سُوۡرَةُ لهب / المَسَد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ (١) مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُ ۥ وَمَا ڪَسَبَ (٢) سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ (٣) وَٱمۡرَأَتُهُ ۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ (٤) فِى جِيدِهَا حَبۡلٌ۬ مِّن مَّسَدِۭ (٥) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Masadd
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; (1) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. (3) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. / (5) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6) Gambar Gelagat Anjing Umno Di Himpunan Hijau Ke PutrajayaDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Posted on Saturday, June 02 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Addin
Lihat gelagat 4 orang SB upahan Umno semasa di Himpunan Hijau ke Putrajaya yang Addin sempat rakamkan. Walaupun apapun penyamarannya penyokong Pas masih dapat mengenali pencacai nih.
Lihat gelagat 4 orang SB upahan Umno semasa di Himpunan Hijau ke Putrajaya yang Addin sempat rakamkan. Walaupun apapun penyamarannya penyokong Pas masih dapat mengenali pencacai nih.
Gambar Gelagat Anjing Umno Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya
BN masih lemah kerana Pak Lah, kata Dr M kepada Umno Johor
Posted on Saturday, June 02 @ 09:15:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Jahabar Sadiq
KUALA LUMPUR, 2 Jun — Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lemah kerana zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menyeri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ketua Umno Bahagian Johor dua hari lalu.
The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN untuk pilihan raya akan datang.
Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988 apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya kekal sehingga ke hari ini.
"Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana menteri," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar).
"Beliau masih percaya Abdullah adalah punca kelemahan BN," tegas sumber.
Ini adalah kali kedua pertemuan Dr Mahathir dengan kepimpinan Umno, dengan yang pertama di Umno Kedah pada 20 Mei. Di sana, beliau menggesa parti bersatu dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah menjadi perdana menteri paling singkat berkhidmat selepas BN tewas dua pertiga majoriti dewan dan empat negeri ketika Pilihan Raya 2008. Beliau meletak jawatan pada April 2009 dan diganti Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat, keluar Umno pada 2008 sebagai protes terhadap kepimpinan Abdullah dan kegagalan pilihan raya 2008. Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada 2003 dan memenangi 91 peratus kerusi dalam pilihan raya 2004.
Turut difahamkan Abdullah akan melancarkan memoirnya turut menulis berkenaan Dr Mahathir yang membawa kepada kejatuhannya selepas menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008.
Banyak pihak menyalahkan sumber yang lemah dan kemarahan orang ramai berhubung Hindraf dan Bersih pada November 2007.
Pengganti Pak Lah, Najib, telah berusaha untuk mengembalikan sokongan BN bermula April 2009 apabila melancarkan program transformasi ekonomi dan politik. Beliau turut menyalurkan program bantuan RM500 untuk rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 melalu pemberian wang tunai secara "one-off".
Namun, populariti Najib telah merundum jatuh dan kaji selidik mendapati beliau hilang sokongan dalam masyarakat Cina dan kelas pertengahan, di sebalik pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Sokongan Najib menurun kepada 65 peratus pada Mei berbanding 69 peratus pada Mac lepas, menurut penyelidik bebas, Merdeka Center.
"Peningkatan sedikit bagi kaum Melayu telah ditewaskan oleh jumlah besar negatif terhadap kaum Cina," kata Merdeka Center dalam kenyataannya.
Kaji selidik itu mendapati sokongan Najib paling lemah adalah di antara kaum Cina turun 19 kepada 37 peratus. Antara kumpulan kelas pertengahan, turun 18 peratus kepada 50 peratus. Beliau bagaimanapun popular dalam kalangan pengundi Melayu dengan peningkatan 5 peratus, kepada 79 peratus.
Pandangan pengundi terhadap kerajaan kekal, dengab penerimaan masih berada di tahap 48 peratus. Kaji selidik itu dijalankan pada 10 hingga 18 Mei terhadap 1,019 pengundi berdaftar selepas protes 28 April.
Ini Restoran Amy Search..Dia Masuk Umno Sebab Restoran Ni Kah??
Posted on Saturday, June 02 @ 07:22:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: siasahkini
"
Restoran Cheng Ho milik Amy Search yang terletak dipusat pelancungan terkenal di Melaka akhirnya terpaksa ditutup atas sebab yang tidak dapat diketahui. Beberapa hari lalu Amy mengistiharkan beliau menyertai umno bersama dengan beberapa artis lain. Mungkinkah perniagaan Amy yang gagal dan beliau menghadapi masalah kewangan yang serius mendorong beliau bertindak demikian
Jika niat beliau menyertai umno semata-mata kerana keadaan yang terdesak, maka niat beliau tidaklah ikhlas. Apa pun semoga umno dapat membantu Amy menyelesaikan masalah beliau.Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata bahawa PAS tidak terlalu mementingkan Perjuangan kepada Pembangunan semata-mata kerana dinegara kominis pun terdapat pembangunan yang amat rancak. PAS mengutamakan perjuangan menegakkan Syiar Islam dan tidak semata-mata demi harta dan wang ringgit.PKR juga tidak akan dapat membantu beliau, dimana ia pastinya akan menjadi isu yang panas dan akan disensasikan oleh media serta pencacai umno. Dan tak mustahil juga individu tersebut akan disiasat oleh ajensi KERAjaan yang dinaungi umno. DAP umum diketahui parti itu tidak sewenangnya menerima dengan mudah ahli baru tampa tapisan yang ketat. Jadi wajarlah Amy menyertai umno kerana umno ialah Parti yang mempunyai segalanya, kuasa, harta dan wang ringgit."
Posted on Saturday, June 02 @ 00:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: al-bahanj
"
“Bolehkah wanita melamar lelaki?”
“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”
“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”
“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”
Itulah antara persoalan-persoalan yang berlegar di dalam fikiran para wanita apabila timbul di dalam hati mereka perasaan minat yang sungguh-sungguh kepada seseorang lelaki sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui. Sebelum saya menjawab persoalan-persoalan itu, ingin saya menyentuh beberapa perkara dahulu.
Yang pertama ialah tentang hakikat bahawa kurangnya lelaki-lelaki soleh pada zaman mutakhir ini. Ini adalah suatu hakikat yang pahit namun terpaksa ditelan oleh semua orang. Bukan sahaja para wanita yang secara khususnya perlu berhadapan dengan hakikat ini. Malah juga terpaksa dihadapi oleh ibubapa yang tentunya sangat risau untuk menyerahkan anak-anak perempuan mereka kepada bakal suami masing-masing yang entah bagaimana latar belakangnya.
Yang kedua ialah tentang kepentingan memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai suami. Kerana suamilah tunggak keluarga yang menegakkan rumahtangga. Dan suamilah nakhoda yang berperanan mengemudi bahtera rumahtangga. Tanpa tunggak yang utuh dan nakhoda yang berhikmah, tentunya rumahtangga mudah goyah akibat angin ribut yang meniup dan gelombang ombak yang memukul. Justeru memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai bakal suami amat penting. Mesti disertai dengan menggunakan akal dan rasional yang tinggi. Bukan hanya memilih berdasarkan perasaan cinta semata-mata.
Berdasarkan dua perkara ini tentunya para wanita dapat memilih tindakan yang sewajarnya apabila tiba-tiba mereka mendapati ada lelaki soleh dan berkualiti yang layak untuk dijadikan tunggak dan nakhoda buat rumahtangga yang bakal mereka dirikan kelak. Apakah tindakan itu?
Ya, tepat sekali. Lamarlah lelaki itu…!
Itulah nasihat yang saya selalu berikan apabila saya didatangkan dengan situasi-situasi seperti ini dalam beberapa emel yang saya terima. Tentunya juga jangan terburu-buru. Selidik dan kajilah dahulu latar belakangnya. Sertakan juga dengan do`a dan solat istikharah agar ALLAH memberikan petunjuk kepada persoalan yang penting ini. Petunjuk dari ALLAH adalah suatu yang sangat penting untuk diminta dalam membuat semua keputusan.
Sekarang saya akan cuba menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan di awal tulisan ini.
“Bolehkah wanita melamar lelaki?”
Dalam agama Islam, tiada larangan untuk mana-mana jantina untuk melakukan lamaran. Samada lelaki atau wanita, mereka layak dan boleh untuk menyatakan hasrat masing-masing untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang mereka berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.
Malah di dalam sejarah Islam, seorang wanita yang mulia dan banyak berjasa dalam dakwah awal Islam telah melakukannya. Beliau ialah Ummu al-Mukminin Khadijah radhiAllahu `anha binti Khuwailid. Beliau telah melamar seorang lelaki mulia, lagi bijak, lagi amanah, lagi kacak, lagi jujur iaitu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam untuk dijadikan suami kepada beliau.
Betapa Khadijah tahu apa yang baik untuk dirinya. Beliaulah yang memulakan lamaran apabila di sana terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan bisa membimbing beliau. Dan ternyata perbuatannya itu menghasilkan keberuntungan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.
Nah, perbuatan melamar lelaki bukan sahaja boleh, malah telah dilakukan oleh seorang wanita yang mulia dan ahli Syurga, iaitu Khadijah radhiAllahu `anha. Mencontohi perbuatan orang-orang yang mulia dalam agama, insyaALLAH akan menghasilkan natijah yang juga mulia.
“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”
Ini antara soalan yang selalu juga diutarakan oleh para wanita apabila membicarakan soal ini. Mari kita lihat Khadijah radhiAllahu `anha dalam memahami situasi ini.
Khadijah radhiAllahu `anha bukanlah hanya wanita biasa dalam masyarakatnya. Beliau adalah seorang yang dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakatnya. Harta kekayaannya besar. Perniagaannya juga berjaya.
Beliau bukan sahaja hartawan dan usahawan, tetapi juga seorang ‘selebriti’ yakni tokoh yang disegani. Telah beberapa kali Khadijah dilamar oleh orang-orang kaya dan kenamaan, namun ditolaknya. Pilihan beliau teralih kepada seorang pemuda yang tidak punya apa-apa. Tiada kekayaan. Tiada harta. Tiada pangkat. Apa yang hanya ada pada lelaki tersebut ialah akhlaq yang baik, amanah, jujur, bijaksana dan merupakan keturunan yang mulia. Lelaki itu ialah Muhammad al-Amin sallAllahu `alaihi wasallam.
Pada ketika itu, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam berumur 25 tahun dan belum lagi menjadi Nabi dan Rasul. Ini bermakna tiada apa-apa kelebihan yang terdapat pada Baginda melainkan apa yang telah disebut di atas. Yang tertarik pada pandangan Khadijah ialah peribadinya sahaja.
Cuba lihat; seorang wanita yang hartawan, usahawan, jelitawan dan bangsawan tiba-tiba datang melamar seorang lelaki biasa. Pada pandangan masyarakat ia mungkin menjatuhkan maruah. Tetapi pada pandangan Khadijah, ia bukan. Bahkan beliau tahu ia untuk kebaikan buat dirinya.
Dan hasil perbuatannya itu, bukan maruah yang jatuh. Tetapi maruah dan kedudukannya diangkat setinggi-tingginya hingga hari ini, hingga Hari Kiamat. Beliau adalah Ummu al-Mukminin dan dipuji oleh penduduk bumi dan langit.
Perbuatan melamar lelaki yang soleh dan berkualiti bukanlah suatu yang menjatuhkan maruah. Bahkan ia melambangkan bahawa wanita itu mempunyai maruah yang tinggi dan mahu maruahnya dibela oleh lelaki yang layak dan tinggi maruahnya. Dan insyaALLAH, maruah itu akan terus terjaga sampai Hari Akhirat.
“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”
Di dalam kitab sirah ada diceritakan bagaimana Khadijah melamar Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Sebenarnya Khadijah pada awalnya telah tertarik dengan pemuda bernama Muhammad setelah mendengar berita tentang sifat-sifat mulianya. Khadijah lalu menawarkan Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam untuk membawa barang dagangannya ke Syam.
Kembali ke Makkah dari Syam, Khadijah mendapati keuntungannya berganda. Keuntungan yang banyak ini hasil daripada peribadi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam yang baik, jujur, amanah, akhlaq yang mulia, fikiran yang tajam dan tutur kata yang benar. Sifat-sifat ini telah diceritakan oleh Maisarah iaitu hamba Khadijah yang dihantar membantu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam berdagang di Syam.
Khadijah mendapati apa yang dicarinya sudah ditemui. Hasrat murninya itu telah disampaikan seorang temannya yang bernama Nafisah binti Muniyyah. Nafisah lalu menemui Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam dan menyatakan apa yang telah disampaikan Khadijah kepadanya. Baginda menerima dengan baik apa yang dihasratkan oleh Khadijah melalui Nafisah itu.
Lalu Baginda memberitahu bapa-bapa saudaranya tentang hal itu. Kemudian bapa-bapa saudara Baginda pergi menemui bapa saudara Khadijah untuk melamarnya. Ekoran daripada itu, berlangsunglah perkahwinan dua insan yang mulia ini. Khadijahlah wanita pertama yang dinikahi Baginda sallAllahu `alaihi wasallam dan Baginda tidak mengahwini wanita lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia.
Dapat diambil iktibar daripada kisah yang mulia ini tentang cara yang baik bagaimana wanita melamar lelaki. Caranya ialah dengan menghantar wakil menjumpai lelaki yang dihasratkan itu lalu bertanya tentang niat yang mulia tersebut. Jika dipersetujui, maka pihak lelakilah yang datang melamar si wanita sebagaimana adat masyarakat kita dan umumnya di mana-mana.
“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”
Sebagaimana telah disebut di atas, perbuatan melamar lelaki telah dicontohkan kepada kita oleh wanita yang sangat mulia iaitu Khadijah radhiAllahu `anha. Natijah dari perbuatan tersebut telah memberikan kebaikan kepada beliau. Wanita yang solehah, mulia dan suci tentu mahu yang soleh, mulia dan suci juga untuk dirinya.
Juga telah dikongsikan di atas bagaimana caranya untuk melamar lelaki. Caranya tetap sama sebagaimana adat dalam masyarakat kita, cuma hasratnya sahaja dinyatakan terlebih dahulu oleh si wanita. Langkah-langkah seterusnya dilakukan mengikut adat kebiasaan iaitu pihak lelaki datang melamar pula.
Jika masyarakat mahu ibaratkan juga ia sebagai perigi mencari timba, biarlah. Katakan kepada mereka bahawa perigi yang ada ini adalah perigi istimewa. Perigi yang suci. Perigi yang mulia. Dialah yang memilih timba mana yang layak untuk menimba kebaikan dari perigi itu. Bukan sewenang-wenangnya si timba datang mahu mengaut kebaikan di dalam perigi ini. Perigi ini perigi yang memilih timba, bukan perigi yang dipilih timba!
Katakan juga kepada mereka bahawa air dalam perigi ini bersih. Dia tidak mahu air dalam perigi itu dicemari dek timba yang kotor dan tidak mencapai tahap piawai yang ditentukan sendiri oleh si perigi. Justeru, sebab itulah perigi sendiri yang mencari timba.
Jika kata-kata di atas tidak sesuai diucapkan kepada orang, lalu berbisiklah kepada diri sendiri sahaja. Supaya kalian tahu siapa diri kalian. Dan kalian mahu hanya yang terbaik buat diri kalian.
Nasihat Buat Wanita, Lelaki dan Ibubapa
Sebagai penutup, saya ingin juga menasihatkan buat wanita-wanita di luar sana terutama buat wanita-wanita solehah. Telah banyak kedengaran di dalam berita dan mulut-mulut orang tentang nasib kurang baik yang dialami oleh para isteri yang diperlakukan oleh suami mereka. Antara sebabnya ialah mereka memlihi suami berdasarkan hanya kepada perasaan. Nilai rasional dan akal ditolak ke tepi dalam memilih bakal suami.
Ada juga kerana termakan budi. Disebabkan si lelaki atau keluarga si lelaki telah banyak menabur budi maka berkahwinlah mereka. Sedangkan sepatutnya perkara ini difikirkan semasak-masaknya terutama dalam menilai peribadi, akhlaq dan nilai agama lelaki tersebut.
Justeru, buat wanita saya nasihatkan fikirlah baik-baik dan gunalah akal dan rasional yang waras dalam memilih pasangan hidup kalian. Mintalah kepada ALLAH akan petunjuk dan berdoalah kepada ALLAH agar DIA berkati. Dan gunakanlah hak-hak kalian sebagaimana Islam telah meluaskan hak kalian dalam hal memilih pasangan.
Buat lelaki, saya ingin menasihatkan agar jika kalian menerima lamaran daripada wanita, ketahuilah bahawa wanita itu telah melihat suatu yang baik lahir dari diri kalian. Hormatilah dia. Jangan kecilkan hatinya. Jangan perli dan hina dia. Dia cuma mengikuti sunnah Khadijah, Ummu al-Mukminin radhiAllahu `anha yang mahu hanya terbaik buat dirinya. Jika kalian setuju, katakanlah. Jika kalian tidak setuju, katakanlah juga. Dan katakanlah samada setuju atau tidak setuju itu dengan penuh rasa hormat dan mulia.
Buat saya dan ibubapa yang membaca tulisan ini, saya menasihati diri ini dan kalian agar prihatinlah terhadap bakal suami anak-anak gadis kita. Kita mahu yang terbaik buat mereka. Baik bukan hanya di dunia. Tetapi yang lebih utama ialah baik di negeri akhirat sana. Jika terlihat di sana ada pemuda yang soleh, janganlah segan-segan untuk bertanya. Risiklah sudahkah dia berpunya. Jika belum dan ternyata dia seorang lelaki yang soleh hasil selidikan kalian, nyatakan hasrat yang mulia itu.
Sungguh, kita siang malam memikirkan kebaikan untuk anak-anak kita. Kita do`a yang baik-baik untuk anak-anak kita. Kita mahu dikumpulkan di Syurga sekeluarga. Maka, dalam hal memilih suami untuk mereka juga, hendaklah kita teliti dan proaktif. Kerana warna suami akan kuat tercurah mewarnakan isteri. Jika mahu anak-anak kita baik, maka pilihlah suami yang baik buat mereka. Kita harus mainkan juga peranan.
Semoga apa yang ditulis ini terdapat manfaat padanya, insyaALLAH. Mudah-mudahan ALLAH berikan kita semua kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan dijauhkan kita semua dari azab api neraka, amin…
ALLAHU A`LAM.
Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
12 Mac 2012.
*Sumber: http://muzir.wordpress.com"
Posted on Friday, June 01 @ 06:07:50 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog YusofEmbong
Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan.
Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.
Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;
Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.
Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.
Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili
Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012
Ulasan GB
Setahu GB, sultan juga manusia., bukan dewa. Justeru bila kata ia manusia maka ia tertakluk kepada penghanbaan diri kepada Allah swt kesemuanya.
Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan-memesan dengan kesabaran"
Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka "pesan-memesan" yang diperintah Allah swt kepada kita semua.
Kalau menegur Sultan dianggap menghasut, dianggap satu kesalahan, pergi marah sama Tuhan yang turunkan Surah Al-Asr itu!
UMNO pula mahu tunjuk lagak pertahankan sultan/raja walhal merekalah sebenarnya perkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini.
.......
http://yusofembong.blogspot.com/2012/06/siapa-khianat-datuk-drasri-ulas-isu.html
Kacau betul, Najib mesti sakit kepala, pinau hijau matanya.. Posted on Friday, June 01 @ 05:03:54 PDT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: lensahandphone
"
PAS meletakkan sasaran mempertahankan semua 23 kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 dan menambah sekurang-kurangnya 40 kerusi lagi pada PRU-13.
Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com
http://lensahandphone.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan