Rabu, 20 Jun 2012

JANGAN CAKAP AJE...DUDUK BETUL2...ADAKAH LAYAK KITA JADI PEMIMPIN JIKA BERCAKAP BERGURAU2 ATAU CAKAP2 UNTUK AUTA2 SAJA...SEMUA BERITA NI RAKYAT BACA DAN NILAI....

Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF
  • Koh Jun Lin
  • 6:09PM Jun 19 2012
 
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.
   
Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.

Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.
   
"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.
   
Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.
     
Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.
     
Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.
   
Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Aset NFC RM49.7j disita bantu siasatan
8:19PM Jun 19 2012  
Empat aset milik National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
  
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFC di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi 'subject matter' kepada kes," katanya.

Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.

Empat aset yang disita itu ialah dua unit 'One Menerung' kondominium di ibunegara untuk unit B1-2 dan B1-1, dan dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya.

"Bagi memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, adalah menjadi kewajipan supaya perintah penyitaan itu disiarkan di dua akhbar utama berbahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebelum 20 Jun ini," katanya.

Ramli berkata kegagalan mematuhi peruntukan itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 86 AMLATFA 2001.
  
Pada 12 Mac lepas, Pengerusi eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua unit kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 November 2009.

- Bernama
Pengerusi PSC sanggup tinggal sebelah loji Lynas
  • Hazlan Zakaria & Nigel Aw
  • 3:59PM Jun 19 2012
 
Sejurus selepas membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas, pengerusinya yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sanggup tinggal bersebelahan loji tersebut.

NONE"Mengapa tidak?" kata Khaled kepada pemberita di lobi Parlimen
ketika ditanya sama ada beliau sedia berpindah tinggal di sebelah loji RM700 juta memproses nadir bumi itu di Gebeng, Kuantan.

Beliau mempertahankan laporan tersebut, dengan berkata ia hanya merupakan cadangan dan kerajaan yang mempunyai kata putus.

"Kami hanya sebuah jawatankuasa parlimen. Kami telah membuat cadangan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakan semuanya, separuh atau (untuk memutuskan) berapa lama ia akan mengambil masa untuk melaksanakan (cadangan tersebut)," kata Khaled.
 
 
Nota dari Kamunting: Doktor saksi utama
  • Aidila Razak
  • 11:41AM Jun 19 2012
 
Tahanan ISA yang mendakwa diseksa ketika siasatan polis menamakan seorang doktor kerajaan yang merawat mereka sebagai saksi utama dalam kejadian yang didakwa.

Menurut nota yang diperolehi Malaysiakini, doktor berkenaan telah merawat pelbagai kecederaan yang dialami tahanan berkenaan dalam lawatan mingguannya ke pusat tahanan reman, sebelum tahanan berkenaan dihantar ke kem Kamunting di Taiping.

Doktor berkenaan dinamakan di dalam nota berkenaan namun Malaysiakini masih merahsiakan identitinya sehingga disahkan.

Doktor tersebut didakwa telah campur tangan bagi pihak tahanan berkenaan yang didakwa telah diserang dengan "teruk."

“(Nama dirahsiakan) adalah individu penting. Ada khabar angin mengatakan dia telah bersara. Dahulu khabar angin mengatakan dia bekerja di HKL (Hospital Kuala Lumpur)... Dia tahu lebih banyak rahsia berbanding siapa pun," nota tersebut dipetik.

Nota itu didakwa diseludup keluar daripada kem Kamunting oleh seorang kakitangan,

Semakan dengan unit di hospital yang dinamakan dalam nota berkenaan mendedahkan bahawa doktor berkenaan, yang dipercayai berusia lebih daripada had persaraan, tidak berkhidmat di situ.

Setakat ini, belum jelas sekiranya doktor berkenaan, yang didakwa turut dikaitkan dengan hosptal dalam dokumen rasmi lain, kini berkhidmat di unit lain atau telah bersara.

Malaysiakini telah menghubungi individu yang dipercayai sebagai doktor berkenaan melaui emel dan media sosial, namun belum mendapat maklum balas.
'Orang kanan' Razak Baginda nafi dapat sepina
  • Kuek Ser Kuang Keng & Hafiz Yatim
  • 7:18PM Jun 19 2012
 
Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi 'orang kanan' dalam pembelian dua kapal selam Scorpene, menafikan beliau telah menerima sepina daripada badan kehakiman Perancis.

"Berikutan komen yang dibuat oleh Penyelaras Suaram Cynthia Gabriel di majlis makan malam untuk mengumpul dana pada 15 Jun, dan kemudiannya dilaporkan oleh laman berita anda, saya ingin menjelaskan saya belum menerima sebarang sepina dari mana-mana badan kehakiman berhubung sebarang prosiding undang-undang," katanya dalam satu kenyataan dua perenggan kepada Malaysiakini.

Jasbir berkata ia adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh "seseorang yang saya tidak kenal dan tidak pernah berjumpa".

Beliau menyifatkannya sebagai rekaan semata yang didakwanya satu percubaan sengaja untuk menjejaskan reputasi dan kredibilitinya dan menggesa ia segera ditarik balik.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk Suram, Sabtu lalu, Gabriel (kanan) berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda dalam Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai saluran bagi perolehan kapal selam, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

"Ketika kita duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina sedang dalam perjalanan ke rumah Encik Jasbir Singh Chahl," katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa Jasbir bersedia untuk bekerjasama dengan Suaram dalam kes tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Jasbir enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Peguam saya menasihati saya mengeluarkan kenyataan ini sahaja," katanya.
Polis: Dakwaan seksaan 'tak berasas dan berniat jahat'
  • Aidila Razak
  • 5:50PM Jun 19 2012
 
Polis menafikan dakwaan dalam nota yang diseludup keluar dari Kem Tahanan Kemunting, bahawa berlakunya penyeksaan terhadap tahanan yang sedang ditahan di Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tahanan itu tidak pernah membuat sebarang aduan penyeksaan atau setakat ini, tiada laporan doktor berhubung dakwaan tahanan didera dan mengalami kecederaan pada tubuh badan mereka, kata Penolong Ketua Urusetia Perhubungan Awam Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf.

"Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya bahawa semua dakwaan yang dilemparkan berhubung penyeksaan ke atas OT (Orang Tahanan) semasa tahanan oleh Cawangan Khas adalah tidak berasas dan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi serta imej PDRM dan Cawangan Khas.

"Di samping itu, adalah dipercayai mereka ini cuba mencari publisiti serta meraih simpati masyarakat dengan menyebarkan dakwaan tersebut dengan harapan mereka akan mendapat pembebasan awal selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dimansuhkan," katanya.

Bagaimanapun, kata Ramli, sekiranya tahanan masih mengatakan penyeksaan berlaku, maka ia harus mengemukakan bukti yang jelas dan boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah.

Semalam Malaysiakini melaporkan satu nota penyeksaan yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa ala Guantanamo yang didakwa dialami 45 tahanan yang masih dikurung di situ.

Tiada ulasan: