Khamis, 14 Jun 2012

BILA NAK BERIBADAH JADIKAN PERNIAGAAN...SISTEM MONOPOLI HARAM DALAM ISLAM...JANGAN CAKAP BAB AGAMA KALAU BUKAN BIDANG KITA...BILA CAKAP NAMPAK JAHIL..KALAU TAK TAHU LEBIH BAIK DIAM...KONON MACAM BIJAK AGAMA...SATU KETIKA BERADA DIMAJLIS MUNGKAR@MAKSIAT ATAU PENGANJUR MAJLIS YANG ADA MAKSIAT@MUNGKAR....

Jamil Khir: Tangguh haji perlu alasan kukuh
Wartawan Sinar Harian
14 Jun 2012
Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hanya dengan alasan yang kukuh dan munasabah saja seseorang jemaah dibenarkan untuk menangguh panggilan haji dan diberi peluang menunaikan ibadah itu pada tahun berikutnya.

Beliau berkata, lazimnya Tabung Haji (TH) dimaklumkan bahawa seseorang jemaah itu menunda, menangguh atau membatalkan pemergian mereka untuk menunaikan haji kerana alasan sakit, kematian dan hal keluarga yang tidak dapat dielakkan.

"Kalau dia tolak sebab sakit, yang ini kita akan beri keutamaan kepada dia pada tahun akan datang... tapi tidak semestinya wajib terpilih... kadang-kadang dia senyap.

"Banyak perkara, bukan kerana sakit sahaja... kadang-kadang suami (bakal jemaah) mati, isteri tidak mahu pergi... rombongan batal sebab ada jemaah meninggal, batal macam itu sahaja.

"Ada juga tahun itu tiba-tiba anak kena masuk peperiksaan, masuk kerja, dia tarik diri... kepelbagaian tarik diri banyak," katanya dipetik Bernama.

Tiga hari lepas Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta semua anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum itu.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu disokong Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerana menurutnya, berdasarkan hukum, haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan  seperti mana solat.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata penerbangan pertama ke tanah suci Makkah dijangka berlepas pada 17 September depan dan penerbangan pulang terakhir ke negara pada 30 November.

Terdahulu beliau mengadakan majlis lawatan kerja dan dialog bersama-sama anggota TH. engenai sesi dialog tertutup yang dihadirinya itu, menteri itu berkata sesi tersebut lebih kepada penjelasan terhadap polisi kerajaan dan  pendirian kerajaan dalam menangani hal-hal negatif.

Kata beliau, sesi tersebut sebahagian dari lawatannya ke agensi di bawah kementerian berkenaan. 

Ia memberi peluang kepada peserta dialog untuk bertukar-tukar pandangan mengenai masalah dan isu di jabatan atau agensi mereka.
Zahid: Tanggung sendiri risiko tolak tawaran tunai haji
Wartawan Sinar Harian
14 Jun 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - "Tanggunglah risiko jika terpaksa menunggu lama selepas ini." Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada jemaah haji yang menolak tawaran ke Makkah semata-mata kerana mahu  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Zahid berkata, jemaah haji tahun ini yang menolak tawaran ada kemungkinan tidak akan mendapat tawaran untuk menunaikan haji semula pada tahun hadapan kerana kuota   haji telah ditetapkan setiap tahun dan mereka yang menolak perlu menunggu giliran seterusnya.

Dalam keadaan itu, katanya, jika terpaksa menunggu lama, mereka tidak boleh menyalahkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mahupun kerajaan kerana apa yang berlaku adalah kehendak mereka sendiri.

“Individu yang mendaftar tahun ini akan mengerjakan haji pada 2030. Yang mendapat tawaran tahun ini tetapi menolak jangan anggap mereka boleh pergi pada tahun hadapan," katanya.

"Peringatan saya, jangan utamakan politik untuk ketepikan agama dan jangan bercakap soal hukum sahaja dengan mengatakan haji boleh ditangguhkan jika dalam keadaan darurat,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin meminta penyokong parti itu supaya menangguhkan haji tahun ini supaya  ereka tidak ketinggalan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka akan serentak dengan musim haji.

Zahid turut membidas tindakan pembangkang yang mengaitkan situasi politik dan pilihan raya sebagai darurat sehingga sanggup menangguhkan fardu haji.

"Pembangkanglah yang semakin darurat dari segi politik kerana takut hilang undi dan sanggup menyarankan ahli mereka menangguhkan haji.

"Lihatlah dan rujuklah kepada al-Quran,  hadis termasuk alim ulama dalam perkara sebegini. Berikanlah keutamaan dalam hal-hal agama.

“Politik itu adalah sandaran kuatkan agama dan bukan menggunakan agama untuk kuatkan politik,” katanya.
MB Kedah: Ahli Pas boleh tunai haji, calon tunggu
ROSNANI SAAD
13 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
ALOR SETAR - Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Menurutnya, jika benar PRU13 bakal diadakan ketika musim haji, terpulang kepada ahli sama ada mahu  meneruskan niat itu atau menangguhkannya.

"Pi banyak orang pun tak apa, tak jejas (persediaan pilihan raya), ada ramai lagi, yang tu yang nak mengundi nanti, setakat dua org pi, nak heran apa.

"(Jika ada ahli yang ingin tangguh ibadat haji) itu ikut suka dia, dalam Islam, yang nak pi haji kena ada berkemampuan dan berkeupayaan, keupayaan ini termasuklah jalan selamat, duit cukup, badan sihat, ada orang jaga anak di rumah, bila semua dah 'clear', tidak ganggu (ibadat), baru boleh pi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azizan berkata, tiada keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berhubung isu penangguhan ahli daripada menunaikan ibadat haji seperti yang didakwa diperkatakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya baru balik dari Kuala Lumpur, mesyuarat AJK Pas pusat, tidak pernah buat keputusan pun, mungkin dia (Tuan Ibrahim) cakap atas kapasiti ketua penerangan, kita tidak tahu.

"Saya tidak mahu kata apa-apa, tidak diputuskan apa-apa, saya tidak dengar (sendiri), takut dia (Tuan Ibrahim) cakap lagu (macam) lain, orang tulis lagu lain, adakah dia maksudkan pengundi, calon atau orang yang sudah pi tetapi nak pi lagi," katanya.

Ketua Penerangan Pas itu didakwa mengeluarkan kenyataan meminta semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguhkan ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Malah, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kemudiannya menjelaskan bahawa penangguhan itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu.
Fatmi: Tindakan Pas tangguh haji keterlaluan

13 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KOTA BAHARU - Tindakan PAS yang meminta anggota parti itu menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 adalah keterlaluan, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
 
Mohd Fatmi berkata beliau yakin sebahagian besar anggota PAS tidak bersetuju dengan cadangan pemimpin mereka itu kerana menunaikan ibadah itu adalah lebih penting dari segala-galanya.
 
"Janganlah kerana politik kita menyekat seseorang mahu menunaikan ibadah haji. Itu sangat keterlaluan. Bagaimana mungkin PAS mengetahui pilihan raya diadakan pada musim haji.
 
"Ini perkara sensitif. Ke Mekah menunaikan haji ini adalah jemputan Allah SWT. Bukan boleh ditangguh sesuka hati atas perkara yang kita sendiri tidak tahu akan berlaku seperti pilihan raya itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama NGO Cina di sini, hari ini.
 
Dua hari lepas Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta semua anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum itu.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu disokong Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerana menurutnya, berdasarkan hukum, haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.
 
Mohd Fatmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah seorang pemimpin yang tidak faham mengenai kehendak agama yang tidak memikirkan soal beribadat dalam menentukan tarikh mengadakan pilihan raya.
 
Sementara itu, Fatmi berkata sokongan masyarakat Cina di Kelantan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat terutama selepas perhimpunan haram Bersih baru-baru ini. - Bernama
Tindakan Pas minta anggota tangguh haji demi pilihan raya diselar

12 Jun 2012
Ahmad Maslan
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Tindakan PAS meminta anggota-anggotanya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum ke-13 supaya menangguhkan ibadah haji, dianggap tidak wajar apabila meletakkan kepentingan parti melebihi kehendak agama.

Berikutan itu, PAS diminta memohon maaf di atas keterlanjuran mengeluarkan arahan sedemikian.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata beliau kesal dengan kenyataan PAS kerana sebagai parti Islam, ia meletakkan pilihan raya lebih penting daripada ibadah haji yang merupakan Rukun Islam kelima.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya, tapi dia sudah buat spekulasi sebegitu.

Kita tidak boleh letak parti lebih dari agama.

"Jangan anggap parti ini agama. Itu perkara yang tidak betul. Tanyalah ulama mana sekali pun," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyebut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta angggotanya menangguhkan ibadah haji kerana parti itu menjangka pilihan raya umum diadakan pada musim haji antara September dan Oktober.

Tuan Ibrahim, yang membuat kenyataan itu menerusi portal rasmi kerajaan Selangor, berkata penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya umum.

Ahmad berkata Tuan Ibrahim sepatutnya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu, yang menunjukkan PAS menjunjung pilihan raya melebihi agama.

Sementara itu,  Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai berkata bagi umat Islam, ibadah haji adalah jauh lebih penting daripada politik dan kenyataan itu tidak harus dibuat.

"Hampir 900,000 yang mendaftar (dengan Lembaga Tabung Haji). Ikut senarai menunggu, hampir 20 hingga 30 tahun baru boleh pergi (menunaikan haji).

"Kalau dapat peluang pergi kali ini, tapi tidak pergi, tidak tahu bila lagi boleh pergi...itu pun bergantung kepada faktor umur dan keadaan kesihatan...sebaik-baiknya janganlah dihalang pergi (menunaikan haji)," katanya.

Turut mengecam kenyataan PAS itu ialah Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip yang mencabar Tuan Ibrahim supaya menunjukkan bukti dalil, hadis atau ayat Al-Quran bagi menyokong kenyataannya itu.

"Saya selar sikap beliau yang mempersendakan rukun Islam. Ini jelas menunjukkan PAS sangat terdesak (untuk menghadapi pilihan raya)," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: