Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.
"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.
Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.
Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.
Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.
Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.
Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”.
- Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
- Muhammad Abdullah · Top Commenter · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
- Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
- Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · Works at Own businessBukan setakat menteri tetapi kuasa Peguam Negara juga perlu diperbetulakn dengan ada satu jawatankuasa yang lebih tinggi berada diatasnya.
- Kamal Arifin · Top Commenter
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University- Mazhab umno minat berunsurkan manusia jadi tuhan,
- bagi puak umno , menteri lah tuhan di malaysia.. siapa yang lawannya akan dihukum.
- Bagi puak umno, sistem demokrasi memang tidak wujud sama sekali , sistem feudalisma, akyat adalah hamba milik mereka.
- Bagi puak umno. Islam dan Melayu, melayu dan islam paling mulia di dunia. ini adalah rukun dan dasar pemerintah negara.
---- Kalau antimamak menkritik dengan tajam sehingga puak umno jubor tercucuk. duduk tak senang. ini bermakna fakta dan realiti tetap berunsur kebenaran.- Ismel Zaid · Top Commenter · Sek Men Methodist NTebal
- Jack Patgcape punya banggang kau ni, yang kau sembah dan yang ku sembah same je.cuma beza nya perjuangan kau yang sia2 tu.kau ni terpengaruh dengan janji2 palsu pemimpin kau tu..fikir la sikit adeke nak bagi sama rata, sama kuasa, sama rasa pada mereka yang asalnya hanya pendatang asing ditanah melayu ni..dulu dah bagi sikit, sekarang nak lebih2 pulak??
- Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan OmarJack bengong..........Kata2 ulama2 terdahulu,umat nabi muhammad majoritinya bertuhankan duit@kebendaan.....dan akan dibangkitan bersama apa yg dia sembah sebelum mati.....dalilnya sapa2 tolong sokong umno dia akan dijaga ngan duit......paham dok ni.Sibuk ngan kemajuan,rakyat berperangai dah mcm setan.
- Awang Ismail · Maktab perguruan ipohhah..dengar tu bapak menteri.. bkn kuasa hang boleh tahan org sesuka hati..itu kuasa tuhan..nak lawan tuhan ker....
- Ibrahim Md Din · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
- Katak Lompat · Top Commenter
- Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan OmarJenis dok sedor diri.Puok ni bermasalah bila org lain ambik tampuk pemerintahan...tu yg jadi meroyan tu. Tapi takpalah kalau turun pun.....kita dok dakwanya...cuma kita bagitau yg dia buat perkara dok betul....kita buat announcement je...dok dakwanya...jgn takut ah.Duk ah luor negara kalau dok sanggup dengor....jgn jadimcm Khir Toyo,kesian dia....kalau minum air kat kedai pun takde org teman....sampai tualah,kita tgk je kesudahannya...baru dia tahu bilarakyat menghina pemimpin.
Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.
"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.
Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.
"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.
Kekeliruan
"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.
Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.
"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.
"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.
Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.
Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.
"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.
Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.
- Bernama
- Abg Din · Top Commenter · University of South FloridaDah. Terang-terang polis ni tak reti menilai, kalau gambar porno dia boleh sahkan dengan cepat.
- Shahin Ahmad · Top Commenter
- Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
- Abu Ubaidah · Top Commenter · Baitul Qura'
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversityBagi puak umno... ini lah pengganas ini lah perlakon.
tapi bagi rakyat. ini lah perjuangan yang mulia.
Semangat beliau , puak umno terasa muak.
Tapi bagi rakyat yang menikmati cara perjuangannya amat tersentuh hati.
Tanpa senjata apa apa senjata, rela sanggup masuk medan menonjolkan keadilannya untuk rakyat. syukur. syabas....- Badoi Apis · Top Commenter · Ikm lumutorg2 umno muslim tlong dengar ni klik d bwh.. kebaikkan untuk anda..
http://www.youtube.com/watch?v=6qjqhbWycBg&feature=r elated
klu buta hati.. x dapek den nak nolongnye.. - Panglima Jowo · Top Commenter · Works at Pesara KerajaanOrac Arec, saya tengok awak ni memang betul2 anti dgn Antimamak Mamak yg rajin buat komen tu. Apa yg tak intrigeritinya kpd semua komen siAntimamak tu abang Orac hoi !. Pada pandangan saya komen Antimamak ni cukup mantap dan bebisa macam ekor ikan pari melibas musuhnya, jatuh satu-satu macam nangka busuk daa .....
- Shahin Ahmad · Top Commenter
- Mohd Zuhairi Ariffin · Top Commenter · UTM SkudaiTu pun polis tak boleh pikir.... amat mustahil utk Shuhardi nak berlakon pada waktu kejadian kerana dia pun tak kenal Arwah Baharudin. Selain itu mana Shuhardi tahu Baharudin akan meninggal dunia pada hari tu.
First time saya tgk kat youtube... ada pencacai kata orang mati hidup balik tu.. saya dah boleh agak... ini mesti silap orang.. mesti yang siarkan itu tersilap ingatkan Shuhardi tu arwah Baharudin. Kesilapan itu memang boleh berlaku kerana semua perakam tidak kenal antara satu sama lain dan penyiaran ke youtube mungkin dilakukan secara tergesa-gesa tanpa dirujuk siapa sebenarnya dlm video tu tersebut...- Hanim Jabar · Top Commenter
- Badoi Apis · Top Commenter · Ikm lumut
- Shahin Ahmad · Top Commenter
- Syafiq Nur Hakim · Top Commenter · Works at MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhdcakap lah apa pun, realitinya BERSIH catat kejayaan luar biasa! dari sebelum, sampai ke tahap Pasca!
- Noriman Saari · Top Commenter
- Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
- Muhammad Ismail · Top Commenter
- Lee SlimShady Samm · Kuimsatu lagi kelentong yang berjaya di "KANTOI" kan! di ucapkan syabas dan maju jaya! woitt!!! tuangkan secangkir teh o ais limau untuk meraikannya!
- Abdul Razak Mohamad Yusof · Top Commenter · 52 years old
- Badrain Matelsyia · Top Commenter
- Qabill Habill · Top Commenter · Tiada
Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) hari ini.
Katanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahtyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet.
"Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.
"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.
Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC.
Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN.
Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal.
Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor.
Pertukaran
Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru.
Palanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.
Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu.
Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India.
"Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN,” katanya.
Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat “pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh.”
- Daudcham Cham · Works at Tiada kerana berkerja kg sahaja
- John Labu · Top Commenter · Persanteren Jalan kembali (Kalimah Laillahaillallah)
- Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
- Azilan Gley · Top Commenter · Ikatanlala...lalala..lalala..ala
llaaaaaa... DIAMlah! kui..kui..kui.... ni bukan kipas lagi dah, ni turbo a/c neh......kasi sejuuuuukk. - Arif Abdull · Friends with Samsudin Baharom
- Ahmad Shah · Top Commenter · TerengganuHAHHAHA nak bodek kaum india lah tu...... xde makna nya...... jap jadi pun mungkin jap jer.
- Zanirun Baba · Top Commenter
- Hans Adam Newtron · Top Commenter · Pensyarah at Institut Pemikiran Mugabe
- Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
- Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
- Muhammad Syafiq Abdul Latiff · Top Commenter · Bussiness Owner at SK HIJRAH Pvt. Ltd.
Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita yang membantah penggunaan EO ke atas enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Keenam-enam tahanan itu, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, dibebaskan semalam selepas ditahan selama 28 hari.
PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.
Kumpulan 17 sukarelawan itu tiba pada sekitar jam 8.30 pagi di gerai makanan pasar Bayan Baru dan disertai oleh ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin, yang merupakan wakil rakyat kawasan itu bagi menunjukkan sokongannya.
Mereka yang 'membotakkan' kepala termasuk dua ADUN DAP - Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) dan Koay Teng Guan (Sungai Pinang) manakala ahli majlis Pulau Pinang (MPPP) Mohd Rashid Hasnon mencukur janggutnya.
Tiga wanita yang juga menyertai majlis hari ini adalah ahli jawatankuasa pusat PSM - Soh Sook Hwa, Loo Que Lin dan Yap Soo Huey.
Lima pendandan rambut dari Weiny Hair Studio menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma juga sebagai tanda sokongan.
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversityRakyat bangkit botakkan kepalanya untuk menentang kezaliman umno.
Ini lah isyarat rakyat , umno , kau tunggu lah masa,
Kami akan botakkan kau hingga akar pun dicangkul bersih.
- Kini semangat rakyat bagai rumput yang tidak takut dipijak, dibakar , asalkan ada akar, musim hujan akan tumbuh balik, sejauhmana umno ingin membenteraskan semangat rakyat , cuma lah mimpi indah di atas katil.
- umno bagai lembu , kemana lembu berak akan tumbuh rumput balik. maka semangat rakyat tumbuh kembali... mimpi ngeri untuk mu umno.- Sam Kulian · Top Commenter
- ZinediNe MeeNeemo · Top Commenter
- Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra MalaysiaAPA CARA PUN TSK PE YG PENTING KITA SAMA2 BERSATU HATI MENENTANG UNDANG2 YG ZALIM N TAK BERTAMADUN......
- Diana Ulfah SyedRashad · Top Commenter
- ZinediNe MeeNeemo · Top Commenter
- Tai Hak Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utamasaya sokong kamu, tapi sudah 5 tahun saya membotakkan kepala sehingga sekarang...
"Apabila kita beri kenyataan kepada polis, mereka tanya kami mengenai lawatan luar negara kami. Saya pernah ke Senegal (untuk) Forum Sosial Dunia, ke Australia (untuk) Perikatan Sosialis Dunia dan M Saraswathy pula pernah ke Vietnam.
"I bimbang mereka akan kaitkan - Parti Komunis Vietnam, Parti Komunis Senegal, saya fikir mereka berusaha ke arah itu untuk memerangkap kami.
"Saya amat takut mereka akan menggunakan alasan itu bagi menggerunkan rakyat Malaysia, (bagi berkata) oh ada plot komunis dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan nasib baik kita sudah berjaya tangkap orang-orang ini,” katanya.
Jeyakumar yang diiringi bapanya, Dr T Devaraj bercakap kepada Malaysiakini malam semalam selepas menghadiri majlis menyambut pembebasannya dan lima yang lain di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).
Menurut Jeyakumar, meskipun secara fizikal, beliau dilayan dengan baik, namun kurungan berseorangan menimbulkan ketakutan di dalam dirinya tetapi beliau bertekad untuk bertahan.
"Saya amat takut mereka akan mencipta cerita (seperti cuba lancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong) dan gunakan alasan itu untuk menangkap orang lain atau membatalkan pendaftaran parti. Saya juga bimbang mereka akan tahan saya untuk dua tahun, saya cukup tertekan kerana tidak ada hubungan dengan dunia luar...
"Pada sebelah petang, saya buat senaman ringan (di dalam sel) dan apabila berjumpa IO (pegawai penyiasat), saya akan memikirkan soalan (di minda saya), (cuba memikirkan) ke arah mana yang mereka cuba menghala,” katanya.
Mata ditutup, tangan digari
Menceritakan kehidupan seharian mereka selama 28 hari dalam kurungan, Jeyakumar berkata selain perjumpaan dengan polis untuk disoal-siasat dan pembantu perubatan untuk rawatan kesihatannya, tidak banyak yang boleh dilakukan.
"Kami bersarapan pada jam 7.30 pagi, (mereka beri kami) roti dan teh-O dan kira-kira 30 minit kemudian, kami dibawa berjumpa dengan pembantu perubatan untuk diperiksa tekanan darah dan diberi keperluan perubatan kami.
"Setiap kali kami dibawa keluar, mata saya ditutup dan digari - setiap hari. Malah ketika dibawa ke klinik, kita tidak akan tahu ke mana kita sedang tuju, hanya selepas sampai di klinik, penutup mata akan dibuka.
“Selepas itu, antara jam 9.30 dan 11.30 pagi, IO akan datang, ada kala pagi, petang dan kadang-kadang dia langsung tidak datang dan ada hari pula dia datang dua kali sehari.
"Selepas IO selesai, kami dibawa semula ke sel (untuk makan tengahari). Makanannya bagus, kami diberi nasi putih dengan ayam atau ikan. Pada jam 2 hingga 2.30 petang, kami dibawa semula berjumpa IO dan kembali semula ke sel pada jam 5.30 petang,” katanya.
Di sebalik pengalaman ngeri itu, Jeyakumar berkata beliau tidak gentar dengan penahanan itu dan label komunis yang cuba dikaitkan dengan dirinya. Katanya, beliau masih teguh pendirian dan kerja-kerjanya dengan PSM.
"Ini momokan (kerajaan). Bila kami bentuk parti ini (PSM) kerana berpendapat perlu ada kumpulan yang memperjuangkan masalah rakyat Malaysia yang ada kalanya dipinggirkan kerana tekanan pembangunan.
“Ketika itu, kami bekerja di sektor estet, banyak pembangunan (berlaku) dan ramai orang yang diberhentikan kerja dengan pampasan kecil (dan) tiada rumah yang sewajarnya, jadi mereka dirikan kawasan setinggan. Beberapa tahun kemudian, apabila kawasan itu dibangunkan, mereka dihalau keluar.
"Kami menjadi parti sosialis bukan kerana teori bahawa kami akan belajar mengenai komunisme dan berkata ia idea yang baik. Kami melihat apa yang berlaku pada peringkat akar umbi, dan perlu membela golongan terpinggir ini.
"Dan apabila kami memperjuangkan isu itu dan mengketengahkannya, kami kemudiannya sedari ia terletak di bawah sosialisme,” katanya.
- Aidan Generous · Top Commenter · Top Commentator at Online Commentator"Kami melihat apa yang berlaku pada peringkat akar umbi, dan perlu membela golongan terpinggir ini." - Mmg selaras dengan dasar perjuangan Parti DAP, PAS dan PKR. Sy cadangkan Dr Jeya pertimbangkan penyertaan PSM dalam PR.
- Aidan Generous · Top Commenter · Top Commentator at Online Commentator
- Ahmad Salleh Zumad · Top Commenter · POLISAS/UTM/...mlm
- Abdul Hafiz Jaffar · Top Commenter · UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
- Zainal Abidin · Top Commenter · PuchongPERHATIAN SEMUA! PILIHANRAYA SUDAH HAMPIR! PEMBEBASAN SEGERA DR. JEYA DAN AKTIVIS-AKTIVIS POLITIK ADALAH PETUNJUK JELAS BAHAWA PRU13 SUDAH TERLALU HAMPIR! BERSEDIA SEMUA JENTERA PARTI-PARTI PAKATAN RAKYAT. KITA LAWAN MEREKA HABIS-HABISAN SEHINGGA KERAJAAN UMNOPORNO BN APCO DINYAHKAN DARI PERSADA PEMERINTAHAN NEGARA!
- Osman Mohd Razif · Top Commenter · 30 years old
- Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra MalaysiaAPA PUN TINDAKAN PDRM YG DIARAHKAN OLH KERAJAAN YG ZALIM, ITU SEMUA AKAN MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG RAKYAT....TANPA RAKYAT KERAJAAN TIDAKAKAN HIDUP, HIDUP RAKYAT!!!DARI RAKYAT UTK RAKYAT!!!
- Tai Hak Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utama"Kami melihat apa yang berlaku pada peringkat akar umbi, dan perlu membela golongan terpinggir ini." - Mmg selaras dengan dasar perjuangan Parti DAP, PAS dan PKR. Sy cadangkan Dr Jeya pertimbangkan penyertaan PSM dalam PR.
- Ahmad Salleh Zumad · Top Commenter · POLISAS/UTM/...mlm
- Lee SlimShady Samm · KuimManakala Nalini juga akan di tahan di bawah undang - undang yang sama kerana disyaki berkerjasama dengan MEGATRON dan DECEPTICON atas tuduhan mahu melancarkan perang ke atas Semua Raja, Presiden dan Perdana Menteri yang ada di mukai Bumi ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan