WWW 1: Nizar serah kepada polis untuk siasat
Muhammad Faeez, | 06 Jun 2012 |
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bersama 7 peguamnya yang diketuai oleh Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Asmuni Awi telah memberi keterangan kepada Ketua Siasatan Jenayah IPD Johor Bharu DSP Sanawi Muhamad bersama-sama DSP Sukiman Arshad.
Dua Pegawai Polis tersebut tiba di Pejabat PAS Perak, Ipoh kira-kira jam 2.05 petang dan mengambil masa hampir sejam untuk merakamkan keterangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.
Nizar ketika membuat sidang media selepas itu berkata sebanyak 28 soalan telah dikemukakan dan menjawab kesemuanya.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan saya serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan,” katanya kepada Harakahdaily.
Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 dengan kos RM520,000.
Sehubungan dengan itu, sebanyak 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar.
Beliau disiasat mengikut Akta Hasutan.
Kes rasuah: Biar pengundi hakimi saya, kata Azmin
6 Jun 2012
Beliau hairan mengapa kes yang sudah 17 tahun berlalu baru hendak dibuka semula oleh Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lebih-lebih lagi ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Isu itu sudah belasan tahun berlalu, kenapa sekarang SPRM nak buka semula jika bukan untuk agenda politik.
"Kenapa mereka tak kenakan sebarang tindakan pada tahun-tahun sebelum ini kepada saya?" katanya pada media hari ini.
Azmin turut menyelar tindakan SPRM yang membebaskan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil - yang dibersihkan terhadap dakwaan salah guna kuasa dalam kelulusan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Kes NFC yang libatkan Sharizat boleh disiasat dengan cepat dan pantas serta telah ditutup dan dibersihkan daripada tuduhan tersebut.
"Walaupun banyak persoalan belum dijawab termasuklah mereka yang dedahkan isu ini tidak dipanggil memberi keterangan termasuk Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tetapi kes telah ditutup," katanya lagi.
Beliau berkata, apabila kes yang melibatkan pemimpin PKR termasuknya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah lama, tetap menjadi isu dan dibangkitkan semula.
KDN tangguh siar video Bersih 3.0
6 Jun 2012
Menurut Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, pihaknya akan mengambil kira setiap pandangan dan nasihat daripada Panel Penasihat Bebas yang akan mengadakan mesyuarat susulan mereka pada 11 Jun ini.
Panel itu mengadakan mesyuarat keduanya kelmarin.
Dalam kenyataan rasminya kepada media petang ini, beliau berkata, Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.
Kelmarin, Panel Penasihat Bebas berkata, akan meneliti 43 klip video, durasinya 73 jam, yang disediakan oleh polis, menunjukkan kelakuan peserta Bersih 3.0 di sekitar Kuala Lumpur termasuk kemusnahan harta benda dalam perhimpunan pada 28 April lalu.
Pengerusinya, Tun Hanif Omar berkata, rakaman itu merangkumi semua aspek termasuk aspek membabitkan individu yang mengajak orang ramai untuk berhimpun pada hari berkenaan.
Menurutnya, rakaman yang dipertontonkan kepada ahli panel bermula sehari sebelum perhimpunan sehingga pada hari kejadian tersebut.
Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian pada Selasa iaitu semalam dan boleh dikuti mulai hari ini.
“Video Bersih 3.0 sudah siap dan boleh ditonton oleh masyarakat mulai pagi Rabu ini selepas ianya selesai proses muat naik yang akan dilakukan pada Selasa. Niat kita supaya masyarakat dapat lihat dan membuat penilaian serta rumusan dalam perspektif yang lebih luas. Sekarang kita terbuka supaya rakyat dapat buat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan sempit menjurus kepada perhitungan tertentu,” kata beliau.
"Kami akan serahkan pada rakyat untuk membuat penghakiman dalam PRU akan datang," katanya.
Rais: Kerajaan benar manifesto parti-parti politik disiar di RTM
6 Jun 2012
Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.
"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima.
"...Dan nas yang terpenting di situ ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Berita RTM dan pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital di Angkasapuri di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tentang had masa dan syarat-syarat yang bakal dikenakan berikutan keputusan itu.
Katanya apa yang boleh dilunaskan setakat ini ialah peluang itu diberi kepada setiap parti politik untuk menyuarakan pandangan menerusi manifesto mereka dalam waktu yang dihadkan dalam saluran di RTM.
Rais berkata dalam memberi kebenaran, pelbagai perkara harus diteliti iaitu, sama ada RTM perlu mengikut selera parti politik atau amalan di negara-negara Komanwel dan negara maju yang lain yang mana mereka juga ada menetapkan syarat-syarat dalaman tertentu yang perlu dipatuhi.
"Misalnya di England, BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti politik semasa pilihan raya dengan beberapa syarat dalaman yang mereka olah, begitu juga di Singapura dan Thailand, malah yang terbaru Myanmar turut memberikan peluang itu dengan syarat-syarat tertentu dalam bentuk amalan yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.
"Tentu sekali dengan keputusan ini pelbagai soal dan juga pandangan akan diberi namun kerajaan akan menerimanya secara terbuka tetapi ia mesti terasas kepada perkara yang tersusun dan tertakluk dari segi konsep penyiaran untuk negara," katanya.
Rais bagaimanapun menegaskan sebagai media kerajaan, RTM harus tetap memberi keutamaan kepada penyiaran berita-berita berkaitan kerajaan dan kepentingan rakyat.
"Sebagai media kerajaan, kita harus mementingkan hak kerajaan dan oleh kerana RTM adalah badan penyiar kerajaan, maka siaran-siaran dan berita-berita kerajaan perlu mendapat keutamaan," katanya. -- Bernama
Terkejut lihat fenomena air pasang ‘luar biasa’
6 Jun 2012
Susulan kejadian itu, penduduk mungkin trauma kejadian tsunami yang pernah berlaku lapan tahun lalu di beberapa daerah seperti Kuala Muda menyebabkan penduduk melahirkan kebimbangan awal terhadap kejadian sama akan berlaku di Kuala Kedah.
Salah seorang penduduk, Zakaria Ismail, 52, berkata, kejadian serupa pernah disaksikan berlaku sekitar tahun 90an. Dia sama sekali tidak menyangka peristiwa berkenaan akan kembali berulang dan kemungkinan keadaan lebih buruk tengahari esok (hari ini).
Menurutnya, mujurlah ada pembinaan jalan tar baru dari Seberang Kota Kuala Kedah menghala ke Kuala Perlis, jika tidak lebih banyak air yang melimpah masuk ke dalam sawah padi dan merosakkan tanaman penduduk.
“Kami berharap Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) serta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan mengambil tindakan segera untuk membaikpulih benteng penahan ombak yang sudah semakin terhakis,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, salah seorang pemilik restoran, Abdul Razak Osman, 44, berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam satu petang semalam, sewaktu dia berada di restoran untuk melihat kerja-kerja menyiapkan restoran baru berkenaan.
“Selain ombak kuat dengan air kencang semasa kejadian, air laut turut melimpah masuk ke pekarangan keliling restoran sehingga benteng penahan ombak juga tidak kelihatan pada masa itu.
“Air pasang berkenaan kelihatan surut sedikit sekitar jam 3.30 petang namun tidak sepenuhnya, kami bimbang esok mungkin keadaan lebih buruk berlaku sekiranya cuaca serta keadaan laut tidak berubah,” katanya.
Menurutnya, mengikut perancangan awal dia akan membuka restoran berkenaan selewatnya bulan Julai sebelum masuk bulan Ramadan namun disebabkan kejadian itu rancangan terpaksa ditunda.
“Saya sendiri terkejut apabila kawasan ini akan turut terlibat setelah difahamkan penduduk tempatan kejadian yang sama hanya berlaku sekitar dua puluh hingga 30 tahun lalu sahaja.
“Jika masalah ini tidak diatasi termasuk mengambil usaha menambak laut, saya percaya lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung penduduk dan keselamatan penduduk tinggal berhampiran kawasan berkenaan akan terjejas,” katanya.
Katanya, air laut pasang itu turut melanda sekitar Kuala Kuar serta kawasan Pekan Kuala Kedah.
Harga petrol RON 97 turun 10 sen mulai esok
6 Jun 2012
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.
Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.- Bernama
PR: 'Kami pun nak menang secara gentleman'
6 Jun 2012
Pemimpin-pemimpin kanannya yang dihubungi juga menekankan pendirian sekali-kali tidak akan mempengaruhi rakyat untuk bangkit memberontak atau bertindak ganas jika terpaksa berhadapan dengan kekalahan.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sejarah telah membuktikan bahawa parti itu tidak pernah mencetuskan huru-hara sekalipun kalah dalam kesemua pilihan raya umum sejak lima dekad lalu.
"Kita sudah buktikan sejak 1955 lagi, sejak mula Pas sertai pilihan raya umum. Walaupun berkali-kali gagal, kita tak pernah berontak, kita terima kekalahan dengan terbuka," katanya.
Salahuddin berkata, meskipun timbul beberapa isu Pas tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya, namun parti itu sentiasa menunjukkan komitmen dan penerimaan yang baik terhadap proses demokrasi.
Beliau memberi reaksi demikian terhadap laporan 'Amanat Baru Hadi' pada muka depan akhbar ini semalam yang menyiarkan pesanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kesemua rakyat negara ini perlu mengamalkan politik bersopan santun dalam menaik dan menurunkan pemimpin, bukan dengan cara yang memalukan mereka.
Kenyataan itu menyusul selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri blognya bulan lalu mengaitkan kemungkinan pembangkang akan terfikir bahawa tindakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi akan membantu mereka mencapai cita-cita untuk berkuasa, jika tewas dalam pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan kesediaan BN untuk menghadapi kecaman pembangkang jika mereka tewas pada PRU13 dan turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Mengulas kenyataan itu, Salahuddin berkata, itu adalah bayangan kerisauan Timbalan Perdana Menteri terhadap peningkatan sokongan kepada pembangkang.
"Kami tidak pernah ada usaha ke arah itu tetapi BN yang sering memulakan provokasi. Ini jelas menunjukkan kerisauan mereka," katanya.
Naib Presiden PKR, Tian Chua yang masih menghadapi pendakwaan di mahkamah berhubung pembabitannya dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 berkata, tidak timbul isu pembangkang akan mengadakan demonstrasi ganas jika kalah PRU13 seperti yang didakwa BN.
"Mereka yang selalunya menghasut dengan kenyataan-kenyataan ekstrem seperti berjuang hingga titisan darah terakhir, hidup mati BN dan sebagainya. Kenyataan seperti itu helas menunjukkan perjuangan yang akan mereka bawa pada PRU13 nanti," katanya.
Tian Chua berkata, BN kini dalam keadaan tertekan untuk melepaskan kuasa hingga cuba mencetuskan provokasi kepada pihak lawan.
"Bagi diri saya, kalau kalah, kalahlah... Tidaklah akan sampai mati atau bertumpah darah kerana tak dapat jadi YB," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.
Kerana itu, kata Tian Chua, semua pihak perlu bersikap budiman (gentleman) untuk menerima hakikat kalah atau menang.
"Kita di pihak PR sangat menekankan politik yang budiman, pilihan raya yang bersih bagi meyakinkan rakyat," katanya.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan pula berkata, BN perlu melihat sendiri peristiwa berdarah di Lubuk Merbau dan Memali.
“Contoh dan sejarah telah ada. Kalah pilihan raya telah kita alami sejak sekian lama dan ia menjadi tarbiah yang menyerap ke dalam jiwa pemimpin dan ahli Pas.
“Tetapi, hal ini berbeza pada BN yang takut pada kegagalan sehingga sanggup membangkitkan api kemarahan rakyat,” katanya.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw pula menafikan kebangkitan rakyat untuk memprotes kerajaan seperti perhimpunan Bersih bukan kerana provokasi pembangkang.
“Rakyat sendiri yang bangkit mahukan perubahan, sebab itu mereka sanggup turun ke jalanan untuk menuntut keadilan. Mereka yang turun ke jalanan itu atas kesedaran sendiri, bukan paksaan mana-mana pihak,” katanya.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, PR sememangnya mengamalkan politik aman dan mendukung sistem pilihan raya berparlimen.
Beliau yang bersetuju dengan amanat Presiden Pas itu menegaskan bahawa itu adalah cara yang diamalkan oleh PR selama ini.
“Kita terima keputusan dan hormati keputusan pilihan raya. Kita tidak gunakan keganasan untuk menang. Itu bukan cara kita,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah mahu BN juga memberikan jaminan yang sama bahawa akan menerima apa juga keputusan PRU13 walaupun tidak berpihak kepada mereka.
BN Selangor: Jangan layan kaji selidik daftar pemilih
6 Jun 2012
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau mendakwa tindakan Kerajaan Negeri itu adalah untuk mengelirukan rakyat kerana sepatutnya mereka berusaha mengenal pasti di mana 600,000 orang yang tidak berdaftar berbanding mempertikaikan jumlah 300,000 orang pengundi baru itu.
Katanya, agak menghairankan mengapa Kerajaan Negeri tidak berpuas hati penambahan 300,000 pengundi baru sedangkan masing-masing tidak mengetahui siapakah yang akan dipilih mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Noh berkata, sekiranya PR benar-benar mahu menegakkan demokrasi, maka sepatutnya mereka membantu mengenal pasti di mana 600,000 pengundi belum berdaftar itu supaya rakyat negeri ini dapat menjalankan hak sebagai pengundi.
Malah Noh mempertikaikan mengapa Kerajaan Negeri tidak membuat bantahan ketika tempoh bantahan sedangkan didakwa mempunyai bajet sebanyak RM1 juta untuk tujuan itu.
“Jadi kita ingatkan lebih awal kepada rakyat negeri ini sekiranya ada mana-mana pihak yang mengedarkan borang-borang nak buat kaji selidik ini maka jangan layan kerana mereka tidak ada kuasa,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini semalam.
Menurutnya, beliau mencabar Kerajaan Negeri untuk melakukan kaji selidik di mana 500,000 orang yang belum mendaftar sebagai pengundi itu.
Katanya, beliau percaya Kerajan Negeri sudah merasakan bahang kekalahan pada PRU akan datang maka mereka cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap BN dan SPR.
“Mereka (Kerajaan Negeri) dah mula rasa akan kalah jadi mereka nak beri gambaran negatif terhadap SPR kononnya PRU tidak adil.
“Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan berlaku huru hara serta mendapat perhatian antarabangsa,” katanya.
Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan 94,474 borang Kaji Selidik Daftar Pengundi melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.
Katanya, tujuan kaji selididik tersebut dijalankan adalah untuk membuktikan kepada SPR bahawa wujudnya pengundi hantu berdasarkan peningkatan luar biasa pengundi baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan