Isnin, 25 Jun 2012

KEKAYAAN NEGERI BERGANTUNG BANYAKNYA PELABUHAN....SEPERTI SELANGOR DAN PULAU PINANG...JALAN KELUAR DAN MASUK...DAN JUGA SUMBER ASLI...JUGA PENTADBIR YANG TELUS DAN BUKAN KAKI KAPUR@SONGLAP.....

Anwar: Isu Rafizi & Faekah bukan krisis
  • Susan Loone
  • 11:22AM Jun 25 2012
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu peletakan jawatan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor dan isu sekitar pegawai kanan menteri besar Faekah Husin bukanlah krisis politik.

NONEMenurut Anwar - penasihat ekonomi Selangor - Rafizi meletakkan jawatan bagi memfokuskan tenaganya kepada kerja-kerja parti.

Rafizi akan membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, kata Anwar yang juga ketua pembangkang dan ketua umum PKR.

Rafizi kini berkhidmat sepenuh masa untuk parti setelah menimbangkan tindakan itu sejak tahun lalu, kata Anwar kepada pemberita di Pulau Pinang.

Rafizi pada 21 Jun membuat keputusan mengejut itu atas alasan perlu berehat, memberi tumpuan kepada ibadat dan ia "tiada sebarang dimensi politik".

Beliau juga berkata, semua pertanyaan selepas itu hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau Anwar sendiri.

Sementara itu, Anwar juga ditanya tentang surat menyurat antara Khalid dan Faekah, sebuah firma guaman dan syarikat berkaitan kerajaan Selangor.
Najib pertahan ambil alih kementerian wanita
  • Hazlan Zakaria
  • 11:42AM Jun 25 2012
 
Datuk Seri Najib Razak mempertahyankan tindakannya mengambil alih kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan tidak melantik anggota parlimen wanita untuk portfolio itu.

Perdana menteri berkata, tindakan itu hanya sementara dan selepas memenangi pilihan raya, menteri wanita akan dilantik menggantikannya.
'Isu Lynas dan saya jadi mimpi ngeri MCA'
  • Fuziah Salleh
  • 8:32AM Jun 25 2012
 
ULASAN Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Ng Fook Heng, Datuk Ti Lian Ker dan YB Phang Tzu Ming sewaktu dalam ucapan di mesyuarat agung MCA bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang di aporkan di dalam beberapa akhbar bahasa Mandarin semalam.

Nampak gayanya MCA cukup punyai ketakutan yang amat sangat terhadap saya. Sehinggakan ketiadaan saya di Parlimen minggu lepas dijadikan bahan ucapan utama Mesyuarat Agung Tahunan mereka di Indera Mahkota, Paya Besar dan Kuantan.

Saya perhatikan seolah-olah isu Lynas dan saya sudah merupakan mimpi ngeri buat MCA. Saya juga perhatikan bahawa pemimpin MCA sanggup menyebar fitnah terhadap saya semata-mata untuk meraih kembali sokongan yang tentunya sudah cukup hilang terhadap MCA.

Saya pergi keluar negara untuk belajar dan bekerja dan bukan untuk bercuti. Lagipun saya belajar tentang strategi pilihan raya.

Ketidak hadiran saya sewaktu perbahasan isu PSC (jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai lynas) tempoh hari tentu sama sekali tidak  menafikan segala usaha saya menentang kehadiran LAMP selama tiga setengah tahun yang lepas ini.

Dan apa pun yang dikatakan oleh MCA tidak boleh menafikan segala  usaha tersebut. Rakyat juga cukup memahami bahawa hati saya di sebelah rakyat setiap kali isu Lynas saya bangkitkan di Parlimen  mahupun  di luar Dewan.

Ingin juga saya ingatkan bahawa yang pergi bercuti ke Australia di atas tajaan Lynas dan sekembali mereka ke Malaysia mengatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat ialah merupakan dua orang ADUN MCA.

Para pemimpin MCA juga tidak langsung bersuara tentang isu Lynas dari 2008 sehinggalah 2011. Mereka membisu sewaktu MITI membawa Lynas ke Malaysia dan ke Pahang pada awal 2008.

Mereka juga membisu sewaktu setiap kali saya bangkitkan isu Lynas di Parlimen. Mereka hanya bersuara selepas mereka melihat rakyat menentang Lynas. Mereka bersuara kerana takut kehilangan sokongan rakyat. Maka dengan itu, janganlah mereka cuba untuk menjadi jaguh pula pada ketika ini.

Rakyat lebih mengetahui apa yang mereka inginkan dan apa yang baik untuk rakyat amnya. Pemimpin MCA harus ikhlas berjuang untuk kebaikan dan kesihatan rakyat dan bukan  untuk mendapat sokongan semata.

Saya tegaskan di sini sekali lagi bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng dan tidak harus dibenarkan beroperasi. Segala laporan PSC yang telah dibentangkan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan helah untuk membenarkan LAMP beroperasi.  Rakyat tidak akan tertipu lagi.

FUZIAH SALLEH adalah Ahli Parlimen Kuantan.
 
 
NGO: Jangan pandang serong kenyataan Salahuddin
8:50AM Jun 25 2012  
Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyeru pemimpin politik dan NGO supaya tidak memandang serong terhadap kenyataan Naib President PAS, Salahuddin Ayub mengenai isu Thaipusam sewaktu debat bertajuk “Demonstrasi Jalanan Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi” baru-baru ini.

"Mipas ingin menegaskan kepada pemimpin politik dan NGO (supaya) jangan membuat keputusan menyeluruh berdasarkan sesuatu konteks sahaja. Kita perlu melihat secara menyeluruh apa yang Salahuddin ingin menjelaskan," kata Setiausaha Agung Mipas, Barathidasan Saminathan.

azlan"Apa yang beliau komen adalah bagaimana sesuatu perayaan agama seperti Thaipusam dan Maulidul Rasul boleh berlangsung dengan begitu aman tanpa kehadiran FRU, polis, DBKL dan pegawai penguatkuasa dengan sengaja mengadakan banyak sekatan jalan raya dan halangan serta menyusahkan rakyat dan penganjur .

"Mipas berpendapat jika kita tidak dapat menerima pandangan Salahuddin terhadap kenyataan yang salah, maka adalah wajar untuk kita menegur beliau.

"Tetapi adalah tidak baik dan tidak adil kita menentang semata-mata kerana beliau dari parti pembangkang serta pandangan beliau itu dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan, tegasnya, Mipas menyeru agar masyarakat lebih bersikap terbuka dalam sesuatu kenyataan yang diperkatakan, agar tidak sempit, perlu lebih rasional dan melihat isu tersebut secara menyeluruh.

"Janganlah kita sengaja memperbesarkan, mempolitikkan dan mensensasikan isu tersebut serta cuba meraih publicisi murahan," tambahnya.

Minggu lalu, Pemuda MIC meminta Salahuddin memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.
http://www.malaysiakini.com/news/201662

Ketuanya berkata Pemuda MIC juga telah membuat laporan polis terhadap Salahuddin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan berbaur hasutan.
'Masalah permit, tapi ubatnya tayar'
  • Mohd Ikhmal Mohd Iskandar
  • 9:07AM Jun 25 2012
 
ULASAN Lain yang sakit, lain pula ubatnya. Begitulah yang dapat ditafsirkan dalan subsidi TR1MA yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seluruh Malaysia.

Semua masyarakat sedia maklum, masalah sebenar perkhidmatan teksi di Malaysia adalah berleluasanya permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat, berbanding kepada pengusaha teksi individu. Kebanjiran permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat menyaksikan mereka untung ‘atas angin’ di atas penat lelah pemandu teksi.

Sebagai contoh, secara purata kadar sewa teksi sehari adalah RM50. Jika dikumpulkan selama sebulan, ia menjangkau RM1,500 (aama bayaran bulanan kereta 2.4 cc). Sedangkan syarikat hanya membayar sekitar RM 500-RM700 sebulan kepada bank untuk sebuah teksi.

Dengan kata lain, syarikat secara mudah mengaut keuntungan sebanyak RM800/bulan/teksi. Jika sesuatu syarikat itu memiliki 100 buah teksi, mereka secara mudah mereka mengaut keuntungan sehingga RM80,000 tanpa menumpahkan sebarang keringat di jalan raya.

Sedangkan daripada kerajaan berhempas pulas mengeluarkan peruntukan sebanyak RM32 juta setiap tahun kepada pemandu teksi, mengapa tidak kerajaan memansuhkan terus permit teksi kepada syarikat-syarikat dan bertindak sebagai pemudah cara kepada pemandu  teksi ini untuk mendapatkan permit teksi individu.

Jika ini dapat direalisasikan pemandu teksi ini dapat menjana pendapatan tambahan sekurang -kurangnya RM800 sebulan dengan hanya membayar bayaran teksi secara sewa beli kepada pihak bank yang mana jauh lebih murah daripada kadar sewaan teksi oleh syarikat. Kerajaan juga dapat menjimatkan peruntukan RM32 juta tadi untuk perkara lain yang lebih penting.

Dengan wang lebihan tadi, pemandu teksi mampu melakukan penyelenggaran dan mencantikkan teksi mereka lagi. Jika teksi mereka cantik dan diselenggara secara sempurna, maka makin ramai akan memilih perkhidmatan mereka.

Dengan keadaan sekarang di mana limpahan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT, monorail, teksi dilihat tidak lagi menarik untuk dinaiki, maka jika mereka ini diberikan permit individu, rasa kepunyaan atau ‘self of belonging’ akan dapat diterapkan kepada mereka.

Justeru itu, mereka akan merasa teksi itu adalah perniagaan mereka dan mereka akan mengusahakan perniagaan mereka secara bersungguh-sungguh dalam menghadapi persaingan semasa.

Akhir kalam, kerajaan perlu melihat pendekatan jangka panjang daripada melakukan pendekatan jangka pendek dan bersifat popular semata. Hanya kerana untuk membeli undi pemandu teksi, kerajaan sanggup berhabis RM32 juta, berbanding memberikan mereka permit teksi yang mana dapat memberi pendapatan tambahan sehingga RM10,000 setahun kepada pemandu teksi.

Adalah malang, selepas penubuhan Spad sebagai teraju kepada pengangkutan awam darat, kerajaan masih gagal menelusuri permasalahan sebenar pemandu teksi ini. Yang lebih malang lagi, yang sakitnya PERMIT, tapi ubatnya adalah TAYAR. Itulah pemikiran kerajaan 1Malaysia.
MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR adalah lulusan BBA (Hons) Transport,UiTM, DBS (Transport) UiTM. Beliau merupakan penyelidik untuk kajian pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu.

 
Tok Pa: Pelabur tak bermint ke Kelantan
8:02AM Jun 25 2012  
Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.
  
"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain.
  
"Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya.
  
Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum  ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi".
  
"Pengalaman ini kita tawarkan kepada rakyat Kelantan, dan kita berharap rakyat Kelantan membuat pilihan yang tepat supaya Kelantan dapat dimajukan," katanya.
  
- Bernama

Tiada ulasan: