Isnin, 4 Jun 2012

ITU KEADAAN SEBENARNYA...PEMBANGKANG LAIN LAYANANNYA....YANG MENYOKONG LAIN LAYANAN...SAMA JUGA DIAKHIRAT KELAK...YANG TAAT DAN TUNDUK PADA ALLAH LAIN LAYANANNYA...YANG JAHAT DAN DERHAKA PADA ALLAH DIDUNIA LAIN LAYANANNYA..DUNIA SAD SAJA MASANYA...AKHIRAT LAMA..SEBAB IA KEKAL..MAHARAJALELA LAH DIDUNIA SELAGI ADA KUASA DAN BELUM MATI...DAH MATI...SERTA DIBANGKITKAN SEMULA...BARU TAHU NASIB KITA DISANA....

Ribuan di Merdeka Rakyat Permatang Pauh

Anak Sungai Derhaka, 04 Jun 2012
PERMATANG PAUH: Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu malam tadi, 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa, (gambar bawah)  beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR malam tadi lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.

Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan..

Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.

Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah, Raymond Ahuar (gambar kanan) yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.

Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan ‘Hijau Menuju Putrajaya’ yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya.

Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.

Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PhD dari bangsa Murut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kiri) memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..

Penceramah utama DS Anwar Ibrahim (gambar bawah kiri) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini.

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.

DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS syukur Suwandi, Azman bebas

Harakahdaily, 04 Jun 2012
KUALA LUMPUR: “Hari ini, Allah telah memenangkan keadilan buat Saudara Suwandi dan Saudara Azman di atas kebatilan tuduhan yang dibuat ke atas diri mereka,” tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.


Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya melahirkan rasa setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah di atas pembebasan Suwandi Ab Ghani dan Azman Abdul Aziz dalam tuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Suwandi dan Azman merupakan antara mangsa keganasan polis yang berlaku di Batu Burok pada 8 September 2007 yang lalu.

Tragedi berdarah di Batu Burok ini adalah berikutan tembakan peluru hidup daripada pihak polis untuk meleraikan perhimpunan orang awam.

Suwandi dan Azman adalah di antara mangsa yang terkena tembakan peluru hidup oleh pihak polis.

Daripada mendapat keadilan untuk dirinya, kedua-dua mereka telah dituduh oleh pandakwaraya menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok pada 8 September 2007.

“Isu keganasan polis ke atas peserta himpunan orang awam bukanlah sesuatu yang baru bahkan mangsanya dibicarakan dan dikenakan tuduhan seolah-olah mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara,” ujarnya Nasrudin dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali mengucapkan tahniah buat kedua-dua mereka.

“Semoga kedua pejuang ini akan terus istiqamah di dalam memperjuangkan Islam di bumi Malaysia,” ujarnya.

YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta

M Faqih, 04 Jun 2012

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad.

Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk “YDP PAS Jeli samun tanah rakyat” pada 8 November 2011.

Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.

Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.

Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.

Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.

Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Geran Tanah: Masa BN RM24,000, masa Pakatan RM1,000

Norhayati Umor, Selangorku, 04 Jun 2012


(Gembira mendapat geran tanah)

SHAH ALAM: Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah.

Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun.

Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor.

Ketua kampung, Osman Badaie, 65, (gambar) berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini.

Melalui 'Skim Hakmilik Persendirian', kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000.

Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing.

“Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami.

“Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya ketika ditemui.

Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri.

Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan.

Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir.

“Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri.”

Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu.

Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang amat bermakna untuk seluruh keluarganya.

Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu.

“Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain.

“Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira.

“Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami,” katanya.

Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas.

Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah.

Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok.

WWW 1: Pemuda PAS Perak kesal sikap polis

Muhammad Faeez, 04 Jun 2012

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan.
Menurutnya, akhbar Kosmo juga ada menyiarkan karikatur tentang isu bidaan tersebut namun pihak polis tidak mengambil tindakan walaupun pihak akhbar perdana itu tidak memohon maaf.
Dalam akhbar Kosmo bertarikh 28 dan 30 Mei jelas membicarakan tentang isu plat WWW 1 dalam ruangan karikatur yang jelas memberikan maksud yang sama seperti Nizar maksudkan.
“Kami tertanya-tanya adakan pihak Polis terlalu advance dan terlampau hebat kerana hanya membaca laman media baru twitter tetapi tidak membaca akhbar-akhbar tempatan,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat Laporan Polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Ipoh hari ini.
Petronas: Harga gas asli patut ditetapkan pasaran
  • Ahmad Fadli KC
  • 5:08PM Jun 4 2012
 
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas hari ini mencadangkan agar subsidi ke atas harga gas asli cecair (LNG) dihapuskan.

Menurutnya, subsidi yang besar ke atas harga bahan api itu mengurangkan kecekapan penggunaan tenaga kerana selain mengurangkan persaingan ia turut menghalang pelaburan baru.
"Saya percaya harga gas patut ditentukan pasaran.

"Pemain industri akan mempunyai fleksibiliti untuk mengurus risiko mereka sendiri, bekerja untuk memastikan bekalan mencukupi, dan memenuhi permintaan pada harga ditentukan pasaran," katanya.
Beliau berucap di Persidangan Gas Sedunia ke-25 di Kuala lumpur hari ini.
DAP: Anti 'ekonomi hijau' PM membimbangkan
5:02PM Jun 4 2012  
DAP hari ini menyelar dasar ekonomi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa antitesis kepada teknologi hijau - keadaan apabila keuntungan diutamakan melebihi kesihatan awam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dengan membenarkan operasi loji tenaga nuklear, nadir bumi dan kompleks petrokimia, kerajaan meneruskan pembangunan ekonomi dengan menggadaikan persekitaran dan kesihatan rakyat.

penang bank negara forex scandal forum 030612 lim guan engLim (kanan) yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, BN gagal melaksanakan "ekonomi hijau" seperti ditafsirkan oleh Program Persekitaran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, perkara itu bertentangan dengan negara lain seperti Australia yang menolak menerima sisa daripada pusat pemprosesan nadir bumi dan tindakan Jerman terhadap loji nuklearnya.

Sebaliknya, kerajaan Malaysia meluluskan A$800 juta (RM2.4 billion) projek nadir bumi Lynas, RM60 juta kompleks petrokimia bersepadu di Pengerang dan dua loji nuklear bernilai RM15 bilion, tambah Lim.

"...jelas sekali BN lebih berminat terhadap kentungan daripada kebaikan kepada orang awam," kataya lagi.

Tiada ulasan: