Ahad, 3 Jun 2012

SOKONG PEMBANGKANG SATU HAL...BAGAIMANA YANG SOKONG KERJA2 SYAITAN...MEMBANGKANG HUKUM2 ALLAH...SEDARLAH BAHAWA KITA ADA KERAJAAN PALING BESAR.....AL MULK...


سُوۡرَةُ المُلک
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (١) ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (٢) ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ طِبَاقً۬ا‌ۖ مَّا تَرَىٰ فِى خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ مِن تَفَـٰوُتٍ۬‌ۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ۬ (٣) ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئً۬ا وَهُوَ حَسِيرٌ۬ (٤) وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومً۬ا لِّلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ (٥) وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (٦) إِذَآ أُلۡقُواْ فِيہَا سَمِعُواْ لَهَا شَہِيقً۬ا وَهِىَ تَفُورُ (٧) تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِ‌ۖ كُلَّمَآ أُلۡقِىَ فِيہَا فَوۡجٌ۬ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُہَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٌ۬ (٨) قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٌ۬ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ۬ كَبِيرٍ۬ (٩) وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (١٠) فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِہِمۡ فَسُحۡقً۬ا لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (١١) إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ۬ (١٢) وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦۤ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ (١٣) أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ (١٤) هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولاً۬ فَٱمۡشُواْ فِى مَنَاكِبِہَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦ‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ (١٥) ءَأَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يَخۡسِفَ بِكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فَإِذَا هِىَ تَمُورُ (١٦) أَمۡ أَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يُرۡسِلَ عَلَيۡكُمۡ حَاصِبً۬ا‌ۖ فَسَتَعۡلَمُونَ كَيۡفَ نَذِيرِ (١٧) وَلَقَدۡ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ (١٨) أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٍ۬ وَيَقۡبِضۡنَ‌ۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَـٰنُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءِۭ بَصِيرٌ (١٩) أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ جُندٌ۬ لَّكُمۡ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ‌ۚ إِنِ ٱلۡكَـٰفِرُونَ إِلَّا فِى غُرُورٍ (٢٠) أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُ ۥ‌ۚ بَل لَّجُّواْ فِى عُتُوٍّ۬ وَنُفُورٍ (٢١) أَفَمَن يَمۡشِى مُكِبًّا عَلَىٰ وَجۡهِهِۦۤ أَهۡدَىٰٓ أَمَّن يَمۡشِى سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٢٢) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ‌ۖ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ (٢٣) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ (٢٤) وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٢٥) قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡعِلۡمُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَا۟ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٦) فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةً۬ سِيٓـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقِيلَ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ (٢٧) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَهۡلَكَنِىَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِىَ أَوۡ رَحِمَنَا فَمَن يُجِيرُ ٱلۡكَـٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٢٨) قُلۡ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيۡهِ تَوَكَّلۡنَا‌ۖ فَسَتَعۡلَمُونَ مَنۡ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٢٩) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرً۬ا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٍ۬ مَّعِينِۭ (٣٠)
Surah Al-Mulk
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1) Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2) Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (3) Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (4) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. (5) Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (7) Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? (8) Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! (9) Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (10) Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka. (11) Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (12) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (13) Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (14) Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (15) Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17) Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (18) Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (19) Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (20) Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (21) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (22) Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (23) Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24) Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (25) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. (26) Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!. (27) Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. (28) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata. (29) Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. / (30) 
 
KDN 'alu-alukan' saman penerbit buku Irshad Manji

3 Jun 2012
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KLUANG -  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara sinis mengalu-alukan penerbit buku karya Irshad Manji yang dilaporkan berhasrat untuk menyaman kementerian itu.

Beliau berkata, kementerian sememangnya menantikan Ezra Zaid, iaitu penerbit buku karya Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' untuk tampil membantu siasatan.

"Sama ada dia tampil secara sukarela atau tampil untuk menyaman KDN saya tidak kisah, yang pasti dia perlu tampil ke hadapan untuk bertanggungjawab dengan tindakan yang telah beliau lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri majlis bersama pemimpin dan pelancaran buku 'Dian Desa 2012' di Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kahang di sini hari ini.

Beberapa laman portal pembangkang sebelum ini menyiarkan laporan tentang hasrat penerbit buku berkenaan untuk memfailkan tindakan undang-undang, bukan
sahaja terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi juga terhadap dua jabatan agama iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais). - Bernama
FATHUL BARI
Nasihat menjelang pilihan raya
FATHUL BARI
3 Jun 2012
Melihat tarikh pilihan raya semakin dekat, nasihat saya kepada diri sendiri dan semua agar menjaga diri daripada terjebak hal bercanggah prinsip dan dasar Islam, khususnya seperti dalam ceramah, kenyataan akhbar, blog dan Facebook.

Maka perhatikan sejauh mana lisan dipelihara, tangan dijaga, niat kita diikhlas  kerana ALLAH SWT.

Sebagai muhasabah bersama, janganlah kerana undi dan kemenangan, kita bercakap dan mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Ingat pesanan Nabi SAW bermaksud: “Sesiapa memberikan jaminan kepada ku untuk menjaga apa yang berada antara dua tulang pahanya (kemaluannya) dan menjaga sesuatu berada antara dua tulang rahangnya (mulutnya), aku beri jaminan syurga ALLAH SWT.” (Riwayat Bukhari)

Dimaksudkan antara dua tulang rahang ialah mulut, yakni menjaga lisan dan ucapan kita. Berkaitan penjagaan lisan, dalam kunjungannya ke ibu kota barubaru ini Mufti Masjidil Haram, Professor Dr Sulaiman As- Saloomi menyebut: “Engkau adalah pemilik perkataan sebelum perkataan itu dikeluarkan.”

Maksudnya sekiranya perkataan itu dikeluarkan, ia bukan lagi menjadi milik kita. Maka selama mana ia menjadi milik kita, susun dan aturkanlah agar perkataan diungkapkan itu berakhlak, beretika, sesuai prinsip dan kehendak Islam. Ia tidak jauh maknanya dengan pepatah Melayu , “terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata buruk padahnya.”

Maklumat disampaikan dalam akhbar, ceramah, mahupun Internet dan hadis perlu sahih, perkataan dikeluarkan mesti berfakta. Nabi SAW bersabda, maksudnya; “Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan setiap perkara yang dia dengar.” (Riwayat Imam Muslim).

Elak tuduhan tanpa asas, provokasi, persepsi dan andaian. Begitulah syaitan mengelirukan Adam AS seperti ALLAH SWT sebutkan dalam al-Quran, maksudnya: “Maka syaitan
menimbulkan waswas kepada keduanya (Adam dan Hawa) agar mereka berdua didedahkan kehormatan mereka yang telah ALLAH tutup dan syaitan berkata: Tuhan kamu tidak melarang mu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga).” (Surah Al-A’raf : 20).

Syaitan berjaya membentuk persepsi palsu pada Adam dan Hawa, bahawasanya jika mereka tidak mendekati pohon itu maka mereka tidak menjadi malaikat dan tidak kekal dalam syurga. Bahkan syaitan susuli dengan perkataan meyakinkan disebut dalam ayat, maksudnya: “Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. “Sesungguhnya aku hanya memberi nasihat kepada
kamu berdua.” (Surah Al-A’raf : 21) “Maka syaitan memujuk keduanya dengan jalan salah (tipu daya).” (Surah Al-A’raf, 7: 22).

Sehingga Adam dan Hawa akhirnya tertipu. Inilah cara dan kaedah syaitan, maka jangan gunakan budaya syaitan dalam usaha mendekatkan masyarakat dan dalam usaha meraih sokongan masyarakat. Budaya menipu daya, bersumpah, mengatakan kumpulan masing-masing paling benar dan selainnya semua salah, itu budaya syaitan. Melainkan jika ada bukti.

Justeru, perkara pertama perlu dikoreksi ialah, apakah niat ikhlas kerana ALLAH? Kemudian lihat kepada lisan dan perkataan diucapkan, pastikan ia benar. Bagi menulis di Internet, berhati-hatilah dengan penulisan dan jauhi pembohongan, membuka keaiban dan perkara  bertentangan dengan akhlak.

Sesungguhnya ALLAH mengangkat dan menjatuhkan sesiapa Dia kehendaki. Manusia hanyalah berusaha, yang menentukan adalah ALLAH.

Firman ALLAH, maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran : 26).

Di tangan ALLAH-lah segala kebaikan, jangan merasakan diri membuat perubahan, sebaliknya ALLAH menetapkan dan menentukan, cuma Dia memberi peluang untuk memilih, mengubah dan berubah.
Reezal: Pas tiada peranan dalam Pakatan Rakyat

3 Jun 2012
Reezal Merican: Pas tiada peranan dalam pakatan pembangkang
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
KEPALA BATAS - Pemuda Umno mahu Pas membuktikan 'suara' mereka didengar dalam Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal bagaimana Pas mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta PKR.
"Macam mana dia (Pas) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi Pas.

"Sebagai contoh, Pas mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (Pas) tidak ada sesiapa nak dengar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Abdul Hadi ketika berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, semalam juga dilaporkan berkata pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga hanya gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu.

"Kenyataan Presiden Pas itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan saya percaya Pas  tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk
parti itu masih di belakang DAP dan PKR.

"Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain," katanya. - Bernama
Menjelang PRU13: Misi sukar Pas
Wartawan Sinar Harian
3 Jun 2012
Misi sukar Pas
Misi sukar Pas
KENYATAAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai wadah politik utama bagi umat Melayu/Islam di negara ini disambut oleh pemimpin Umno dengan soalan: "Bagaimana Abdul Hadi boleh berkhayal setinggi itu sedangkan di Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) pun Pas masih terpinggir?"

Mereka turut mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terus beretorik kosong tanpa berpijak di bumi nyata kerana rakyat sudah dapat melihat dengan jelas bagaimana pemimpin parti itu dipinggirkan oleh DAP dan PKR, dan hanya dipergunakan untuk meraih undi pada pilihan raya.


Berikut adalah kenyataan penuh pemimpin-pemimpin Umno berkenaan.

PULAU PINANG:

"SAYA cukup ragu dengan kenyataan seperti itu. Lihat saja di Pulau Pinang, teramat jelas Pas disisihkan oleh DAP dan PKR dalam Kerajaan Pulau Pinang. Pas hanya ada satu kerusi Dun, tetapi yang satu itu pun tidak diberi jawatan Exco. Bagaimana mereka kata nak bela nasib orang Melayu/Islam sedangkan kedudukan mereka sendiri terpinggir?

Sudah sampai masa bagi pemimpin Pas berfikir secara mendalam mengenai kedudukan parti itu dalam PR kerana apa yang berlaku di Pulau Pinang sudah cukup jelas. Kerajaan DAP Pulau Pinang tertubuh daripada undi ahli Pas dan merekalah yang menjayakan perjuangan DAP. Tetapi, apabila DAP memerintah, satu kerusi Exco pun tidak diberi.

Pada masa Barisan Nasional (BN) memerintah, walaupun MIC menang satu kerusi tetapi mereka diberi satu kerusi Exco kerana mewakili masyarakat India. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menghormati ahli Pas walaupun Pas menang satu kerusi Dun.

Kemudian mereka menyanyikan lagu merdu untuk Pas... mahu lantik wakil Pas sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), itupun sampai empat tahun masih belum tertunai.

Dua isu ini sudah cukup untuk menunjukkan Pas sememangnya terpinggir dalam pakatan. kerana itu, janganlah bercakap konon nak wakili umat Islam/Melayu di peringkat nasional sedangkan mereka (Pas) belum tentu akan diberi jawatan sekiranya dapat menawan Putrajaya. Pas perlu ambil ini sebagai iktibar agar mereka tidak terus ditipu dan diperkotak-katikkan.

Cukuplah mereka ditipu di Pulau Pinang, janganlah mereka tertipu lagi konon mampu tadbir negara."

Datuk Zainal Abidin Osman
Pengerusi Umno Pulau Pinang



"DIA (Pas) dia ganti Umno. Saya kata, model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas langsung tidak bimbangkan kita (Umno). Sebabnya, sehingga kini Pas masih belum berjaya menyelesaikan banyak isu kebajikan rakyat terutama di Kelantan yang diperintah oleh parti itu sejak sekian lama.

Apa kebajikan yang mereka sudah lakukan? Masalah air di Kelantan sendiri pun mereka gagal diselesaikan.

Sekarang mereka mahu melaungkan model Negara Berkebajikan pula. Mahu bina lebuhraya pun minta duit rakyat. Bagaimana mereka mahu buat model Negara Berkebajikan?

Timbul isu Negara Berkebajikan hanya kerana Pas sanggup menggadaikan prinsip yang mereka perjuangkan selama ini ialah Negara Islam semata-mata takut pada DAP. Jadi bagaimana mereka mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam jika tidak mempunyai pendirian yang utuh dan masih dibayangi oleh parti lain?"

Datuk Musa Sheikh Fadzir
Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang



"SIAPA kata Pas layak ganti Umno? Itu hanya mimpi siang hari dan gimik pilihan raya saja. Dalam pakatan pun Pas tiada peranan, apa lagi lagi mahu ganti Umno bela nasib orang Melayu, orang Islam. Contoh sudah ada, lihat saja isu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Sebelum ini terang-terang janji mahu beri kepada Pas tetapi kemudian dapat kepada PKR. Orang Pas masih belum sedar lagikah?

Nampak sangat Pas tidak mampu bela nasib sendiri apa lagi nasib orang Melayu, orang Islam seluruhnya. Apabila jawatan (YDP MAINPP) tidak diberi kepada Pas, mereka bisinglah sekejap, lepas itu terus tutup mulut. Kita pun tak tahu siapa sebenarnya YDP MAINPP sekarang.

Saya cabar Pas untuk buktikan ia benar-benar parti berwibawa di Pulau Pinang sebelum boleh sembang mahu bela nasib Melayu/Islam di peringkat nasional. Bagaimana mereka nak berkuasa, nak tunaikan janji jika dengan DAP dan PKR pun pendirian masih 'berlaga'.

Pas mahu negara Islam tetapi DAP sama sekali tidak mahu dan PKR pula sibuk mahu menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak mempunyai pendirian seperti BN dan saya yakin PR akan berpecah selepas pilihan raya umum nanti."

Shaik Hussein Mydin
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang



MELAKA

"Pas tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk parti itu masih di belakang DAP dan PKR. Jika pakatan berjaya merampas tampuk pemerintahan sekali pun, Pas akan lebih dilihat sebagai parti ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR.

Apatah lagi setelah ia menyimpang daripada perjuangan asal mahu menegakkan Islam, orang Melayu/ Islam sendiri pun sudah semakin jauh dari Pas. Jadi jika pakatan memerintah, yang sebenarnya berkuasa adalah DAP, bukan Pas. Orang Melayu jangan terpedaya dengan cakap-cakap seperti itu."

Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Umno Negeri




KEDAH:
"Pas hanya beranganangan bercakap mampu gantikan Umno sebagai parti Melayu-Islam di negara ini. Saya percaya rakyat bijak nilai kemampuan mereka dan melihat kemampuan PR tadbir beberapa negeri sebelum ini. Kenyataan itu untuk yakinkan penyokong mereka agar bersama walaupun realitinya Pas berada dalam keadaan lemah'

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Pengerusi Umno Kedah


"Rakyat sudah muak dengan kenyataan retorik Pas seperti itu sedangkan terbukti mereka tidak mampu menunaikan manifesto sepanjang PR tadbir tiga negeri. Kita yakin rakyat sentiasa bersama Umno serta BN yang sentiasa konsisten bela nasib rakyat.

Sepanjang PR tadbir negeri ini, tidak banyak usaha dilakukan untuk bela nasib golongan muda termasuk dalam aspek pendidikan"

Badrul Hisham Hashim
Ketua Pemuda Umno Kedah




PERLIS:

"Pas tidak layak ganti Umno sebagai wadah politik utama umat Islam/ Melayu kerana parti itu hanya berstatus minoriti. Pas masih mahu mengaku ia mampu menggantikan Umno. Umno tiada masalah untuk beri laluan jika kedua-dua parti mempunyai matlamat sama. Tetapi jika mereka mahu mengganggu perjuangan Umno, ini bermakna mereka turut mengganggu orang Melayu"

Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi Umno Perlis




SELANGOR:

"Mustahil. Pas tidak mungkin ganti Umno memandangkan di Selangor Pas hanya miliki lapan kerusi Dun berbanding Umno, 18. Daripada 56 kerusi Dun (keseluruhan) Umno bertanding 35, sedangkan Pas hanya bertanding 20.

Jika Pas nak menggantikan Umno, Pas kena ada 35 kerusi tetapi kalau setakat bertanding 20 kerusi, hentikanlah cita-cita itu.

Tidak logik betul kenyataan Presiden Pas!

Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
Setiausaha Umno Selangor



"Pas belum cukup sedia gantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam atau pemimpin negara ini. Untuk gantikan Umno, Pas perlu kuat dalam PR atau dari kata lain mestilah lebih menonjol dan memonopoli pakatan .

Jika dilihat dalam konteks negeri Selangor Pas hanya bertanding beberapa kerusi malah gagal bersuara dalam menegakkan Islam semasa kes murtad dan arak'

Datuk Sohaimi Shahadan
Ketua Pemuda Umno Selayang




JOHOR:

"Ini hanya retorik kosong. Kenyataan seperti ini bukan perkara baru bagi Pas. Umno tidak pernah sesekali bimbang dengan model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas. Kita juga tidak pernah membenarkan sebarang diskriminasi terhadap kaum lain sejak dahulu. Sebelum ini, mereka (Pas) pernah cakap mengenai hal ini.

Tidak mengapalah, itu hak dia. Bagaimanapun, kita (Umno) nak tengok berapa banyak kerusi akan mereka bertanding pada PRU13, khususnya di Johor.

Adakah parti komponen lain dalam pakatan seperti DAP akan memberi lebih kerusi kepada Pas pada PRU nanti? Janganlah kita diperbodohkan dengan retorik yang mereka uaruarkan.

Model Negara Berkebajikan yang dilaungkan juga retorik. Kadang kala cakap ini, kadang kala cakap itu. Mereka tidak istiqamah malah selalu berubah-ubah.

Datuk Samsol Bari Jamali
Ketua Penerangan Umno Johor


"Saya berasa cukup ragu dengan kenyataan seperti ini kerana masalah rakyat yang mereka tadbir pun gagal diselesaikan, bagaimana nak bela umat Islam, orang Melayu seluruh negara?

Pas perlu dapat keyakinan dan diterima secara umum oleh semua lapisan masyarakat pelbagai kaum terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jika benar mereka sudah sedia, apakah persediaan itu?

Mereka sendiri tidak mampu merealisasikan Negara Berkebajikan yang dilaungkan. Lihat sahaja masalah isu air di Kelantan, adakah ia sudah selesai?

Tidak semua orang boleh terima matlamat perjuangan Pas. Umno diterima kerana kita tahu keperluan masyarakat yang berusaha kekalkan keharmonian serta perpaduan malah memartabatkan agama, bangsa dan negara."


Datuk Abdul Halim Suleiman
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau
Rakyat boleh nilai sikap pesara kerajaan sertai pembangkang

3 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai sendiri tindakan beberapa pesara kerajaan yang dilapor telah menyertai parti pembangkang.

Sambil berkata itu adalah pilihan masing-masing, beliau menegaskan: "Tapi kita juga harap mereka faham bahawa sewaktu mereka berkhidmat dalam kerajaan, mereka telah bersama dengan kerajaan dan melaksanakan dasar kerajaan.

"Kalau mereka tak puas hati, tidaklah sampai mereka harus tinggalkan (kerajaan) hanya kerana satu dua perkara yang mungkin menyebabkan mereka tidak puas hati."

Muhyiddin mengulas tindakan beberapa pesara kerajaan berpangkat tinggi yang menyertai parti pembangkang, termasuk bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan di sini.

Ditanya sama ada bekas penjawat awam terikat dengan Akta Rahsia Rasmi yang melarang mereka daripada mendedahkan rahsia kerajaan, Muhyiddin menjawab, "Ya".

Menjawab pertanyaan lain, beliau berkata kerajaan BN tidak bimbang dengan program 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas di Alor Setar, Jumaat lepas.

Menurutnya, Pas memilih untuk mengadakan program itu di Kedah kerana sedar sokongan terhadap mereka di negeri itu semakin merosot.

Ia merupakan cubaan untuk meraih kembali sokongan rakyat Kedah yang dilihat semakin meninggalkan parti pembangkang itu, kata Muhyiddin. - Bernama
MB Selangor: Pakatan tunai 30 janji manifesto
RISWANDI RAZAK
3 Jun 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
$entry.content.caption.value
SUBANG JAYA - Sebanyak 30 dari 36 manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri hasil usaha mereformasikan pentadbiran yang lebih telus dan bersih.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun masih ada janji yang belum dilaksanakan, namun Kerajaan Negeri telah berjaya membuat pelbagai program lain khusus untuk kebajikan rakyat.

Menurutnya, selain janji penurunan cukai pintu, kesemua manifesto penting PR berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Pemberian air percuma, bantuan kepada sekolah sudah dilaksanakan. Ada juga yang kita tidak boleh laksanakan kerana bergantung kepada persetujuan Kerajaan Pusat.

"Namun, berdasarkan kajian yang kita jalankan, Negeri Selangor adalah antara pihak yang selalu menepati janji yang diberikan," katanya ketika menjawab pertanyaan hadirin dalam program ramah mesra bersama pengikut Facebook dan Twitter beliau di sini, semalam.

Abdul Khalid turut menegaskan pemimpin PR perlu mengurangkan janji yang sukar dilaksanakan dan meningkatkan prestasi kerja untuk kebajikan rakyat. Menurutnya, manifesto penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus sebenarnya sukar dilakukan kerana ianya akan menjejaskan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Semua orang tidak mahu membayar cukai pintu yang tinggi, tetapi jika cukai ini tidak dikutip, maka PBT tidak boleh beroperasi.

"Namun, salah satu usaha yang saya lakukan adalah dengan mengurangkan kos operasi untuk merealisasikan perkara ini," katanya.

Selain penurunan cukai pintu, Kerajaan Negeri masih lagi belum melaksanakan beberapa janji termasuk pemberian wang masuk tadika dan wang saku suri rumah.

Namun, wujud program tambahan yang dilaksanakan jauh lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti program pemerkasaan wanita berjumlah RM30 juta.
MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang
Wartawan Sinar Harian
3 Jun 2012
Datuk Seri Ahmad Said
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.
PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
ROSNANI SAAD
2 Jun 2012
PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
Sebahagian daripada ahli Pas yang hadir mendengar amanat presiden parti
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.

Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.

"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan  Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.

"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.

"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.

Sehubungan itu,  Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.

Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.

Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.

"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.

Tiada ulasan: