Sabtu, 2 Julai 2011

TIADA HAL DUNIA SAJA...SEMUA HAL DUNIA AKAN DITANYA DAN DIHISAB...SOALSIASAT...BAIK YG..HARAM...MAKRUH..HARUS..SUNAT DAN WAJIB...


“♥ Cinta Pada Dunia, Dunia Akan Pergi,Cinta Pada Manusia, Manusia Akan Mati, Cintailah Pada ALLAH, Kerana Ianya Kekal Abadi Selamanya ! ! ♥”

Hisham isytihar BERSIH 2.0 pertubuhan haram
Jul 2, 11 9:13pm

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuatkuasa semalam, menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah ROS Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

azlanMenurut beliau, siasatan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan BERSIH 2.0 bukan pertubuhan yang didaftarkan.

Kenyataan itu berkata BERSIH 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Selain itu, katanya BERSIH 2.0 juga telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang.

Aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 juga dikatakan memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara.

NONEMenurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu, BERSIH 2.0 juga bukan sebuah persatuan berdaftar.

“Walau bagaimanapun, BERSIH 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.”

Namun kementerian mendapati BERSIH telah:

  • Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini;
  • Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu; dan
  • Melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

“Oleh itu, YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.”

azlanBERSIH 2.0 sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini supaya lebih adil dan telus.

Antaranya, menuntut daftar pengundi yang bersih, pembaharuan dalam sistem undi pos dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadamkan.

BERSIH 2.0 juga memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari dan semua parti politik tang bertanding diberi akses kepada media secara adil dan bebas.

Ia juga menuntut supaya amalan membeli undi dan 'politik kotor' yang diamalkan sebelum ini dihentikan.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji sedang melakukan sesuatu, termasuk kononnya sistem baru online yang diperkenalkan semalam mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, namun ia hanya tinggal janji.

NONESemakan Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Begitu juga dengan kenyataan Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata SPR hanya boleh menasihati pihak media supaya memberi akses yang adil kepada parti politik yang bertanding tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya berbuat demikian, termasuk di stesen-stesen kepunyaan kerajaan.

  • Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    Tukar saja kerajaan ini. Sudah lama sangat berkuasa. Makin naik lemak!
    • Azrul Azuan Asri · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      bila dah semuanya nak di kawalnye. perhimpunan aman macam ni, di haramkan, pakai baju, haram, edar risalah, haram, ceramah, haram, sume ler. sape tau nape diorg ni takut sangat perhimpunan ni? sbb mmg pilihanraya tu tercemar dengan rasuah ke?
    • Hanafi Halim · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      sebab diorang memang pengotor!!!
    • Gee Notty · Pengulas Tertinggi · Seremban
      dia takut rakyat nampak sambutan perhimpunan tu nanti.....umno mana mampu himpun kan rakyat mcm BERSIH...!!!!!tampa hiburan yg melalaikan,xde sp nak gi program umno ni.........rakyat semakin bijakkk.....terima la hakikat yg umno dah xde kemampuan.......TAKBIRRRrrr.....
  • Haikal Zubir · Pengulas Tertinggi · Aviation Management College, Bangi
    Celah mana aku tengok 8 tuntutan BERSIH ada kata nak guling Kerajaan. Ya Tuhan! Lagi gila rakyat Malaysia dapat pemimpin perosak Kerajaan Malaysia.

    Cukup Mufti Hishamuddin ini sampai PRU-13! Lepas itu tumbang!

8 termasuk Ezam dibebaskan
Jul 2, 11 9:46pm

Polis Pulau Pinang hari ini membebaskan lapan individu termasuk Senator Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai satu demonstrasi haram di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown, semalam.

NONEBernama memetik Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, semua mereka yang berusia berumur antara 27 dan 46 tahun itu dibebaskan secara berperingkat sejak malam semalam hingga hari ini.

“Polis telah membebaskan kesemua mereka selepas mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi “Jom Cegah Jenayah” di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.

Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Selain Mohamad Ezam, antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA ) Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

NONESemua mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan haram dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar, di Geogetown.

Perarakan yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.



Haikal Zubir · Pengulas Tertinggi · Aviation Management College, Bandar Baru Bangi
Ini kerja POLIS, dwi-standard. Dah habis demo baru tahan. Macam tak tahu pulak mereka nak buat demo.

POLIS yang corrupt, PRU-13 akan di BERSIH kan.


Umno nafi terbabit dalam demonstrasi
Jul 2, 11 5:11pm

Uumno Pulau Pinang menafikan pembabitannya dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown semalam.

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefPengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Umno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.

"Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terbabit dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat.

"Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Semalam anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

NONEBagaimanapun Zainal Abidin berkata, terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini.

"Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terbabit dengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri," katanya.

Beliau berkata, sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

"Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawa keadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu.

NONE"Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai (perhimpunan haram), kalau mereka buat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankan kerja seperti biasa," katanya.

Katanya, Umno Pulau Pinang berharap perhimpunan haram pada 9 Julai ini tidak diteruskan kerana ia akan mencetuskan lebih banyak demonstrasi daripada pihak yang tidak menyokong perhimpunan itu.

"Elok jangan kita adakan benda yang boleh menggugat keselamatan negara. Bolehkah kita mengawal keadaan bila semua orang nak mengadakan demonstrasi," katanya.

- Bernama

  • Siti Mariam Mahmood
    demo secara tibe2 boleh plak.. polis pun tengok je.. at least BERSIH bagitau jugak bile dan dimana.. supaya orang ramai yang tak nak terlibat menjauhkan diri. takde la tersangkut dalam jem ke hape ke.. ape laaaa...
  • Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    Umno nafi terbabit dalam demonstrasi? Itu Ezam masih parti PKR ke? Lokman Adam pun PKR ke? Sebab itu kecoh Selangor dan Penang ni. Dah buruk dah rupa Melayu t-shirt merah ni. Terpekik-pekik, orang Cina pun tak faham mereka nak apa sebenarnya. Cayalah Kuda Trojan! Lepas ni Firaun Kecil lawan Ezam Nor.
  • Zrry Larrie · Pengulas Tertinggi · Computer Engineer di IBM Singapore
    Nafi pulak dah..umno buat demo boleh pula..cara tak salah pula..bila buat BERSIH..kata haram pulak..salah cara pulak..dah berapa kali aku cakap..UMNO ni duk buat negara ni macam kepada bapak depa punya negara.
  • Farid Abdul Halim · Marketing Manager di Papa Delicious
    • kepala hotak empa UMNGOK nafi terbabit. ptui.. sapa naina marican tu bukan pemuda umno pala batas ka.. bayar sorang rm50 pastu bwk budak2 join siap dapat mkn lagi apa crita.. semua dalam poket la barua UMNGOK wei....

'Saudara' Nik Aziz antara 2,800 ahli PAS sokong BN
Jul 2, 11 6:36pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) selepas 2,800 ahli PAS menyertai Umno di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PAS semakin berkurangan.

Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, di Pasir Puteh.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan PAS dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada PAS," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Bekas anggota PAS berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Najib berkata, antara ahli-ahli PAS yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan para hadirin beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah", iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan Umno Kelantan.

Ketika ditemui pemberita Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan PAS kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, PAS kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini PAS membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila PAS sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang PAS panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO-Barisan Nasional kerana menyokong PAS sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap PAS hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan PAS mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am PAS itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga."

- Bernama


PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang
Jul 2, 11 10:06pm

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1 hari ini, yang turut dihadiri beberapa pemain skuad Kijang itu.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamad, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Naib Presiden Umno, yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, Najib berkata semua itu terpulang kepada rakyat Kelantan untuk menentukan sama ada stadium itu akan menjadi milik mereka.

"Kalau nak lakukan perubahan, harus tahu di mana suisnya. Suisnya bukan pada saya, suisnya ada pada rakyat Kelantan sendiri," katanya sambil memuji semangat juang pasukan bola sepak Kelantan yang mampu bangkit, walaupun sebelum ini tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata hanya dengan kepimpinan yang benar-benar berkebolehan, pasukan itu mampu melonjak walaupun berdepan kekangan kewangan berbanding negeri lain.

Mengambil contoh kejayaan pasukan itu, Najib menekankan betapa kepimpinan harus diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan mampu menunjukkan prestasi baik, begitu juga dengan politik.

"Pada pengamatan saya, soal paling penting ialah kepimpinan politik di mana kita mahu meletak orang berkemampuan, barulah pasukan atau negara itu boleh maju," katanya.

Pada majlis itu, Najib dinobatkan peminat nombor satu pasukan The Red Warriors.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Kafa.

Ini merupakan kali ketiga beliau memberi sumbangan kewangan kepada pengurusan Kafa bagi peningkatan The Red Warriors, yang kini antara pasukan terkuat negara.

Beliau turut merasmikan Akademi AlHamra Red Warrior yang melatih pelapis baru sukan bola sepak Kelantan berusia 16 tahun ke bawah.

- Bernama

Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 2, 11
8:18am

Sistem baru online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu.

Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

NONEJika wujud kes sedemikian, katanya, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR.

Bagaimanapun Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian.

Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini.

my election watch mew hulu selangor by-election report 270410 ong boon keong“Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan nombor kad pengenalan,” katanya.

Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi.

“Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam,” katanya.


Larian Satu Murid Satu Sukan cipta rekod
Jul 2, 11 9:59am

Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.

Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran di Taiping pagi ini.

Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara.

Pada majlis pelancaran, timbalan perdana menteri juga selain melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping menyertai larian itu.

Larian tersebut bermula pada 7.45 pagi dan para peserta seluruh negara berlari sejauh 1.5 kilometer (km) manakala peserta di Taiping berlari pada jarak 1.85 km di sekitar Taman Tasik Taiping.

Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baru oleh Diana Paul dari MBR dalam kategori larian serentak.

Larian serentak terbesar yang direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta.

Turut menyertai Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam larian pagi tadi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pada ucapan semasa merasmikan program tersebut, Muhyiddin turut menekankan bahawa sukan adalah satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional.

"Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah," katanya.

Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Kementerian sebelum itu mengumumkan hari larian berkenaan boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa.

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dasar itu yang dilancarkan Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.

Sementara itu, pelbagai acara lain turut diadakan sempena majlis itu, antaranya senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta acara wall climbing.

- Bernama

Tiada ulasan: