Sabtu, 23 Jun 2012

YANG BETUL TETAP BETUL...PEMBOHONG TETAP PEMBOHONG...YANG PEMBOHONG AKHIRNYA TERBONGKAR JUA...KALAU DAH PENYAMUN TARBUS...TETAP PENYAMUN TARBUS....BAIK@UNTUNGLAH JIKA ALLAH BAGI HIDAYAH...JIKA TIDAK JADI PENYAMUN HINGGA AKHIR HAYAT...CIAN......

Dakwaan Khalid Samad cubaan jatuhkan Umno
Wartawan Sinar Harian
23 Jun 2012
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
SHAH ALAM - Tuduhan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad bahawa wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti adalah berat yang perlu bukti kukuh.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, rakaman penuh video tersebut juga harus dibuktikan kesahihannya.

“Kami tidak terkejut jika dakwaan ini didapati tidak berasas dan hanya cubaan pembangkang yang semakin terhimpit untuk mengelirukan rakyat dengan permainan politik mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau juga menyifatkan dakwaan tersebut sebagai usaha untuk menutup pergolakan dalaman parti itu.

“Saya tidak hairan jika pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan Umno,” katanya.
Faekah nafi beri 'surat sokongan'
Wartawan Sinar Harian
23 Jun 2012
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
SHAH ALAM - Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menafikan dakwaan sebuah blog bahawa beliau memberi surat sokongan kepada Firma Guaman untuk dilantik ke panel guaman syarikat milik kerajaan (GLC).

Beliau berkata, mengikut amalan biasa surat berkenaan akan dihantar kepada beliau dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, manakala tugas beliau hanya menerima dan menyerahkannya kepada GLC.

Menurutnya, walaupun beliau menandatangani surat berkenaan, namun ia tidak bermaksud salah guna kuasa berlaku kerana beliau tidak memberi projek kepada firma berkenaan.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa firma guaman tersebut adalah milik anak saudaranya.

"Selain surat tersebut, saya turut menandatangani beberapa surat lain daripada pelbagai firma guaman lain yang meminta perkara sama," katanya menerusi kiriman SMS, semalam.

Faekah berkata, pihak media wajar menghubungi sendiri GLC dan firma berkenaan, bagi memastikan sama ada wujud pemberian projek seperti didakwa.

Kelmarin, Sebuah blog pro Barisan Nasional (BN) mendakwa Faekah terlibat dalam salah guna, menerusi kiriman surat di antara beliau dengan sebuah firma guaman yang didakwa milik saudaranya.

Dalam blog sel13.com, turut menyertakan dua surat dari firma guaman dan Faekah yang menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor.
Manifesto: Pakatan tolak kaedah rakaman
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
23 Jun 2012
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagaimana diumumkan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
Katanya, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya.
Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
MB: Isu surat sokongan Faekah tidak benar
RISWANDI RAZAK
23 Jun 2012
MB: Isu surat sokongan Faekah tidak benar
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Setiausaha Politiknya, Faekah Husin tidak menyalah guna kuasa seperti didakwa sebuah blog, antaranya mengeluarkan surat sokongan kurniaan projek.

Beliau berkata, isu surat sokongan tidak timbul kerana Faekah hanya menerima surat permohonan dan bukannya memberi projek.

Menurutnya, beliau sendiri tidak pernah membuat surat sokongan untuk memberi sesebuah syarikat projek Kerajaan Negeri, sebaliknya hanya memanjangkan surat permohonan yang diterima kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

"Isu ini sudah dijelaskan (Faekah) sebelum ini, oleh yang demikian isu surat sokongan ini tidak timbul," katanya ketika ditemui media, hari ini.

Faekah menafikan dakwaan sebuah blog bahawa beliau memberi surat sokongan kepada Firma Guaman untuk dilantik ke panel guaman GLC.

Beliau berkata, mengikut amalan biasa surat berkenaan akan dihantar kepada beliau dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala tugas beliau hanya menerima dan menyerahkannya kepada GLC.

Menurutnya, walaupun beliau menandatangani surat berkenaan, namun ia tidak bermaksud salah guna kuasa berlaku kerana beliau tidak memberi projek kepada firma berkenaan.
Azmin: 'Saya sokong Khalid'
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
23 Jun 2012
Azmin Ali
Azmin melepaskan kenderaan ketika melancarkan Sismep 3.0 dan Pengagihan Bahan Kempen PRU13 di Pusat Dagangan Kelantan, semalam.
KOTA BHARU - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti mana dibangkitkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Khalid yang dilihat menunjukkan prestasi baik.

“Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat.

Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

“Saya juga tidak tahu wujudnya Kelab Azmin Ali.

Yang saya tahu ada parti PKR sahaja. Di sini yang saya tahu, saya akan terus menjalankan kerja-kerja saya,” katanya kepada media selepas melancarkan Sismep 3.0 dan Pengagihan Bahan Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), di Pusat Dagangan Kelantan, semalam.

Azmin menyifatkan isu itu sengaja dimainkan Umno dan menganggap parti tersebut terdesak kerana cuba melagakannya dengan Abdul Khalid menerusi akhbar sejak empat tahun lalu.

“Umno cuba dan mereka gagal sehingga kini dan saya ucapkan good luck kepada mereka (Umno). Saya akan terus menumpukan usaha saya bersama Tan Sri Abdul Khalid bagi memantapkan jentera parti dan juga kerajaan menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan Rafizi meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Azmin berkata, ia adalah perkara biasa.

Azmin berkata, isu itu tidak perlu dimanipulasikan kerana Rafizi berbuat demikian untuk memberi fokus kepada perjuangan parti menjelang PRU13.

“Beliau mempunyai tanggungjawab yang cukup besar menjelang pilihan raya akan datang kerana PKR dan Pakatan Rakyat (PR) membawa satu pendekatan baru iaitu kita nak bawa culture of hope, kita nak bawa harapan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Rafizi tidak perlu dibebankan dengan kerja di peringkat negeri kerana peranan Rafizi yang penting adalah melonjakkan sokongan rakyat terhadap PKR pada PRU13.

“Beliau bertanggungjawab untuk menyediakan manifesto, risalah, jadi kita merasakan beliau tidak harus dibebankan dengan tanggungjawab di peringkat negeri,” katanya.

Azmin menyifatkan Rafizi sebagai ikon kepada anak muda kerana mempunyai potensi untuk memimpin parti dan kerajaan akan datang serta menjadi aset kepada PKR.

“Beliau menjadi aset kepada kita dan kita tidak mahu korbankan potensi beliau dengan melibatkannya kepada perkara yang tidak diperlukan sekarang,” katanya.
PRU genap mandat: BN perlu majoriti 2/3 pinda Perlembagaan
ROHANA ISMAIL
23 Jun 2012
PRU genap mandat: BN perlu majoriti 2/3 pinda Perlembagaan
Mohamed Nazri menandatangani plat sebagai gimik perasmian menara loceng di Wat Machimmaram Kampung Jubakar.
TUMPAT – Cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas cukup tempoh mandat lima tahun belum dapat dibawa ke Parlimen memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, sekiranya cadangan itu ingin dilaksanakan kerajaan perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada cadangan untuk meminda Perlembagaan, lebih-lebih lagi kerajaan memerlukan dua pertiga untuk memindanya,” katanya sempena majlis perasmian menara loceng di Wat Machimmaram di Kampung Jubakar di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan Presiden Persatuan Siam Malaysia, Siri Nengbuah.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Nazri mengenai isu tersebut sebelum ini hanya mendapat peribadi.

Bagaimanapun katanya, perkara itu boleh diikuti sekiranya Perlembagaan dipinda.

Nazri berkata, pilihan raya umum selepas cukup tempoh sesuai dilaksanakan kerana ia tidak akan berlaku spekulasi bila pilihan raya akan diadakan.

“Cuma apa yang kita bimbangkan jika usul untuk adakan pilihan raya umum selepas cukup tempoh mandat ini ditolak pembangkang. Bila ditolak orang kampung bukannya tahu, apa yang diketahui mereka usul kerajaan kalah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bukan satu perkara yang luar biasa sekiranya diamalkan pilihan raya bila-bila masa kerana negara jajahan British juga mengamalkannya.

“Hari ini sistem negara kita mengikut Westminster iaitu sistem parlimen kerajaan demokratik model Kerajaan British, iaitu Parlimen United Kingdom,” katanya.

Tiada ulasan: