Muhyiddin: Peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar
Timbalan
perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau
anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir.Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.
PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun.
Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.
Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang.
PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa eramai 100,000 orang.
Menteri: Boleh tarik balik tajaan pelajar sertai BERSIH 3.0
Mana-mana
pelajar yang mendapat pinjaman dan tajaan pendidikan adalah tertakluk
kepada perjanjian pinjaman dan tajaan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata sekiranya pelajar melanggar perjanjian itu, tindakan boleh diambil seperti menarik balik pinjaman dan tajaan yang diberikan.
"Pihak penaja mengenakan syarat penajaan yang ketat bagi memastikan keputusan menaja pelajar adalah betul dan tepat di samping pelajar menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang," katanya.
Sekiranya tiada tindakan diambil, pihak penaja tidak dapat mencapai objektif penajaan dan ia juga tidak adil bagi pelajar yang tidak mendapat penajaan tersebut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Kongres India Muslim Malaysia bahagian Pasir Gudang di Masai hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai nasib dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas.
Katanya kementeriannya tidak akan melindungi pelajar terbabit kerana mereka tertakluk kepada undang-undang negara walaupun bebas berpolitik di luar kampus selaras dengan Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012.
"Apa jua tindakan mereka di luar kampus adalah di luar bidang kuasa kita," tegas Khaled.
Tindakan yang bakal diambil ke atas pelajar yang masing-masing berasal dari Durian Burung, Kuala Terengganu dan Rhu Renggeh, Marang bakal diketahui selepas mesyuarat lembaga pengarah yayasan itu berlangsung dalam masa terdekat.
Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu.
Ahmad Said kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara.
- Bernama
Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.
"Penduduk di negeri ini marah dan kesal dengan kebiadaban Mohammad Nizar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya kepada pemberita.
Isnin lepas, Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam Twitternya.
Sementara itu, lebih 100 anggota Gerakan Belia 4B Johor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia negeri turut berarak kira-kira 100 meter dari Pusat Penerangan Pelancongan Johor sehingga luar pekarangan Istana Besar.
Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri Syahrin Md Jamaluddin meminta masyarakat menilai sikap sebenar segelintir pemimpin pembangkang yang sanggup mempertikaikan Raja-Raja Melayu di negara ini.
- Bernama
Beliau berkata sekiranya pelajar melanggar perjanjian itu, tindakan boleh diambil seperti menarik balik pinjaman dan tajaan yang diberikan.
"Pihak penaja mengenakan syarat penajaan yang ketat bagi memastikan keputusan menaja pelajar adalah betul dan tepat di samping pelajar menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang," katanya.
Sekiranya tiada tindakan diambil, pihak penaja tidak dapat mencapai objektif penajaan dan ia juga tidak adil bagi pelajar yang tidak mendapat penajaan tersebut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Kongres India Muslim Malaysia bahagian Pasir Gudang di Masai hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai nasib dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas.
Katanya kementeriannya tidak akan melindungi pelajar terbabit kerana mereka tertakluk kepada undang-undang negara walaupun bebas berpolitik di luar kampus selaras dengan Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012.
"Apa jua tindakan mereka di luar kampus adalah di luar bidang kuasa kita," tegas Khaled.
Tindakan yang bakal diambil ke atas pelajar yang masing-masing berasal dari Durian Burung, Kuala Terengganu dan Rhu Renggeh, Marang bakal diketahui selepas mesyuarat lembaga pengarah yayasan itu berlangsung dalam masa terdekat.
Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu.
Ahmad Said kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara.
- Bernama
Isu WW1: Demo di Johor Bahru kecam kenyataan Nizar
Pelbagai
pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor
pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.
"Penduduk di negeri ini marah dan kesal dengan kebiadaban Mohammad Nizar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya kepada pemberita.
Isnin lepas, Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam Twitternya.
Sementara itu, lebih 100 anggota Gerakan Belia 4B Johor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia negeri turut berarak kira-kira 100 meter dari Pusat Penerangan Pelancongan Johor sehingga luar pekarangan Istana Besar.
Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri Syahrin Md Jamaluddin meminta masyarakat menilai sikap sebenar segelintir pemimpin pembangkang yang sanggup mempertikaikan Raja-Raja Melayu di negara ini.
- Bernama
Ko Nak Derhaka Pd Sultan ??..Kalau Tak, Kembalikan Kuasa Sultan Selangor.
Assalamualaikum Wbr.
Telah nyata sekarang bahawa UMNO BN Negeri Selangor telah membuat
keputusan untuk tidak hadir pada persidangan DUN Tergempar Negeri
Selangor pada 24hb Januari ini bagi mengelakkan diri dari meminda
Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa
perlantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK)
Negeri kepada Sultan.
Menurut Noh Omar " Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana telah diamalkan sekian lama sebelum ini di negeri ini".
Ya kuasa Sultan dilucutkan dahulu....pada zaman UMNO. Kini zaman pemerintahan PR bukan lagi zaman UMNO. Ikutlah peredaran zaman dan siapa yang memerintah. Kena akurlah dengan pendirian pemimpin kerajaan Negeri. Jangan derhaka. Berapa lama ajer....umur pindaan tersebut...baru 14 tahun Noh Omar. Bukannya 50-100 tahun pun. Baru 2-3 kali pilihanraya umum.
Menurutnya lagi, "PR perlu jelas dengan akta itu, yakni kita (Kerajaan BN) tidak pernah membelakangkan Sultan dan mendapat perkenannya terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan diambil." Katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
UMNO yang perlu jelas di sini....,mendapatkan restu atau perkenan Sultan adalah jauuhhhh...... berbeza dengan Sultan yg ada kuasa melantik, bilamana hak Sultan yang dilucutkan UMNO BN 14 tahun yg lalu dikembalikan semula oleh Kerajaan PR kepada Sultan.
Kenapa UMNO tidak mahu mengembalikan kuasa sultan?.... kerana UMNO tidak mahu Sultan campur tangan dalam perlantikan tersebut, mereka hanya suka Sultan memperkenankan sahaja apa yg mereka usulkan.
Kenapa pula UMNO mahu mengenepikan kuasa melantikkan dari Sultan ???..... kerana UMNO mahu memilih orang-orangnya atau kroni-kroninya sahaja. As sebab itulah Khusrin dipilih oleh UMNO supaya dapat menjadi duri dalam daging bila diselitkan didalam Kerajaan PR Selangor. Tidakkah huru hara jadinya. Sepatutnya Sultan atas nasihat Menteri Besarlah yang mempunyai kuasa melantik SUK di negeri yang diperintahnya sendiri...tetapi UMNO dengan muka tak malunya.....senang2 melantik SUK untuk kerajaan Negeri yang bukan miliknya.....kerana apa???? Kerana Sultan sudah tiada kuasa.....Hanya mengangguk dan memperkenankan sahaja. Jadi mengapa perlu takut apabila PR Selangor mahu memulangkan dan mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan. Memperkenankan sahaja tidak cukup.....Biar Sultan yang lantik....bukan perkenan. Macam itulah kita menghormati Sultan dan Raja-Raja Melayu. Jangan memutarbelitkan kenyataan anda di akhbar-akhbar ....dah macam cakap Tamil dah ko ni. Sekejap sokong Sultan sekejap lagi.....hormat....tapi akhirnya.... tak nak kembalikan kuasa Sultan. Macam mana nie....cakap tak serupa bikin....macam dalam drama hero keling..
Dan diulangi lagi...Jangan Sesekali DERHAKA kepada SULTAN SELANGOR. Pantang Melayu Derhaka kepada tuannya. KREDIT BLOG
Apa Tunjuk-Tunjuk Jari nie...Noh Omar (gambar hiasan)

arusperjuangan
DERHAKA PADA RAJA, UMNO PEMBUKA TIRAI
Dato Onn terlebih derhaka berbanding Nizar, Aziz Bari
Oleh: tun_telanai" Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.
Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.
Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.
Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.
Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.
Dalam krisis perlembagaan itu, dalam tahun 1983 dan 1993, UMNO mengerakkan seluruh jentera dan rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh Negara yang dikenali sebagai ‘perhimpunan SEMARAK’ bagi membangkitkan perasaan rakyat membenci Raja-raja Melayu. Dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, Raja-raja dimaki-hamun, dicela dan dihina. Dilondeh semua panau dan kurap yang ada pada Raja-raja ketika terutama almarhum Sultan Johor. Raja-raja dimalukan dikhalayak ramai, semua rakyat mengikuti peristewa malang tersebut.
Penderhakaan terhadap raja-raja terus disemarakkan semula oleh Mahathir Mohamad ketika belaiu memerintah Malaysia. Raja-raja dihina, dimaki-hamun dan macam-macam kata-kata nista dikeluarkan bagi menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu ketika itu. Ada pemimpin UMNO seperti Shahidan Kassim menjadi juara menghentam Raja-raja Melayu dan Annuar Musa terlalu marahkan kepada Sultan Kelantan telah melantik Tengku Ibrahim sebagai penganti Sultan yang dikatakannya perlantikan Sultan Ismail Petra sebagai Sultan tidak sah.
Apalah sangat jika dibanding dengan kes Prof.Dr Abdul Aziz Bari dari UIA yang dikatakan menghina Sultan Selangor itu. Itulah hanya padangan seorang ahli akedemik terhadap Raja dan Perlembagaan. Bukan seperti UMNO yang mengamuk pada tahun 1983 dan 1993 dulu, ianya lebih kerpada matlamat politik sempit UMNO. Kini, Raja-raja Melayu hanya tinggal gigi dan gusi sahaja lagi. Penghormatan rakyat terutama dari kaum bukan Melayu terhadap institusi istana dalam Negara ini semakin terhakis. Rakyat semakin berani bangkit mempersoalkan beberapa perkara yang dinikmati oleh Raja-raja dan kaum kerabatnya.
Semuanya ini berlaku kerana UMNO yang mula-mula merintis jalan membawa penderhakaan rakyat terhadap institusi beraja dalam Negara ini.UMNO perlu dipertanggungjawabkan dalam soal ini.
17 Bukti Umno derhaka kat Raja Melayu
kemesraan DYMM Sultan Kedah bersama MB Kedah. ''KEDAH SEJAHTERA'' |
2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?
7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?
8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)
9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.
10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?
12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11 Jun 1993.)
13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?
14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.
15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?
16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.
17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.
Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.
Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.
Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini?
KREDIT PAS CWGAN CHABAU...MELAKA
Kabel dipotong, khidmat M'kini tergendala
Malaysiakini
membuat satu laporan polis apabila mendapati kabel gentian optiknya
dipotong dan menyebabkan kesukaran untuk mengemaskini kandungan sehingga
beberapa jam.Pengurus teknologi maklumat Malaysiakini Danny Hong yang membuat laporan polis itu berkata, sambungan Internet di bangunannya di Bangsar itu mula tergendala pagi semalam.
Siasatan yang dijalankannya mendapati kabel gentian optik itu telah dipotong.
Malaysiakini bagaimanapun masih dapat mengemaskini pelayannya, namun pada kelajuan yang lebih rendah dengan menggunakan talian alternatif.
Laman berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan tersebut merupakan satu perbuatan sabotaj.
Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi
Suaram
menggesa kerajaan menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang
didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung
urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene."Setakat ini, perana Terasasi masih belum dijelaskan di Parlimen Malaysia.
"Kerajaan Malaysia perlu menjelaskan perkara ini dan peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi (melibatkan kertas penilaian Scorpene)," kata pengarah Suaram Kua Kia Soong.
Abdul Razak dan bapanya merupakan pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas syarikat pembina kapal Perancis, DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.
Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam itu.
Kua dalam satu emel kepada Malaysiakini semalam berkata, satu inkuiri perlu dibuat ke atas dakwaan serius itu.
Muhyiddin: Pakatan akan demo jika tewas p'raya
Timbala
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong teori yang
dikemukakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa
Pakatan Rakyat akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam
pilihan raya akan datang.Dalam ucapannya ketika melancarkan jentera BN Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin juga menyetujui pandangan Mahathir bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan pemula kepada kekacauan selepas pilihan raya.
Senario berkenaan merupakan perancangan Pakatan, dakwanya yang menambah, perhimpunan BERSIH 3.0 tidak perlu dijalankan kerana pihak berkuasa telahpun membuat pelbagai usaha untuk memperbaiki sistem pilihan raya.
Tambahnya, usaha berkenaan merupakan perang psikologi Pakatan denga menyebarkan dakwaan bahawa sistem pilihan raya tidak bersih untuk menghasut rakyat.
Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam'
Timbalan
presiden PKR Azmin Ali berkata beliau tidak merasakan bahawa peluangnya
dalam parti "terancam" dengan jumlah anggota keluarga Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang kini menduduki jawatan penting dalam parti tersebut.
"Saya
tidak merasakan apa-apa ancaman dalam konteks itu kerana saya percaya
kepada proses demokrasi di dalam parti," katanya ketika ditanya dalam
satu wawancara dengan Malaysiakini.Jelasnya, pemimpin berkenaan dipilih bukan kerana nepotisme atau kronisme tetapi diputuskan anggota parti tersebut melalui demokrasi.
"Pada waktu ini presiden (isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan naib presiden (anak perempuan Anwar, Nurul Izzah) dipilih dari kalangan anggota keluarga.
"Dalam pemilihan parti selepas ini kita tidak tahu. Saya tidak tahu apa jawatan saya selepas ini. Biarlah kita jalankan kerja dahulu. Sekarang fokus kita ialah pada pilihan raya umum.
"Lepas itu kita boleh bincang masa depan parti," katanya yang hanya ketawa apabila ditanya sekiranya beliau akan menjadi presiden PKR pada satu masa nanti.
Mengulas lanjut, Azmin berkata Nurul Izzah sendiri terlibat di dalam reformasi sejak pemecatan Anwar pada September 1998 dan memainkan peranan penting dalam menggembleng sokongan kepada Anwar.
Jangan dipengaruhi nepotisme
"Kelantangan
beliau, keberanian beliau untuk bersama rakyat dan parti untuk
mengerakkan gerakan rakyat dan ini diiktiraf anggota parti, bukan
diangkat oleh presiden dan ketua umum tapi dipilih oleh anggota parti. "Baik, Alhamdulillah pemilihan dia dibuat secara sah. Kita perlu maju ke depan dan pastikan keputusan yang dibuat dalam parti dan kerajaan negeri dan pusat insya-Allah tidak dipengaruhi elemen (nepotisme).
"Itu sahaja peringatan saya. Saya tak mahu parti ini mengamalkan amalan tidak sihat," katanya yang yakin bahawa Anwar akan mempertahankan prinsip tersebut di dalam parti.
Tambahnya, kenyataan Anwar yang keras menentang amalan tersebut ketika di dalam Umno merupakan perkara yang mencetuskan pertembungan Anwar dan Mahathir pada 1997.
"Maka saya yakin (Anwar) akan terus mempertahankan prinsip ini dalam PKR," katanya.
Wawancara dijalankan Salhan K Ahmad dan Aidila Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan