Khamis, 28 Jun 2012

TIADA PAKSAAN...SATU SUNNAH..MAKA MEREKA NAK MENGAMALNYA...MUNGKIN BOLEH MENOLONG DIAKHIRAT KELAK....MENGIKUTNYA....ITU TANDA KECINTAAN KITA KEPADA BAGINDA SAW...SELAIN SELAWAT DLL...KEMAMPUAN KITA NI BERBEZA2...

MP Umno tarik balik kenyataan 'gantung' Ambiga

  • Hazlan Zakaria
  • 4:06PM Jun 28 2012
Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Mohamad berbuat demikian selepas diarahkan Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar menarik balik kenyataannya itu.
Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta meminta Wan Junaidi memutuskan tindakan terhadap Mohamad berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya sebagai tidak wajar.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 bagi Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lepas (26 Jun), Mohamad mengemukakan pertanyaan berbunyi 'Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia?'. Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Wan Junaidi dalam keputusannya berkata dalam isu itu Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan kerana kenyataan yang dibuat adalah berlandaskan persoalan.
   
"Kenyataan itu berlandaskan persoalan...jadi ia bukan satu kesalahan. Sri Gading (Mohamad) tanya boleh atau tidak.
   
"Yang Al-Maunah sudah dihukum di mahkamah, yang ini (Ambiga) dia (Mohamad) tanya boleh ke tidak. Sama ada menteri buat jawapan atau tidak, itu persoalan lain," kata Wan Junaidi yang turut meminta keputusannya tidak dipolitikkan.

Mohamad ketika bangun mempertahankan dirinya sempat menyelar Lim yang juga setiausaha agung DAP kerana dianggap sengaja membangkitkan isu itu atas kepentingan politik demi menarik sokongan masyarakat India.

Beliau turut membidas Lim yang disifatkan telah memutar-belitkan isu itu bertujuan melaga-lagakan beliau dengan masyarakat India serta memburuk-burukkan nama Barisan Nasional (BN).

"Dalam kes Ambiga ini terang-terang DAP gunakannya sebagai isu perkauman. Saya tidak terniat perkauman, saya tak sebut India, Hindu, saya sebut demi keselamatan negara.
   
"Tetapi DAP yang sudah ketandusan sokongan orang India cuba hendak kaitkan isu ini untuk politik kepentingan mereka, supaya mereka ini benci BN, ini sahaja masalahnya," katanya yang mengaitkan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang disifatkan telah menyebabkan DAP kehilangan sokongan kaum India.
   
Lim yang dilihat meninggalkan dewan persidangan sebaik Mohamad selesai memberikan penjelasan terus diselar beberapa anggota Parlimen BN termasuk Datuk Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang melabelkan parti pembangkang, khususnya DAP sebagai "hipokrit" dan "Raja Penghasut".
Faekah: MB Selangor masih percayakan saya

  • Ahmad Fadli KC
  • 2:56PM Jun 28 2012
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin menegaskan Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi memberikannya kepercayaan kepadanya menjalankan tugas-tugasnya.

NONE"Saya bertemu MB semalam dan soal penamatan tugas (saya) langsung tidak disebutkan.

"Malah, saya diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab," kata Faekah kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik portal pro-Umno AgendaDaily bahawa bahawa Faekah dijangka meletak jawatan pada Jumaat (esok).

Semakan Malaysiakini di laman AgendaDaily bagaimanapun mendapati tiada artikel berkaitan dakwaan itu dimuatkan. Difahamkan khabar angin itu hanya perbincangan 'BBM Group' di kalangan wartawan.

Manakala NST dalam laporannya menyebut, khabar angin itu antaranya mendakwa terdapat exco kerajaan Selangor dalam mesyuarat exco kelmarin menuntut Faekah berundur atas dakwaan menyalahguna kepala surat pejabat menteri besar.

Berundur selepas nasihat Wan Azizah?
Faekah dijangka meletakkan jawatan esok selepas mendapat nasihat daripada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, lapor harian berbahasa Inggeris itu lagi.

Akhbar sama bagaimanapun melaporkan exco kanan negeri Ronnie Liu sebagai menolak dakwaan itu dengan berkata ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat mereka.

Sumber pejabat menteri besar pula berkata, jika benar pun cakap-cakap itu, Khalid tidak memerlukan kelulusan daripada mesyuarat exco untuk mengeluarkan Faekah kerana ia kuasa prerogatifnya.

Menurut NST lagi, mereka tidak dapat menghubungi Faekah untuk tujuan pengesahan ketika laporan itu ditulis.

Faekah sebelum ini mendapat perhatian ramai sejak wujudnya penolakan dalaman PKR terhadap kedudukan beliau sebagai orang kanan Abdul Khalid.

Malahan, terdapat pihak yang tidak dikenali turut melancarkan kempen terhadap Faekah menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangpkr di Twitter.
Guan Eng dihujani soalan hudud dalam wacana DAP

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:19PM Jun 28 2012
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.

NONELim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

'Tak mungkin pujuk non-Muslim terima hudud'
Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan pemimpin BN.

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.

NONE"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

Sehubungan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengajak semua pihak supaya tidak terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu menonjolkan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan.

"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Lim menegaskan salah faham rakyat khususnya orang Melayu-Islam terhadap parti itu disebabkan "persepsi palsu" yang didakwanya dibentuk oleh BN.

Lim juga menafikan dakwaan DAP anti-Islam, memandangkan parti yang ditubuhkan pada 1966 itu menerima perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan.

"Ia (anti-Islam) tidak mungkin berlaku... Apa bukti DAP anti Islam? Sejak DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang, halang maulud (nabi) ka? Fitnah yang berulang-ulang mungkin akan percaya.

Pensyarah: Aktivis Islam selesa dengan DAP dari Umno


Menurut ahli parlimen Bagan itu, DAP dan PAS sebenarnya mempunyai banyak persamaan dari sudut "mahu rakyat hidup dengan bermaruah, keadilan dan kebebasan".

Dr Maszlee Malik (2)Bahkan, beliau tidak mahu perbezaan antara kedua-dua parti memecahkan Pakatan Rakyat di samping saling hormat-menghormati dan menyifatkan perbezaan pandangan merupakan satu lumrah.

Sementara itu, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik berkata, berdasarkan tinjauannya, ramai aktivis Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) "lebih selesa" dengan DAP berbanding Umno.

Beliau membangkitkan beberapa isu sebelum ini berkaitan Islam antaranya menukar cuti hari Jumaat kepada Ahad di beberapa negeri, meroboh surau dan isu memecat mufti.

"Adakah DAP Pulau Pinang yang buat? Siapa yang anti-Islam?" soal Dr Maszlee yang diiringi jawapan "Umno" dari kira-kira 150 hadirin.

"Ini persepsi.... Persepsi selalu bersalahan dengan fakta. (Jadi) lihat fakta," katanya.

Di samping itu, Dr Maslee juga berkata beliau pelik, mengapa MCA tidak dikatakan sebagai anti-Islam sedangkan pemimpinnya didakwa menghina hudud, haji dan wanita bersalaman dengan lelaki.
PKR persoal kaitan Awang Adek dengan ahli perniagaan ketika di BNM
6:57PM Jun 28 2012
PKR menuntut Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menjelaskan hubungannya dengan pemilik syarikat penerima kontrak mencetak 100 juta keping wang kertas RM2.00 dari Bank Negara Malaysia (BNM) sewaktu beliau menjadi penolong gabenor bank pusat itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keraguan itu timbul ekoran dakwaan terdapat beberapa transaksi kewangan kedua-dua pihak, termasuk penjualan rumah Dr Awang Adek di Kuala Lumpur dengan harga RM550,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mendakwa ahli perniagaan itu secara tidak langsung membayar penerbangan Dr Awang Adek antara Jun hingga Julai 1999.

Selain itu, Saifuddin juga menggesa Dr Awang Adek mengesahkan atau menafikan kesahihan dakwaan-dakwaan seperti berikut:

(1) Isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi ahli perniagaan itu, yang kemudiannya membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,122.

(2) Ahli pernigaan itu membuat sumbangan kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Dr Awang Adek.

Saifuddin mendakwa kesemua transaksi itu didakwa dilakukan Dr Awang Adek semasa bertugas sebagai penolong gabenor BNM antara 1996 hingga 2001.

"Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas penolong gabenor BNM dengan syarikat yang memperoleh kontrak jutaan RM dari BNM," dakwa Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin berkata, pihaknya memberikan tiga minggu kepada pemimpin BN itu untuk menjelaskan sebelum PKR terus mendedahkan dakwaan seumpamanya, yang didakwa masih banyak.
Sebelum ini timbalan menteri kewangan itu telah mencabar kerajaan negeri Kelantan dengan memberinya tempoh tiga minggu untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam isu Dinar.
Malaysiakini sudah cuba menghubungi Dr Awang Adek untuk mendapatkan komennya. Bagaimanapun tiada jawapan setakat ini.
'Rasuah membarah zaman Najib, berbeza dengan Razak'

  • Fathi Aris Omar & Jimadie Shah Othman
  • 9:30AM Jun 28 2012
WAWANCARA Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat masih dibelenggu masalah rasuah di kalangan pemimpin Umno, berbeza dengan pentadbiran bapanya Tun Razak Hussein sekitar 1970-an.

Sarjana kontroversi Melayu Dr Kassim Ahmad berkata, rasuah di kalangan pemimpin Umno yang bermula di zaman perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membarah ekoran tiada tindakan tegas membendungnya.

NONE"Mungkin terlampau ramai (terlibat). Jadi kalau diambil tindakan tegas, semua (pemimpin) sekali habis. Jadi dia (Najib) tidak berani. Ini masalah besarlah," kata bekas tokoh gerakan kiri yang menyertai Umno sehingga 1995.

Ketika diwawancara Malaysiakini di rumahnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim juga berkata, selain kekuatanya yang sering turun padang, pentadbiran Najib juga mengalami masalah keberkesanan fungsi sektor awam yang didakwanya "berat di atas".

"Perkhidmatan awam 1.4 juta (kakitangan), saya tak fikir demikian banyak kita perlu," katanya sambil berkata kira-kira 25 peratus tenaga kerja patut disalurkan ke bidang kritikal lain seperti pertanian.

azlan"Kerap pejabat kerajaan berat ke atas. (Ada) pengarah, timbalan ketua pengarah, pengarah kanan, pengarah kiri, top heavy. Kita boleh buang sebahagian daripada itu, kita boleh kurangkan pembaziran."

Ditanya tentang serangan persepsi terhadap Najib dan anggota keluarganya, Dr Kassim bagaimanapun melihat asakan pembangkang dalam hal itu tidak akan berjaya kerana ia bersandarkan "fitnah" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau kita bersandar kepada (isu) Altantuya (Shaariibuu), ini berdasarkan (tuduhan) Anwar sendiri. Kalau ikut Najib sendiri, dia dah sumpah di masjid lama dah," kata Dr Kassim lagi.

PAS apa ada?
Bagaimanapun, menurut Dr Kassim, ini diimbangi dengan kelebihannya memperkenalkan pelbagai program tranformasi, termasuk mensasarkan Malaysia sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020, menyelaraskan pembangunan luar bandar dan mempelopori gerakan wasatiah.

azlanDitanya sama ada semua kelemahan itu membolehkan Umno dan BN kehilangan Putrajaya dalam pilihan raya umum depan, Dr Kassim berkata, perkara itu mungkin tidak berlaku ekoran pembangkang juga tidak kuat.

"Dia (BN) dah ditumbangkan dalam beberapa negeri. Di Kelantan pun berapa lama. (Tetapi) PAS itu apa ada? Bukan ada apa sebab Melayu fanatik pada ulama. Feudal ulama ini dua kali lima," katanya.

Bagaimanapun, katanya. sekiranya pembangkang masih mempunyai seorang pemimpin hebat seperti pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam, hasrat mereka itu tidak mustahil boleh menjadi kenyataan.

tunku abdul rahman 290809Menyentuh pentadbiran Razak, selain memastikan amalan rasuah tidak berlaku, Dr Kassim menyifatkan "bapa pembangunan" itu sebagai perdana menteri terbaik ekoran langkahnya melaksanakan banyak perubahan dasar.

"Kudeta pada (perdana menteri pertama) Tunku (Abdul Rahman) dan perubahan banyak dasar," kata Dr Kassim ringkas ketika ditanya apa lagi jasa-jasa Razak kepada negara ini.

Dalam perjalanan politik Dr Kassim, faktor Tunku (kanan) memainkan peranan besar apabila berjaya membuatkannya pulang daripada mengajar di Universiti London bagi mengambil alih Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) daripada Ahmad Boestamam.

"Marah pada Tunku saya balik buat PSRM, ambil alih dari Boestamam," katanya kepada Malaysiakini lagi.

Menangis untuk Razak
Namun, kemarahan pada kerajaan itu mengendur apabila Razak (bawah) dengan keterbukaannya yang cuba membawa masuk PSRM sebagai parti kompononen BN.

Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya apabila hasrat itu gagal disampaikan kepada Dr Kassim.

"Malangnya, Tun Abdul Razak meninggal dunia awal di London, kerana penyakit leukemia.

NONE"Apabila saya mendengar berita ini, air mata saya tiba-tiba saja mengalir!" catatnya dalam memoir Mencari Jalan Pulang.

Sementara itu, bercakap tentang dua lagi bekas perdana menteri, Dr Kassim beranggapan kepimpinan Dr Mahathir walaupun dikritik hebat tetapi masih mempunyai lebih kebaikan daripada keburukan.

"Takkkanlah dengan 30 peratus keburukan berbanding 70 peratus kebaikan kita hendak salahkan Mahathir," katanya yang menyerahkan sendiri borang Umno kepada Dr Mahathir pada tahun buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semula diterbitkan.

Harapan Umno pada KJ, Saifuddin

Beliau juga berkata kelebihan perdana menteri paling lama yang "pragmatik" itu apabila mudah dibawa berbincang dan mempunyai pemikiran terbuka, walaupun terhadap musuh.

"Tengoklah dalam buku dia (autobiografi) Doctor in the House, masa depa nak buat itu, Anwar dok tepi dia, sambil dok bincang pasal Anwar. Begitu punya demokratik," kata Dr Kassim mengimbas kembali pemecatan Anwar pada 1998 oleh Dr Mahathir.

NONEManakala Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, pula dianggapnya paling lemah, tidak mempunyai watak atau idea yang tegas.

"Pak Lah ini orang tangkap gambar dia kebanyakannya dia sedang tidur semasa bermesyuarat," katanya.

Bagaimanapun, di sebalik semua kelemahan pemimpin Umno itu, Dr Kassim melihat masih terdapat tokoh-tokoh baru yang masih boleh menyelamatkan parti it.

Antara mereka, katanya, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar atas, Khairy sebelah kiri).

"Tapi mereka harus belajar lagi. Mereka muda lagi. Mereka perlu sekurang-kurangnya sepuluh tahun lagi hendak sampai ke situ," katanya.

Dengan syarat, kata Dr Kassim lagi, ahli Umno perlu dikursuskan berhubung patriotisme Melayu dalam konteks patriotisme Malaysia, sejarah negara ini dan falsafah berdasarkan al-Quran.

Esok: Sikap Kassim terhadap Anwar, Nik Aziz

Bahagian I: Kassim Ahmad: Tarik larangan buku 'anti-Hadis'
Bahagian II: Idea kritik hadis tersebar di kalangan ahli politik



Pelakon Hairie Othman masuk PAS
4:56PM Jun 28 2012
Pelakon terkenal Hairie Othman akan menyertai PAS dan akan menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada mursyidul am parti Datuk Nik Aziz Nik Mat esok, kata Pemuda PAS Johor.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan borang oleh hero filem Leftenan Adnan itu akan diadakan di Kempas, Johor Bahru dalam Himpunan Hijau PAS peringkat negeri.

NONE"Pemuda PAS Johor mengharapkan kehadiran Sdr Hairie ke bumi Kempas akan membuka cahaya kepada artis-artis yang lahir atau dibesarkan atau mempunyai keluarga di bumi Kempas dan sekitarnya untuk bersama dengan perjuangan Islam PAS," katanya.

Menurut Suhaizan, bumi Kempas dan sekitarnya menyaksikan kelahiran banyak artis popular seperti pelawak Azli Senario, pemuzik Man Kidal, pengacara Linda Onn dan pelakon Faizal Hussin.

Sementara itu, menurut Suhaizan, Himpunan Hijau peringkat negeri Johor akan diisi dengan program ceramah serta jamuan bersama Nik Aziz dan masyarakat bukan Melayu.

Kebanyakan pimpinan tertinggi parti itu dijadual hadir. Jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada 10,000 orang termasuk anak muda.

"Kahadiran Sdr Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini," katanya.
Perjuangan Islam bukan paksaan berjubah Arab

  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 1:19PM Jun 22 2012
ULASAN Kita walaupun semuanya manusia, tetapi tidak sama di sudut latar budaya dan iklim yang kita hidup ataupun membesar.

Tempat, negeri, budaya, bahasa, taraf hidup, persekitaran dan seumpamanya mempengaruhi pembentukan minda, sikap, kefahaman dan juga penilaian terhadap sesuatu.

Setiap kita mempunyai latar budaya dan adat yang berbeza. Islam tidak pernah memprogramkan manusia untuk memiliki hanya satu adat dan budaya sahaja dengan menghapuskan adat dan budaya yang lain.

Islam tidak pernah menyatakan bahawa semua bangsa hendaklah menghapuskan budaya mereka dan bersatu dengan budaya Arab. Sama sekali tidak!

Bahkan Allah yang menciptakan manusia Maha Mengetahui hakikat ini dan mengakuinya.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya." (Surah al-Hujurat: 13)

Ayat ini menyeru manusia atas nama manusia, bukan bangsa tertentu. Kemudian mengakui kewujudan pelbagai bangsa dan suku kaum.

Tujuannya agar kenal-mengenal dan mempelajari sesuatu yang baik antara satu sama lain. Kelebihan tidak balik kepada jenis bangsa, tetapi kepada takwa. Inilah Islam.
Budaya diiktiraf
Islam tidak menghapuskan adat dan budaya kaum yang tidak bercanggah prinsip-prinsip yang Allah mahu dalam kehidupan manusia. Adat dan budaya yang tidak membawa kepada kesyirikan, kezaliman, kekejian, bidaah, pendustaan, khurafat dan keruntuhan maruah tidak ditentang oleh Islam.

Tidak penting adat itu berasal dari mana kaum sekalipun. Setiap kaum boleh mengekalkan adat dan budaya baik yang ada pada mereka. Bukan perjuangan Islam memaksa adat Arab ke atas bangsa lain. Begitulah juga sebaliknya.

Maka bukanlah perjuangan Islam itu memaksa bangsa lain berjubah dan berserban Arab. Tidak juga memaksa mereka memakan masakan Arab ataupun menggunakan ubatan Arab seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.

Bahkan Arab itu sendiri mempunyai perbezaan budaya dan adat disebabkan perbezaan kabilah dan tempat. Mereka yang hidup Syam umpamanya, tidak sama dalam banyak aspek dengan mereka yang hidup di Hijaz. Begitulah seterusnya.

Sebab itu Ibn Taimiyyah (w 728H) apabila menyebut tentang pakaian dan makanan yang mengikut sunah menyebut:

"Maka, bererti sunah Rasulullah SAW dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri." (Ibn Taimiyyah, Majmu'ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).

Nabi SAW tidak diutuskan untuk memperkenalkan design atau pun jenis pakaian, kasut, ubat, makanan yang berteras budaya kaum tertentu. Sebaliknya tugasan baginda menegakkan nilai-nilai yang mulia dan baik yang bersifat sejagat dalam kehidupan manusia.

Manusia mungkin mempunyai bahasa yang sama, tetapi maksudnya berbeza. Tuak di negeri-negeri Utara Malaysia memabukkan dan haram. Namun ‘tuak' di Kelantan tidak memabukkan kerana ia merujuk kepada air nira. Maka tidak haram.

Tentu sekali mengajak orang minum tuak di utara satu kesalahan, tetapi tidak di Kelantan. Memakai kain batik di Terengganu dan Jawa tidak dianggap menyerupai perempuan. Namun dianggap menyerupai perempuan di negeri-negeri Utara Malaysia.

Anda tidak wajar memakainya ke masjid dan majlis orang ramai. Di Scotland, lelakinya memakai skirt (kilt) yang dianggap macam pakaian wanita di tempat lain. Lelaki Melayu memakai sampin dan baju Melayu yang berwarna lembut.

Pakaian Melayu itu pada pandangan masyarakat lain bercirikan wanita dan tidak ‘cukup kelakiannya'. Namun tidak pada pandangan orang Melayu. Ia bergaya dan sangat lelaki.
Maka dalam memahami dan berdalilkan hadis Nabi SAW yang melarang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki itu hendaklah juga difahami budaya dan adat setiap kaum.

Tidak boleh dihukum menyerupai wanita atau lelaki melainkan setelah difahami latar budaya sesuatu kaum. Saya teringat ada ‘ustaz' Arab dari negara tertentu yang mempertikaikan wanita Muslimah Malaysia memakai baju berwarna.

Katanya, wanita hendaklah memakai baju berwarna hitam. Dia mungkin melihat Islam itu menerusi jendela budaya Arab di negaranya lalu dia ingin supaya budaya Arab itu dijadikan kewajipan ke atas bangsa lain.

Saya kata kepadanya, itu budaya kamu, bukan penegasan Islam.

Kata Aishah bint Sa'd:"Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu'asfar (berwarna merah)." (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).

Ertinya isteri-isteri Nabi SAW pun memakai pakaian berwarna. Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463):

"Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu'asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah." (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).
Fahami 'uruf'
Memahami latar kaum sebelum mengeluarkan pandangan hukum amatlah penting. Jangan hanya kerana sesuatu itu disebut dalam sesebuah kitab yang ditulis oleh pengarang yang mempunyai latar adat ataupun budaya tertentu lalu kita hukum perkara yang berkaitan budaya tersebut kepada kaum lain.

International Islamic Fiqh Academy dalam sidang ke-5 pada 10-15 Disember 1988 mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung dengan memahami ‘uruf (latar adat) sesebuah masyarakat dalam sesuatu fatwa.

Antaranya disebut: "Tidak boleh bagi seorang faqih (ahli fekah) - sama ada dia mufti ataupun kadi- jumud - apabila memetik pandangan dari kitab-kitab fuqaha (sarjana fekah) tanpa meraikan (mengambil kira) perubahan uruf."

Banyak dalil-dalil agama yang perlaksanaannya hendaklah dilihat kepada latar mereka yang terlibat. Umpamanya, Nabi SAW mengizinkan isteri mengambil tanpa kebenaran harta suami yang enggan mengeluarkan belanja untuk keluarganya.

Ini berdasarkan keizinanan yang baginda sebut kepada Hind isteri Abu Sufyan.

Sabda Nabi SAW kepadanya: "Ambillah apa yang mencukupi untuk engkau dan anak-anakmu." (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini dijadikan asas dalam masalah ini. Ertinya seseorang isteri yang bersuami kedekut boleh mengambil hartanya tanpa izin untuk belanja keluarganya dengan kadar yang memadai. Namun kadar yang memadai itu berbeza antara sebuah keluarga dan keluarga yang lain.

Antara tempat dan tempat yang lain. Waktu dan waktu yang berbeza. Syarak hanya menyebut garis panduan umum, latar keadaan, tempat dan masa menentukan kadar yang mencukupi itu. Di sini datangnya peranan adat dan budaya setempat dalam menentukan perkara yang seumpama itu.

Fatwa atau pandangan hukum yang jumud ialah pandangan yang tidak mengkaji perbezaan latar budaya dan adat. Fatwa-fatwa yang seperti inilah yang mengharamkan sukan, persembahan kebudayaan, seni dan lain-lain.

Fatwa yang jumud ini juga yang mengeluarkan hukum dalam buku-buku yang ditulis dalam masyarakat yang monarki untuk dilaksanakan dalam negara demokrasi.

Fatwa yang jumud yang menyamakan kerajaan Nabi Sulaiman yang menjadi raja adil pada zaman baginda dengan raja lain yang penuh dengan sikap yang buruk, samseng dan rakus. Kejumudan juga menyamakan kerajaan Firaun dengan kerajaan demokrasi yang jauh lebih baik dari Firaun.

Budaya dan adat juga dibentuk oleh teknologi dan perkembangan ketamadunan manusia. Semuanya hendaklah diambil kira. Islam tidak menentang apa yang tidak menyanggahi prinsip-prinsipnya yang luhur. Maka, fahami latar budaya dan adat, baru keluarkan hukum.

NONEPROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan: