Jumaat, 22 Jun 2012

KITA JAUH DARI ISLAM...TAK IKUT AJARAN ISLAM...DITEMPAT LAIN BERPUSU2 MASUK ISLAM...BELAJAR ISLAM....INGAT AKHIR ZAMAN...INGAT LAHIR IMAM MAHDI...TURUN NABI ISA A.S....MEREKA TAHU...MEREKA MULA YAKIN...ORANG ISLAM LEKA IKUT JEJAK2 SYAITAN....

T'ganu runtuh lagi: Astaka dalam pembinaan pula

Khairul Azlam Mohamad, 21 Jun 2012


BESUT: PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam pembinaan yang runtuh petang tadi.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.15 petang, apabila tiba-tiba bangunan astaka dalam pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu runtuh.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menggesa agar kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dihentikan segera bagi tujuan siasatan.

Katanya, kejadian bangunan runtuh itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi mempastikan selamat serta tidak membahayakan nyawa para pekerja lain jika diteruskan.

“Saya diberitahu oleh orang ramai yang mengetahui kejadian bangunan Astaka yang masih dalam pembinaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian itu.
(Gambar: Seorang mangsa kejadian bangunan Astaka dalam pembinaan yang runtuh diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Besut.
“Kita (PAS) melahirkan rasa dukacita kerana terlalu banyak kejadian bangunan runtuh berlaku di Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita baru sahaja mengadakan program Himpun & Ingat Stadium Runtuh pada 8 Jun lalu, bagi mengingatkan rakyat tentang kelemahan Umno BN,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.

Menurutnya, kejadian malang tersebut sehingga jam 3.30 petang tadi seramai enam orang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan berkenaan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat Besut.

Harakahdaily dimaklumkan kesemua mangsa runtuhan bangunan tersebut dihantar ke Hospital Daerah Besut yang sebahagiannya cedera parah.

Ustaz Wan Azhar mendakwa banyak kejadian runtuh berlaku di negeri ini termasuk Dewan Sekolah Menengah Ajil, makmal Komputer, bumbung Masjid Batu Putih, bumbung stesen bas Kuala Berang, bangunan tambahan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Lynas: PSC lebih sudu dari kuah

Dr. Dzulkefly Ahmad, 22 Jun 2012
1.    Amat nyata bahawa Laporan JK Pilihan Khas (PSC) Lynas semacam telah membuat keputusan bahawa apa pun dapatan dari penelitian dari isu-isu perhatian awam dan pihak yang berpengetahuan tentang keselamatan projek ini, PSC ini mahukan projek ini diteruskan dan kelulusan yang diberikan oleh AELB pada 17 Ogos, 2007 untuk lesen kelas A (Mengilang Penempatan Tapak dan Pembinaan) sekarang ini diminta supaya dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk “Lynas  Advanced Material Plant” (LAMP) mula beroperasi.

2.    Dalam ‘Rumusan Jawatankuasa’ di muka surat 69 – tercatat: Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau Temporary Operating Licence (TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.

3.    Cadangan ini adalah jelas bercanggah dengan kefahaman bahawa LAMP mesti memenuhi antara lain 7 syarat yang dikenakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum AELB boleh pertimbangkan untuk mendapat lessen TOL yang disebut-sebutkan diberikan sebelum hujung tahun.

4.    Antara 2 syarat terpenting adalah pertama –pengurusan penyimpanan residu atau sisa radioaktif samada sementara di ‘Residue Storage Facility’ – RSF atau kekal di ’Permanent Disposal Facility’ - DPF. Kedua – pelan menjamin perlindungan keseluruhan RSF supayadebutidakberterbangankeudarasecarabebasataudalamkeadaanmenanganikes emergency berlakukebocorankedalamtanah.


5.    Dalam perbahasan, saya telah mengingatkan sekeras-kerasnya bahawa pengalaman dalam Kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ¬ketiadaan pelan pengurusan sisa (long term waste management plan) yang telah berakhir dengan penyelenggaraan ‘ad-hoc’ sehingga tutupnya tempat pelupusan di Papan dan pembuangan sisa radioactive secara tidak bertanggungjawab di Menglembu, Pengkalan, Jelapang, Buntong dan Simpang Pulai dan kini mesti dipantau kerana dalam proses ‘Dibubar dan Dinyahkontaminasi’ (Decommissioning and Decontamintion) di bawah Akta 304, seliaan AELB untuk selama 300 tahun.

6.    Sementara PSC berpuas hati menyokong pentakrifan MITI dan AELB bahawa kilang LAMP adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang memproses pengeluaran torium atau uranium,  umum kini juga di beritahu oleh laporan bahawa antara 3 jenis residu yang akan dihasilkan oleh LAMP,  residu Water Leach Purufication (WLP) adalah paling bahaya.

7.    Kepekatan keradioaktifannya toriumTh- 232 dalam residu WLP dinyatakan dalam laporan Lynas adalah 5.87 Bq/g dan 0.30 Bq/g untuk Uranium U238. Persoalannya sekarang ialah berapakah jumlah radioaktiviti dalam tempoh  10tahun LAMB  yang dianggarkan dalam jumlah 32,000 ton setiap tahun yang dihasilkan dalam sisa WLP LAMP itu? Wajar juga dingatkan bahawa bahan torium dan uranium yang wujud secara normal yang dipanggil sebagai NORM (Naturally Occurring Radioactive Material) diketahui menjadi lebih aktif apabila melalui proses kimia dan etraksi yang disebutkan sebagai  TENORM atau “Technically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Materials”.

8.    Untuk peringatan semua, khasnya pihak PSC, AELB dan rakyat di Balok-Gebeng dan diseluruh negara,  anggaran jumlah radioaktiviti dalam 1 tahun adalah seperti berikut, berdasarkan sedikit maklumat jumlah sisa residu yang dapat diketahui penulis. Untuk peringatan juga 1 unit  Bacquerel adalah pecahan (decay) satu nucleus pada setiap saat (second) menghasilkan particles. Torium menghasilkan alpha-particles yang 20 kali lebih bahaya dari gamma atau beta  dalam mencetuskan kerosakan (damage) kepada bahan genetic (DNA Materials) dalam sel badan khasnya apabila bertindak sebagai  ‘internal emitters’.  Ini dijadikan sebab utama sebagai pencetus kanser oleh pandangan sebuah badan pakar di United Kingdom mengkaji risiko kanser dan toksikologi dari radioaktiviti (CERRIE- Committee Examining Radiation Risks for Internal Emitters).

9.    Mengikut laporan Lynas, 32,000 ton WLP dihasilkan setahun bersamaan dengan 32 x 106 kg atau 32 x 109 g. Ini memberi jumlah anggaran radioaktiviti pada para 5.87x 32 x 109 = 155.6 x 109Bacquerel (Bq) bersamaan dengan 155.6 x 103 Megabacquerel (MBq) bersamaan dengan 155.6 Gigabacquerel (GBq)! Jumlah radioaktiviti yang amat besar yang terkumpul di sesuatu tempat. Namun lebih bahaya adalah bentuk atau ‘debu atau dust’ yang diakui oleh AELB khususnya kepada pekerja yang andainya dihidu akan tersimpan dalam paru-paru, pancreas dan tulang. Tentukan SPF bukan caranya mengendali sisa radioaktif ini secara mapan, maka ia memerlukan PDF yang masih lagi dalam alam teori dan penyelidikan.

10.    Ingat apa makna 1 unit Bacquerel! Memang Lynas adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang pepasangan nuklear atau pengeluaran torium seperti disebut dalam laporan PSC. Akan tetapi kalau jumlahnya setahun adalah 155.6 MBq, bayangkan 10 kali ganda dalam 10 tahun dan torium mempunyai separa hayat yang panjang selama 74,000 tahun dalam emisi alpha particlenya, maka dalams etahun sahaja telah terkumpul sebanyak yang mesti disimpan di dalam simpanan sementara ‘Residue Storage Facility (RSF)! Sebab itu persoalan mempersiapkan PDF (Permanent Depository Facility) adalah penting sekarang dan bukan seperti Lynas dakwa 17 tahun lagi.

11.    Disamping itu, laporan PSC  juga mengakui bahawa proses kilang Lynas melibatkan tindakbalas kimia dan fizikal (cracking, leaching, extraction and finishing) dalam menghasilkan lanthanum dan nadir bumi oksida dan karbonat (rare earth carbonat oxide)  Namun masih tidak dapat dikenalpasti lagi tindakbalas kimia ini samada menghasilkan ‘logam berat atau heavy metals’ seperti plumbum, mercury, arsenic, cadmuim dan nickel dalam proses dan perlu dikaji sebab ketiga-tiga ‘heavy metals’ yang terakhir adalah logam karsinogenik kepada manusia.

12.    Kajian di peringkat ‘makmal’ atau ‘lab-scale’ wajar dilakukan untuk mengenalpasti keseluruhan residutoksik,  samada radioaktiviti dan logam berat, patut dilakukan seperti dicadang oleh Prof Jamal Hashim dan Dr Che Rosli, pakar nuclear PAS yang kenyataannya kerap diselewengkan maksud sebenarnya.  Kini  Dr Che Rosli telah mempertegaskan pendirian beliau.  Prof Jamal juga mencadangkan kajian HIA(Health  Impact  Assessment) dan HRA (Health Risk Assessment) dan amat khuatir dengan tergesa-gesa PSC  dan kini PSC mendesak supaya LAMP diberikan TOL.

13.    Isu pengendalian pengurusan residue adalah paling membimbangkan sebab ia tidak dapat ditentukan sehingga kini oleh pihak Lynas. Ini mengingatkan kita kepada kes pengurusan sisaradioaktif di ARE, Bukit Merah.  PSC mahukan Lynas mengemukakan hasil penyelidikan pengkitaran semula, pengurangan sisa (waste minimization), penggunaan dan pengkomersialan residu dalam tempoh 10 bulan selepas TOL dikeluarkan. Ia agak tersasar.

14.    PSC mengesyorkan sekiranya penyelidikan pengkitaran semula serta lokasi tidak dapat di kenalpasti atau diluluskan, Lynas hendaklah membawa residu yang dihasilkan oleh LAMP keluar dari Malaysia dan akan dihantar ke Negara.  AELB seperti yang saya tegaskan di atas tadi sebenarnya meletakkan ini sebagai syarat untuk  LAMP mendapat TOL.

15.    Paling malang, terkini, kerajaan Australia, mengikut Menteri Lombong dan Petroleumnya, telah menekankan bahawa mereka tidak mahu menerima dan tidak bertanggungjawab untuk menerima sisa toksik LAMP oleh Lynas.

16.    Masihkah PSC boleh merumuskan bahawa mereka berpuashati untuk mengesyorkan agar lesen Kelas A (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agen si penguatkuasa.  PSC  juga secara selektif hanya menonjolkan aspek sinaran 2mSv setahun (sebenar 5.61 mSv setahun) untuk pekerja dan 0.002 mSv kepada awam, lantas mengatakan bahawa projek LAMP selamat.


Dengan keputusan di buat oleh PSC dalam laporanya, maka PSC mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat Gebeng, Kuantan khasnya dan seluruh rakyat  Malaysia amnya. Penulisan ini tidak meninjau aspek ‘cost-benefit analysis’ yang  tidak juga dilakukan secara ‘professional’ , lebih bersifat ‘anecdotal’  berapa banyak  yang  kononnya akan Malaysia untung di segi pulangan ekonomi dan pemindahan teknologi sebagainya.
12 tahun ‘pengecualain cukai’ atau ‘tax-break’ itu sudah cukup mengecewakan umum pada pelaburan  yang begini besar risiko dan impak negatifnya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk.  Sekali lagi tragedy ARE,  Bukit Merah yang  telah merakamkan insiden leukemia dan kecacatan bayi (yang meskipun tidak dikaji secara kaedah ‘Epidemiology’sehingga kini) mengingatkan kita supaya mempastikan kerajaan  yang bertanggungjawab mesti memacu erti sebenar  “Pertumbuhan Mapan-Hijau-Green Growth’  yang bertentangan dengan konsep” Brown Growth- Pertumbuhan Membawa Kemusnahan” kepada manusia dan alam sekitar.
Dr Dzulkefly Ahmad
Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Projek untuk kroni, ahli biasa Umno gigit jari

Idris Ahmad, 22 Jun 2012
Kesian kepada penyokong tegar Umno di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat.

Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar Umno mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti Umno.

Anak dan kroni pembesar Umno mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja.

Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri  Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta.

Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat  RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat  RM45,000 dan suamianya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan.

Persolannya apa yang wanita Umno di kampung dapat?. Kebanyakan mereka hidup kais pagi makan pagi, sedangkan anak pimpinan mereka senang lenang.

Begitu juga Raja Farhana Nong Chik mendapat projek daripada Kementerian Belia Dan Sukan sebanyak RM30.4 juta untuk membina Institut Kemahiran Belia Negara di Bandar Penawar Johor.

Usia yang muda sudah menjadi jutawan. Adakah kalau beliau bukan anak Raja Nong Chik dia akan dapat?

Terbaru di dedahkan Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd yang bernilai RM128.4 juta, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah.

Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,  yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri.

Untungnya menjadi anak pemimpin Umno, sedangkan penyokong Umno di peringkat bawahan hidup merempat. Macam mana Umno BN hendak membela rakyat jika sesama sendiri masih tidak terbela, benarlah bagai dikata  projek untuk kroni, ahli Umno gigi jari.

Jenayah melalui maklumat di FB

http://guruinspirasiku.blogspot.com, 22 Jun 2012
Khusus untuk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online...

Salam untuk semua… Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku di dalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal. Sebenarnya sekarang ini terlalu banyak kejadian culik, rogol, dan bunuh dalam Negara kita yang nampaknya aman dan makmur.

Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak dan pelajar sekolah dan ada yang sebaya dengan anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak. Dan mereka ni bukan orang kurang siuman.

Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita. Jadi anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda telah lakukan terutama dalam perkembangan dunia IT sekarang ini.

Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda......

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriman. Tentukan orang-orang tertentu yang hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda untuk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut sama ada ianya akan mengancam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah. Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukkan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut delete sahaja!

* Apa pun moralnya kita sebagai seorang yang mengaku Islam, dalam hati perlu ada niat untuk merealisasikan perlaksanaan Hukum Allah di Negara kita yang katanya sebuah Negara Islam… Untuk merealisasikannya tentulah kita sebagai seorang rakyat yang boleh mengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang cenderung untuk melaksanakan Hukum Allah di muka bumi Malaysia yang tercinta ini…. Takbir!!!!

Pelbagai acara di himpunan Occupy Balok-Gebeng

Khairil Abdul Rahim, 22 Jun 2012
KUANTAN: Ibu negeri Pahang ini sekali lagi akan dibanjiri puluhan ribu rakyat yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dengan program santai ‘Occupy Balok-Gebeng’ pada 23 dan 24 Jun ini.

Program anjuran NGO Himpunan Hijau itu akan berlangsung selama 24 jam bermula pukul 12 tengahari 23 Jun dan akan berakhir pada jam yang sama keesokan harinya dengan kemuncaknya peserta berkumpul di hadapan Lynas, Gebeng.

Menurut Pengerusi Mobilisasi program berkenaan, Nasrun Amir Abdullah, pelbagai acara akan diadakan selama dua hari itu dengan pelancarannya akan diadakan di Pelangi Beach Resort pantai Balok.

Katanya, selain daripada itu program akan diisi dengan pameran, mini konsert melepaskan layang-layang yang tertulis mesej selamatkan bumi dan ceramah.

“Di tapak pelancaran pada sebelah malam akan diadakan ceramah melibatkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.

“Pada waktu yang sama juga di Kampung Padang jalan Sungai Lembing, satu ceramah lagi akan dijayakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Omar.

“Pada esoknya pula bermula pukul 9 pagi peserta akan bertolak ke Gebeng di mana terletaknya kilang Lynas. Perarakan akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu,” jelasnya.

Menurut Nasrun, jarak di antara Balok ke Gebeng ialah 11 kilometer jadi orang ramai boleh menyertai konvoi dengan berkereta, motosikal atau berjalan kaki," kata Wong.

Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan  demi menunjukkan bantahan dengan operasi kilang Lynas seperti dua perhimpunan yang diadakan sebelum ini.

“Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang.

“Jika boleh kami mahu program ini disertai tidak kurang daripada perhimpunan terdahulu iaitu tidak kurang daripada 20,000 orang,” katanya.

Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang ketiga selepas perhimpunan pada 26 Februari lalu di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan 9 Oktober tahun lalu di pantai Taman Gelora, Kuantan.

Baru-baru ini jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) yang diketuai Datuk Seri Khaled Nordin mengesyorkan

Lynas Corp diberi Lesen Operasi Sementara (TOL) kerana menurut kajian mereka kilang yang dianggap kontroversi itu selamat.

Bagaimanapun penduduk tetap tidak berpuas hati dan membantah keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas kerana menganggap PSC hanya membenarkan  tindakan menghalalkan lynas oleh pihak kerajaan sebelum ini.

Kekalahan BN bukan perkara pelik

Aspan Alias, 22 Jun 2012
Sesudah lima puluh empat tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.
Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara dari terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun.

LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDP lah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke 2 dahulu.  Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakkan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.

Jasa LDP kepada negaranya begitu ‘quantifiable’ kerana dalam tempoh lima dekad dalam pentadbiran dan pemerintahan parti LDP itu, Jepun telah menebus kekalahan yang dialamainya yang begitu hina, menjadi sebuah negara yang tidak boleh ditinggalkan dalam segala urusan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini.

Pemimpin LDP tahu dan faham apa yang mereka lakukan dan mereka tidak melakukan sesuatu tindakan itu berdasarkan kepada politik kepartian semata-mata. Jepun khususnya pimpinan LDP membangunkan negara bukan kerana diasaskan kepada kepentingan kepartian LDP semata-mata tetapi berdasarkan kepada matlamat yang ‘ultimate’ bagi rakyat dan negara iaitu untuk mencapai pembangunan negara (nation building) dalam erti kata yang sebenarnya.

Negara Jepun setelah mengalami kekalahan peperangan dunia kedua tidak menunggu lama untuk memperbaiki keruntuhan hasil dari peperangan itu. Jepun terus sahaja membangunkan industri negaranya dengan memilih ‘formula’ dan pendekatan yang radikal dan prakmatik.

Yang pertama dilakukan oleh Jepun ialah untuk membangunkan industri ‘precision’ nya dengan disampingi oleh ‘R&D’ nya kerana mereka tahu yang cara untuk menyaingi pembangunan negara-negara lain yang sedang membangun dengan pesatnya ialah dengan mencapai ‘perfection’ yang tinggi. Jepun tahu yang cara untuk mencapai ‘competitiveness’ yang tinggi ialah untuk membina industri kepada produk-produk yang mampu di ‘export’ dan mudah diterima oleh pasaran antarabangsa.

Jepun di bawah pimpinan LDP sedar yang negara itu tidak mempunyai kekuatan ‘export’ untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara ‘geographic’ nya merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya  mempunyai satu pertiga  kawasan negaranya yang boleh didiami oleh manusia dan negara itu tidak  mempunyai hasil bumi yang besar seperti di negara kita ini.

Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri ‘precision’ itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah  kerana kos yang dibelanjakan terhadap ‘capital goods’ dalam sesuatu  pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari ‘R&D’ nya yang berjaya itu.

Di sebaliknya di negara kita sampai kehari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri. Malaysia belum lagi mempunyai barangan  industri kita sendiri untuk di ‘export’ atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa. Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri ‘footloose’ yang boleh dipindah dan dianjak ke mana-mana oleh pengilang-pengilang antarabangsa yang ada di sini.

Malahan banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita telah memindahkan operasinya di negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam.

Begitulah besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat. LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya ‘for granted’ kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan.

Rakyatnya mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama. LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salah guna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang berlaku di negara kita. Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun.

Itulah sebabnya jika UMNO Baru mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penganiayaan kepada negara sendiri. UMNO Baru mahukan rakyat mengenangkan jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan. Bagi UMNO Baru ‘aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa’ itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat.

UMNO Baru telah mengungkit sampai keperkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin UMNO Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan terhadap mereka (UMNO)Baru.

Kita perlu mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun. Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara. Mereka tidak termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah ranahkan oleh pemimpin-pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa UMNO Baru kepada rakyat Malaysia.

Kita juga elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara demokrasi terbesar di Asia itu. Semuanya mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba.

Begitu juga Parti Golka dari Indonesia. Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita  tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya.

Apa yang berlaku di sekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Pemain bola sepak Brazil Kaka pelajari Islam

http://detikislam.blogspot.com, 22 Jun 2012
Bintang bola sepak Brazil, Ricardo Kaka ternyata memiliki perhatian khusus terhadap Islam.

Pemain Real Madrid ini bahkan mengaku tertarik mempelajari lebih dalam tentang dunia Islam dan Arab saat berlibur ke Timur Tengah beberapa waktu lalu.

Awal tahun ini, Kaka bersama isteri dan adiknya, Digão, berkunjung ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dalam bercuti selama 10 hari itu, Kaka melawat bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Palm Jumeirah, Burj Al Arab, dan Jebel Ali Port.

Selain menyambangi bangunan-bangunan megah itu, pemain bola sepak terbaik dunia 2007 juga menyempatkan diri mampir ke masjid.

Di masjid yang direka khusus untuk para pelancong itu, playmaker 29 tahun tersebut dengan khusyuk mendengar penjelasan tentang cara hidup kaum Muslim dan bangsa Arab pada umumnya.

Pemain berbanderol 65 juta euro saat dibeli Real Madrid dari AC Milan mengaku sangat terkesan dan ingin lebih mendalami penjelasan yang baru didengarnya.

"Dubai adalah bandar yang indah dan salah satu yang paling ramah di dunia. Saya sangat beruntung boleh bercuti ke sini. Saya sangat terkesan dengan sambutan yang saya dapatkan dan saya ingin kembali lagi ke Dubai secepat mungkin, "kata pencetak gol terbanyak Liga Champions 2006-2007 dengan torehan 10 gol itu.


foto Kaka ketika mengunjungi Dubai

Tiada ulasan: