Ahad, 10 Jun 2012

BILA KAWAN DAN LAWAN SERTA RAKYAT TAHU KITA DAH LEMAH...DAN BANYAK MELAKUKAN KESALAHAN MORAL SERTA PERYELEWENGAN JUGA MENYALAH GUNA KUASA YANG ADA...RAKYAT UDAH TAK PERCAYA LAGI....

Adakan himpunan anak mungkiri janji bapa

Yaakub Dasan, 10 Jun 2012
RANTAU PANJANG: “Himpunan Janji Tun Razak Dimungkiri Anaknya” dicadang diadakan di Kelantan dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui janji-janji Tun Razak Hussien dipersia-siakan anaknya sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rakyat Kelantan perlu didedah terhadap keengganan anak Tun Razak membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

“Himpunan tersebut perlu diadakan untuk mendedahkan lebih meluas kepada masyarakat tentang penyelewengan dilakukan seorang anak kepada janji bapanya sendiri.

“Kita kena dedah dan hebohkan penyelewengan yang dilakukan mereka sehingga ke akar umbinya,” katanya ceramah perdana di Pusat Tarbiyah PAS Rantau Panjang malam semalam.

Turut hadir Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, timbalannya, Datuk Nasruddin Daud, Naib YDP, Mohamad Awang dan anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Pada 10 November tahun lepas kerajaan Kelantan menyerahkan kenyataan Tun Razak Hussein di Dewan Rakyat mengenai hak Kelantan ke atas royalti minyak kepada seorang menteri kabinet sebagai mewakili perdana menteri.

Ketika itu Tun Razak memberitahu royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir seperti terkandung dalam Akta Petroleum 1974. Jawapan itu sebagai menjawab soalan anggota parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata, perhimpunan seperti itu boleh dijadikan penggerak utama dalam usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau turut melahirkan rasa yakin kemampuan kerajaan Kelantan menyiapkan lebuh raya rakyat tanpa tol antara Kota Baru-Kuala Krai sepanjang 73 km.

Menurutnya projek berkenaan tidak boleh lagi diharapkan kepada Umno memandangkan ia tidak dilaksanakan biar pun sudah dijanjikan sejak 1986.

“Serupalah apa yang diungkitkan pada tahun 1960-an mengenai kemampuan kerajaan PAS ketika di bawah Datuk Mohd Asri Muda mahu membina  jambatan Sultan Yahya Petra.

“Ketika itu ada pemimpin Umno memberitahu akan berlari berbogel di atas jambatan terbabit kalau berjaya disiapkan. Tapi setelah  jambatan berkenaan siap, tak ada seorang pun yang lari berbogel di situ.

“Sekarang  bila lebuh raya Kota Baru-Kuala Krai siap nanti siapa pula pemimpin Umno yang akan berlari sambil berbogel. Saya boleh sifatkan mereka seperti bermulut longkang,” katanya.

Pada ceramah itu Mahfuz turut mencabar Najib berdebat dengannya memandangkan Perdana Menteri enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau tak mahu berdebat dengan Anwar dengan saya pun tak apa supaya rakyat dapat nilai apakah Perdana Menteri seorang yang benar-benar bijaksana,” katanya.

Tiada maruah pihak persenda lebuh raya rakyat

Aslani M, 10 Jun 2012
KOTA BHARU: Pihak yang tidak ada maruah sahaja mempersendakan usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bagi menyelesaikan masalah lalu lintas.

Bekas Setiasuaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua (gambar) berkata, siapa sebenarnya yang menipu rakyat bagi membina kemudahan asas bagi manfaat orang ramai di Kelantan.

“Sedangkan semua orang tahu projek lebuh raya itu pernah dijanjikan mahu dibina sejak 1986 oleh pemimpin Umno, namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan.

“Jadi siapa sebenarnya yang tipu rakyat. Tengok jambatan Sultan Yahya Petra kedua sampai sekarang belum siap selepas masuk tahun kelima.

“Saya difahamkan sudah berapa kali bertukar kontraktor yang membina jambatan itu. Sedangkan di China jambatan yang merentangi laut dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun,” katanya pada ceramah di Lembah Sireh malam tadi.

Ceramah terbabit diadakan sempena program Cakna Rakyat Dun Bunut Payong. Hadir sama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Adun Bunut Payong, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pelbagai acara diadakan pada sebelah pagi sehingga petang. Biar pun hujan sebelah petang namun ia tidak menghalang orang ramai datang mengikuti ceramah.

Rabu lalu sekumpulan pemuda yang didalangi Umno mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim dengan membawa peralatan binaan yang buruk, seperti mempersendakan kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat.

Lau yang juga bekas guru besar berkata, lebuh raya berkenaan diyakini dapat disiapkan mengikut jadual memandangkan bahan mentah seperti pasir dan batu banyak terdapat di lokasi lebuh raya yang akan dibina.

Beliau juga yakin pemimpin Umno Kelantan menjadi penghalang kepada  Kelantan mendapat hak ke atas royalti petroleum.

“Saya yakin Perdana Menteri tidak ada masalah untuk membayar royalti tersebut, namun masalahnya ada pemimpin Umno di Kelantan sendiri yang menghalangnya,” ujar beliau.

Salahuddin pula memberitahu dua menteri kabinet yang berasal dari Kelantan tidak memainkan peranan untuk memastikan negeri ini mendapat hak ke atas royalti.

“Mereka tahu kalau Kelantan mendapat royalti, Umno buat selama-lamanya tidak bermimpi untuk menawan Kelantan,” ujarnya.

Tiada alasan lagi tolak daratkan minyak di Bachok

Salmah Mat Husein foto Rizal Tahir, 10 Jun 2012
KOTA BHARU:  Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan  itu.

(Sidang media Royalti)


Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini.

“Ini bererti, kegagalan mendaratkan gas dan petroleum itu seumpama mengingkari baginda yang juga Timbalan Yang di Pertuan Agong.

“Ini kerana baginda juga turut bersetuju dan menuntut perkara yang sama kepada kerajaan Pusat disamping menandatangani plak yang turut tertera titah baginda,”ujar Nazri lagi.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya tengahari tadi, di khemah Ekspo Pertanian.

Menurut Nazri, kerajaan Persekutuan seharusnya memberi perhatian terhadap titah baginda berhubung sokongan baginda berhubung pendaratan gas disamping menuntut royalti oleh kerajaan dan rakyat di negeri itu.

Pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

Plak berkenaan disediakan gabungan Royalti yang turut tertera potret dan titah baginda.

Pada masa yang sama Nazri memberitahu pihaknya akan mensasarkan lebih 150,000 tandatangan rakyat Kelantan untuk tujuan yang sama disamping menuntut royalti.

“Sehingga kini kami telah memperolehi lebih 60,000 tanda tangan rakyat negeri ini,”ujarnya.

Bagaimanapun katanya, selain Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa juga telah menandatangani tuntutan itu baru-baru ini.

Tambahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemain bola sepak Kelantan, ikon anak muda negara Ustaz Azhar Idrus adalah antara kenamaan yang turut menandatangani menyokong tuntutan yang sama.

Nazri seterusnya memberitahu, Walk for Royalti akan diadakan pada 7 Julai ini bermula di Stesyen Bas Kota Bharu bermula jam 2.00 petang.

“Acara santai berjalan kaki ini akan melibatkan perjalanan sejauh tiga kilometer sambil mengedarkan risalah berkaitan tuntutan royalty.

“Pada masa yang sama logo khas ‘R’ akan dilancarkan sebagai simbolik kepada Royalti,”ujarnya.

PTPTN: Terbukti Selangor lulus ujian

Anis Nazri, 10 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor terbukti lulus ujian apabila diuji dengan isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekaligus menampakkan sikap kebudak-budakkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.
Biarpun Khaled mengatakan pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel dan Kuis hanya untuk 'sekadar menguji Selangor', ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata terbukti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertanggungjawab dan lulus 'ujian' tersebut.
"Tapi, sebelum masa ujian tamat, BN menarik balik pembekuan tersebut. Mereka tahu kita mampu, sebab itu cepat-cepat mereka tarik balik. Saya percaya, jika BN masih membekukannya, kita (Pakatan Rakyat Selangor) mampu membantu para pelajar terbabit dan akan memberi impak maksima kepada Pakatan Rakyat,"tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Selain menyifatkan BN panik dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat dengan program pendidikan percuma yang diprogramkan Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly berkata kebanyakan program Pakatan Rakyat menepati sasaran, khususnya anak muda.
"Berbeza dengan BN, di saat rakyat menuju politik baru, BN mengamalkan politik lapuk yang penuh dengan dendam kesumat, khianat.
"Apabila kita meuar-uarkan pendidikan percuma, kita telah meuar-uarkan ia dilakukan bersekali dengan rombakan belanjawan secara keseluruhan, bukan secara runcit.  Kita merangka penyusunan belanjawan yang menepati pembangunan modal insan," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.
Semalam, Khaled berkata PTPTN hanya sekadar ingin menguji sama ada kerajaan negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.
Namun, selepas itu kerajaan pusat mengumumkan cadangan membekukan pinjaman itu ditarik balik selepas beberapa hari sahaja.
Pembekuannya ditarik balik dipercayai selepas melihat Selangor mampu menyelesaikan bebanan yang cuba dihempaskan kerajaan pusat ke atas kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar atas) berkata, kerajaan negeri akan mencairkan aset kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang disekat pinjaman PTPTN.
Khalid menjangka, Unisel akan mendapat RM30 juta hasil pencairan aset yang dimilikinya itu.
Jika ini berlaku, kerajaan negeri Selangor bakal dilihat sebagai kerajaan yang mampu dan menyusahkan imej kerajaan pusat yang akan dikira pendendam dan melepaskan kemarahannya kepada pelajar yang tidak bersalah.
Siri menarik balik keputusan yang dibuat kerajaan pusat ini sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini kerajaan Najib menarik balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas diumumkan pelaksanaannya.
2 tokoh BN Sabah lompat parti hari ini?
3:54PM Jun 10 2012  
Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang.

Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu.

Thamrin Jaini - Azmin Ali dinnerKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah pada jam 1.40 petang ini dan dijadual menghadiri kedua-dua acara yang sama.

Thamrin berkata, walaupun sambutan Kaamatan mungkin terjejas ekoran banjir menenggelamkan jalan ke Kota Belud, majlis makan malam dijangka diteruskan kerana diadakan di pusat konvensyen mewah.

"(Presiden Parti Maju Sabah Datuk) Yong Teck Lee sudah tentu akan hadir ke majlis makam malam; dan terdapat kemungkinan besar Lajim dan Bumburing juga turut serta.

"Tetapi sama ada mereka akan melakukannya, kami tidak dapat sahkan," katanya ketika dihubungi.
Muhyiddin: BN hadapi cabaran uruskan persepsi
8:10PM Jun 10 2012  
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti-parti komponen BN berhadapan dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, cabaran itu timbul kerana pembangkang memutarbelitkan isu dan menyebarkannya kepada rakyat.

"Hal-hal yang tidak betul tetapi diulang berkali-kali dan disebarkan melalui media sosial.

"(Justeru) hari ini kita berhadapan dengan masalah persepsi," katanya tanpa memperincikan masalah persepsi berkenaan.

Justeru, beliau menggesa agar pimpinan setempat BN turun ke akar umbi mendekati rakyat untuk membetulkan persepsi tentang BN.

"Sebab itu hari ini kita ambil langkah proaktif dengan turun ke bawah tanpa orang tengah dan jumpa rakyat," katanya.

Dalam ucapan sama Muhyiddin turut menegaskan bahawa calon boleh menang BN akan datang perlu diterima bukan sahaja di peringkat parti tetapi juga diterima rakyat.

"Kalau dia peringkat parti popular, di bawah juga popular, mungkin inilah ciri-cirinya," katanya.

Beliau turut memberikan bayangan yang Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan akan diletakkan bertanding di Parlimen Batu - kerusi Parlimen yang secara tradisinya ditandingi parti Gerakan.

Chandrakumanan sewaktu ditemui Malaysiakini berkata beliau mengintai kemungkinan bertanding
salah satu antara tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan - Batu, Setiawangsa atau Bandar Tun Razak.

Walau bagaimana pun, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada pimpinan tertinggi BN.
RON 97 patut dijual RM3.38 seliter
  • Lau Weng San
  • 6:00PM Jun 10 2012
 
ULASAN Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri bahawa harga RON95 masih disubsidi kerajaan dan harganya tidak akan dikurangkan merupakan kenyataan yang memesongkan rakyat.

Ini kerana harga RON95 masih boleh dikurangkan apabila RON97 masih belum dijual pada paras yang sepatutnya, iaitu RM3.38 seliter.

Ini selari dengan pengumuman Ismail di Bera Khamis lalu bahawa kerajaan tidak mengenakan cukai jualan terhadap RON97, menjadikan bahan api ini dijual pada harga RM2.80 seliter.

Beliau juga berkata, sekiranya cukai jualan sebanyak 58 sen seliter dikenakan ke atas bahan api ini, maka harga jualannya ialah RM3.38 seliter.

Harga ini masih lebih mahal daripada harga RON95 jikalau subsidi dihapuskan dan cukai jualan dikenakan (RM1.90 seliter + 58 sen cukai jualan + subsidi 70 sen = RM3.18 seliter).

Soalannya, mengapa kerajaan tidak mengenakan cukai jualan terhadap bahan api RON97 apabila kebanyakan pengguna RON97 pemilik kereta mewah?

Sekiranya kerajaan masih boleh mengurangkan harga RON95 dengan mengenakan cukai jualan terhadap bahan api RON97, mengapakah ini tidak dilakukan?

Apakah keperluannya untuk kerajaan menjaga kepentingan segelintir pemilik-pemilik kereta besar dan mewah sedangkan kebanyakan rakyat kelas bawahan bergantung kepada bahan api RON95?

Apa yang lebih mengecewakan, harga RON97 diturunkan lagi daripada RM2.90 seliter ke RM2.80 seliter dengan alasan harga minyak mentah antarabangsa telah merosot.

Apa yang aneh, semua bahan api termasuk RON97 dan RON95 ditapis daripada minyak mentah.

Maka apabila harga minyak mentah turun, maka harga RON97 dan RON95 seharusnya turun. Mengapakah hanya harga minyak RON97 sahaja yang diturunkan?
Terdapat banyak percanggahan dan kecelaruan menteri-menteri BN semasa mereka menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

LAU WENG SAN anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan: