Selasa, 26 Jun 2012

KADANG2 KITA TERSEPIT...TAPI TAK SEDAR....KITA SENDIRI BUAT JADI TERSEPIT...KIRA UNTUNG TAK KIRA PADAH KEMUDIAN HARI...SENDIRI CARI PASAL...JANGAN CUBA SALAHKAN ORANG LAIN....KADANG2 KITA PANDAI...TAPI TINDAKAN KITA MACAM ORANG BODOH...SEBAB TERLALU JELOJOH@KEMARUK SAKAN...

ANAK dakwa prospektus FGVH tipu, fail injunksi esok

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:23PM Jun 25 2012
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa prospektus Felda Global Ventures Holdings (FGVH) "menipu" kerana menyenaraikan tanah Felda di negeri Pakatan Rakyat sebagai aset bagi tujuan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, negeri Pakatan khususnya Kelantan tidak pernah menyerahkan tanah untuk proses penyenaraian dan dinyatakan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.

NONE"Kenapa (ia) ditulis dalam prospektus ini? (FGVH) mengakui tanah itu aset dia, tapi kerajaan negeri tak bagi," kata pemimpin NGO yang dekat dengan Pakatan itu.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS juga mendakwa, FGVH berbuat demikian bagi meyakinkan pelabur bahawa mereka mempunyai aset bagi tujuan penyenaraian.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Mazlan malah mendakwa kerajaan BN di Perak dan Johor juga belum menyerahkan tanah negeri kepada Felda kerana surat tuntutan berkaitan baru dihantar pada 13 Jun.

"Baru sangat, macam mana Felda Global Ventures (boleh) masukkan dalam prospektus ini. Ini satu penipuan," katanya sambil mengangkat prospektus FGVH setebal lebih 1,000 halaman itu.

Kelantan akan diminta jadi saksi kes
Menurutnya lagi, sebanyak 18,000 hektar tanah peneroka "yang belum mendapat hak milik" di Negeri Sembilan turut dimasukkan dalam prosepktus bagi tujuan penyenaraian.

NONEEkoran perkara itu, Mazlan (kanan, berbaju biru muda) berkata, beberapa peneroka akan memfailkan injuksi menghalang penyenaraian FGVH susulan daripada keadaan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi esok.

"Kita (juga) akan minta kerajaan negeri Kelantan menjadi saksi sekiranya kes ini didengari di mahkamah," tegas Mazlan yang belum mahu mendedahkan identiti pihak itu.

Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya juga akan meneruskan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan kontroversi "haram jadah" kepada peneroka Felda.

"Dia tak jawab. Kita akan teruskan sama malu dalam tempoh terdekat.

"(Jumlahnya) RM10 juta seorang," katanya sambil berkata lapan peneroka akan meneruskan tindakan undang-undang itu.
Bkt Kepong: Mat Sabu saman Utusan, lepas pengadu
6:16PM Jun 25 2012
Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, beliau akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwanya telah memfitnahnya dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

Katanya, beliau dituduh memfitnah polis Bukit Kepong bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tetapi pengadu kes Visva Nathan kemudiannya mengaku bahawa laporan yang polisnya tidak benar dan ada unsur fitnah.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 mat sabu"Akhirnya Visva Nathan yang memohon maaf kepada saya adan merayu supaya dia tidak disaman di mahkamah kerana memfitnah aku," ujar Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu (kiri).

Visva sebagai saksi pertama kes perbicaraan itu pada 11 Jun lalu mengaku di Mahkamah Sesyen Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia.

Malah Visva beberapa kali memohon maaf dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepadanya dan mengaku kini bersaudara dengan pemimpin PAS itu.

"Visva Nathan beberapa kali berkata 'we are brother (kita bersaudara), saya mohon maaf'. Saya sudah maafkan dia.

"Visva Nathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan.

"Confirm (sah) saya akan saman Utusan," tambah Mohamad disambut laungan takbir penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri di Melaka malam tadi.

Mustafa: Graf kita sedang naik
NONESementara itu, Mustafa berkata, perdana menteri tidak berani membubarkan Parlimen kerana semua laporan prestasi terkini tidak memihak kepada BN, kecuali
laporan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Katanya, walaupun pihak lain seperti polis, risikan tentera, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memberikan maklumat BN akan kalah, KEMAS menyatakan sebaliknya kerana jabatan itu "kaki bodek".

"Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu.

"Saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun," ujar Mustafa (atas).
SPR buat laporan polis dakwa fitnah disiar Harakah
8:18PM Jun 25 2012
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap badan bebas itu  yang disiarkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah (Bil.1750. 21-24 Rejab 1433/11-14 Jun 2012).
  
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Ia juga bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
  
Akhbar itu menyiarkan laporan mengenai pengakuan Zulkifli Ismail yang mendakwa satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi dan mendakwa dia pernah mengundi dua kali dalam pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.
  
Laporan itu turut memuatkan kononnya pada pilihan raya umum tahun 2008, tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain.

Zulkifli turut menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi.

Selain itu SPR juga didakwa menggunakan nama pengundi yang telah dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi.

Zulkifli juga mendakwa daripada sumber maklumat yang diperolehnya, kad pengenalan (MyKad) palsu telah dibuat di sebuah kilang di Klang, Selangor dan cip dalam pengenalan itu adalah dari China.
  
- Bernama
FGVH catat keuntungan sebelum cukai rendah RM280.8j

  • Bernama
  • 9:52PM Jun 25 2012
Felda Global Ventures Holdings Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai rendah sebanyak RM280.806 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2012, berbanding RM495.284 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
  
Pendapatan meningkat kepada RM1.719 bilion, semasa tempoh tersebut, daripada RM1.688 bilion sebelumnya.
  
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pendapatan tinggi itu adalah hasil daripada jualan minyak sawit mentah dan isirung sawit yang bertambah baik tetapi diimbangi penurunan dalam pendapatan daripada segmen hiliran.
  
Sementara itu, Felda berkata operasinya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012, dijangka dipengaruhi oleh keupayaan untuk mengekalkan bahagian pasaran, meningkatkan jualan dan pemulihan ekonomi di dalam negara dan juga global.

- Bernama
Himpunan Oren: ANAK jemput Pak Lah, Musa Hitam

  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:22PM Jun 25 2012
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menjemput beberapa tokoh yang membangunkan Felda termasuk mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai 'Himpunan Oren, Selamatkan Felda' pada 14 Julai ini.

Bahkan persatuan itu juga akan menjemput bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah supaya menyertai perhimpunan tersebut.

NONEPresiden ANAK, Mazlan Aliman (kanan, berbaju biru) berkata surat jemputan kepada semua tokoh tersebut akan dihantar dalam masa terdekat melalui serahan tangan.

Beliau mereka menjemput Abdullah kerana beliau pernah membatalkan hasrat untuk menyenaraikan Felda Holding ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) selepas mengambil alih pemerintahan dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada tahun 2004, Abdullah telah membatalkan cadangan penyenaraian. Kita memberikan penghargaan kepada Abdullah atas pendirian beliau sebagai ketua kerajaan. Kalau tidak, kita tak tahu apa akan jadi kepada Felda (waktu itu).

"Tindakan (beliau) itu sangat baik dan bertanggungjawab sebagai PM pada waktu itu untuk batalkan penyenaraian buat seketika," katanya.

'Pak Lah batalkan di peringkat akhir'
Dalam sidang media di ibu negara petang ini, Mazlan berkata jemputan itu dibuat di atas "keprihatinan" Abdullah (bawah) membatalkan penyenaraian itu.

"Belum terlambat" juga beliau memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun azak untuk menimbangkan semula berhubung penyenaraian," kata Mazlan.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaDitanya mengapa Musa dan Tengku Razaleigh dijemput, Mazlan berkata kedua-dua tokoh tersebut "berjasa" terhadap penubuhan agensi berkaitan orang Melayu seperti Felda, UDA dan MARA.

"Saya berkeyakinan mereka bersetuju dengan apa yang dilakukan. Ini bukan isu PAS, isu ANAK. Ini isu masa depan tanah orang Melayu.

"Takkan mereka nak jadi penonton sahaja, mudah-mudah sahaja tanah (orang Melayu) hendak digadai," katanya.
Mazlan yang juga pengerusi biro tanah dan Wilayah PAS berkata cadangan penyenaraian Felda Holdings itu berada di peringkat akhir sebelum dibatalkan Abdullah selepas mengambil alih tugas sebagai perdana menteri.

Mazlan berkata beliau difahamkan bekas pengerusi Felda ketika itu Tan Sri Yusuf Nor juga tidak bersetuju dengan penyenarai Felda Holdings di BSKL.

Sasar 20,000 peserta
Selain itu, Mazlan berkata, mereka juga akan menjemput tokoh seperti Datuk A Samad Said, Datuk Tamrin Ghafar mewakili arwah bapanya, Tun Ghafar Baba dan bekas pengerusi Felda Raja Alias.

Selain tokoh tersebut, Mazlan berkata beberapa lagi bekas pemimpin negeri dijemput ke perhimpunan itu antaranya bekas exco dan speaker DUN Johor Datuk Zainal Abidin Zin dan bekas exco Pahang Datuk Zainal Hassan.

azlanMazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS berkata dijangka lebih 100 NGO akan terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Antara yang turut dijemput ialah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), PPSMI, BERSIH, dan Anti-Lynas.

Perhimpunan yang mensasarkan 20,000 peserta itu akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan.

Peserta akan bergerak sekitar jam 2 petang selepas solat Zohor dan solat hajat, sebelum bergerak ke Istana Negara melalui Jalan Duta sejauh 3.8 kilometer.
MP PAS: Saya tak kata loji Lynas selamat

  • Hazlan Zakaria
  • 6:43PM Jun 25 2012
Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat berkata beliau bosan dengan tindakan penyokong operasi loji nadir bumi Lynas yang menggunakan imejnya untuk kempen berkenaan termasuk dalam kartun, lencana dan kemeja-T.

Katanya, kenyataannya berhubung operasi Lynas itu telah disalah tafsir.

"Saya cuma kata bahawa, sebagai seorang saintis nuklear, saya mendapati kadar radiasinya rendah," kata ahli Parlimen PAS itu yang merujuk kepada kenyataannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

Katanya, beliau tidak pernah mengatakan bahawa loji tersebut selamat kerana terdapat perkara lain yang perlu diambil kira, termasuk proses kimia.

Tambahnya, golongan yang menggunakan imejnya dalam bahan kempen pro-Lynas tidak mendapat kebenarannya untuk berbuat demikian.

"Jika mereka teruskan, saya mungkin saman," katanya.
Ibrahim Ali 'berbesar hati' dengan anugerah seksis

  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:49PM Jun 25 2012
Ahli Parlimen Pasir MAS Datuk Ibrahim Ali berkata beliau berbesar hati dengan anugerah yang dimenanginya Sabtu lalu dalam "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012".

Beliau dengan sinis berkata, pihak penganjur seharusnya menjemputnya menghadiri acara akan datang.

NONE"Saya sangat berbesar hati dengan anugerah yang mereka berikan kepada saya.

"Mereka tidak jemput. Mereka sepatutnya jemput saya mengadakan satu acara yang lebih besar," katanya kepada sambil ketawa ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Beliau mengulas anugerah yang diberikan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.

Dalam majlis tersebut, Ibrahim diberikan anugerah "Menghina Kebijaksanaan" atas kenyataannya pada 7 April tahun lalu bahawa "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami."

Turut memenangi anugerah pada majlis tersebut ialah Kelab Taat Suami bagi kategori "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" berhubung kenyataan pada 28 November tahun lalu yang menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah".

Dua lagi pemenang anugerah dalam majlis tersebut ialah Kerajaan Terengganu untuk kategori "Dasar Gagal" dan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang Teng Hock Nam untuk kategori "Terlajak Perahu Boleh Diundur".

Menurut penganjur, anugerah yang pertama kali diadakan itu bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia."
PKR mahu dedah pula 'skandal' projek tambahan LRT Ampang
4:59PM Jun 25 2012
PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta.

NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

"Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

public transportation 260706 star lrtShahrizat tidak dilantik semula sebagai menteri pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik ahli parlimen wanita untuk portfolio tersebut.
Mengenai dakwaan skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang, Rafizi mendakwa Najib campurtangan dalam tender terbuka untuk memastikan konsortium George Kent memenangi kontrak tersebut yang bernilai hampir satu bilion ringgit.

Beliau mendakwa, PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campurtangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau (Najib) pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

Tiada ulasan: