Ahad, 10 Jun 2012

KITA PATUT DEKATI DIRI DENGAN ALLAH...DAN JANGAN ASYIK MENAMBAH DOSA...KATA SYAIDINA ABU BAKAR R.A....'CUKUP AKU ADA ALLAH DAN RASUL'

Anwar akan dedahkan akaun jika...
7:18PM Jun 9 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian.

Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit.

Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mengulas gesaan Muhyiddin hari ini yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Muhyiddin mahu Anwar jawab dakwaan kawal akaun induk RM3b

  • Bernama
  • 2:59PM Jun 9 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Timbalan perdana menteri berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu ketua umum PKR itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu...pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.

"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di Muar, hari ini.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu.

Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas.

Ibrahim dilaporkan berkata dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang dibuat menerusi akuan berkanun itu antara lain mendakwa, Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang diperoleh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.

Akhbar hari ini pula melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara berkepentingan awam.

- Bernama
Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar

  • Nigel Aw
  • 9:28PM Jun 9 2012
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.

Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak menugndi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan.
Najib: Dekati anak muda dengan media sosial

  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:00PM Jun 9 2012
Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak menggesa ahli politik dan anggota kerajaan lebih berani membuat perubahan dengan mendekati anak muda menggunakan media sosial.

Sambil menegaskan bahawa mereka perlu mengadaptasi dengan perubahan semasa, Najib berkata mereka perlu mengikut "rentak" anak muda dengan mengguna media sosial bagi mengetahui "keluhan, aspirasi dan kehendak" anak muda.

NONE"Kita tidak boleh kaku. Sebagai anggota kerajaan atau ahli politik (berada dalam keadaan) yang tidak sesuai dengan peredaran zaman.

"Kita tahu Malaysia antara negara paling aktif di media sosial... Ada akaun Facebook, Twitter, Blogger. Jadi kita juga perlu mengikut rentak wahana anak muda supaya mereka mengetahui kita, dan kita mengetahui mereka. Kita tahu apa keluhan, aspirasi dan kehendak mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap anggota kerajaan dan ahli politik perlu bersikap berani membuat perubahan dan cuba mengadaptasinya sesuai dengan kehendak semasa dengan mendekati mereka dengan media sosial tersebut.

NONEBercakap ketika menyampaikan ucapan bersama dalam perhimpunan #TwtUpKami - sebuah komuniti Twitter - di perkarangan Stadium Bukit Jalil petang ini, Najib berkata kerajaan sanggup membuat perubahan demi perubahan demi memenuhi aspirasi golongan muda.

Katanya, golongan tersebut mahu kerajaan menyediakan peluang dalam pendidikan, kemahiran, keusahawanan "supaya mereka dewasa, esok lebih baik daripada hari ini."

"Dasar transformasi (kerajaan) untuk mencapai (bahawa) esok lebih bersinar daripada hari ini," katanya.

NONEBeliau juga berharap anggota dan pemimpin BN lebih aktif mendampingi anak muda dengan menggunakan media sosial supaya melihat bahawa "BN adalah kerajaan untuk generasi muda."

Tambahnya lagi, beliau juga kini sedang mempelajari "bahasa orang muda" antaranya seperti "LOL, TGIF, OMG dan FYI" yang kini sudah menjadi bahasa penggunaan oleh kumpulan berkenaan.

"Kalau tak ada, kita tak jadi sempoi atau tidak cool," katanya sambil diiringi ketawa hadirin yang hadir.

Sebelum itu, Najib beramah mesra dengan menjawab soalan yang diajukan melalui Twitter khususnya berkaitan pasukan bola sepak yang disokongnya.

NONEBeliau menjangkakan bahawa pasukan Sepanyol bakal menjuarai dalam pertandingan bola sepak Euro 2012 di Poland dan Ukraine - yang bermula semalam.

Dalam soal jawab itu juga, Najib turut mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjaga kesihatan walaupun kelihatan sibuk dengan tugas negara.

"Saya ada rahsia... Letih juga, tetapi mesti ada semangat kuat di samping ada (amalkan) cara hidup sihat.

"Saya bersenam di gimnasium tiga hingga empat kali seminggu, dan saya ada personal trainer... Saya buat macam-macam (senaman)," katanya sambil diiringi sorakan dan tepukan hadirin.

NONETurut hadir dalam perhimpunan tersebut beberapa pemimpin BN seperti Datuk Saifuddin Abdullah, Gan Peng Sieu dan P Kamalanathan serta anak lelaki Najib - Ashman- yang kini sedang berjinak-jinak menjadi DJ.

Ashman, 21 - yang baru sahaja tamat pengajian dari sebuah universiti di Amerika Syarikat - berkata beliau meminati 'housemusic' dan mengenali penyanyi popular Yuna.

Sebelum itu, sewaktu tiba di perkarangan stadium itu, Najib merasmikan pertandingan bola keranjang #YbsCanJump dan beramah mesra dengan peniaga Sooq Bazar di kawasan berdekatan.
Anwar: Pakatan akan tambah RM24b untuk kebajikan
9:19PM Jun 9 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi gambaran kasar ke atas usaha yang akan dijalankan Pakatan Rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk menambah RM24 bilion untuk kebajikan rakyat.

Katanya, tindakan itu antara lainnya memerlukan kerajaan menurunkan kadar hutang dengan mengurangkan pembaziran, yang dijangka memberi penjimatan sehingga RM37 bilion.

Beliau antara lain menggariskan sasaran:
  • Mengurangkan pembaziran – RM28 bilion
  • Mengurangkan bajet Jabatan Perdana Menteri – RM4 bilion
  • Menyalurkan pendapatan permit AP kepada perbendaharaan – RM1.9 bilion
  • Penjimatan subsidi untuk penjana tenaga bebas (IPP) – RM3.1 bilion

Katanya, jumlah itu bukan ditambah-tambah, tetapi boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti pendidikan dan kesihatan umum, katanya dalam satu program dialog bersama 1,000 orang golongan usahawan dan profesional di Petaling Jaya hari ini.

Tiada ulasan: