Sabtu, 30 Julai 2011

SAMPAI BILA NAK BERLAKON...DAN BERPURA2....ALLAH MAHA MELIHAT...AKHIRAT MASING2 DAPAT BALASAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN MASING2

Shahrizat sedih k'jaan tak sempat bantu Ashraf
Jul 30, 11 1:37pm

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia, awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Shahrizat berkata, kementerian sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

NONE"Kita dari mula lagi rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya sebaik tiba di pejabat Wanita Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaAllahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

- Bernama

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    ini anak mami yang pandai berlakon.
    - Bila waktu Ashraf , puak umno kata ini ikut agama Islam...tak boleh tukar jantina, asyik nak lakon macam perjuang islam ,
    - Bila Asraf meninggal dunia. Anak Mami ini kata sedih kerajaan tak sempat bantu...
    Dey! anak mami , Pordah , ini cerita hindustan lah dey , Pordah!
    • Abdul Rahman Ahmad · Top Commenter
      Setuju.....xyza...harini hari dia...entah2 esok hari kita pula.....amalan pun masing2 berterabur lagi..
    • Ujang Gesi · Top Commenter · University Sains Malaysia
      Ko ingat ke sharizat....ko kalah teruk kat lembah Pantai pd pru lepas oleh Nurul izzah......pandai ko nak komen yg tak membina langsung!!!Dah jadi arwah baru ko kata xsempat nak tolong......eei..pordah...​ kalu aku jadi engkau.....dah lma aku terjun laut/lombong dah..Ko xMalu ka kalah ngan budak hingusan...........memang ko jadi menteri pembangunan wanita makan gaji buta daaa...
    • Fitri Fit · Kuli batak at Pancacai tua angkat najis
      nurul izzah tu bukan budak hingusan,,,kena perbetulkan ayat tuh,,,,otak nurul izzah lebih elok dari sharizat tuh walaupun dia masih muda,,,kenyataan,,,hahhaha​ha\
  • Hamzi Zainol
    org dh meninggal bru sibuk nk tlg sana sni....prihatin la sgt ko tu shahrizat..sblm2 nie ko diam je...pndi blakon btl..
    • Pisang Madu · Top Commenter · UDM
      biar dia mati la snang, bt malu org tganu jer dia tu
    • Hamzi Zainol
      nyawa puak2 umno nie liat nk mati....mgkin Allah nk tnjukkn blsan pd mereka di dunia nie suatu ari nti.....
    • Abdul Rahman Ahmad · Top Commenter
      Nasib baik terengganu....kalau kelantan ...tentu bertubi- tubilah jawab nyer....
  • James Bradley
    Macam2 la.... relakan dia mengadap ilahi...kepada yang hidup ambil pedoman...xyah nak kesal tu kesal ni...lakonan sgt!
    yang nk bantu bg bimbingan pun.....semoga anda mendapat hidayah dalam membimbing diri sendiri menjd muslim sejati disisi agama dan pencipta..
  • Soby Jaafar · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Lama dah menghilang....tiba2 muncul nak jadi heroin lak........tak yah lah takda roman kaounselor pun...kaki bodek ade le......
  • ابو الازر · Top Commenter
    tak perlu nak sibuk dengan yang telah pergi menemui Ilahi cuma doakan dia selamat....... tapi yang dok atas dunia ni tolonglah sibukkan supaya beriman dan tutup kepala tuuuuuuuuuuuuuu haram oooiiiiiiiiiiiiii.
    • Qasrus Syuhada · Nelayan laut Dalam at Meluncur ombak
      semoga Allah mengampun kn beliau...amin... (doa saudara islam)
    • Orang Kuala Lumpur · Friends with Mohd Roszeli M
      elok la tu kat izat kalau niat cam tu...tapi yang dah pergi dah tentu pergi....yang hidup tu...boleh la kak izat teruskan niat tu....jangan tunggu mati keluar statement lagi...tapi niat tu biar kan berlandaskan hukum...jangan lak buat cam dulu2 tu.....berkempen ngan kak fidah....kempen monogami.....

Kit Siang: Lima hari saya dalam kegelapan
Joseph Sipalan and Lee Way Loon
Jul 30, 11
12:57pm

Bangkit daripada tidur dan mendapati dirinya menjadi buta adalah perkara yang langsung tidak dibayangkan oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Paling malang, ia berlaku ketika DAP mencatatkan kejayaan terbesarnya pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu dengan membolot 12 kerusi di DUN yang mempunyai 71 kerusi itu.

dap sibu finale wong ho lengMalam sebelumnya, Lim selaku penasihat DAP baru sahaja meraikan kejayaan parti itu bersama rakan-rakannya di Kuching. Beliau kemudiannya pulang ke bilik hotelnya dan membaca berita di internet sehingga jam 2 pagi.

"Saya bangun pada jam 6 pagi dan mendapati mata kiri saya tidak lagi boleh melihat,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"... sudah tentu ini pengalaman yang cukup menakutkan. Secara tiba-tiba anda hilang keupayaan melihat sebelah mata, lebih-lebih lagi mata itu adalah mata yang baik, mata kanan saya adalah mata yang malas.”

Lim yang sering-kali terkenal mampu berdirikari dan tidak mengharapkan bantuan rakan-rakannya, mengakui ini adalah antara kejadian di mana beliau meminta pertolongan anaknya, Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP dan ketua menteri Pulau Pinang.

"Saya telefonnya. Dia sedang tidur tetapi beliau tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila saya menelefonnya. Dalam keadaan separuh sedar, beliau dengan segera berlari (ke bilik saya) dengan pakaian tidurnya,” kata Lim mengimbas kembali kejadian itu.Jadi buta

Beliau dengan segera dikejarkan ke sebuah klinik pakar mata di Kuching dan diberitahu doktor bahawa Lim diserang “jangkitan yang aggresif” yang telah merebak ke mata kirinya akibat pembedahan membuang katarat pada mata kanannya, sebelum ini.

Menurut Lim, doktor juga memaklumkan kepadanya bahawa jangkitan itu perlu dirawat segera dan beliau diberi dua suntikan ke bola matanya bagi mengurangkan kesan bengkak dan dinasihatkan supaya membatalkan semua programnya.

NONE"Doktor kata jika tidak ada perkembangan, saya perlu menjalani pembedahan dan mereka tidak dapat melakukannya di sana. Jadi saya mengambil penerbangan ke Pulau Pinang pada hari yang sama,” kata Lim.

Kerana terlalu bimbang keadaan matanya tidak akan pulih, Lim akhirnya bersetuju menjalankan pembedahan 'vitrectomy', di mana sebahagian atau semua gel kekaca di bola matanya dikeluarkan.

Selepas dibius dan menjalani pembedahan dua jam, Lim berkata beliau bangkit dan mendapati beliau tidak dapat melihat melalui mata kirinya.

"Lima hari, kegelapan di mata saya yang baik ini. (Apabila berlaku pertama kali di Kuching) saya hanya terperanjat. Saya tidak terfikirkan perkara lain kecuali apa yang yang berlaku kepada saya (jika menjadi buta),” katanya.

Keadaan mata Lim kini beransur pulih sejak beberapa bulan lalu dengan daya pandangan jarak jauh mata kirinya kini lebih baik berbanding mata kanannya.

Beliau bagaimanapun terus mengunakan kacamata hitam - yang dikirimkan dari Amerika Syarikat oleh seorang “penyokong prihatin” - untuk beberapa bulan bagi mengelakkan silau cahaya memberikan tekanan kepada mata kirinya itu.

Lim juga masih tidak boleh membaca akhbar atau bahan bercetak, mahupun membuat SMS di telefon bimbitnya buat masa ini.




Tiada ulasan: