Rabu, 20 Jun 2012

AHLI AKADEMIK INI...TENGOK BIDANGLAH...KALAU SETAKAT SASTERA....ATAU BIDANG BAHASA MELAYU...TAK YAH DEBIK DADALAH...KADANG2 LEBIH BAIK KITA DIAM...AGAR KEBODOHAN YANG BUKAN BIDANG KITA....ORANG LAIN TAK TAHU....

Berhijrah demi masa depan negara - Dayangku Intan

Salmah Mat Husain, 20 Jun 2012
KOTA BHARU: Dayangku Intan (gambar) menyeru rakan artis terutama yang semakin meminati perjuangan Islam, membuat penghijrahan terbuka dengan tidak perlu bersembunyi di belakang lagi.

Katanya, zaman kini bukan lagi teguran atau kritikan yang perlu dibuat, sebaliknya ‘penghijrahan’ secara terbuka rakan artis demi untuk masa depan negara.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui sebentar tadi di sebuah restoran sempena program ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Jelawat, malam ini.

Beliau yang hadir bersama suami Rosman Tahil dan anggota keluarganya berkata sesuatu perubahan akan berlaku apabila berada di dalam perjuangan ini.

Katanya, perjuangan ini  bukan hanya untuk dunia sahaja, sebaliknya akhirat sehinggakan akan merasai ketenangannya.

“Kalau sebagai artis kita hanya memperjuangkan diri kita, keluarga kita, namun dalam pentas politik kita memperjuangkan hak semua orang dan yang pasti ianya bukan hanya akan dihitung di dunia sahaja, sebaliknya akhirat juga.

“Apa lagi sebelum ini saya begitu mengagumi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, terutama sekali anak Intan yang keempat, minat sangat dengan tok guru sebab dia idola kami,” ujarnya.

Beliau yang pertama kali menyampaikan ceramahnya di Kelantan turut melahirkan berhasrat untuk berceramah dengan artis Wan Aishah Wan Ariffin, yang telah lama berhijrah dalam PAS.

Katanya, beliau begitu rindu untuk bersama Aishah untuk bersama-sama menggegarkan pentas politik demi untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Dayang turut menambah, beliau semakin sibuk dengan jemputan ceramah sehingga hampir bulan Ramadan.

Selepas ini, beliau akan ke Terengganu, Perak, Johor, Melaka dan kemudiannya ke Negeri Sembilan.

Malam ini Dayangku Intan yang membahasakan dirinya Intan akan menyampaikan ceramah bersama Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Jelawat, Abdul Aziz Kader, Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Rakyat Perlis dipelawa ke Himpunan Hijau 22 Jun

Bashir Ishak, 20 Jun 2012
KANGAR: PAS Perlis akan mengadakan Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri pada 22 Jun ini.


Kemuncak himpunnan tersebut akan berlangsung di Markas PAS Kampung Paya di KM 9 Jalan Kaki Bukit, Beseri dekat sini bermula jam 8.30 malam.

Menurut pengarah program, Mohd Anuar Tahir (gambar) Himpunan Hijau Ke Putrajaya itu bakal menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan mantan Exco Pemuda Umno Malaysia, Tamrin Ghafar.

Katanya, selain kemuncak himpunan yang akan diadakan bermula selepas solat Maghrib, beberapa program pada sebelah siang turut diatur iaitu ziarah pimpinan, beberapa majis hi-tea, program menaikkan bendera PAS serta majlis makan malam bersam pimpinan.

"Jadi kami merasakan setelah kejayaan himpunan yang diadakan di Kedah tempoh hari yang dihadiri pelbagai laipsan masyarakat dari seluruh negara, ianya menunjukkan sejauh mana sokongan rakyat kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

"Untuk itu di Perlis, kita juga akan meneruskan momentum semangat ahli-ahli di negeri ini sebagai satu persediaan menghadapi PRU 13 akan datang. Kita berharap himpunan hijau ini akan dapat menjadi bukti sokongan rakyat negeri ini yang semakin meningkat  kepada PAS dan Pakatan Rakyat," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Anuar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis mengajak seluruh ahli dan penyokong PAS, rakan-rakan Pakatan Rakyat serta  rakyat negeri ini untuk sama-sama hadir ke program himpunan itu.

"Jangan lupa untuk kita sama-sama memakai pakaian berwarna hijau bagi menceria dan memeriahkan lagi program," katanya lagi.

Anwar dakwa peningkatan subsidi untuk kroni

Harakahdaily, 20 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini menyelar peningkatan keterlaluan bayaran subsidi dalam bajet tambahan 2012 yang didakwa hanya untuk keuntungan syarikat kroni.

(Anwar dalam sidang media di Parlimen hari ini)

Beliau memberi contoh pertambahan subsidi bahan bakar sebanyak RM7.5 bilion lagi daripada bajet asal 2012 iaitu RM17 bilion.

Selain bahan bakar, subsidi untuk gula juga ditambah RM367 dari bajet asal RM200 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM567 juta.

"Kita nak tanya dan menteri harus jawab, siapa dapat manfaat langsung dari tambahan subsidi ini.

"Berapa untung Tradewinds (Corporation Bhd) syarikat Syed Mokhtar dalam subsidi gula ini," soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoal penambahan ke atas subsidi tol sebanyak RM343 juta lagi dari bajet asal RM446 juta.

"Sudah pastinya dalam kes ini keuntungannya kepada syarikat kroni itu keterlaluan.

"Rakyat nak tahu siapa nominee, bekas timbalan menteri mana, timbalan perdana menteri mana, bekas perdana menteri mana," katanya.

Lynas: Bagi TOL ketika minta kaji impak kesihatan?

Salmiyah Harun, 20 Jun 2012
KUALA LUMPUR: PAS  mempertikaikan  keputusan Jawatankuasa khas Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) kerana mencadangkan agar Lesen Sementara Operasi (TOL) diserahkan kepada Lynas walaupun Jawatankuasa itu pada masa yang sama mencadangkan agar Kementerian Kesihatan dapat menjalankan Kajian Impak Kesihatan.

Pengerusi  Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, jika Kajian Impak Kesihatan penting untuk memastikan keselamatan operasi kilang ini kepada rakyat, kenapa cadangan ini hanya perlu dilaksanakan pada masa hadapan?

“Kenapa selepas TOL diluluskan? Kenapa tidak sebelum TOL diluluskan? Kenapa pula kemudahan pelupusan sisa (Permanent Disposal Facilities (PDF)) tidak disediakan pihak Kilang sebelum TOL diberikan kepada Lynas jika pelupusan sisa diakui penting untuk diambil kira oleh Lynas lebih-lebih lagi apabila pengerusi Jawatankuasa PSC itu melalui kenyataan beliau sendiri bahawa tidak ada jaminan kerajaan Australia akan membenarkan sisa buangan itu dikembalikan ke Australia?” soalnya.

Malah soal beliau, bukankah ‘adequate mitigation’ atau pencegahan yang mencukupi ini dibangkitkan di dalam Kajian Alam Sekitar (PEIA)  dan jika ia tidak diambil kira dengan baik ketika fasa rekabentuk dan operasi kilang itu, pencemaran alam sekitar boleh berlaku.

“Di mana pula makluman kepada pihak umum oleh pihak Lynas dan AELB berkenaan status setiap cadangan pakar antarabangsa IAEA yang masih tidak kelihatan sehingga kini? Kenapa kelulusan TOL perlu disegerakan tanpa memastikan Lynas dan agensi yang berkenaan mematuhi dan melaksanakan setiap cadangan dan syarat yang dikemukan terlebih dahulu?” tambah beliau.

Meneliti sebahagian daripada cadangan Jawatankuasa itu, katanya ia jelas  mirip kepada beberapa kenyataan yang dibuat AELB sebelum penubuhan Jawatankuasa PSC.

Di mana, katanya,  ini seolah-olah penubuhan PSC Lynas oleh Perdana Menteri tidak ikhlas, berat sebelah, dan berniat jahat semata-mata mahu mengaburi rakyat agar menerima kilang Lynas itu.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai lebih 50 persoalan dalam isu projek Lynas ini, persoalan yang jelas dan nyata dengan fakta-fakta sokongan yang mengukuhkan lagi keputusan mereka agar Kilang Lynas dapat ditutup dengan seberapa segera.

PAS dan Pakatan Rakyat awal-awal lagi telah bersepakat untuk menolak PSC  Lynas kerana mereka yakin keputusan akhir dari Jawatankuasa itu yang menolak terma rujukan yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

"Kenyataan awal Pengerusi Jawatankuasa PSC itu ketika proses siasatan yang masih belum muktamad malah bercanggah dari fakta yang tertera di dalam PEIA yang telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2008 jelas meyakinkan pihak kami bahawa penubuhan Jawatankuasa ini hanyalah sebahagian skrip filem Umno dan Barisan Nasional untuk menghalalkan Kilang Lynas," katanya

Beliau juga kecewa dengan tindakan Jawatankuasa PSC Lynas itu kerana tidak meluluskan permohonan wakil Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk diberikan immuniti ketika sesi soal selidik jawatankuasa itu sehingga fakta menyeluruh berkenaan bahayanya kilang Lynas itu tidak dapat dibentangkan.

Tambahnya, beberapa dakwaan dari Pakatan Rakyat dan Kumpulan Anti-Lynas semenjak beberapa tahun lalu yang ditolak Umno BN diakui Jawatankuasa PSC itu.

"Di antaranya ialah membelakangkan aspek impak kesihatan kepada rakyat kerana asyik mengutamakan aspek saintifik radiasi semata-mata dan hakikat bahawa ‘public engagement’ atau konsultansi pihak awam tidak dijadikan kewajipan utama diperingkat awal oleh MITI dan MIDA kepada syarikat seperti Lynas itu," kata beliau.

Justeru, PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kuantan dan Pahang agar dapat berganding bahu untuk sama-sama memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak terus berkuasa selepas PRU-13 agar Kilang Lynas dapat ditutup.

"Kita menyeru agar rakyat dapat bersama-sama menjayakan program Occupy Balok-Gebeng yang akan dianjurkan pada 23 dan 24hb Jun ini dengan acara kemuncak perarakan dari Pantai Balok ke Gebeng Commercial Center dan seterusnya ke Kilang LYNAS bermula pada jam 9 pagi sebagai simbolik penentangan rakyat yang  berterusan kepada Kilang pembunuh itu," katanya.

Malaysia perlu respons segera kezaliman di Syria

Anis Nazri, 20 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Biarpun menghormati pendirian Malaysia untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara luar, Malaysia tetap tidak boleh terlepas pandang dengan isu membabitkan kemanusiaan dan kezaliman.

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, berkata Malaysia perlu menyatakan pendirian dan memberikan respons segera, khususnya berkaitan kezaliman yang berlaku di Syria.

"Biarpun memahami Malaysia tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, khususnya berkaitan ekonomi negara tertentu, isu-isu berkaitan kezaliman terhadap rakyat seperti di Syria tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan memerlukan respons segera daripada kerajaan," tegas beliau, di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan, hari ini.

Dalam soalan asalnya, Nasharudin meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah sikap kerajaan dalam menjalin hubungan dengan negara-negara Timur tengah yang baru membentuk kerajaan selepas 'Arab Spring' yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Luar Negeri, A. Kohilan Pillay berkata Malaysia tidak berdiam diri terhadap krisis Syria, sebaliknya tegas melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sejak 16 Mac lalu, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan  oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara itu sejak 40 tahun yang lalu.

Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang.

Debat: 82 peratus pilih Salahuddin

Harakahdaily, 20 Jun 2012


(82 peratus pembaca Sinar Harian memilih Salahudin dalam debat ini)

SHAH ALAM: 82 peratus peserta poll yang dibuat oleh Sinar Harian memilih Salahuddin Ayub sebagai pihak yang mempunyai hujah yang dilihat konstruktif dalam debat beliau dengan Datuk Saifudin Abdullah.

Dari 2786 peserta poll itu, 2274 dari mereka memilih Salahuddin manakala hanya 13 peratus atau 363 peserta memilih Saifudin.

Lima peratus lagi memilih kedua-dua pendebat dalam poll yang bertajuk 'Hujah siapa yang anda lihat konstruktif'.

Salahudin, Naib Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berdebat dengan Datuk Saifudin Abdullah dalam debat bertajuk "Demonstrasi Jalanan Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi" malam tadi.

Debat itu dipengerusikan oleh Datuk Profesor Mohamad Abu Bakar dan dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian.

Ia telah disiarkan secara langsung melalui Astro Awani di samping beberapa laman web.

Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik

Aslani M, 20 Jun 2012
KOTA BHARU: Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya.

“Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah.

“Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik lain,” katanya di sini.

Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai taksud Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS dan menganggap mundur 40 tahun.

Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut, sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN.

“Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.

“Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2),” ujarnya.

Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding Sabah (4.7).

Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat.

Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan seperti apa yang sedang diusahakan sekarang.

Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi kenyataan.

“Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai rakyat Kelantan berhijrah.

“Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950 orang,” tambahnya.

Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka.

Hormati keputusan majoriti rakyat Mesir

Harakahdaily, 20 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil maklum tentang kejayaan yang dilakar calon Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi menerusi peratusan undi melebihi 50 peratus di dalam keputusan Pilihanraya Mesir yang paling mutakhir.

“Kami juga bersama dalam mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Morsi yang dipilih majoriti rakyat Mesir dan menyaksikan sokongan menyeluruh kumpulan konservatif dan juga kelompok sekular atas nama demokrasi,” ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Bukit Bendera dan Kuala Selangor, Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan bersama, hari ini.

Kata mereka, keputusan itu dicatat oleh Parti FJP di dalam suasana tegang yang menyaksikan pengumuman Menteri Keadilan lantikan tentera Mesir yang mengumumkan darurat, justeru memberi kuasa penuh kepada Tentera Mesir sekaligus membubarkan parlimen.

Pun begitu, ujar mereka dokongan dan undi majoriti yang masih diraih Dr. Morsi membuktikan iltizam warga Mesir untuk memilih kerajaan demokratik, bukannya sebarang regim yang masih berada di dalam genggaman ketenteraan.

Menurut mereka lagi, pengumuman tentera Mesir juga tidak membantu kuasa parlimen Mesir untuk melakar deraf perlembagaan baru bagi negara tersebut, yang akhirnya merampas kuasa serta hak yang termaktub dalam mana-mana negara demokrasi.

“Sehubungan dengan itu juga, KEADILAN, PAS dan DAP meminta pihak kerajaan Malaysia, Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir (SCAF) dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya untuk menghormati keputusan majoriti rakyat Mesir dan tidak campur tangan demi memastikan ketenangan dan semangat demokrasi kekal bersinar di Mesir,” ujar mereka.

Debat: PAS harap ramai pemimpin negara dijemput

Muhammad Faizal, 20 Jun 2012
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, debat adalah satu medan terbaik untuk nyatakan pendirian serta pemikiran.
"Saya harap lebih ramai lagi pemimpin negara dapat dijemput untuk program seperti ini dalam membawa fakta yang jelas serta hujah.

"Konsep ini dapat menamatkan terus budaya politik samseng tidak sihat yang mana sekarang telah menular di negara kita," jelas beliau pada sidang media selepas menyertai debat bertajuk 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi' dengan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah di sini, malam tadi.

Debat anjuran akhbar Sinar Harian itu dipengerusikan oleh pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, debat merupakan pentas terbaik untuk menampilkan pemikiran yang terbaik dalam membentuk kerangka amalan demokrasi negara ini.

Ketika berhujah pada debat itu, beliau amalan demokrasi hanya dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kita melihat demonstrasi yang dilakukan oleh Umno di Pulau Pinang mahupun Selangor, mereka bebas melakukan apa sahaja sebagai meluahkan apa yang mereka nak.

"Kita benarkan malah tidak ada langsung kita berikan sambutan tersebut dengan gas pemedih mata mahupun pukulan belantan," jelasnya.

“Inilah yang kita akan lakukan apabila mengambil alih pemerintahan di Putrajaya nanti,” jelasnya.

Tiada ulasan: