Rabu, 6 Jun 2012

BERHENTILAH DARI MENGGUNAKAN KAD KREDIT....BAIKNYA SEDIKIT DARI MUDAHRATNYA....ROKOK TELAH DIFATWAKAN HARAM....


Rumah usahawan Perlis dikait dengan Nik Aziz

Bashir Ishak, 06 Jun 2012

KANGAR: Umno sekali lagi dikecam hebat kerana dikaitkan dengan fitnah apabila tersebarnya gambar yang dikaitkan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri.


Bagaimanapun fitnah yang cuba dilemparkan kepada Mursyidul Am PAS itu akhirnya terjawab bila pengguna-pengguna laman sosial terbabit menjawab balik melalui komen-komen mereka bahawa gambar yang disiarkan itu adalah sebuah rumah di Perlis.


Rumah tersebut adalah milik seorang usahawan di negeri ini yang masih dalam pembinaan dan terletak di Kampung Utan Ibus, Kayang dekat sini.


Rumah ini dapat dilihat oleh pengguna Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun yang mana lokasinya berada di tepi jalan iaitu di sebelah kiri jalan menghala ke Changlun

Forex: Apa Najib buat Nor Yakcop habis wang negara

Abdul Aziz Mustafa, 06 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apa peranan Perdana Menteri pada masa itu ketika Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terus menghabiskan wang negara dalam spekulasi tukaran asing (forex).

Itulah persoalan utama yang mesti dijawab oleh kerajaan dalam isu kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing pada tahun 1992, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Kerajaan juga perlu menjawab secara telus dan jelas siapa dan berapa orangkah yang terus menggalakkan Nor Mohamed terus memperjudikan wang Bank Negara?

"Nor Mohamed pula perlu menjelaskan adakah beliau dan Gabenor Bank Negara ketika itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pernah memberi nasihat kepada orang-orang atasan mereka terutama Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa sudah sampai masanya untuk keluar dari pasaran dan mengelakkan sebarang pertaruhan dalam spekulasi forex itu," katanya.

Salahuddin berkata, rakyat perlu tahu adakah orang-orang atasan yang menyelia tindakan Nor Mohamed dalam spekulasi tersebut mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai perkara itu.

Jika mereka jahil dalam bidang itu tetapi terus juga mengarahkan Nor Mohamed terlibat dalam spekulasi tersebut, mengapa beliau yang ketika itu salah seorang pegawai terkanan Bank Negara terus menurut kehendak orang-orang jahil itu dan bertindak menganiaya negara dalam keadaan beliau tahu Bank Negara akan boleh mengalami kerugian besar jika tidak keluar dari pasaran spekulasi itu, beliau terus mempersoalkan.

"Saya difahamkan bahawa (Pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat) Alan Greenspan pernah mengingatkan Bank Negara agar tidak terlalu agresif membuat pertaruhan dalam pasaran spekulasi itu.

"Terbaru, saya juga menerima maklumat bahawa (Tun) Daim (Zainuddin) yang ketika itu Penasihat Ekonomi pernah mengingatkan Bank Negara dalam tahun 1994 supaya jangan melibatkan diri dengan risiko kerana kerugian yang akhirnya terpaksa ditanggung adalah terlalu besar.

"Persoaannya, menagapa spekulasi itu diteruskan sehingga melibatkan jumlah sebesar RM2 hingga RM3 bilion bagi setiap trader dan Bank Negara pula menggunakan beberapa trader dsalam satu-satu masa," Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.

Salahuddin juga mempersoalkan adakah penglibatan Bank Negara dalam spekulasi tukaran asing itu dibuat dengan begitu serakah kerana ada pihak yang mahu menutup kerugian dalam pasaran hadapan bijih timah.

Beliau menuntut agar kerajaan tidak terus membisu mengenai perkara itu dan memastikan semua yang bersalah

Jika kerajaan yang ada kini ikhlas, rakyat tidak perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan untuk melihat skandal itu disiasat habis-habisan.

Musuh Islam gambarkan Malaysia negara contoh

M Faqih, 06 Jun 2012
KOTA BHARU: Kenyataan Senator John McCain dari Amerika Syarikat kononnya Malaysia negara Islam contoh di mata dunia, disifatkan seumpama membiar harimau menjadi gembala kambing.

“Semua orang tahu Amerika Syarikat bermusuh dengan umat Islam sejak sekian lama, bagaimanapun pula mereka boleh mengatakan Malaysia negara Islam contoh.

“Samalah seperti membiarkan harimau menjadi gembala kambing. Kita malu dengan kenyataan seperti itu,” kata Mursyidul Am PAS pada reaksinya terhadap kenyataan McCain seperti disiarkan media hari ini.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sejak dahulu lagi masyarakat dunia sudah kenal negara terbabit yang memusuhi orang Islam, tiba-tiba pula menganggap Malaysia negara Islam contoh.

McCain yang juga bekas calon Presiden Amerika dilapor mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia yang mengamalkan sistem demokrasi dan kemajuan ekonomi menakjudkan.

Kenyataan itu dikatakan dibuat selepas tokoh terbabit dan Senator Joseph Lieberman mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya bulan lepas.

Kadar bunuh diri di Malaysia makin meningkat
Posted on Tuesday, June 05 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Kadar bunuh diri di Malaysia semakin meningkat ketika ini dengan 1,000 kes yang dilaporkan dalam tempoh tiga tahun.

Apa yang mengejutkan 18 peratus atau 180 orang adalah dari kalangan orang Melayu. Menteri Kesihatan sendiri menyatakan angka kes bunuh diri yang tidak dilaporkan mungkin lebih tinggi.

Suicide rate on the rise in Malaysia
Tuesday June 5, 2012

PUTRAJAYA: The suicide rate is on the rise in Malaysia, with more than 1,000 people taking their own lives over a three-year period. Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the ratio of suicides from 2007 to 2010 was 1.3 for every 100,000 people, but added that it could be higher.

These are just figures we collected from post-mortems. We think suicides are under-reported,” he told a press conference after chairing the Mental Health Promotion advisory council meeting here. Of the 1,156 people who committed suicide over the three-year period, the majority were aged between 24 and 44. Liow said this was alarming as the victims belonged to the productive age group.

National statistics also show that men outnumber women three to one, while the Chinese had the highest number of suicides at 48%, followed by Indians (21%), Malays (18%) and other races (13%),” he said. Given the increase in suicides in Malaysia, the Government had decided to launch a five-year National Suicide Prevention Strategic Action Plan starting this year, said Liow.

Part of the plan is to shift mental health treatment from being purely institutionalised in hospitals to more community-centric and to be made available at community mental health centres. By bringing mental healthcare to the clinics, the Government is adhering to the World Health Organisation's recommendations of getting the public to play a greater role in providing support for mental health patients,” said Liow.

The initial target is to set up one community mental health centre in every state this year. Currently, we have 224 psychiatrists in the ministry. The ratio of psychiatrists to the population is 1:150,000, but ideally we need to get a ratio of 1:50,000, which means we need a three-fold increase,” he said.

Source: thestar.com.my"


Berucap pada perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di Jalan Dato Pati Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, ada pihak sekarang sibuk mempamerkan sikap rasis seumpama seperti budak tadika.

“Sekarang mereka sibuk memperjuangkan bangsa sehingga pandangan Islam yang lebih jauh tidak dipakai.

“Mengapa mereka tidak menjadikan al Quran sebagai panduan dan mengikut segala suruhan Nabi Muhammad saw. Sedangkan baginda menjadi pengantara antara manusia dengan pencipta-Nya.

“Kalau kita tolak Islam bermakna kita tolak Rasul dan dengan sendirinya juga tolak Allah Taala,” katanya.

 Isu K-POP PKR Bertam
Posted on Wednesday, June 06 @ 03:05:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tiongmas

"Isu persembahan ala k-pop di majlis PKR Bertam yang menampilkan persembahan penari dan penyanyi yang berpakaian menjolok mata, perlu beberapa penjelasan segera memandangkan ramai yang tidak hadir atau keliru dengan fakta sebenar:

1) adakah benar ia dianjurkan oleh PKR Bertam dan dihadiri oleh tokoh pemimpin pkr sendiri? atau ada yang mendakwa ia persembahan berasingan. JIKA ia berasingan maka tidak wajar ada bendera / lambang pkr di latar pentas. dan pastinya tayangan / penyebaran video ini ada unsur sabotaj. JIKA memang persembahan ketika program, maka ajk pkr termasuk Dr mansor mesti membuat kenyataan menjelaskan keadaan atau sekurangmemohon maaf kerana ia memalukan ahli pkr dan anggota dalam pakatan terutama Pas.

2) adakah benar dakwaan kononnya ia tidak dirancang tetapi akibat keputusan ajk bukan Islam pkr (ada yg mendakwa Public Pavilion Holding Berhad turut terlibat) yang tidak memaklumkan / mendapat persetujuan awal ajk penganjur lain sehingga ada ajk dari pas yg bertindak menghalang persembahan itu dari diteruskan. JIKA benar maka kami ahli pkr ingin nyatakan bahawa bukan semua bukan Islam bersetuju persembahan yg menjolok mata seperti itu sesuai dipertontonkan di khalayak ramai apatah lagi majlis rasmi. malah kebanyakan pimpinan bukan Islam pkr menganggap persembahan seperti itu dikaitkan dengan nilai moral yang rendah. Jika ada ahlli bukan Islam pkr yg bertindak bersendiria, maka mereka boleh dianggap tidak menghayati aspirasi perjuangan pkr yang mendokong Rukun negara : KESOPANAN DAN KESUSILAAN. malah mereka boleh dianggap cuba mensabotaj aktiviti parti. jika ia melibatkan pihak lain (pavilion), mereka perlu dipertanggungjawabkan sama ada tidak memahami sensitiviti umum pendokong pkr atau sengaja ingin mencetuskan sabotaj.

Saya menyokong ajk dari pas yg menyekat persembahan tersebut dari terus berlangsung tanpa mengira siapa dan ahli parti mana pun. Bahkan jika ada ahli umno yg datang membantah persembahan itu atas dasar ia melanggar kesopanan umum, maka kami akan menyokong sanggahan itu.

OLEH itu kami berharap pihak pkr khasnya Dr Mansor yg ada hadir dalam majlis tersebut membuat kenyataan di media alternatif bagi membetulkan keadaan dari terus di salah tafsirkan.

Kami yakin PKR adalah parti yg menjunjung citra perjuangan Pakatan Rakyat, menolak pencabulan kesopanan, menjunjung nilai murni sosial, berpegang teguh kepada prinsip beragama dan berani bertanggungjawab terhadap kekhilafan yang berlangsung tanpa dijangkakan. Malahan ahli bukan Islam kami lebih memahami dan menghayati dasar dan budaya masyakat Melayu-Islam yang menjadi teras kekuatan persefahaman masyarakat Malaysia yang dicita-citakan.

PKR dan anggota Pakatan Rakyat jauh berbeza sekali dengan umno (ahli melayu + bumiputera Islam hampir 100%) yang menjadi peneraju program maksiat, kroni tegar penyelewengan wang rakyat, pemimpin organisasi perjudian, syarikat arak, ahli kongsi gelap dan samseng serta menggunakan apa sahaja (termasuk majlis fatwa) bagi memberi laluan kepada aktiviti tidak bermoral mereka.

Mari kita perkukuhkan semangat PAKATAN demi PERUBAHAN di Negara Malaysia yang kita cintai."


 Tarian K-Pop di Bertam Nite: Penjelasan dari Pengarah Program..
Posted on Wednesday, June 06 @ 01:54:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: AnakSgDerhaka

"Setelah diasak melalui SMS dan panggilan talipon supaya menjawab tentang isu ‘K-Pop’ di ‘Bertam Nite’ anjuran jentera pilihanraya PKR dan PR Bertam, akhirnya aku terpaksa mendapatkan penjelasan 3 orang yang terlibat secara langsung.Sedikit berkenaan ‘Bertam Nite’.. tujuan ianya diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat kawasan Bertam.Aturcara yang telah ditetapkan ialah Bacaan doa selamat, ucapan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir serta tarian tradisi tiga bangsa yang utama dalam Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang akan dipersembahkan ketika jamuan sedang berlangsung.




Itu adalah aturcara yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua AJK Program yang terdiri dari wakil-wakil parti yang membentuk Pakatan Rakyat menurut Saudara Izmir yang merupakan Pengarah Program yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR bagi KADUN Bertam.



Tarian yang telah dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding pada awal persembahan adalah seperti yang dijanjikan tetapi pada slot yang kedua (lihat video di SINI ) bukanlah seperti apa yang telah dipersetujui dalam tiga kali mesyuarat program kerana ianya bukanlah mencerminkan budaya sebarang kaum di Malaysia.
Menurut Saudara Izmir, beliau teragak-agak untuk menghentikan tarian tersebut kerana khuatir akan menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Melayu yang bukan berugama Islam yang telah hadir dalam ‘Bertam Nite’ tersebut.

Kerana yang hadir dalam Majlis tersebut telah membayar untuk berada di Majlis makan malam itu dengan membeli meja sebagai sumbangan untuk dana pilihanraya.

Bagaimanapun tarian tersebut telah dihentikan setelah mendapat arahan dari Tuan Haji Johari Kassim iaitu individu yang bakal diletakkan sebagai calon oleh PKR bagi DUN Bertam dalam PRU ke 13 ini.


Tuan Haji Johari Kassim (tengah)

Dari apa yang dijelaskan oleh Tuan Johari Kassim, beliau terkejut dengan apa yang dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding Sdn. Bhd kerana tidak langsung dimaklumkan akan adanya tarian sebegitu akan dipersembahkan dalam majlis itu oleh pihak penaja.

Menurut Tuan Haji Johari, individu yang mahu menaja persembahan tersebut bukanlah diminta untuk menaja tetapi individu tersebut yang telah bersungguh-sungguh mahu menaja.

Yakin dengan keikhlasan individu tersebut beliau menerima tawaran dari individu yang mewakili Public Pavilion Holding Sdn. Bhd. itu.

(Yang ni dia tak bagi aku tulis..he..he.. tapi aku tulis jugak.. dia tahu lelaki yang mahu menaja persembahan ini adalah antara individu yang paling kuat menentang dirinya dicalonkan di Bertam oleh PKR, tapi kerana percaya mungkin individu tersebut sudah berubah kini dan boleh menerimanya di Bertam beliau terima tawaran tajaan itu)

Setelah tarian dihentikan Haji Johari telah naik ke pentas bagi memohon maaf bagi pihak penganjur atas tarian yang tidak sepatutnya dipersembahkan di situ pada malam itu.

Dan beliau juga telah meminta pihak penaja menukar persembahan kumpulan yang ditaja mereka itu.

Penyelaras KADUN Bertam, Saudara Asrol juga memberikan jawapan yang sama iaitu tarian tersebut bukanlah antara tarian yang telah dijanjikan oleh pihak penaja.

Ianya diadakan selepas tarian pertama dipersembahkan, tarian yang pertama ialah tarian kebudayaan Melayu tapi tarian yang kedua tidak langsung melambangkan kebudayaan Cina.

Beliau juga melahirkan rasa terkejutnya terhadap insiden ini.
Ini lagi dua penjelasan... sila lihat di SINI

 Bau rokok amat berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak
Posted on Tuesday, June 05 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Kajian mendapati bukan sahaja asap rokok pasif amat berbahaya kepada kanak-kanak terutamanya bayi, malahan bau asap rokok yang melekat pada baju perokok atau mereka yang berada di kawasan merokok juga amat berbahaya kepada kanak-kanak terutamanya bayi.

Oleh itu jauhkan pakaian yang berbau rokok dari anak-anak serta bayi anda. Risiko ini dipanggil “Thirdhand Smoke”



Thirdhand Smoke: Growing Awareness of Health Hazard

We know that smoking and secondhand smoke exposure are harmful, but what about "thirdhand smoke"? This is a relatively new term used to describe the residual contamination from tobacco smoke that lingers in rooms long after smoking stops and remains on our clothes after we leave a smoky place.

It may seem merely like an offensive smell, but it is also indicative of the presence of tobacco toxins. Thirdhand smoke consists of the tobacco residue from cigarettes, cigars, and other tobacco products that is left behind after smoking and builds up on surfaces and furnishings.

Tobacco smoke is composed of numerous types of gasses and particulate matter, including carcinogens and heavy metals, like arsenic, lead, and cyanide. Sticky, highly toxic particulates, like nicotine, can cling to walls and ceilings. Gases can be absorbed into carpets, draperies, and other upholsteries.

A 2002 study found that these toxic brews can then reemit back into the air and recombine to form harmful compounds that remain at high levels long after smoking has stopped occurring. There is a growing body of evidence that this lingering tobacco residue has significant health risks.

People, especially children and hospitality industry workers, can have considerable exposure to it. As confirmed by the 2006 Surgeon General's Report, there is no safe level of exposure to tobacco smoke. And tobacco smoke toxins remain harmful even when breathed or ingested after the active smoking ends.

A study published in February 2010 found that thirdhand smoke causes the formation of carcinogens. The nicotine in tobacco smoke reacts with nitrous acid - a common component of indoor air - to form the hazardous carcinogens. Nicotine remains on surfaces for days and weeks, so the carcinogens continue to be created over time, which are then inhaled, absorbed or ingested.

Children of smokers are especially at risk of thirdhand smoke exposure and contamination because tobacco residue is noticeably present in dust throughout places where smoking has occurred. The homes, hair, clothes, and cars of smokers can have significant levels of thirdhand smoke contamination.

Young children are particularly vulnerable, because they can ingest tobacco residue by putting their hands in their mouths after touching contaminated surfaces. Awareness about thirdhand smoke is increasing, and it gained a great deal of attention in January 2009 when the journal Pediatrics published a study assessing people's beliefs about the health effects of thirdhand smoke and children's level of exposure to it.

However, the report found there is much less awareness about thirdhand smoke exposure and its harm to children than there is awareness about the dangers of secondhand smoke.

The growing understanding of thirdhand smoke contamination reaffirms the need for more smokefree places and for avoiding exemptions in smokefree laws that permit smoking at private events in public places or in businesses during late evening hours; these kinds of provisions do not protect people's health. Parents, landlords, business owners and others need to be aware of the health risks of exposure to thirdhand smoke and recognize that eliminating smoking is the only way to protect against tobacco's smoke contamination.

Study: Third-hand smoke can endanger unborn babies News 10

NBC - April 22, 2011 A new study finds just traces of cigarette smoke left on furniture and clothing can endanger the lungs of unborn babies. These lingering toxins from tobacco are called third-hand smoke which researchers say can be just as harmful as secondhand or even ...

'Thirdhand smoke' leaves long-lasting toxins abc7.com - April 21, 2011 With a young child at home, Chien is well aware of the health risks of smoking, but he's shocked about another danger that's hidden. Scientists call it "thirdhand smoke." "From what I hear so far, thirdhand smoke could be just as devastating to you as ...

Babies who sleep with smoker parents exhibit high nicotine levels ScienceBlog.com (blog) - March 29, 2011 "Third-hand smoke" stuck to skin or clothing is responsible for the high nicotine levels seen in babies who share a bedroom with their smoker parents. This is the conclusion of a study carried out in Catalonia, which also shows that ventilating bedrooms is not effective in reducing the levels of toxins from passive smoking ...

Third-hand smoke is dangerous, especially for crawling babies TheMedGuru - Neelam Goswami - January 13, 2011 The hazardous effects of cigarette smoking on the human body are well known. Even it is well documented that longtime exposure to secondhand smoke can harm human health in many ways. The invisible remains of cigarette smoke that deposit on carpeting, clothing, furniture, and other surfaces are called third-hand smoking.

'Thirdhand Smoke' a Lingering Problem JoinTogether.org - January 5, 2011 A new study found the chemical by-products of tobacco smoke cling to the air and surfaces of smokers' homes long after they've moved out, msnbc.com reported Dec. 16. Researchers at San Diego State University led by psychology professor Georg Matt, Ph.D., analyzed the homes of 100 smokers and 50 nonsmokers for chemical smoking residue just before the residents completed a planned move. Two months later, they re-measured air and surface nicotine in the homes that had been rented or sold to nonsmokers, and checked the fingerprints of the new residents for nicotine. They also analyzed urine samples of the youngest new inhabitants for cotinine, a nicotine metabolite.

http://www.no-smoke.org"


 165,000 kanak-kanak mati setiap tahun akibat asap rokok
Posted on Tuesday, June 05 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Ini adalah dapatan dari Persatuan Kesihatan Sedunia WHO.

Kanak-kanak lebih berisiko menghidap penyakit seperti asma serta masalah pernafasan yang boleh membawa maut akibat asap rokok terutama dari bapa mereka yang merokok.

Merokok bukan di tempat yang terbuka mendatangkan risiko asap rokok pasif kepada mereka yang tidak merokok.


Sayangilah anak-anak, keluarga serta rakan-rakan kita.

More than 600,000 people, including 165,000 children, die every year from passive smoking, a report from World Health Organisation experts says today.

The biggest impact on children is in the developing world. "Two-thirds of these deaths occur in Africa and south Asia," the authors write in the medical journal The Lancet.

"Children's exposure to second-hand smoke most likely happens at home.In 2004, the most recent year with comprehensive data, passive smoking is estimated to have caused an estimated 379,000 deaths from ischaemic heart disease, 165,000 from lower respiratory infections, 36,900 from asthma and 21,400 from lung cancer - around 1% of deaths worldwide.

Children are unable to escape second-hand smoke at home. They are more likely than adults to suffer health damage from passive smoking, such as asthma or breathing problems.To protect women and children, they say that education campaigns on the dangers of indoor smoking are needed.

http://www.guardian.co.uk"


 Seruan Jihad: Menutup dan Mengelakkan Kad Kredit
Posted on Tuesday, June 05 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: dollahbadawi

"

Seruan kepada semua rakan di TKO

Mohon kalian sekiranya belum memakai kad kredit, jangan mula memakai. Sekiranya dah pakai tolong hentikan dan tutup kad kredit tersebut dan langsaikan segala hutang.

Interest/kadar keuntungan bank kad kredit: 1.5% sebulan atas penggunaan bermakna 18% setahun. Tinggi dan membebankan.

Caj kerajaan atas kad kredit: RM 50 setahun

Caj-caj tersembunyi dan tidak dinyatakan juga ada

Sekiranya anda berhutang RM 2000 dengan kad kredit maka anda akan kena interest/kadar keuntungan sebanyak minimum RM 30.00 sebulan

Pemakaian kad kredit secara tidak berhemah boleh menjuruskan pengguna kepada masalah muflis (bankrap)

Mengelakkan pemakaian kad kredit bermakna anda akan mengelakkan dosa riba.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakan (tidak meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu. Kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya” [TMQ al-Baqarah (2):279].

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), ‘Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan), dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” [TMQ al-Baqarah (2):275].

“Rasulullah SAW melaknat orang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya, dan dua orang saksinya. Baginda bersabda, mereka semua adalah sama” [HR Muslim].

“Riba itu (ada) 70 dosa. Yang paling ringan adalah (seperti) seorang lelaki yang berzina dengan ibunya sendiri” [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya].

“Satu dirham riba (dosanya) kepada Allah lebih berat daripada 36 kali berzina dengan pelacur’ (Ibn Abbas seterusnya berkata) dan baginda bersabda, ‘Siapa saja yang dagingnya tumbuh dari (hasil) yang haram maka neraka lebih layak untuknya” [HR al-Baihaqi & at-Thabrani]. "



Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Fatwa: Merokok memang haram


Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 195- bermaksud:
‘Jangan kamu mencampak diri kamu kepada kebinasaan’.
Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-
* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


 

 

 

 

Tiada ulasan: