Harakahdaily | ||||||||
KUALA LUMPUR, 27 Julai: Mulai hari ini, undian dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah bil 1661 yang akan berada di pasaran mulai esok, Khamis dengan tajuk ‘Dolak-Dalik SPR' digunakan sebagai tajuk berita utama. Ini berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berdolak dalik ketika membincangkan isu reformasi sistem pilihan raya pada majlis forum anjuran Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, 26 Julai lalu. Bagi membaca kenyataan penuh, boleh baca Harakah cetak atau terus langgani harakah digital yang dikenali bagai 'elektronik paper' di alamat, http://epaper.harakah.net.my Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan. Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net. Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari lagi, manakala pada hari Sabtu nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula. Manakala keputusan undian bagi tajuk Harakah sebelum ini, ‘Jumpa di mahkamah’ menurun sedikit kepada 92.31 peratus atau 324 daripada 351 undian bersetuju dengan tajuk tersebut. Terdapat 17 undian (4.84%) yang tidak bersetuju dan juga 10 undian (2.85 %) yang berkecuali atau tidak pasti. Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan juga undian-undian yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 27 Julai 2011
BILA DAN TELAH TIBA MASANYA....APA KITA DISOGOKAN KEPADA RAKYAT..DAH TAK DITERIMA...INI TANDA2 RAKYAT TELAH BIJAK...MUNGKIN PEMIMPIN AJE SYOK SENDIRI
Undian tajuk Dolak Dalik SPR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan