Ali Rustam malu bas buruk, sembunyi dari pandangan Najib?
http://yusofwahab.blogspot.com, | 22 Jun 2012 |
Posted by admin at 6/21/2012 11:07:00 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka akan membuat lawatan ke Melaka pada hari Sabtu ini bagi merasmikan program UTC (Urban Tranformation Centre) peringkat Negeri Melaka.
Sehubungan dengan itu, bas-bas buruk yang telah tersadai di Melaka Sentral telah dialihkan jauh ke dataran Klebang yang kira-kira terletak 8 kilometer dari Melaka Sentral.
Kerja-kerja pengalihan bermula sejak semalam, kira-kira 40 buah bas buruk telah disembunyikan di sana.
Tentunya kos untuk mengangkut bas-bas ini memakan belanja yang agak tinggi kerana ianya diangkut dengan menggunakan "towing".
Apakah Datuk Seri Ali Rustam malu jika Najib ternampak bas-bas ini di Melaka Sentral?
Sejak kebelakangan ini pun ada penumpang bas telah merungut akibat terlalu lama terpaksa menunggu bas, ada yang sampai terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam.
Jadi di manakah Urban Transformation Centre (UTC) dapat mengatasi masalah ini. Apabila Perdana Menteri balik ke Putrajaya, masalah rakyat Melaka tidak juga selesai. Apa yang rakyat dapat hanyalah bersalam dan mencium tangan Perdana Menteri. Permasalahan sebenar tidak juga selesai.
Gambar ehsan: Gambar Menarik Melaka
Pelajar: Opps 20/20 jamin kemenangan Aspirasi
Kumpulan
pelajar anti-establishment telah mendedahkan lebih banyak butiran
mengenai satu dakwaan pertemuan pemimpin Umno, pembantu menteri, agensi
kerajaan dan pegawai polis pada Januari 2011 untuk menjamin kemenangan
kumpulan pro-establishment dalam pilihan raya kampus tahun ini.Pertemuan itu dikatakan sebahagian daripada operasi yang dinamakan 'menyelaras pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi awam' yang pertamakali didedahkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional (PMN) pada 23 Mei.
Ia juga dikenali sebagai 'Opps 20/20', yang dikatakan merujuk kepada objektif memastikan kumpulan Aspirasi yang pro-kerajaan menyapu bersih pilihan raya kampus.
PMN mendakwa BN bercadang untuk "mengawal" institusi pengajian tinggi untuk survival politik mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.
Selepas gagal untuk mendapatkan penjelasan yang memuaskan daripada kerajaan selepas pendedahan tersebut, PMN bersama sebuah lagi kumpulan pelajar - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - semalam mendedahkan satu salinan yang didakwa minit mesyuarat Opps 20/20 yang diadakan pada 25 Januari 2011, di Akademi Kenegaraan - sebuah pusat latihan yang dikendalikan oleh Biro Tata Negara (BTN) di Kuala Lumpur.
Menurut 'minit' tersebut, 21 individu, termasuk pemimpin tinggi Pemuda dan Puteri Umno, pembantu menteri, pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi, BTN dan pegawai kanan polis dari Bukit Aman, telah disenaraikan sebagai terlibat dalam operasi ini.
Antara mereka ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim
(kiri) yang juga ketua biro pengajian tinggi pergerakan itu, exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz, exco Puteri Umno Serlwani Sabtu, setiausaha politik menteri pendidikan tinggi Mohammad Khairi A Malik, ketua cawangan khas Bukit Aman Mohd Sofian Makinuddin dan Irmohizam Ibrahim dari BTN, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Razali direkodkan sebagai berkata - ketika berucap di mesyuarat itu - bahawa Opps 20/20 adalah perang psikologi dan sokongan dari semua yang terlibat, dan akan menjadi cermin pilihan raya umum ke-13.
Menurut 'minit' tersebut, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu juga dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Antara dakwaan kaedah untuk memanipulasi pilihan raya kampus termasuk:
Umar Patek dihukum penjara 20 tahun
Umar
Patek, seorang anggota Jemaah Islamiyah yang didakwa terbabit dalam
kejadian serangan bom di Bali pada tahun 2002, dijatuhkan hukuman 20
tahun penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Barat, Khamis malam kerana
terlibat dalam beberapa jenayah keganasan.
Majlis hakim yang diketuai Encep Yuliardi berkata lelaki berumur 46 tahun yang mempunyai banyak nama lain itu, terbukti tanpa keraguan melakukan jenayah keganasan.
Umar Patek antara lain didapati terbukti bersalah menyembunyikan maklumat tentang terorisme, terlibat dalam pengeboman sejumlah gereja di Indonesia pada tahun 2000 dan serangan bom di Bali yang meragut nyawa 192 orang pada tahun 2002.
Hukuman itu lebih ringan daripada tuntutan pasukan pendakwa raya yang sebelum ini meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.
Umar Patek, juga dikenali dengan beberapa nama lain antaranya Abu Syekh, Arsalan, Abdul Karim, Umar Kecil, Umar Arab, Umar Syekh, Zacky dan Anis Alawi Jafar.
Dalam pembelaannya sebelum ini Umar Patek membantah penglibatan beliau sebagai perancang tindakan keganasan serta penglibatannya dalam ujian senjata di Banten dan latihan ketenteraan di Aceh, sebagaimana yang didakwa ke atasnya.
Umar Patek juga semasa pembelaannya itu meminta maaf kepada semua pihak yang menjadi mangsa perbuatan keganasan melibatkan dirinya serta keluarga mereka, juga kepada penganut Kristian serta masyarakat dan kerajaan Indonesia.
Umar Patek merupakan seorang anggota Jamaah Islamiyah yang paling dicari oleh kerajaan Amerika Syarikat, Filipina, dan Indonesia. Amerika bahkan telah menawarkan hadiah AS$1 juta kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.
Beliau ditangkap oleh pasukan keselamatan Pakistan di Abottabad pada 25 Jan, 2011 dan hantar pulang ke Indonesia pada 11 Ogos 2011.
- Bernama

Dinar dan dirham pecah rekod jualan
Muhammad Yusri Amin, | 22 Jun 2012 |
(Zulkifli Mamat bergambar dengan para pemenang bidaan dinar dan dirham berhologram)
KOTA BHARU: Walaupun dituduh dengan pelbagai perkara, Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjual hampir setengah juta ringgit dalam tempoh enam hari sahaja.
KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.
Pengarah Ekspo Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru (sehingga petang semalam) membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.
“Mungkin bertambah RM100 ribu lagi menjelang saat akhir penutupan pada malam semalam melalui ‘wakalah-wakalah’ (ajen-ajen) dinar dan dirham.
“Ini bermakna masyarakat kini tahu dan biasa dengan dinar dan dirham," kata beliau.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri bercakap kepada pemberita menjelang penutupan rasmi Ekspo itu di Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV petang semalam.
Beliau melahirkan harapan agar negeri lain khususnya negeri Pakatan Rakyat (PR) turut meningkatkan penggunaan dinar dan dirham di kalangan rakyatnya khususnya dalam transaksi urusan jualbeli.
“Diharapkan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor akan mencetak dinar dan dirham masing-masing menggunakan standard yang sama.
“Walaupun memakai cop negeri masing-masing, namun dengan amalan konsep dan standard yang sama, negeri berkenaan boleh mengadakan persefahaman untuk bertukar-tukar dinar dan dirham itu," katanya.
Kelantan tidak memonopoli dalam pengeluaran mata wang syariah itu, namun menjadi penekanan ialah ‘standard’ digunakan.
Justeru dinar dan dirham Kelantan menggunakan ‘hologram’, yang bererti satu piawaian untuk standard dan penyelarasan umumnya.
Hologram itu yang pertama dan terbaru seperti mana dilancarkan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Jun baru-baru ini.
Dinar dan dirham yang berhologram pertama itulah juga dibida lima pembida termasuk pembida dari rakyat Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Zulkifli, jumlah jualan dinar sepanjang tempoh ekspo, bahkan sehingga petang tadi sebanyak 419 keping dinar bernilai RM330,172, manakala jumlah jualan dirham pula 4,500 keping dirham bernilai RM112,500.
Pengarah Ekspo turut mengumumkan pemenang bidaan dua dinar berhologram.
Pemenang pertama, Mat Husin Mamat (Kuala Krai, Kelantan) (dengan bidaan 100 dirham).
Wan Muhammad Azim Wan Mohd Azlan (Kota Bharu) dan Ab Halim Mahmod (Selangor) masing-masing diisytihar pemenang kedua dan ketiga (75 dirham).
Pemenang keempat Mohd Farid Ibrahim (Kota Bharu, 71 dirham) dan kelima Bashir Ismail (Pulau Pinang, 70 dirham).
Turut hadir pada upacara itu Pengurus Besar KGT Mahadi Mokhtar.
Anggota tentera kita dilatih makan monyet dan katak?
http://mohdtaufek.blogspot.com, | 22 Jun 2012 |
Agak mengejutkan beberapa gambar yang dipaparkan di laman web
maahadsas.edu.my yang kemungkinan besar menunjukkan anggota tentera
Malaysia yang beragama Islam diberi latihan kelangsungan hidup
(survival) cara menangkap, memasak dan memakan monyet, katak dan
beberapa binatang liar di hutan.
Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal jawab agama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : “Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.”
Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam isu latihan ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?
Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM?
Jual diri kerana terdesak Harian Metro Ahad 19 Jun 2005
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?
RAZIN Kuala Lumpur
JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.
ARKIB : 28/06/2005 Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
Saudara Pengarang,
Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan.
- ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak.
Sumber foto : http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/222-muhammad-al-fateh.html
Sumber berita : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20050619103443/Article/inde\xs_html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0628&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hive

Tiada ulasan:
Catat Ulasan