu, semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia perlu setelah saksi pertama kes itu, yang juga pengadu, meminta maaf dan mengaku memfitnah Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Butterworth.

“Perkara ini jelas menunjukkan polis sudah menganiayai Mat Sabu sehingga sanggup membuat fitnah terhadapnya. Ini satu perbuatan jahat.

"Sehingga sekarang, tiada sebarang maklum balas daripada pihak pendakwa raya dan Peguam Negara untuk menarik balik kes ini dan membebaskan Mat Sabu," kata beliau pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, demi keadilan dan kedaulatan undang-undang, mereka perlu menarik balik kes itu kerana saksi pertama sudah mengaku membuat fitnah terhadap Mat Sabu.

Sementara itu, Mat Sabu yang turut hadir berkata, beliau tidak berniat untuk menyaman saksi utama kes itu, Visva Nathan, 75, yang sudah meminta maaf secara terbuka di mahkamah.

“Saya tidak sampai hati untuk menyamannya kerana sudah meminta maaf secara terbuka di hadapan hakim serta faktor umurnya," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan saman terhadap akhbar yang melaporkan berita itu akan diteruskan.

Perbicaraan di mahkamah semalam menjadi riuh apabila Visva yang merupakan saksi pertama tiba-tiba meminta maaf kepada Mat Sabu dan meminta agar mahkamah membebaskan beliau.

Visva juga membuat pengakuan memfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat laporan polis dengan merujuk semata-mata kepada laporan akhbar.
Jasa pembangkang, sistem demokrasi
RAHMAN SHAARI
12 Jun 2012
(K) Rahman Shaari
$entry.content.caption.value
SAYA menyetujui pandangan Nurul Izzah Anwar (Sinar Harian, 5 Jun 2012), bahawa pembangkang berjasa dalam mencetus pembaharuan. Jauh sebelum membaca tulisan tersebut, saya berbicara pandangan Kassim Ahmad mengenai jasa bakti pembangkang. Pembangkang dan kerajaan dalam sebuah negara demokrasi adalah tangan kiri dan tangan kanan.

Pihak yang berebut sokongan pengundi sedang bertelagah.

Sesekali timbul keadaan bahaya di tempat ceramah tertentu apabila kedua-dua pihak membuat provokasi agar berlaku kekacauan, kemudian tuduh menuduh. Jika anggota polis bertindak, timbul pula tuduhan bahawa polis berat sebelah. Itu semua ‘lakonan’ biasa dalam politik Malaysia.

Nurul Izzah dalam tulisan berkenaan menyetujui pandangan penganalisis politik yang mengatakan: Seandainya pilihan raya bersih sejak dulu, sudah lama kerajaan bertukar. Tentulah kebanyakan pembaca faham bahawa itu ialah kritikan secara halus terhadap ayahandanya.

Beliau mahu mengatakan sejak dulu, iaitu ketika Anwar Ibrahim menjadi orang kuat kerajaan Barisan Nasional (BN), pilihan raya tidak bersih.

Rafizi Ramli ketika berbahas dengan Khairy Jamaluddin menyebut, sesiapa bertukar kedudukan dalam politik, pandangannya turut bertukar.

Itulah dasar realpolitik, iaitu tiada kejujuran. Kerana kejujuran akan membawa ahli politik ke arah kejatuhan dirinya. Apabila Nurul Izzah mengatakan tiada pembangkang tiada pembaharuan, maksudnya ialah bahawa pembangkang sentiasa berbakti dalam negara demokrasi.

Menurut Nurul Izzah, Bersih 2.0 mencetuskan reformasi pilihan raya. Perhatikan Nurul Izzah menganggap kegiatan Bersih ialah kerja pembangkang, bukan kegiatan NGO. Ternyata Nurul Izzah berterus terang dan sikapnya itu mungkin akan diterima sebagai pemimpin masa depan.

Pembangkang memang berbakti, pada masa yang sama kerajaan memang berjasa. Pada masa ini, kerajaan BN melaksanakan usaha yang pelbagai untuk dinikmati dan dihayati rakyat. Hal ini difahami rakyat yang berjiwa tenang dan berfikiran jernih.

Sama seperti Marina Mahathir yang tidak sejalan dengan ayahandanya, Nurul Izzah juga tidak senang pada keadaan masa lalu, iaitu keadaan zaman Anwar sebagai tokoh Umno. Kita memerlukan pemimpin yang bersuara ketara, tidak perlu bersikap filial piety dalam hal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Nurul Izzah menekankan, bahawa tanpa tekanan, BN yang memerintah 55 tahun tidak akan berubah. Beliau tentulah sedar bahawa dalam jangka masa 55 tahun itu, BN dikuasai Anwar sekitar 1993-1998. Nurul masih kecil ketika itu, namun adalah diyakini beliau mengingati pendidikan oleh Dr Mahathir yang membolehkan Anwar menjadi hebat dalam politik.

Jika Nurul Izzah kelihatan agak garang ketika ini, kita berhak untuk yakin bahawa ini ialah strategi dan langkah awal beliau. Anwar garang terhadap kerajaan pada usia muda, kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan melalui anjakan fahaman. Tidak janggal jika Nurul Izzah menyertai Umno satu hari nanti, kerana itu ialah langkah ayahandanya.

Jika menolak kemungkinan itu, kita bersikap bersalahan dengan tradisi politik Malaysia.

Sebelum ini, saya menyatakan rasa tertarik saya pada hubungan baik antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli, yang memungkinkan mereka menjadi pemimpin Malaysia pada masa depan, di samping Datuk Suhaimi Shahdan dan Nurul Izzah sendiri.

Rakyat Malaysia tidak ada pilihan, melainkan memerhatikan bakat baru dalam politik dengan cermat dan rapi. Karpal Singh memberikan harapan kepada Lim Guan Eng untuk menjadi Perdana Menteri. Logik Karpal mungkin begini: Dr Mahathir yang ditolak Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim yang aktif berdemonstrasi melawan kerajaan dalam dekad 1970-an, merasai tempat Timbalan Perdana Menteri. Jadi, Guan Eng yang menyatakan mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz biarpun bertindak sebaliknya, tentulah layak.

Pembangkang ialah pencetus pembaharuan, kata Nurul. Sejarah menunjukkan Umno dan BN diterima. Mungkin Nurul bermaksud, sama ada Umno terus berkuasa – atau kerajaan dikuasai Guan Eng – tidak mengapa.

Perubahan tetap berlaku hasil desakan pembangkang. Nurul juga mungkin bermaksud, eloklah pembangkang terus membangkang, jangan jadi kerajaan.
Nizar sedia mohon maaf kepada Sultan Johor

12 Jun 2012
Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
KUALA LUMPUR -  Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan no pendaftaran WWW 1.
  
Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat  bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.
  
"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.
  
"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
  
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000.
  
Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah. - Bernama

Tiada ulasan: