Rafizi letak jawatan dalam k'jaan S'gor
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat.Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk
meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik".
"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...
"Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.
"Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi.
Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan".
Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.
Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandanga bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.
Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Lautan kain hitam di protes anti-Lynas di Kuantan
Lautan
kain hitam akan berkibar di ruang udara perhimpunan Occupy Balok-Gebeng
di pantai Balok di Pahang pada hari Sabtu ini dan pihak penganjur
sedang meningkat usaha untuk menyediakan sepanduk anti-Lynas menggunakan
warna berkabung.Kira-kira 500 sepanduk berwarna hitam dengan tulisan putih, akan
dipasang di pantai manakala ribuan kain hitam akan diagihkan kepada peserta untuk membuat sepanduk mereka sendiri, kata anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin (kanan).
"Kami mahu menghantar mesej bahawa ini adalah saat yang paling muram dan kritikal, memandangkan Lynas akan memulakan operasi. Kita tidak boleh tunggu lagi," kata Chin.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata satu pasukan 20 sukarelawan bekerja sepenuh masa untuk menyiapkan 500 sepanduk menjelang hari Sabtu ini.
Program membantah loji Lynas itu, akan bermula pada tengah hari
Sabtu. Banyak aktiviti disediakan termasuk dua konsert dan pameran
mengenai bekas tapak Bukit Merah Rare Earth (ARE) dan aktiviti perkhemahan.
Pemimpin NGO dan ahli politik, termasuk penyair dan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan seorang lagi pemimpin PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, akan berucap pada sesi ceramah.
Kemuncak pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.
Wong (bawah) berkata kumpulan artis dari Kuala Lumpur telah diminta supaya mengadakan sesi tersebut dan mereka masih mengumpul kotak berwarna coklat sebagai bahan untuk membuat replika Lamp.
Sesi ini akan diikuti dengan perarakan 11km pada pagi Ahad, dari pantai Balok ke Lamp di Gebeng. Peserta dan orang ramai dijemput menyertainya dari mana-mana tempat di sepanjang laluan, dengan menggunakan sebarang bentuk pengangkutan.
Pihak penganjur berkata mereka telah memaklumkan kepada pihak polis dengan menghantar jadual perjalanan program mereka kepada balai polis Kuantan.
Lagi kesilapan kadar jenayah dari KDN?
Kadar
sebenar jenayah di negeri Selangor menjadi pertikaian apabila
Kementerian Dalam Negeri didakwa memberi tiga jumlah berbeza untuk tahun
2009.Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membandingkan jawapan bertilis parlimen yang diterimanya pada 2010, dua hari lepas dan pembetulan terbaru Kementerian Dalam Negeri semalam.
Katanya, dalam jawapan dua tahun lepas, sebanyak 54,443 kes direkodkan di Selangor pada 2009; jawapan bertulis dua hari lepas menyebut 56,689 kes; manakala penjelasan terkini menyatakan terdapat sebanyak 54,994 kes.
Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Pua mempersoalkan sama ada angka itu disesuaikan dan kementerian patut memberikan angka secara terperinci mengikut jenis jenayah dan daerah seperti diminta.
"Jika mereka bangga kadar jenayah menurut sebanyak 20, 30 atau 40 peratus, mereka patut menyiarkannya tanpa teragak-agak," katanya.
KDN semalam menarik balik jawapan bertulis di parlimen kepada Pua berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip selepas wakil rakyat DAP itu menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap peningkatan jenayah.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, pembetulan kenyataannya sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara dan jawapannya sebelum itu terbatal.
Data baru menunjukkan penurunan 19.4 peratus kadar jenayah di Selangor sejak 2009 dan 24.7 peratus di seluruh negara. GTP diumumkan pada Januari 2010.
MAS mungkin kurangkan pekerja untuk jimatkan kos
Ketua
pegawai eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata
syarikat itu tidak menolak kemungkinan untuk mengurangkan tenaga
kerjanya dalam rancangan untuk meningkatkan pulangan secara agresif,
selepas mencatat kerugian bersih RM2.5 bilion tahun lalu.Katanya, tindakan tersebut merupakan antara langkah terakhir.
"Kos tenaga kerja adalah satu perkara yang kita perlu tangani pada masa ini. Untuk jangka masa panjang, kita perlu tanganinya, tapi (fokus) pada masa ini adalah penggunaan pesawat," katanya kepada pemberita hari ini.
Bagamanapun, beliau berkata langkah mengurangkan kos, termasuk membatalkan laluan tertentu, dijangka tidak banyak menjejaskan 20,000 orang kakitangan tetapnya – yang mana kira-kira tiga perempat daripadanya bukan merupakan petugas dalam pesawat.
Beliau juga enggan menjelaskan jumlah kakitangan yang ideal untuk MAS kerana ia merupakan "soal sensitif."
Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof ketika mencelah dalam sidang media itu berkata, pihak pengurusan kini sedang mengadakan inventori untuk mengenalpasti apa yang patut dijalankan syarikat tersebut.
'Sepina pada rakan Razak Baginda akan tiba'
Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan peguamnya di luar negara dalam
proses menghantar sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan
'orang kanan' urusniaga Scorpene Malaysia-Perancis.Menurut kenyataan sekretariat NGO hak asasi itu, peguam William Bourdon dan Joseph Breham di Perancis mengesahkan Jasbir sebagai saksi kes dan disepina oleh mahkamah.
"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini," menurut kenyataan itu.
Kelmarin, Jasbir menafikan menerima sepina daripada badan kehakiman Perancis berhubung sebarang prosiding undang-undang seperti didakwa Penyelaras Suaram Cynthia Gabriel pada 15 Jun.
Jasbir menyifatkannya sebagai rekaan dan percubaan menjejaskan reputasi dan kewibawaannya selain menggesa kenyataan itu segera ditarik balik.
Beliau sebelum ini didakwa orang penting dalam urusniaga antara syarikat Malaysia Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis DCNS.
Suaram juga mendakwa Jasbir sebagai kenalan rapat Abdul Razak Baginda yang dikatakan orang kepercayaan Datuk Seri Najib Razak.
Jasbir dan Abdul Razak juga didakwa bersama-sama menjadi pengarah syarikat Tererasi Ltd di Hong Kong.
Mahkamah Perancis menerima itu apabila syarikat negara itu yang membekalkan kapal selam Scorpene kepada Malaysia dituduh membayar jutaan ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.
Bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram.
Nazri: S'jaya 'tak mungkin' diberi kuasa mendakwa
Menteri
hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sekali lagi menolak
cadangan pembangkang untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah
Laku Polis (IPCMC) dengan memberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas
salah laku polis.Katanya, kuasa untuk membuat pendakwaan itu "tidak mungkin boleh dilakukan" kerana ia sudahpun diperuntuk kepada pejabat Peguam Negara manakala mahkamah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman.
"Kalau sekalipun IPCMC dipersetujui untuk diadakan badan siasatan khusus untuk polis, ia pun sekadar untuk menyiasat.
"Kalau didapati ada kesalahan, maka ianya mesti didakwa di mahkamah. Sekiranya ada perbuatan pihak polis ada asas rasuah maka ia juga kena dibawa ke mahkamah.
Oleh itu, soal sama ada IPCMC berkuasa untuk mendakwa dan menghukum tidak berbangkit, katanya.
"Ia tak mungkin boleh berlaku kerana kuasa-kuasa ini telah ditentukan oleh perlembagaan masing-masing atau amalan biasa iaitu mendakwa ialah (pejabat) AG, dan menghakimi serta menghukum adalah mahkamah," katanya."Jadi kalau nak beri kuasa untuk menghukum kepada suruhanjaya tak mungkin boleh dilakukan kerana masing-masing tugas telah ditentukan.
"Jadi, apa jua suruhanjaya yang dibentuk, mereka berperanan untuk menyiasat," katanya ketika menjawab soalan oleh Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya lagi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang ditubuhkan kerajaan juga setakat ini telah menerima 120 aduan termasuk berhubung salah laku anggota polis.
"Mereka telah jalankan siasatan. Sembilan kes dirujuk kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia) kerana rasuah dan 15 kepada jawatankuasa disiplin polis.
"Jadi kalau YB rasa bimbang, soal disiplin tak dibawa ke mahkamah melainkan disiplin itu melibatkan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, kita boleh bawa ke mahkamah," katanya.
SIAP yang berasal daripada idea menubuhkan IPCMC - pada mulanya dikenali sebagai Suruhanjaya Aduan Khas (SCC).
Perubahan tersebut dibuat selepas kerajaan menarik balik hasratnya untuk menubuhkan IPCMC seperti yang disyorkan oleh suruhanjaya diraja siasatan terhadap badan kepolisan.
Azmin Ali terdahulu ketika menimbulkan perkara itu ketika berkata, SIAP tidak berkuasa untuk bertindak ke atas pegawai-pegawai yang terbabit dalam salah laku.
"Sekiranya kerajaan bersungguh-sungguh laksanakan transformasi, apakah sedia membawa pindaan rang undang-undang? Kami sedia menyokong pinda memberi kuasa," katanya.
3 lelaki tampil sokong Faekah Husin jadi tanda tanya
Di
tengah-tengah kehangatan isu penolakan dalaman terhadap Faekah Husin,
tiga aktivis NGO hari ini tampil mengadakan sidang media menyatakan
sokongan mereka terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor.
Individu tidak berapa dikenali daripada Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) itu menolak kempen mendesak Faekah meletakkan jawatan yang giat berjalan, terutamanya di Internet.
"Kami menyokong sepenuhnya Cik Faekah sebagai setiausaha (politik) MB dan kami menolak sebarang usaha untuk menyingkirkan beliau.
"Beliau amat berdedikasi walaupun umum mengetahui beliau juga tegas," kata Setiausaha Pro-Rakyat Mohd Naquib Carmeil yang mengaku bercakap atas kapasiti individu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga individu berkenaan menyatakan yang
mereka tetap menyokong kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Namun, motif sebenar ketiga-tiga individu itu mengadakan sidang media itu bagaimanapun tidak diketahui.
Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Azmin.
Langkah itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka dihantar Azmin untuk meredakan ketegangan itu atau sekadar mengambil langkah sendiri selepas 'bertukar kem'.
Dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu, kumpulan 'rakyat prihatin' itu turut disertai Ketua Penerangan Pro-Rakyat Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli exco Abdul Halim Abdullah.
Sidang media itu sebelum ini menjadi perhatian media apabila dijangka menambahkan lagi kehangatan isu yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu.
Kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangselangor di Twitter itu memaksa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menggesa ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.
VIDEO | 12.38 min
Pua memetik satu laporan Malay Mail hari ini berhubung bukti bahawa hutang lapuk tersebut dibeli oleh agensi yang mempunyai ekuiti tempatan kurang daripada 49 peratus, yang tidak dibenarkan Bafia.
Dalam satu kes, laporan itu menyatakan bahawa seorang warga asing, yang merupakan menantu kepada seorang pemilik bank terkenal, terlibat dalam skandal berkenaan di mana NPL tersebut dijual kepada agensi dengan pemilikan majoriti oleh warga asing.
Amalan seperti itu, yang berlaku sejak 2005 menyebabkan aliran keluar lebih RM60 bilion, kata Pua.
Pua berkata kes berkenaan perlu disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan kerana ia menimbulkan isu konflik kepentingan dan pecah amanah.
MP berkenaan turut menyelar kenyataan "tidak tepat dan mengelirukan" Bank Negara yang menafikan laporan tersebut.
Sedangkan, laporan tersebut telahpun menunjukkan bukti kes tersebut.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam keputusannya berkata pemohon (Ling) gagal untuk menunjukkan bahawa penghakiman bertulisnya berat sebelah.
Katanya, beliau telah meneliti hujah kedua-dua pihak dan merasakan komen yang dibuat, tidak boleh dilihat sebagai keterlaluan kerana ia berdasarkan dapatan fakta dan keterangan di mahkamah.
"Komen-komen itu tidak menjejaskan perjalanan perbicaraan yang adil dalam kes ini," katanya sambil menambah bahawa ia tidak bermakna pihak pembela tidak boleh menangkis kesnya.
Oleh itu, katanya, permohonan tersebut tidak mempunyai merit dan ditolak.
Beliau kemudian mengarahkan perbicaraan disambung semula pada 13 Julai.
Dalam sidang media sebelum ini, beliau mendakwa agen tersebut adalah bekas Ketua Pemuda PKR Kedah PKR Zamil Ibrahim (bawah).
Dalam pendedahan video klips terbaru hari ini, Khalid turut mengedarkan transkrip kepada media perbualan Zamil yang didakwanya lebih kurang 31 ahli parlimen PKR untuk didekatinya.
"Memang ada usaha gigih, teratur dan tersusun, bukan sembang kosong, dia dah senaraikan identiti orang yang tidak puas hati.
"Matlamat untuk nak beli MP (PKR) ini... Inilah demokrasi negara kita tercabar dengan budaya politik wang," katanya.
Dalam pendedahan itu juga, beliau juga menamakan seorang lagi individu yang didakwanya sebagai agen BN untuk berbuat demikian.
Zamil pada 14 Jun lalu ketika dihubungi tidak mengesahkan atau mengiyakan dakwaan memainkan peranan dalam dakwaan rundingan supaya wakil rakyat Pakatan berpaling tadah.
Zamil juga menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang ejen Umno dan "tak ada kena mengena dengan Umno."
Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang".
Menurutnya, insiden itu dilakukan oleh anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan dan bukannya pihak polis.
Bagaimanapun, tambahnya, itu tidak bermakna nota yang diseludup itu tidak berwibawa.
Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.
"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.
Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.
Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.
Dakwanya, walaupun insiden kali ini tidak dilakukan oleh polis tetapi dalam kes lain terdapat kawan-kawannya menjadi mangsa polis semasa dalam reman.
Individu tidak berapa dikenali daripada Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) itu menolak kempen mendesak Faekah meletakkan jawatan yang giat berjalan, terutamanya di Internet.
"Kami menyokong sepenuhnya Cik Faekah sebagai setiausaha (politik) MB dan kami menolak sebarang usaha untuk menyingkirkan beliau.
"Beliau amat berdedikasi walaupun umum mengetahui beliau juga tegas," kata Setiausaha Pro-Rakyat Mohd Naquib Carmeil yang mengaku bercakap atas kapasiti individu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga individu berkenaan menyatakan yang
mereka tetap menyokong kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Namun, motif sebenar ketiga-tiga individu itu mengadakan sidang media itu bagaimanapun tidak diketahui.
Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Azmin.
Langkah itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka dihantar Azmin untuk meredakan ketegangan itu atau sekadar mengambil langkah sendiri selepas 'bertukar kem'.
Dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu, kumpulan 'rakyat prihatin' itu turut disertai Ketua Penerangan Pro-Rakyat Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli exco Abdul Halim Abdullah.
Sidang media itu sebelum ini menjadi perhatian media apabila dijangka menambahkan lagi kehangatan isu yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu.
Kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangselangor di Twitter itu memaksa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menggesa ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.
VIDEO | 12.38 min
Pua: Siasat kes langgar Bafia, aliran keluar RM60b
MP
Petaling Jaya Utara Tony Pua menuntut supaya siasatan dijalankan ke
atas dakwaan bahawa bank tempatan melanggar Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 (Bafia) dengan menjual hutang lapuk kepada syarikat
asing.Pua memetik satu laporan Malay Mail hari ini berhubung bukti bahawa hutang lapuk tersebut dibeli oleh agensi yang mempunyai ekuiti tempatan kurang daripada 49 peratus, yang tidak dibenarkan Bafia.
Dalam satu kes, laporan itu menyatakan bahawa seorang warga asing, yang merupakan menantu kepada seorang pemilik bank terkenal, terlibat dalam skandal berkenaan di mana NPL tersebut dijual kepada agensi dengan pemilikan majoriti oleh warga asing.
Amalan seperti itu, yang berlaku sejak 2005 menyebabkan aliran keluar lebih RM60 bilion, kata Pua.
Pua berkata kes berkenaan perlu disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan kerana ia menimbulkan isu konflik kepentingan dan pecah amanah.
MP berkenaan turut menyelar kenyataan "tidak tepat dan mengelirukan" Bank Negara yang menafikan laporan tersebut.
Sedangkan, laporan tersebut telahpun menunjukkan bukti kes tersebut.
Permohonan Liong Sik untuk tukar hakim ditolak
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Tun Ling Liong Sik
untuk menukar hakim perbicaraan kes tipu berhubung dengan Zon Bebas
Pelabuhan Klang.Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam keputusannya berkata pemohon (Ling) gagal untuk menunjukkan bahawa penghakiman bertulisnya berat sebelah.
Katanya, beliau telah meneliti hujah kedua-dua pihak dan merasakan komen yang dibuat, tidak boleh dilihat sebagai keterlaluan kerana ia berdasarkan dapatan fakta dan keterangan di mahkamah.
"Komen-komen itu tidak menjejaskan perjalanan perbicaraan yang adil dalam kes ini," katanya sambil menambah bahawa ia tidak bermakna pihak pembela tidak boleh menangkis kesnya.
Oleh itu, katanya, permohonan tersebut tidak mempunyai merit dan ditolak.
Beliau kemudian mengarahkan perbicaraan disambung semula pada 13 Julai.
Dakwaan beli MP: Khalid dedah rakaman kedua
Ahli
Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan video klip dan
audio kedua berdurasi 30 saat berhubung dakwaan cubaan membeli ahli
parlimen Pakatan Rakyat dari PKR oleh seorang agen BN.Dalam sidang media sebelum ini, beliau mendakwa agen tersebut adalah bekas Ketua Pemuda PKR Kedah PKR Zamil Ibrahim (bawah).
Dalam pendedahan video klips terbaru hari ini, Khalid turut mengedarkan transkrip kepada media perbualan Zamil yang didakwanya lebih kurang 31 ahli parlimen PKR untuk didekatinya.
"Memang ada usaha gigih, teratur dan tersusun, bukan sembang kosong, dia dah senaraikan identiti orang yang tidak puas hati.
"Matlamat untuk nak beli MP (PKR) ini... Inilah demokrasi negara kita tercabar dengan budaya politik wang," katanya.
Dalam pendedahan itu juga, beliau juga menamakan seorang lagi individu yang didakwanya sebagai agen BN untuk berbuat demikian.
Zamil pada 14 Jun lalu ketika dihubungi tidak mengesahkan atau mengiyakan dakwaan memainkan peranan dalam dakwaan rundingan supaya wakil rakyat Pakatan berpaling tadah.
Zamil juga menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang ejen Umno dan "tak ada kena mengena dengan Umno."
Bekas tahanan ISA dakwa ramai dipukul, dikencing
Seorang
bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah
turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak
dalam satu kejadian berdarah pada 2004.Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang".
Menurutnya, insiden itu dilakukan oleh anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan dan bukannya pihak polis.
Bagaimanapun, tambahnya, itu tidak bermakna nota yang diseludup itu tidak berwibawa.
Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.
"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.
Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.
Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.
Dakwanya, walaupun insiden kali ini tidak dilakukan oleh polis tetapi dalam kes lain terdapat kawan-kawannya menjadi mangsa polis semasa dalam reman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan