Ahad, 24 Jun 2012

DENGKI TIDAK DIBENARKAN...SEBAB ITU ANUGERAH ALLAH....YANG KITA BOLEH DENGKI 2 ORANG....IATU YANG KAYA TETAPI IA MEMBELANJAKAN HARTANYA KEJALAN ALLAH...SATU LAGI YANG BERILMU IA MENGAJAR ILMU ITU SEMATA2 UNTUK MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT...

Gangguan Jin: Apa Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan?
Posted on Sunday, June 24 @ 03:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: al-bahanj

"Gangguan jin menyerang tidak kira masa dan orang. Kita perlu mengetahui sedikit ilmu asas bagaimana untuk berhadapan dengan situasi gangguan jin dan makhluq halus. Ia baik untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan orang yang terdekat dengan kita.

Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan:

1.
Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu.

2.
Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) dan fahami bacaan tersebut.

3.
Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas “اعوذ بالله من الشيطان الرجيم” (a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim). Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut.

4.
Membaca beberapa kali surah al-Falaq dan sebaik-baiknya hayati ia.

5.
Membaca beberapa kali surah an-Nas dan sebaik-baiknya hayati ia.

6.
Membaca beberapa kali ayat al-Kursi (ayat ke-255 dari surah al-Baqarah) dan sebaik-baiknya hayati ia.

7.
Bertakbir “الله اكبر” (Allahu Akbar) beberapa kali dan fahami maksudnya.

Itulah antara ikhtiar asas yang boleh dilakukan oleh seseorang apabila berlaku kecemasan sekiranya ada gangguan jin. Bacalah ayat-ayat di atas berulang-ulang kali dan dengan jelas. Jika kes kerasukan, bacalah dengan jahar (jelas dan bukan perlahan suaranya) agar jin yang nakal itu dengar. Tidak perlu tergopoh-payah ketika membacanya.

Teruskan membacanya walaupun mungkin kalian diejek, diludah, dimarah, dijerit, dikutuk, diganggu, dijeling, dimaki dan ditertawa oleh jelmaan jin atau mangsa rasukan. Sabar, cuba abaikan gangguan itu dan panjatkan pengharapan kepada pertolongan ALLAH. ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu.

In sya’ ALLAH, dengan kehendak ALLAH, gangguan itu akan berhenti dan orang yang dirasuk itu akan sembuh.

Sebagai tambahan, boleh juga dibaca:

8.
Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

“بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم”

(bismillahilladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil-ardh wa la fissama’, wa hua assami`ul-`alim)

Maksudnya: “Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, tidak ada sesuatu apa pun di darat yang dapat memberikan mudharat, tidak juga di langit. Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, Maka Mengetahui”

9.
Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

“اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق”

(a`udzu bi kalimaati llahi ttammati min sharri ma khalaq)

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna, dari segala kejahatan yang ada.”

10.
Baca surah al-Fatihah dan fahami ia.

11.
Baca surah al-Baqarah. Kalau tak sempat baca surah al-Baqarah atau tidak hafal, bolehlah pasang audio surah al-Baqarah.

Ikhtiar-ikhtiar di atas mempunyai fadhilat yang berbeza-beza tapi mempunyai maksud umum yang sama iaitu meminta perlindungan dengan ALLAH dari kejahatan makhluq samada dari kalangan jin atau manusia atau haiwan.

Percayalah sungguh-sungguh bahawa ALLAH sedang mendengar permintaan kita tatkala kita sedang memohon daripadaNYA. Dan yang paling penting, teguhkan hati bahawa hanya ALLAH yang mampu selesaikan masalah itu. ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan DIA lah yang hanya boleh bantu.

ALLAHU A`LAM.

Sekadar berkongsi,

muzir.wordpress.com
30 Mei 2012.


 Utusan Meloya kena bayar lagi RM450,000 kepada Lim Guan Eng
Posted on Saturday, June 23 @ 04:58:28 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

(Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000)KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.
RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.

Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.

Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.

Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam.

- Harakahdaily

Mendaulatkan Islam melalui PAS dalam Pakatan, siri 2
Posted on Saturday, June 23 @ 04:49:14 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohamad FaisalPada kesempatan dan suasana yang ada inilah saya mencuri ruang untuk terus berikhtiar sedaya mungkin bertujuan memastikan mmomentum perubahan berada pada tahap yang sepatutnya demi menyaksikan berlakunya perubahan dalam jangka waktu terdekat.

Isu yang ingin saya nukilkan tidak lain tidak bukan ialah persoalan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang menamalkan Islam.

Pimpinan kerajaan secara berterusan mencanang Malaysia sebuah Negara Islam. Adakah ia cukup untuk Malaysia kini meletakkan Islam sebagai asas pada system kenegaraannya?
Dijadikan adanya bank yang menjalankan prinsip-prinsip muamalah Islam, adanya jabatan-jabatan menjaga perihal Islam di peringkat pusat dan negeri, adanya universiti dan kolej Islam dan pelbagai lagi telah dijadikan hujah dangkal mereka. Malang sekali bilamana pimpinan Negara gagal melihat apakah yang dicanangkan itu selari dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh institusi perundangan Negara dan mahkamah tertinggi Negara.
Dengan mengetahui pentafsiran dan penegasan yang dibuat oleh badan yang berbidangkuasa dan berkelayakkan, cukup untuk ianya menjadi jawapan kepada persoalan sama ada pimpinan kerajaan telah lari atau bercakap benar.
Allah telah mentakdirkan selari dengan firmannya bahawa kebenaran dan kebatilan itu tidak mungkin bercampur. Kedua-duanya telah jelas untuk kita memilihnya. Begitu jugalah dalam mencari jawapan kepada isu yang dikemukakan ini.
Dalam satu kes iaitu CHE OMAR BIN CHE SOH v. Pendakwa Raya, [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah Agong telah berpeluang mendedahkan persoalan yang sering dikelirukan sebagaimana di atas.
Dalam sidang lima orang hakim Mahkamah Agong pada ketika itu, Ketua Hhakim SALLEH ABAS, WAN SULEIMAN, SEAH, HASHIM YEOP A SANI & SYED AGIL BARAKBAH satu keputusan berkaitan kedudukan Islam dalam undang-undang Negara telah dibuat.
Dalam kes ini, tertuduh telah merayu atas sabitan hukuman mati kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Senjata Api (Hukuman Lebih Berat). Peguam bagi pihak tertuduh menghujahkan bahawa hukuman mati yang disabitkan terhadap tertuduh tiada dalam undang-undang Islam. Kesalahan yang disabitkan terhadap tertuduh tidak terjatuh di bawah hokum Qisas yang boleh mengenakan hukuman bunuh balas.
Disebabkan Islam merupakan agama rasmi Persekutuan sebagaimana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, maka sabitan hukuman tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sekaligus menjadikan ianya terbatal di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Agong telah menjelaskan kedudukan hujah yang dikemukan oleh pihak perayu dalam konteks undang-undang Malaysia. Dengan kata lain, adakah Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bersifat kerohanian dan keagamaan sahaja atau bersifat menyeluruh sebagaimana Islam itu sendiri?
Dalam penghakiman asal, ia berbunyi sebagaimana berikut:
“…The first point to consider here is the meaning which could be given to the expression “Islam” or “Islamic religion” in Article 3 of the Constitution. If the religion of Islam in the context means only such acts as relate to rituals and ceremonies, the argument has no basis whatsoever. On the other hand, if the religion of Islam or Islam itself is an all-embracing concept, as is normally understood, which consists not only the ritualistic aspect but also a comprehensive system of life, including its jurisprudence and moral standard, then the submission has a great implication in that every law has to be tested according to this yard-stick…”
Jelasnya Mahkamah Agong mengiktiraf bahawa Islam adalah satu cara hidup yang mana ajarannya merangkumi setiap aspek kehidupan. Islam bukanlah suatu dogma agama semata-mata yang hanya terhad kepada perkara-perkara ibadat dan kerohanian. Dalam ungkapan asal, ia berbunyi sebagaimana berikut:
“…There can be no doubt that Islam is not just a mere collection of dogmas and rituals but it is a complete way of life covering all fields of human activities, may they be private or public, legal, political, economic, social, cultural, moral or judicial. This way of ordering the life with all the precepts and moral standards is based on divine guidance through his prophets and the last of such guidance is the Quran and the last messenger is Mohammad S.A.W. whose conduct and utterances are revered…”
Bagi menjawab persoalan ini, Mahkamah Agong telah menyingkap kedudukan Islam yang asalnya diterima sebagai undang-undang atau hokum yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan ia kian berubah dalam tempoh penjajahan.
“…The question here is this: Was this the meaning intended by the framers of the Constitution? For this purpose, it is necessary to trace the history of Islam in this country after the British intervention in the affairs of the Malay States at the close of the last century…”
Kesimpulan dari sejarah yang disingkap, Mahkamah Agong telah memutuskan Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah Islam sebagaimana yang difahami. Islam dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah menjadikan hukum Islam yang bersifat menyeluruh itu terpakai dalam Negara ini. Bahkan Malaysia hingga ke hari ini kekal dengan status Negara Sekular iaitu Negara yang bukan berteras kepada agama.
Dengan ungkapan yang penuh keinsafan, Mahkamah Agong merakamkan pengharagaan kepada peguam yang mewakili tertuduh iaini perayu dalam kes yang dibicarakan.
Salleh Abas yang pada ketika itu Ketua Hakim Negara telah bersetuju dengan hujah peguam yang bukanlah mereka yang beragama Islam. Namun beliau menegaskan persetujuan peribadinya itu tidak boleh mengubah hakikat status undang-undang secular Negara hari ini.
“…We thank counsel for the efforts in making researches into the subject, which enabled them to put the submissions before us. We are particularly impressed in view of the fact they ere not Muslims. However, we have to set aside our personal feelings because the law in this country is still what it is today, secular law, where morality not accepted by the law is not enjoying the status of law. Perhaps that argument should be addressed at other forums or at seminars and, perhaps, to politicians and Parliament. Until the law and the system is changed, we have no choice but to proceed as we are doing today…”
Keputusan Mahkamah Agong yang tidak membenarkan rayuan tertuduh dalam kes ini adalah jelas beralasankan undang-undang berkaitan kesalahan mengedar dadah tidak boleh dipadankan dengan hokum yang ada dalam syariat Islam. Inilah alas an utama yang disebut sebagai Ratio Decidendi dalam proses sesuatu penghakiman. Perakuan bahawa Islam itu bukan sekadar dogma-dogma bukanlah satu Ratio Decidendi yang boleh menjadikan Negara ini berasaskan kepada Islam.
Berdasarkan apa yang diungkapkan oleh Mahkamah Agong di atas, kini terpulang kepada parlimen dan ahli politiklah yang bertanggungjawab sepenuhnya jika status undang-undang sedia ada ingin diubah. Wajarlah kini kita berfikir akan peranan kita yang bertanggungjawab memilih dan melantik ahli-ahli politik yang menduduki parlimen Negara. - 27 Rajab 1433H.

 Kita perbaiki kelemahan kita sendiri untuk kebaikan perjuangan
Posted on Saturday, June 23 @ 04:46:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

"
Bertemu rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa merupakan salah satu keseronokan yang saya alami sejak kembali keluar ke merata tempat dan negeri di dalam negara dalam siri memenuhi jemputan berceramah. Di mana-mana saja saya pergi, saya menemui sahabat-sahabat lama yang kadangkala saya sudah tidak mengenali mereka kerana sudah dua dekad tidak berjumpa. Saya berasa sangat bersemangat apabila mereka menunggu saya di lapangan terbang untuk menjemput saya ke tempat-tempat ceramah yang telah ditetapkan.

Semalam saya telah dihubungi oleh Dato' Rosli Ibrahim, seorang pemimpin PAS dan bekas ADUN di Kelantan. Kami sudah tidak berhubung selama dua puluh tahun dan beliau memanggil saya untuk datang memberikan penerangan tentang penyertaan saya dalam DAP kepada orang ramai di kawasan Melor. Beliau meminta saya untuk memberikan penerangan dan mengatasi isu PAS dikudakan DAP dan DAP mengudakan PAS seperti yang dihebohkan dan diisukan oleh pihak BN itu.


Selain daripada seronok menjawab isu-isu berbangkit apa yang menyenangkan saya ialah saya dapat menemui ratusan malahan ribuan rakan-rakan lama. Di antara mereka ada yang sudah bergelar dan bernama, ada yang masih seperti biasa tetapi yang lebih saya gembira ialah mereka mudah untuk menerima penerangan saya tentang isu-isu yang berkaitan dengan DAP dan Melayu yang telah dijadikan isu oleh pihak yang sedang berkuasa.

Tidak ramai yang menentang tentang penyertaan saya dalam DAP malahan mereka mudah untuk menerima hakikat yang kita tidak boleh menjadikan isu rasis sebagai isu lagi. Kita tidak akan mendapat negara yang aman jika kita tidak membuangkan perasaan yang rasis kerana isu rasis ini adalah isu yang digunakan oleh pihak pemerintah untuk mendapatkan sokongan bulat orang Melayu. Bagi saya hanya pihak desperado sahaja yang bergantung kepada isu rasis ini.

Rakan-rakan saya yang menanti saya di mana-mana sekali pun mengakui bahawa pihak pemerintah sekarang dalam keadaan panik kerana mereka tidak dapat menyelesaikan isu krisis keyakinan yang BN sedang hadapi. Rakan-rakan saya ini mengakui yang BN menghadapi isu krisis kepimpinan ini dengan tidak dapat mencari jalan penyelesaiannya.

Bagi sesuatu pihak yang tidak dapat menyelesaikan isu kepimpinan ini, ianya memberikan jawapan yang jelas kepada kita. Ianya menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh rakyat. Apabila kita tidak tahu masalah yang timbul adalah mustahil bagi kita untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Kita mesti faham apa masalah sebenarnya sebelum kita berfikir untuk menyelesaikannya. Itulah saya selalu berkata yang pimpinan BN hari ini sudah hilang hidayah dan punca bagaimana untuk terus mentadbir negara dengan baik. “We must understand problems up to specific first before we even start thinking of solving it”. Itu kata-kata pengkaji subjek pengurusan yang semua pihak faham.

Saya tidak lupa menyatakan kepada sahabat-sahabat yang ribuan yang kembali menemui saya bahawa krisis yang dihadapi oleh pimpinan BN hari ini bukan sahaja dalam kepimpinan parti mereka. Mereka juga sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap agama yang mereka anuti. Apa tidaknya? Mereka sudah tidak berapa yakin yang kita orang Islam percaya kepada adanya pahala dan dosa serta ada neraka dan syurga.

Jika mereka tidak mempunyai krisis terhadap keyakinan tentang adanya syurga dan neraka ini, mereka tidak akan melakukan rasuah dan salahguna kuasa. Mereka telah cuba difahami oleh agama kita yang rasuah itu besar dosanya dan ia sama seperti kita memakan daging saudara kita sendiri.

Apabila kita tidak yakin terhadap agama kita sendiri bagaimanakah pimpinan berjaya untuk mendapatkan keyakinan terhadap mereka? Mereka tidak mahu menerima dan meyakini diri mereka yang semua agama pun menyeru kepada nilai-nilai baik.

Itu sebabnya kita melihat bahawa kerajaan Pulau Pinang amat dicemburui oleh pihak pimpinan kerajaan sebelumnya kerana kejayaan pimpinan PR negeri itu melaksanakan kepimpinan mengikut kehendak Islam dan agama-agama yang lain yang meningkatkan nilai-nilai ‘spiritual’ kepada kepimpinannya. Jika saya berkata begini ada pihak yang berkepentingan akan menafikannya dan mengkritik saya.

Bagi saya parti dan ahli sepatutnya memberikan sumbangan terhadap masing-masing. Sebagai seorang bekas ahli UMNO yang telah begitu lama dalam parti itu tentulah banyak budaya dan nilai parti itu yang masih terlekat kepada diri saya. Oleh itu saya tentulah terpaksa melakukan ‘adjustment;’ dengan budaya yang ada dalam DAP itu dan parti tentulah akan memberikan dan membentuk diri saya dengan nilai dan budaya parti itu.

Saya sanggup untuk membuat ‘adjustment’ tersebut kerana keyakinan saya terhadap parti itu yang telah membuktikan kebaikan sebagai parti yang akan bersama-sama mentadbir negara dengan baik dan adil. Saya menyebut ini kerana saya serius dalam memperjuangkan sebuah negara yang kepimpinan yang beretika dan bersih dari rasuah yang begitu serius ‘consequence’nya jika tidak diperbaiki.

Saya bersama rakyat yang ramai untuk melepaskan kerinduan untuk hidup di dalam sebuah negara yang bersih daripada elemen yang buruk ini yang akhirnya akan membunuh tamadun yang telah terbina selama ini.

Berbalik kepada perjumpaan dengan ramai rakan-rakan karib di seluruh negara ini saya tidak lupa untuk bercakap dan berbincang tentang isu ini. Setakat yang saya alami sejak empat lima bulan yang lepas saya mempunyai keyakinan yang mereka menilai dan memberikan tumpuan untuk mendengar pandangan saya dan saya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan dorongan dan sokongan daripada mereka.

Insyaallah selagi tubuh badan dan pemikiran saya masih sihat saya rela untuk menghabiskan masa dan waktu untuk memperjuangkan usaha untuk mendapatkan sebuah pentadbiran yang baik serta bersih daripada segala elemen-eleman negatif yang selalu memperdayakan rakyat yang ramai ini.

Selari dengan itu saya sendiri sedia untuk memperbaiki segala kelemahan yang jika ada dalam diri saya sendiri. Bersama-sama kita untuk memperbaiki diri kita sendiri serta kebaikan perjuangan untuk memperbaiki keadaan politik dan siasah negara.
"

BERITA: Walaupun Difitnah Utusan KGT pecah Rekod Jualan dalam tempoh enam hari
Posted on Saturday, June 23 @ 04:44:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ismailjohari30

"(Zulkifli Mamat bergambar dengan para pemenang bidaan dinar dan dirham berhologram)KOTA BHARU: Walaupun dituduh dengan pelbagai perkara, Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjual hampir setengah juta ringgit dalam tempoh enam hari sahaja.
KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.

Pengarah Ekspo Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru (sehingga petang semalam) membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.

“Mungkin bertambah RM100 ribu lagi menjelang saat akhir penutupan pada malam semalam melalui ‘wakalah-wakalah’ (ajen-ajen) dinar dan dirham.

“Ini bermakna masyarakat kini tahu dan biasa dengan dinar dan dirham," kata beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri bercakap kepada pemberita menjelang penutupan rasmi Ekspo itu di Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV petang semalam.

Beliau melahirkan harapan agar negeri lain khususnya negeri Pakatan Rakyat (PR) turut meningkatkan penggunaan dinar dan dirham di kalangan rakyatnya khususnya dalam transaksi urusan jualbeli.

“Diharapkan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor akan mencetak dinar dan dirham masing-masing menggunakan standard yang sama.
“Walaupun memakai cop negeri masing-masing, namun dengan amalan konsep dan standard yang sama, negeri berkenaan boleh mengadakan persefahaman untuk bertukar-tukar dinar dan dirham itu," katanya.
Kelantan tidak memonopoli dalam pengeluaran mata wang syariah itu, namun menjadi penekanan ialah ‘standard’ digunakan.
Justeru dinar dan dirham Kelantan menggunakan ‘hologram’, yang bererti satu piawaian untuk standard dan penyelarasan umumnya.
Hologram itu yang pertama dan terbaru seperti mana dilancarkan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Jun baru-baru ini.
Dinar dan dirham yang berhologram pertama itulah juga dibida lima pembida termasuk pembida dari rakyat Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Zulkifli, jumlah jualan dinar sepanjang tempoh ekspo, bahkan sehingga petang tadi sebanyak 419 keping dinar bernilai RM330,172, manakala jumlah jualan dirham pula 4,500 keping dirham bernilai RM112,500.
Pengarah Ekspo turut mengumumkan pemenang bidaan dua dinar berhologram.
Pemenang pertama, Mat Husin Mamat (Kuala Krai, Kelantan) (dengan bidaan 100 dirham).
Wan Muhammad Azim Wan Mohd Azlan (Kota Bharu) dan Ab Halim Mahmod (Selangor) masing-masing diisytihar pemenang kedua dan ketiga (75 dirham).
Pemenang keempat Mohd Farid Ibrahim (Kota Bharu, 71 dirham) dan kelima Bashir Ismail (Pulau Pinang, 70 dirham).
Turut hadir pada upacara itu Pengurus Besar KGT Mahadi Mokhtar, Para Pengurus Wakalah KGT.
www.dinarkel.net

Siasat Akaun Saya, Najib, Muhyiddin dan Mahathir Sekali
Posted on Friday, June 22 @ 22:24:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh PKR
Anwar Ibrahim, mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kesemua akaunnya, isterinya dan anak-anaknya di samping bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.

Katanya siasatan tersebut akan membuktikan beliau tidak mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion seperti yang didakwa Umno-BN.


Beliau berkata, selain akaun miliknya, SPRM juga turut siasat akaun anak-anaknya di dalam dan luar negara.
“Itu cerita lama, tahun 1998, apabila keluar cerita mengenai perkara itu, saya tiada masalah. Siasatlah. Siasat akaun saya, isteri dan anak-anak dalam negeri dan luar negara.
“Tetapi siasat juga akaun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.
“Kajilah rekod saya termasuk (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Sabak Bernam.
Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, MP Ampang, Zuraida Kamaruddin, MP Kapar, S. Manikavasagam dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrolamin Baharon.
Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, ADUN Hutan Melintang, S. Kesavan, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.
Anwar berkata SPRM dan Kerajaan Pusat hanya mampu mengeluarkan fitnah kerana tidak berani untuk menyiasat akaunnya dan pemimpin Umno-BN.
“Sebelum ini, Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang dikenali sekarang sebagai SPRM sudah menyiasat kes itu serta akaun di Kuala Lumpur, Singapura dan London.
“Laporan mahkamah juga sudah dikeluarkan dan mendapati tiada kebenaran bagi tuduhan itu.
“Mereka ini hanya ulang cerita kerana mereka mahu kita membuang masa, tetapi saya tidak takut,” katanya.
Dakwaan ini dibuat Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang pernah membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang beliau percaya membabitkan Anwar pada 1999.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali dilaporkan tidak menolak kemungkinan kes tersebut pernah dirujuk kepada BPR dan polis ketika itu.

Sapina pertama telah keluar...selepas ini sapina Pak Menteri @NajibRazak dan @Za
Posted on Friday, June 22 @ 21:26:33 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

Sapina kepada pembantu kanan Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.

(Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel ketika memaklumkan Jasbir sebagai saksi pertama)"Penghantaran sapina ini dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan," kata satu kenyataan media Sekretariat Suaram hari ini.

"Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan," kata kenyataan itu lagi.

Suaram mengulas kenyataan Jasbir Singh Chahl sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan kes pembelian Scorpene.

Jasbir Singh Chahl juga berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang sapina dari mana-mana mahkamah.

Menurut Suaram, peguam mereka di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan Jasbir adalah salah seorang saksi kes ini dan mahkamah telah mengeluarkan sapina untuknya.

Suaran adalah pihak pelapor dalam kes rasuah pembelian Scorpene kepada mahkamah Perancis kerana ia melibatkan syarikat negara itu.

Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel telah memaklumkan saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.

Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.

Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1000 orang, malam tadi.

“Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,” kata Chynthia.

Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil sebagai saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isterinya, Mazlinda dan bapanya.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Zahid Hamidi juga dinamakan sebagai saksi oleh peguam Suaram.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/



Tiada ulasan: