Ahad, 3 Jun 2012

BILA KERESAHAN TAK BOLEH DISEMBUNYI...SEDAR KESALAHAN DIRI BEGITU BANYAK...KOTOR YANG PAYAH DICUCI...KESALAHAN YANG PERLU ALLAH HUKUM....MAKA SEDARLAH....ADA KUASA YANG TERAGONG SEKALI IAITU 'ALLAH'

Inilah Sebabnya Kenapa Ameno Bertegas Nak Usia 66 Tahun .. kah kah kah
Posted on Saturday, June 02 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: karmic

"

Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai “UMNO Baru” kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.

Memang le secara teknikal mahkamah larang guna Umno Baru sebab ameno yang lama dah mati. Sama le kalau nama Abu Bakar bin Ali bin Abu Bakar... nama cucu sama ngan nama datuk... takyahlah nak letak nama Abu Bakar Baru. Tu dah kira habih la bersangka baik... kah kah kah

Tapi hakikat yang tak boleh disangkal ialah ameno lama dah mati... kaput... berkubur... ghuyub... almarhum. Yang wujud cuma ameno baru dengan kelahirannya di bumi Malaysia adalah pada tahun 1988.

Sumber
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.

Mengikut analogi Abu Bakar b. Ali b. Abu Bakar kat atas nun, boleh ke Abu Bakar yang cucu tu mengaku sama umur ngan datuk dia ? Ya boleh .. kalo didendangkan dikhalayak chai chai ameno yang buduh buduh mengikut kata pengasas ameno baru ni... kah kah kah kah

Sumber : Debik Karmic 
 
 Ustaz Azhar Idrus - Himpunan Hijau ke Putrajaya (Stadium Alor Setar 1 Jun 2012)
 
 
 
 
 
 PRU 13 penentu ‘hidup dan mati’ BN, kata Muhyiddin
Posted on Sunday, June 03 @ 02:44:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Mohd Farhan Darwis

"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.

"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.
"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.
"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali menyokong kepimpinan BN.
"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita.
"Kita perlu turun padang dan membantu rakyat supaya sokongan mereka kembali kepada kerajaan BN," tambahnya.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR.
"Kita jangan leka. Jangan terlalu yakin kita akan menang. Kita perlu terus berusaha dan tidak lalai akibat daripada kekurangan pembangkang.
"Sebab itu kerajaan "walk the talk". Kita bukan seperti kerajaan PR yang hanya tahu "talk and walk," tegasnya di sahut tepukan gemuruh jentera dari Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Muhyddin menjelaskan, BN tidak boleh tewas kerana mereka telah berusaha 55 tahun untuk membangunkan negara ini dan mengecapi keamanan dan kestabilan seperti sekarang.
"PR sekarang mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat. Mereka sedar sokongan mereka sudah lemah dan mereka sudah rasa takut dan bimbang.
Kita perlu pastikan kita tak boleh kalah. Jangan biarkan mereka menjahanamkan negara. Kita telah bina negara ini 55 tahun," tegasnya lagi.
Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0.
"Mereka tahu mereka tak boleh menang. Mereka kerah rakyat keluar untuk lawan kerajaan menggunakan demonstrasi," tegasnya lagi.
Dalam perhimpunan hari ini, turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN KL, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan juga wakil pemimpin-pemimpin parti komponen BN.
PRU 13 penentu ‘hidup dan mati’ BN, kata Muhyiddin

 Muhyiddin Mula Terikut Agenda Buang Tebiat Dr M
Posted on Sunday, June 03 @ 02:44:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: psyco

"Tak pasti lah Muhyiddin ni sempat untuk duduk jawatan PM kalau UMNO dan gerombolan di talkinkan pada PRU13 nanti atau dia sendiri akan disepak keluar oleh Najib. Mamat ni pon bukan nya ada sokongan dalam UMNO dan hanya mengekor punggung Dr M untuk dijadikan Mentor beliau, jika Najib di C4 kan oleh ahli UMNO sendiri gara-gara  pelbagai skandal Najib yang semakin merosak imej Najib dan UMNO sendiri.

Sudah 3 kenyataan Dr Mahathir yang di laporkan oleh beberapa akhbar/media pencacai melaporkan bahawa PR akan menimbulkan huru-hara jika kalah dalam PRU13 nanti. Hanya beberapa kerat sahaja pencacai tegar UMO yang respon termasuk Ibrahim katak yang jijik pada pandangan aku. sorry to say that.....

Muhyidin terikut-ikut ayat Dr Mahathir ''mungkin'' ''mendakwa'' ''bertujuan'' PR akan turun ke atas jalan raya memprotes keputusan PRU13 jika PR kalah. Mamat sembab ni sangat yakin UMNO dan gerombolan akan menang pada PRU13 nanti dan BERSEDIA MENGHADAPI SEGALA KEMUNGKINAN PR akan mengguling kan kerajaan ? 
Apa yang ditakutkan oleh pemimpin gerombolan ini setelah berpuluh tahun memerintah Malaysia dan tiba-tiba kalah ? Sudah masuk PRU ke 13 dan semuanya di menangi oleh UMNO dan gerombolan. Abis tu nak takutkan apa? PR tiap-tiap kali kalah PRU pernah menimbulkan kekacauan selama ini ? 
Ternyata Akal Muhiyiddin sama seakal buang tebiat Dr Mahathir. Tak mungkin 2 Mamat ni  tiada hati perut dan tak boleh fikir implikasi di atas kenyataan batu api mereka ?
Muhyiddin mungkin bersih dari penampilan nya dan apakan daya beliau terjebak dalam parti sendiri yang kotor dan , cadangan sebersih mungkin untuk Muhyiddin menduduki tampuk PM sebelum beliau di terajang keluar adalah dengan panjarakan Dr M dan Najib secepat mungkin nescaya UMNO akan di sucikan.
Muhyiddin kena perhatikan, setiap kali pencacai mereka buat provokasi perangai buang tebiat yang sering terjadi akhir-akhir , PR tidak bertindak balas dan hanya merakamkan perilaku jijik mereka.Bukti dan provokasi ini juga akan di gunakan pada PRU13 nanti untuk di jadikan bukti bagi persediaan untuk menyangah kenyataan buang tebiat pemimpin UMNO ini..

BN ramal pembangkang demo jika tewas PRU
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi kemungkinan pembangkang akan mengecam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika kalah dan turun ke jalan-jalan untuk menggulingkan kerajaan dipilih secara demokratik.

"Mereka akan mendakwa keputusan pilihan raya sebagai tidak adil, tidak bersih untuk mewujudkan persepsi negatif," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat mengulangi pandangan diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan blognya bulan lalu.


PRU 13 penentu ‘hidup dan mati’ BN, kata Muhyiddin
 KUALA LUMPUR, 3 Jun — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut.
Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini ... Read More

 Ucapan perpisahan Datuk Seri Syed Zainal Abidin tinggalkan Proton
Posted on Sunday, June 03 @ 02:43:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Berikut kata-kata perpisahan dan perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin sebelum beliau meninggalkan pengurusan tertinggi Proton, di petik dari laman web paultan.org . Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.
Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri?
Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai.
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga.
Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.
Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu.
Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya.
Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.
Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.
Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.
Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.
“There You’ll Be”
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
Salam hormat dari saya, Syed Zainal

 ILMU, Fathul Bari Terus Berdalih Enggan Berdebat Dengan Pemuda PAS
Posted on Sunday, June 03 @ 02:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: pemudagombak

"Gombak , 3 Jun 2012 – Ulama Muda Umno (ILMU) melalui jurucakapnya, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang juga CEO ILMU menolak ajakan debat daripada Dewan Pemuda PAS Gombak.
Dalam laporan olehportal berita Antarapos.com, Fathul bari dipetik berkata topik perbahasan, “PAS vs Umno: Siapa Sesat” yang dipilih oleh Pemuda Pas Gombak harus dikaji semula supaya tidak meremehkan Islam.

Fathul Bari juga dilaporkan berkata ““Mereka (Pemuda PAS Gombak) bukan golongan pembuat dasar. Kita (mahu) bercakap dengan golongan pengeluar kenyataan-kenyataan dalam PAS seperti Hadi dan Nik Aziz.”.
Portal Antarapos.com turut menghubungi wakil Pemuda PAS Gombak untuk mendapat penjelasan tentang tajuk yang diberi.
“Sebenarnya tajuk ini bersesuaian dengan topik yang pernah diwacanakan oleh Umno dan Fathul bari sendiri iaitu “PAS – Parti Ajaran Sesat” , Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan dilaporkan berkata.
Ketika ditanya oleh wartawan sama ada pihak pengajur bersedia untuk menukar topic debat,beliau memakluamkan akan mempertimbangkan selepas menerima respon rasmi daripada ILMU.
Baca berita sebelum ini: http://pemudagombak.com/v1/?p=1349"

 Warga Sudan yang mengikut Sunnah Nabi.
Posted on Sunday, June 03 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: kamal_hasan

"Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.
Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)
Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.” 


 Firma Razak Baginda Jual Rahsia TLDM Kepada Firma Perancis, Umno terlibat
Posted on Saturday, June 02 @ 13:45:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Wong Choon Mei

Firma Baginda jual rahsia tentera laut pada firma Perancis, Umno terlibat -peguam ScorpenePeguam Perancis yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM telah mendakwa seorang pembantu rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.
"Ia adalah dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Malaysia, penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit,"

Joseph Breham memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok pada hari Rabu.
Menurut Breham, yang mengetuai pasukan undang-undang SUARAM, polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis.
Berita terbaru yang melibatkan pengkhianatan akan menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, yang sudah bimbang dan kecewa dengan endemic rasuah pemerintah parti Umno Najib. Breham dipetik berkata, di Perancis menjual menjual maklumat sulit negara lain adalah melanggar undang-undang pertahanan.
"Ia adalah pengkhianatan kerana anda menjual rahsia pesaing atau negara asing tentang spek senjata dan pelan bagaimana untuk menggunakan senjata khusus ini. Di Perancis, jika mereka dilepaskan, anda boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara." tambahnya lagi.
Ke Hong Kong untuk menutup jejak

Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bil.
Baginda dan bapanya Abdul Malim merupakan pengarah Terasasi. Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd.
Najib adalah menteri pertahanan yang telah mempersetujui pembelian itu pada tahun 2002. Baginda telah menjadi pensyarah di Kementerian Pertahanan dan menjadi pengarah sebuah badan strategi penyelidikan di Malaysia.
Menurut Breham, laporan itu adalah mengenai kerja "kejuruteraan komersial". "Mereka diberikan maklumat yang sedia ada di Internet dan akhbar, kecuali satu dokumen ini." Kata Breham, sambil merujuk kepada majistret penyiasat di mahkamah Paris di mana perbicaraan terbuka telah bermula bulan lepas.
Hubungan dengan Daim
Selepas gagal mendapatkan kerajaan Malaysia untuk memulakan siasatan besar-besaran terhadap dakwaan penyelewengan wang pembayar cukai oleh pucuk pimpinan, SUARAM telah memfailkan aduan terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010 kerana didakwa telah menyogok pegawai Malaysia untuk mendapatkan pengambilalihan itu secara kontroversi.
Ia adalah salah di sisi undang-undang Perancis bagi firma untuk menawarkan rasuah atau komisen bagi menjamin transaksi dan jika DCNS didapati bersalah, ia mungkin perlu membayar balik wang rakyat Malaysia. Dalam proses itu, pegawai-pegawai Malaysia yang bersalah akan diketahui - satu langkah yang akan memaksa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan atau sedia menghadapi cemuhan di seluruh dunia dan kehilangan kredibiliti.
Hanya sehari yang lalu, SURAM telah mendedahkan bahawa selain dari Najib dan Baginda, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mungkin juga telah terlibat melalui sekutunya Mohd Ibrahim Mohd Noor.
Dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk dokumen yang berlabel "Malaysia", di mana terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI - dua firma yang dikaitkan dengan Baginda.
Laporan ini termasuk nota mengenai "Mengesan latar belakang rundingan", yang menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat syarat bahawa pemindahan wang yang besar disalurkan kepada individu dan/atau organisasi politik.
"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari pemberi perintah. Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak sebagai titik rujukan untuk rangkaian politik, "kata Suaram dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu.
Baginda ambil alih dari Mohd Ibrahim apabila kuasa Najib meningkat dan Daim menurun
Nota juga mendedahkan bahawa menjelang awal 2001, pengaruh Mohd Ibrahim mula merosot berikutan kejatuhan Daim dari kuasa, yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah. Dia kemudiannya digantikan oleh orang-orang Razak Baginda.
Bertentangan dengan dakwaan beberapa blog Umno yang cuba untuk memesongkan fakta dengan menyalahkan Daim, dokumen yang disita setakat ini oleh polis Perancis menunjukkan bahawa Baginda akhirnya memang menjadi titik rujukan utama bagi rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.
"Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya (Mazlinda) adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan (Rosmah). Oleh itu, Baginda menjadi orang penting: Terasasi dikaitkan dengan Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Mohd Noor," jelas nota itu.
C4 disebut dalam dokumen-dokumen disita polis Perancis

Baginda diminta untuk menjadi saksi dalam kes di Perancis. Dia telah dibebaskan daripada pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan dia juga telah mengakui mangsa sebagai bekas kekasihnya yang dipercayai tahu tentang transaksi Scorpenes.
Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, berada di Kuala Lumpur pada bulan lepas dan mengejutkan negara apabila beliau mendedahkan bahawa anak perempuannya telah datang untuk berjumpa Najib untuk "memutuskan sesuatu bersama dengannya". Jika benar, ini akan mempunyai implikasi politik serta jenayah yang serius bagi Najib, yang menjadi PM sejak tahun 2009 dan yang telah menolak semua gesaan untuk meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan untuk kedua-dua kes pembunuhan dan pembelian Scorpenes.
"Saya bertanya kepadanya apakah tujuan dia datang ke Malaysia. Dia menunjukkan kepada saya gambar yang diambil di Paris. Tiga orang berada di dalamnya - Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya. Dia berkata 'Saya perlu berjumpa dengan orang penting disana', dan menunjuk kepada Najib," kata Setev.
"Dia memberitahu saya dia mempunyai sesuatu untuk dibincangkan dengan Najib. Saya memberitahunya ia tidak berbaloi tetapi dia tetap pergi. Ramai saksi telah melihat gambar ini saya bukan satu-satunya malah Burmaa Oyunchimeg, yang juga merupakan seorang saksi telah memberitahu mahkamah mengenai perkara itu semasa perbicaraan pembunuhan pada tahun 2007. "
Altantuya dibunuh dalam di dalam hutan di Malaysia pada tahun 2006 dan badannya dibom dengan menggunakan bahan letupan C4 untuk mencegah dirinya dari dikenalpasti.
Antara dokumen yang disita oleh polis di Perancis merupakan satu sub-folder yang bertajuk "C4" – dan ini terus mengukuhkan syak bahawa Altantuya telah dibunuh kerana pengetahuannya berkenaan hal Scorpene dan walaupun dua bekas pengawal peribadi Najib telah dihukum gantung bagi pembunuhan itu, mereka hanya bertindak atas arahan dari 'atas'.
Malaysia Chronicle

Related Stories:
Scorpenes in Bangkok: Diving M'sia deep into controversy with kickbacks and murder
Ops Scorpene 2.0: SUARAM mendedahkan sampul surat dengan 'folder' bertajuk "C4"
Najib semakin lemah selepas ulang tahun Umno, manakala pengaruh Dr M meningkatkan
Firma Baginda jual rahsia tentera laut pada firma Perancis, Umno terlibat -peguam Scorpene

 

Tiada ulasan: