Ahad, 10 Jun 2012

BUAT APA MANIFESTO BAIK TAPI PERANGAI TAK BAIK...MANIFESTO HEBAT TAPI TAKWA TAK HEBAT...SEBELUM NILAI DAN KATA MUSUH...NILAI DIRI SENDIRI DAN KEJAHATAN DIRI...YANG MENGHAKIM KITA ADALAH ALLAH...BAGAIMANA ALLAH NAK SUKA KALAU KITA BANYAK BUAT MAKSIAT SERTA DOSA...KITA SENANG...KITA MEWAH ATAU KITA MENANG KALAU BENTUK ISTIDRAJ NAK BUAT PE...SEDANGKAN ALLAH LAKNATKAN KITA...

Anwar: RM5b untuk PTPTN tak mufliskan negara

  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:15AM Jun 10 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjawa menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua pembangkang berkata, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bilion.

anwar ibrahim ceramah kajang 090612"Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut.

Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan antaranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Anwar yang berucap selama 40 minit bermula jam 11 malam, terpaksa menghentikan ceramahnya lebih awal kerana hujan renyai-renyai di stadium itu.
MB: Kalau duit menteri kita tak persoal

  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:04AM Jun 10 2012

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendesak kerajaan memohon maaf berhubung isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa baru Universiti Selangor (Unisel).

Khalid menyifatkan tindakan itu dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai "main-main", terutama apabila PTPTN diberikan semula.

khalid ibrahim ceramah kajang 090612Khalid berkata kedua-dua pemimpin tersebut didakwa "tidak lulus dalam ujian integriti".

Ini kerana, kata menteri besar itu, wang PTPTN menggunakan dana awam yang tidak boleh disalahgunakan dan perlu dibezakan dengan wang sendiri.

Justeru, katanya, tindakan pemimpin Umno-BN menggunakan kuasa membekukannya kepada mahasiswa Unisel, merupakan "kesalahan dan tidak amanah".

"Yang penting (pemimpin) Umno dan BN tidak boleh dan mesti tahu antara wang sendiri dan wang dana awam.

"(Kalau wang) Wang Muhyiddin dan Khaled kita tak persoal... menteri pengajian tinggi bukan menteri bola sepak.

"(Soal PTPTN) ini bukan main-main. Bukan jumlah RM1, tapi beribu juta ringgit," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah Merdekakan Rakyat di Stadium Kajang malam tadi.

5,000 banjiri ceramah
Sehubungan itu, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menggesa supaya rakyat supaya menolak pemimpin Umno-BN tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kalau itulah dalam minda pemimpin Umno-BN, rakyat mesti tolak mereka. Kita tidak boleh lagi (biarkan) pemimpin begini yang tidak menghormati kuasa rakyat.

"Dan ini adalah hak rakyat, bukan hak Umno dan hak BN... Pemimpin Umno-BN ingat duit itu, duit mereka... PTPTN duit rakyat. Ingat Khaled, Muhyiddin. Jangan tipu rakyat," tegas Khalid Ibrahim lagi.

anwar ibrahim ceramah kajang 090612 crowdSebelum ini Muhyiddin dilapor menyifatkan tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa Unisel sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar Pakatan Rakyat yang mahu mengadakan pendidikan percuma.

Manakala Khaled pula dilaporkan berkata, kerajaan menarik balik pembekuan itu ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."

Semalam tokoh DAP Lim Kit Siang turut menggesa Muhyiddin memohon maaf berhubung isu pembekuan PTPTN kepada siswa baru Unisel.

Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut.
2 manifesto BN di Kedah dalam PRU13
11:44AM Jun 10 2012
BN akan mempunyai manifesto khas bagi Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti bagi mengetengahkan apa yang akan dilakukan BN jika dapat menawan semula negeri ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pada PRU-13 nanti, BN Kedah akan mempunyai dua manifesto iaitu manifesto di peringkat pusat dan manifesto khusus untuk Kedah.

"Kita akan bincang dengan (BN) pusat. Ia merupakan janji-janji kita jika menang di Kedah ini. Ia bukanlah janji kosong tetapi janji-janji yang memang kita sentiasa tunaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah di Alor Setar malam tadi.

Beliau berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Jumaat lepas adalah bagi membolehkan rakyat Kedah melihat sendiri janji-janji BN yang ditunaikan.

Sementara itu, Ahmad Bashah meminta pemimpin dan anggota Umno serta parti komponen BN supaya tidak terlalu memikirkan peristiwa hitam PRU-12 yang menyaksikan BN kehilangan penguasaan ke atas Kedah.

"Di Kedah ini, kita sebenarnya mempunyai rekod yang hebat.. kita menang 11 pilihan raya, cuma 2008 sebab ada tsunami kita kalah. Jangan jadikan (PRU) yang ke-12 halangan untuk kita bergerak. Jangan fikir siapa yang tidak sokong kita dulu akan kekal tak sokong kita.

"Cuba lihat balik pada PRU-9, PRU-10 dan PRU-11 di mana kita ada kekuatan dan menang. Anggota Umno juga perlu kembali bekerjasama dengan parti komponen. Biarlah tsunami politik 2008 jadi sejarah," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bashah meminta persiapan jentera pilihan raya di semua 672 pati-peti undi dipergiatkan termasuk mengadakan lebih banyak kursus berkaitan pilihan raya kepada para petugas.

"Kursus ini perlu kerana ada banyak benda-benda baru pada PRU-13. Para petugas perlu mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang cukup untuk berdepan dengan pilihan raya nanti," katanya.

Katanya beliau berharap kursus-kursus itu dapat diselesaikan dalam bulan Jun ini juga memandangkan PRU-13 boleh diadakan bila-bila masa.

- Bernama
Umno diingat tak perjuangkan kroni saja
11:48AM Jun 10 2012  
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja sebaliknya semua rakyat.

Beliau berkata perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.

NONE"Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut," katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di Bera semalam.

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu berkata rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar mereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan BN dalam membangunkan negara dan rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat hanya mendengar hasutan serta pembohongan pembangkang yang menafikan usaha dilakukan kerajaan, sebaliknya biar rakyat tahu bahawa kerajaan BN serius membangunkan negara dan membela nasib mereka," katanya.

- Bernama


Istidraj
 
Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".
Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."
Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)
 
 
Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".
*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa".  Subhanallah...  begitulah keajaiban penciptaan Allah.
Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata:  ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".
 
 
Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:
Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).
 
Tamat Cerita "Istidraj". Semoga anda faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah anda !!!


Adakah Istidraj Berlaku Kepada Kita?

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah S.W.T kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah S.W.T ingin membinasakannya.
Istidraj adalah keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang mendapat keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah membinasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa. Bukan sahaja merekalupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah S.W.T menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah S.W.T membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.
Istidraj boleh dibahagikan kepada 4 bahagian.
 01. Istidraj belaku kepada seseorang yang menuntut ilmu hitam (sihir/ kedukunan/ ilmu batin/ ilmu sesat dan sebagainya).
Biasanya seseorang yang menuntut ilmu hitam adalah menggunakan khidmat jin kafir. Dia berpuasa untuk beberapa hari dengan tidak memakan daging haiwan bernyawa, menyediakan beberapa sajin (untuk makanan jin), bertapa (dengan meninggalkan solat fardu) dan ada jampi mentera (memuji dan memuja jin-jin) hingga menjadikan seseorang memiliki kelebihan luar biasa seperti kebal, pijak bara api kaki tidak terbakar, boleh ghaib, boleh mengeluarkan bola api dan sebagainya. Contoh sami hindu dalam perayaan Thaipusam, sami budha yang bertapa dikuil-kuil dan di dalam ilmu-ilmu kebatinan yang sesat.
Kelebihan itu semuanya hanyalah hayalan dan dia telah dikuasai oleh jin dan syaitan untuk mengelirukan manusia. Amalan tersebut adalah kurafat dan boleh mendatangkan syirik. Kelebihan ini adalah istidraj dan Allah S.W.T akan menimpakan bala kepadanya disebabkan dia beramal dengan amalan-amalan syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. (Surah Al-A'raaf : ayat 182)
02. Istidraj berlaku kepada pemimpin.
Para pemimpin yang berkuasa dan menzalimi rakyat. Tidak mahu menjalankan hukum-hukum Allah S.W.T dan menghidupkan undang-undang ciptaan manusia, menyekat kebebasan bersuara dan melakukan penipuan, rasuah, merampas hak-hak rakyat maka kekuasaan seperti ini adalah istidraj. Sebab apa dipanggil istidraj kerana walaupun melakukan kezaliman dan penyelewengan pemimpin seperti ini tetap mendapat sokongan, kuasa dan pengaruh dan tidak mudah untuk menggugat kedudukan kekuasaannya.
Perlu diingat bahawa  firaun adalah contoh pemimpin dunia  yang diberikan istidraj oleh Allah S.W.T, akhirnya Allah S.W.T rentap kekuasaannya dan menenggelamkan dia dan bala tenteranya diLaut Merah kerana kezalimannya sudah melampaui batas .
Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah: 'Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Surah Ali-Imran:ayat 26).
Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya. Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa,  namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu. Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat daripada kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala 'kemanisan' itu mungkin sekadar istidraj daripada Allah S.W.T untuk menyempurnakan kezaliman mereka. Agar bila sampai masa Allah S.W.T menghukum dan mengazab mereka, tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.
03. Istidraj berlaku kepada harta dan kekayaan.
Apabila seseorang ahli maksiat, suka minum arak, berzina, menipu, mengambil riba dan meninggalkan solat dan puasa tetapi diberikan oleh Allah S.W.T kemewahan, kekayaan, perniagaan maju dan tiada kerugiaan. Anak-anak berjaya dalam kerjaya masing-masing, rumah banglow, kereta mewah, media masa menyanjungnya sebenarnya ini semuanya adalah istidraj dari segi harta dan kekayaan. Apabila sampai masanya nanti akan datang musibah dan bala dan dalam sekelip mata harta yang dia miliki, perniagaan yang dianggap tak akan rugi dan rakan-rakan sekeliling yang memujinya semuanya akan hilang tanpa diduga. Baru dia sedar bahawa sifat manusia ini adalah lemah dan apa yang dimiliki bukan hak mutlaknya dan pemilik sebenar harta dan kekayaan adalah Allah S.W.T.
Al-Quran menceritakan istidraj berlaku kepada harta dan kekayaan yang paling besar adalah berlaku kepada Qarun. Qarun memiliki gedung-gedung menyimpan harta kekayaannya, anak kuncinya saja dipikul oleh 70 orang yang kuat dan gagah. Bayangkanlah jumlah hartanya bukan billion tetapi mungkin ribuan trillion (RM). Tetapi akhirnya Qarun pergi kemana? Dia dan hartanya ditelan bumi kerana enggan bayar zakat dan cuba memfitnah Nabi Musa A.S.
Perlu diingat orang-orang kaya dan ahli perniagaan yang suka membuat fitnah (sebarkan vedio lucah) mungkin mereka dan harta mereka akan mendapat nasib yang sama seperti Qarun, caranya Allah S.W.T sahaja Maha Mengetahui, yang pasti bala daripada Allah S.W.T akan mereka terima samaada cepat atau lambat.
Daripada Nabi SallaLlahu 'Alayhi Wa sallam bersabda, "Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj".
Lalu Rasulullah SallaLlahu 'Alayhi Wa sallam membaca (surah al-An'aam ayat 44): Maksudnya: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."(Hadis riwayat Ahmad)
04. Istidraj berlaku daripada kemajuan sains dan teknologi ciptaan manusia.
Islam menggalakan umatnya mempelajari ilmu sains dan teknologi untuk kemaslahatan manusia sendiri. Tetapi ramai mausia telah menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk memuaskan hawa nafsunya. Ada dikalangan manusia mempelajarinya dan menggunakannya untuk mendatangkan kerosakakn dimuka bumi. Mencipta bom atom dan nuklear untuk membunuh jiwa manusia yang tidak berdosa. Mencipta berbagai-bagai penyakit dan disebarkan kepada manusia lain dan mencari keuntungan dengan menjual ubat-ubat dan penawar ke atas penyakit yang diciptakannya.
Contoh Jepun adalah negara maju yang mampu mencipta alat pengesan sunami dan mempunyai simpanan senjata nuklear. Tetapi apabila berlaku sunami baru-baru ini alat yang paling cangih yang mereka miliki tidak dapat mengesan tentra Allah S.W.T berupa angit ribut, taufan dan ombak besar hinggakan mengalami bencana besar dan kematian yang tinggi dan berlaku kebocoran di rektor nuklearnya. Ini adalah tanda awal kemurkaan Allah S.W.T dan peringatan kepada warga Jepun dan manusia seluruh dunia bahawa kemajuan sains dan teknologi akan menjadi istidraj jika manusia tidak mahu kembali mentauhidkan Allah S.W.T. Allah SWT akan membinasakan manusia yang engkar melalui kemajuan sains dan teknologi yang mereka cipta sendiri
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita insaf dan sedar dan bermuhasabah diri adakah istidraj juga berlaku keatas diri kita? Tanda istidraj adalah apabila kita memiliki harta kita tidak mahu membayar zakat, tidak suka bersedekah dan banyak dihabiskan harta dalam perkara yang sia-sia, dan banyak masa berhibur. Kita ada masa tetapi tidak suka berjihad, berdakwah dan jalankan kerja-kerja amar makruf nahi mugkar dan tidak suka menuntut ilmu. Oleh itu pastikan segala amalan dan aktiviti harian kita menjurus kepada keredaan Allah S.W.T dan mendapat kasih sayang-Nya.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Abu Basyer Berkongsi pengalaman dan pengetahuan di dalam penulisan blog, bekalan untuk para pendakwah. Link blog beliau adalah Cemerlang.


Istidraj - Jangan Kecewa Kalau Hidup Tak Best.

Assalamualaikum



Heloooo ahli-ahli SPM yang tension dengan study sekalian. Dah ready nak fail SPM?

Dekat Twitter, aku tengok ramai gila post tweet pasal SPM. Ada yang post tentang motivasi tentang SPM, ada yang post tentang tips untuk berjaya dalam SPM dan ada yang post troll cara untuk fail dalam SPM.

But out of all, aku perasan ada yang complain pasal ketensionan ketika study untuk SPM. Ada yang bising-bising pasal:

  • "Apasal aku study tak masuk-masuk? Jealous la dengan kawan aku ni. Study sikit dah masuk."
  • "Aku baca topik satu, lupa topik dua. Aku baca topik dua, lupa topik tiga. Macam mana ni?"
  • "Aku hari-hari makan kismis and berdoa supaya otak aku mudah pickup. Tapi tak jugak."

Well, pernah tak korang terfikir kenapa hidup korang amat sucks? Pernah tak korang fikir kenapa orang yang tak solat tapi setiap kali test, exam, or SPM result dia jauh lagi tinggi dari korang yang struggle dan beribadat all the time? Pernah tak korang rasa cemburu dengan roomate yang asyik main game tetapi setiap kali final exam dia score the highest? Pernah tak korang sakit hati bila korang giving out all you have but at the end, the laziest yang mendapat straight A dalam SPM? Sakit hati tak bila tengok orang-orang yang tak berusaha tapi bila buat sesuatu pekerjaan, dia boleh sebut alhamdulillah tapi bila kita tengok hasil usaha kita, kita nak sebut syukur pun teresak-esak? Why? Sebab takdir?


Pernah tak korang berpegang dengan kata-kata guru korang yang bekata "Orang meniru tak akan berjaya dalam exam dan SPM" Tapi bila balik ke realiti, orang yang meniru dah berada di puncak kejayaan sedangkan korang yang percaya kepada usaha sendiri, melutut tanpa nampak sebarang cahaya dari masa depan?

Where the fuuu is the real things? Do something good will ruin your life while be a bad person brings you the happiness? 

The fact is, shit is always around us. And so does with the Istidraj.



Mungkin korang tertanya-tanya, what the fuuu is Istidraj?

Anak orang kaya, hari-hari main perempuan. Ayah dia hari-hari minum. Mak dia pun sama. Tapi hidup mereka amat cool. Hidup dioerang amat happy. Apa yang dieorang nak, semua diaorang dapat. Anak-anak dieorang, PMR dan SPM semua straight A. Perjalanan hidup dioerang amat mudah. But why? Kenapa orang yang buat larangan Tuhan asyik dapat kebahagian hidup? Yes, itu adalah Istidraj. Istidraj bermaksud suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi dieorang makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan kasi, semakin hina lah mereka di sisi Tuhan.

So, here is the tricky question.

Adakah kita perlu jadi jahat untuk menikmati hidup ni? Apa guna kita hidup kalau dah semua yang kita nak kita tak akan dapat? Adakah kita berusaha untuk something yang tak wujud? Adakah kita bersusah payah terhadap sesuatu yang memang tak akan kita miliki?


Istidraj, the only harapan untuk orang-orang yang susah terus hidup. Why? Sebab orang Melayu mudah sangat jealous. Nampak orang berjaya sikit, terus dengki. Setiap kali aku nampak orang berjaya dengan cara betul, aku respect dia. Tapi setiap kali aku nampak dia berjaya dengan cara yang menipu / buat jahat tapi berjaya dalam hidup, aku cuma boleh kata "Itu mungkin Istidraj".

How about Hikmah?
Aku amat teruk dalam study. Amat-amat teruk. Tapi aku amat jarang meniru. Of course la aku ada meniru. Tapi setakat ni, tak pernah lagi aku bawak kertas atau toyol ke dalam hall peperiksaan. Actually, dulu aku ada nak bawak. Tapi ada seorang gadis Mesir yang bernama Laila yang kata haram meniru ketika exam, tak berkat. So, aku tak bawak toyol. Aku tak meniru, aku study hard gila-gila. Tapi result? Result macam sial. Well, dalam kes ni, orang akan kata:

"Relax ah, mungkin ada hikmah"

Aku pandang dia dan berkata "Hikmah? Hikmah your head." Aku study gila-gila, kau meniru boleh ah cakap macam tu nak-nak bila result gempak gila. But guess what? Yeah, ada hikmahnya. Aku sedar aku amat bad-bad dalam study so, aku fokuskan pasal benda lain. Which is blog.

Ignore orang untuk mencapai kejayaan.

And korang tahu tak pasal Wikipedia? Ya, Google di ranking nombor 1 dunia. Facebook adalah di ranking nombor dua. Dan Wikipedia adalah nombor 7. Di wikipedia, setiap orang boleh menulis dan submit apa yang dia tahu. Well, korang tahu tak macam mana wikipedia ni wujud?

Wikipedia di ciptakan oleh seorang mamat yang ingin membina sebuah platform dimana setiap orang boleh menulis apa-apa sahaja info yang dia tahu tapi dia tak akan dapat bayaran dari apa yang dia tulis tu. Dan tahu tak apa masalah yang mamat ni dapat masa hendak mambuat Wikipedia? Dia dapat tentangan seperti:

"Eh wait, siapa yang akan tulis tentang info dan fakta tanpa dapat sebarang bayaran dan credits?"

Yeah, kalau korang pun, korang sure akan berfikir macam tu kan? Tapi tengok lah sekarang. Wikipedia ranked as #7 most visited site in the world. Yeah, expect the unexpected. Buat something yang orang tak duga. Just because korang teruk dalam study (macam aku) tak bermaksud korang akan gagal dalam hidup. (Rasanya dah penat aku ulang ayat sama macam ni. Tapi ramai still tak faham.) Well ya, aku tau yang manusia menilai orang based on a stupid piece of paper yang dipanggil "Result Final Exam" or "Result SPM". But, that is nothing actually.

So, kalau korang nampak kawan-kawan korang yang tak pernah solat, tak pernah puasa tapi dia dapat jawab soalan SPM dan exam dengan senang, korang relax je. Aku cakap ni based on pengalaman. Aku pernah berada di tempat korang. Itu semua mungkin Istidraj. Mungkin Mesti ada hikmah di sebaliknya. Korang hanya perlu play it cool.


Dan sebenarnya, jangan terlampau bergantung kepada SPM. SPM hanya penting untuk zaman remaja. Tapi after that, orang dah tak pandang SPM dah. And then, kalau result SPM korang gempak, korang ingat senang ke nak sambung dah success di IPT? Berapa ramai yang kini bekerja based dari apa yang dia belajar? Belajar Electrical tapi jadi boss di kilang gam (My boss). Ambil course accounting, tapi buka saloon sendiri (My friend). Banyak benda di dunia ni yang kita tak akan sangka. Dan kadang-kadang, bidang yang kita kerja dan yang kita minat tu, tak berkaitan pun dengan bidang yang kita belajar.


Look at Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steve Jobs and Michael Dell. Dieorang dropout and berhenti dari kolej dan jadi jutawan. How mereka boleh jadi kaya? Maybe sebab dieorang buat seperti apa yang di tulis dalam "If You Want To Be Rich And Happy, Dont Go To School." Maksudnya, jangan rely on satu benda sahaja. Buat apa yang korang minat dah surely korang akan berjaya.

Okay maybe korang boleh kata dia dia tu genius sebab tu dieorang boleh berjaya. Ada ke orang yang tak genius, tak belajar tinggi-tinggi tapi berjaya dalam hidup?

Yaa. Amat banyak. Ada yang berjaya hanya dengan mengembangkan perniagaan family. Ada yang berjaya dengan membuka perniagaan bundle. Dan ada yang berjaya dengan bakat yang tersendiri. Setiap orang ada bakat dan kelebihan yang tersendiri. Tak kira la betapa sucknya korang, suatu hari nanti korang akan jumpa something yang korang really good at.  

Point of this entry; study untuk SPM dan final exam tu, jangan la sampai tension-tension. Kalau korang amat-amat bad dalam study, then maybe ada reasonnya yang tersendiri. Don't lose faith on Allah

Life loves to play with us. So, play with the life and win the game.

SPM is just something, not everything.  

KURNIAAN YANG MENJADI ISTIDRAJ




TAKUTLAH KAMU TERHADAP KURNIAAN ALLAH S.W.T YANG SELALU KAMU PEROLEHI SEDANGKAN KAMU MELANGGAR PERINTAH-NYA, JANGAN SAMPAI KURNIAAN ITU SEMATA-MATA ISTIDRAJ. (FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-A’RAF, AYAT 182): KAMI AKAN BINASAKAN MEREKA PERLAHAN-LAHAN DENGAN JALAN YANG MEREKA TIDAK SEDAR.

Orang kafir, musyrik, ahli maksiat, orang zalim dan lain-lain seumpama mereka, dalam kehidupan dunia ini selalu mendapat berbagai-bagai kemewahan. Merekalah yang memiliki sebahagian besar kekayaan dunia. Mereka juga memiliki ilmu pengetahuan yang menjadikan mereka kuasa besar di dunia. Mereka juga menguasai bidang-bidang sukan, muzik, kesenian dan lain-lain. Kumpulan manusia yang beriman pula terdiri daripada mereka yang lemah, tidak berpendidikan tinggi dan berkedudukan rendah dalam masyarakat. Kemewahan dan kesenangan yang dimiliki oleh mereka yang tidak beriman dan ahli maksiat mempesonakan sebahagian orang-orang Islam yang lemah imam. Mereka tidak dapat membezakan kurniaan yang mengandungi nikmat dan kurniaan yang telah dicabut nikmat daripadanya. Hikmat 75 ini menghuraikan perkara berkaitan kurniaan yang tidak mengandungi nikmat, yang dinamakan istidraj. Istidraj bermakna kurniaan yang dihulur terus menerus kepada ahli maksiat. Kurniaan yang seperti ini membuat ahli maksiat bertambah lalai dan bertambah derhaka kepada Allah s.w.t. Apabila kelalaian dan kederhakaan mereka telah melampaui batas maka Allah s.w.t mendatangkan bala yang besar kepada mereka. Mereka adalah umpama orang yang diangkat ke tempat yang tinggi sambil mereka menganggap pengangkatan itu sebagai satu kemuliaan namun, setelah mereka berada di tempat yang tinggi itu mereka dicampakkan ke bawah. Kejatuhan yang demikian memberi kesakitan yang lebih kuat. Allah s.w.t berfirman:

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). ( Ayat 44 : Surah al-An’aam )
Ayat di atas memberi peringatan kepada kita agar jangan terpedaya dengan kurniaan yang terus menerus kita perolehi sedangkan kita terus juga tidak berbuat taat kepada Allah s.w.t, sebaliknya kita asyik dengan kemaksiatan. Sekiranya kurniaan itu turun melalui saluran istidraj, kesudahannya kita akan mengalami kejatuhan dan penderitaan yang amat sangat. Waspadalah!
Allah s.w.t sentiasa mengirimkan peringatan untuk mengajak manusia kembali ke jalan-Nya. Biasanya peringatan yang datang itu membawa bersama-samanya kesusahan yang menekan jiwa manusia agar manusia insaf dan mahu kembali kepada Allah s.w.t dengan merendahkan diri. Di dalam tempoh kemelaratan itu biasanya manusia menjadi insaf dan suka berbakti pada jalan Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t gantikan kemelaratan dengan kesenangan sebagai ujian untuk mengasingkan yang benar-benar insaf daripada yang pura-pura. Bila kesenangan sudah dirasai kembali orang yang tidak teguh imannya akan kembali kepada kemaksiatan dan kemunkaran. Mereka memberi alasan bahawa kesenangan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh nenek moyang mereka yang dahulu, bukan berkait dengan soal beriman atau tidak seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mereka kembali lalai dalam arus kesenangan dunia. Ketika mereka sedang asyik leka itulah Tuhan datangkan kebinasaan kepada mereka.
Dan Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf). Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya. ( Ayat 94 & 95 : Surah al-A’raaf )
Apabila seksaan dan kebinasaan dari Allah s.w.t datang, tidak ada siapa dapat menghalangnya dan tidak ada siapa mampu menanggungnya. Orang yang menerimanya menjadi bingung, tidak tahu berbuat apa-apa.
(Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat. ( Ayat 40 : Surah al-Anbiyaa’ )
Sudah banyak kaum-kaum yang dibinasakan Allah s.w.t melalui saluran istidraj. Firaun dan Namrud diberi tempuh yang panjang hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan keseronokan. Kemudian Tuhan datangkan azab dengan tiba-tiba. Firaun dibinasakan di dalam laut dan Namrud dibinasakan oleh nyamuk. Qarun juga binasa ketika asyik dengan kekayaan. Begitu juga dengan kaum-kaum Nabi-nabi Nuh dan Luth.
Orang-orang yang beriman sentiasa mengawasi diri mereka agar kesenangan dan kemewahan tidak melalaikan mereka yang boleh menyebabkan mereka jatuh ke dalam suasana istidraj.

Tiada ulasan: