Ahad, 10 Julai 2011

HASUTAN BANYAK SUMBER....JANGAN BERAT SEBELAH...JANGAN DOUBLE STANDARD...DALAM UNDANG2...

Amaran IGP: Henti hasutan SMS, twitter, facebook
Jul 10, 11 6:57pm

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan perbuatan menghasut rakyat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur semalam, lapor Bernama.

Beliau dilaporkan berkata perbuatan itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera.

"Kita minta rakyat supaya fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) ke-7 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru hari ini.

Seramai 1,024 pelatih menerima pentauliah tersebut yang melibatkan 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari seluruh negara.

Selepas perhimpunan itu katanya, terdapat pihak menyebarkan hasutan dan provokasi melalui tiga medium tersebut termasuk kenyataan berunsur perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan.

Beliau berkata polis telah membebaskan dengan jaminan polis 1,667 orang yang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur semalam.

Katanya kertas siasatan akan dibuka terhadap mereka dan tindakan susulan akan diambil.

Mereka yang ditahan dalam perhimpunan tersebut katanya terdiri daripada 1,000 orang awam, pemimpin pembangkang dan 91 individu yang dilarang memasuki ibu kota tersebut, kata Ismail.

Antara yang ditahan ialah penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga, pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta timbalannya Mohamad Sabu.

Mengenai dakwaan polis menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan itu Ismail berkata, pihaknya bertindak mengikut situasi dan gas pemedih mata dilepaskan polis selepas penyokong BERSIH cuba merempuh sekatan.

Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata, adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan.

"Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya.

"Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut...semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan.

"Mereka seronok...malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak.

"Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan...tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja," katanya.

Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri.

Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman.

Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan malam tadi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam sidang media hari ini berkata kos makanan secara 'buffet' yang disediakan adalah kira-kira RM25 seorang di mana mereka boleh mengambil seberapa banyak yang diperlukan.

"Mereka diberi layanan lebih baik daripada layanan kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas (pada perhimpunan haram}, katanya.

- Bernama

Yang Mana Satu Lebih Berwibawa Dan Boleh Dipercayaai Bahan Pemberitaannya..?? Al-Jazeera, CNN dan BBC Melaporkan Lebih Dari 100.000 Org Menghadiri Perhimpunan BERSIH 2.
Al-Jazeera, CNN dan BBC Melaporkan Lebih Dari 100.000 Org Menghadiri BERSIH 2.0
Media Malaysia Melaporkan cuma sekitar 5000 Orang sahaja yg menghadirinya
Ketua Polis Negara Menyatakan sekitar 6000 Orang.
Najib pula berkata tak sampai 10.000 Orang

BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman
Wira Arjuna
Jul 10, 11
9:18am

Kongsi 2385
Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

bersih rally petaling street 090711Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga murah

Namun harga itu dianggap “murah” berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.

NONEPerkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan “kuasa rakyat” masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

NONEBeberapa “adegan-adegan” BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah sebenar Najib

Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

azlanWajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .

NONEJusteru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

NONEWalaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

NONEInilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

NONENamun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga “kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.”


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Selepas demostrasi BERSIH , maka pendemo pendemo pun masing masing pulang, bermesra lah sekejap.
    Ahmad: Hello Kawan, amat gembira hari ini pemuda kaum Cina masuk jalanraya.
    Maniam: ini kali Kaum india kurang sikit, itu hindraf tarak sokong.
    Ah Seng; Ini semangat 1Malaysia mah! Tak kira hidraf tarak hindraf punya.
    Ahmad : Nampak pemuda kaum Cina semakin ramai, cukup power!
    Ah Seng: Sekarang Cina , India , Melayu semua mahu ketuanan rakyat, Sudah ludah kasi ketuanan melayu, itu sebab mahu kasi UMNO makan taik babi.
    Maniam: Gua nampak india bukan india tapi macam mamak, Bengala ada di Bukit Bintang.
    Ahmad: Itu pemuda UMNO sudah bayar 50 ringgit untuk PTI, Najib punya 1Malaysia mahu jadi 1Bengala.
    Ah Seng: Itu mamak Khairy, Mamak Reezal.... kepala Bengala mahu tipu melayu mah!
    Maka mereka ketawa kah kah kah keatas UMNO dan BN.
    Ahmad: Ok lah.. bagi email, bagi nombor handphone, nanti kita kontak ajar minum minum sekali.
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi
      Jika semua kaum terlibat buat bantahan dan demo maka hilang lah satu "modal" utk pemimpin UMNO yg korup utk mengatakan org Melayu jer yang keluar di jalanan sedangkan org Cina dan India duk rumah...org Melayu di pergunakan oleh DAP dan sebagainya....lepas ni pemimpin UMNO yang korup tu pula akan mengatakan peserta demo jalanan telah di taja oleh pihak luar bagi menghancurkan Negara.....hahaha kesian pemimpin umno yg korup dan kurap ni tak dapat hidayah....asal perkara ni mudah jer....duk bincang perkara yang meragukan dalam sistem pilihanraya negara kemudian buat penambahbaikan....apa punya PM M'sia!!! Pemikiran macam Perdana Menteri Pasola

Lynas akan pasang alat pemantau radiasi
Jul 10, 11 7:58pm


Kilang pemprosesan nadir bumi yang diusahakan Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, akan memasang dua unit alat khas bagi memantau bahan radioaktif dalam kandungan udara di dua lokasi tapak kilang itu di Gebeng tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata alat yang dikenali sebagai Sistem Pemantauan Radiasi Alam Sekitar jenis aerosol itu bernilai RM700,000 setiap satu, dan dibeli dari Austria.

Beliau berkata kedua-dua alat itu akan diserahkan kepada pihak Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk dikendalikan operasinya setiap masa.

"Sebuah alat itu akan diletakkan di tapak pejabat AELB di sini (Kuantan), manakala sebuah lagi akan ditentukan lokasinya kemudian, dan orang ramai, khususnya penduduk, boleh datang sendiri untuk lihat bacaan yang dicatatkan alat ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Pengarah AELB Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan ke pejabat sementara lembaga berkenaan di tapak kilang itu hari ini.

Mashal berkata alat pemantau khas itu berupaya mengesan segala jenis bahan radioaktif yang terdapat dalam udara, dan ia dilihat amat signifikan dengan operasi projek kilang bernilai RM2 bilion itu.

"Unit pertama akan sampai dalam jangka masa tiga bulan lagi, dan untuk itu, pegawai-pegawai yang berkaitan akan diberikan latihan dan sebagainya terlebih dahulu bagi mengendalikan alat itu nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pejabat sementara AELB menempatkan empat pegawai bagi mengawal selia operasi kilang sepanjang masa, selain berperanan sebagai kediaman sementara mereka.

Pada majlis itu, Lynas turut menjemput kira-kira 200 penduduk kampung berdekatan bagi meninjau di sekitar kilang tersebut bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang pembinaan dan operasinya.

Baru-baru ini, isu kilang itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan orang ramai.

Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan kilang itu adalah selamat namun syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan dalam pelbagai bidang sebelum meneruskan operasi.

- Bernama

  • Zulimran Nasution Abdullah Omar · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Tahukah anda IAEA yang "luluskan" EIA utk Lynas sebenarnya PRO-Nuklear! IAEA adalah badan pemantau tenaga nuklear, bukan organisasi cegah pengeluaran nuklear. Jadi sememangnya IAEA akan luluskan sebab dari situlah organisasi tersebut dapat "dana"! Kalau tak luluskan macam mana nak cari makan!
    • Mohd Islam · Pengulas Tertinggi
      Baru jer tgok berita td...katanya Australia mengandungi karbon tinggi...siap ada tnjuk loji nuklear lg...hahaha
      pttla nak buat kat malaysia...g buat kt pekan la....
    • Asmadi Bujang · Pengulas Tertinggi
      Betul ke harga benda tu sampai RM700,000? Baik check betul2 kot! Tak ada ke komisen bertukar tangan? Bukan nak tuduh, cuma waspada aje. Mana le tahu, sambil nyelam sambil minum. Zaman sekarang, setengah2 orang tu bukan dapat harap sangat!
    • Cocklongnbig Feel · Pengulas Tertinggi
      penduduk gebeng dan kawasan sekitar pasti akn hidup dlm ketakutan selepas ni...radioaktif pembunuh senyap...menyiksa dulu dan membunuh secara perlahan2..
  • Mohamad Shukri · Pengulas Tertinggi
    "Sebuah alat itu akan diletakkan di tapak pejabat AELB di sini (Kuantan), manakala sebuah lagi akan ditentukan lokasinya kemudian, dan orang ramai, khususnya penduduk, boleh datang sendiri untuk lihat bacaan yang dicatatkan alat ini,".

    Pak menteri pulak datang ke Bank untuk melihat berapa habuan yang mereka dapat...nasiblah rakyat Pahang....boleh datang hari2 baca meter..

Tiada ulasan: