Jumaat, 15 Julai 2011

KITA LIHAT DAN TUNGGU SAJA...DAN BERDOA...SIBONGKAK..SISOMBONG...SITAKBUR..SIGILA KUASA...SIPENIPU...SIPUTAR...SIBELIT...MENERIMA HUKUM ALLAH....

Maklumat tak tepat, CTOS diperintah bayar RM200,000
Jul 15, 11 7:39pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) membayar gantirugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memberi maklumat kredit yang tidak tepat kepada dua buah bank.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid mengarahkan agensi pelaporan kredit itu membayar gantirugi tersebut dengan faedah sebanyak lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian seluruh jumlah penghakiman.

Dalam penghakimannya, Siti Khadijah berkata berikutan maklumat yang tidak tepat, Shafie Abdul Rahman, 55, selaku plaintif, mengalami kerugian dan difitnah.

Katanya mana-mana individu yang menjalankan perniagaan melibatkan individu yang lain harus mempunyai kewajipan untuk melaksanakan standard berhati-hati serta berkemahiran dalam urusan supaya tidak menjejaskan hak kebebasan asasi individu lain.

Saman fitnah yang difailkan pada 2006 ini adalah berikutan tindakan CTOS yang menyalurkan maklumat rujukan kredit kepada Affin Bank Bhd dan Bumiputera Commerce Bhd bahawa Shafie adalah seorang muflis.

Berikutan maklumat itu, Shafie gagal mendapatkan pinjaman untuk membeli sebuah apartmen walaupun beberapa kali menegaskan bahawa beliau bukan muflis seperti yang dinyatakan.

Katanya, isu muflis itu timbul ketika RHB Bank secara tidak sengaja telah memohon perintah kebankrapan terhadapnya. Berikutan itu, satu notis kebankrapan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 17 Januari 2003.

Setelah menyedari kesilapannya, bank itu segera meminta maaf kepadanya dan telah menarik balik perintah kebankrapan itu.

Shafie berkata beliau tidak pernah diisytiharkan muflis tetapi CTOS telah mengutip maklumat daripada notis kebankrapan yang awal yang memberi gambaran seolah-olah beliau tidak layak menjadi peminjam.

Sementara itu, dalam pembelaannya, CTOS berkata maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya, yang kebanyakannya institusi kewangan, hanya sebagai bahan rujukan.

CTOS juga berkata pelanggang mereka juga dinasihatkan supaya menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

- Bernama


Majlis peguam mahu laporan RCI Teoh didedahkan
Saw Yee Fung
Jul 15, 11
7:10pm

Dua tahun telah berlalu sejak 16 Julai, tarikh pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dijumpai mati di selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh juga telah menyerahkan laporan muktamadnya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun.

NONESetakat ini, laporan itu belum diumumkan kepada orang ramai.

Menurut wakil Majlis Peguam, Edmund Bon, “jika menjelang masa tertentu laporan suruhanjaya tidak diumumkan, Majlis Peguam akan mendedahkan laporannya (pada RCI itu)”.

Bon berkata demiian pada majlis memperingati ulang tahun kematian Teoh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam semalam.

“Selepas suruhanjaya diraja mendedahkan laporannya, kami (Majlis Peguam) akan mengeluarkan laporan kami, kemudian orang ramai boleh membandingkan kedua-dua laporan itu. Kami berharap kedua-dua laporan itu adalah konsisten,” katanya.

“Berdasarkan beberapa laporan suruhanjaya sebelum ini, kami dapati laporannya agak bagus. Jadi kami berharap perkara yang sama untuk kes Teoh.”

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk keluarga Teoh, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ahli parlimen Kepong Tan Seng Giaw, ADUN Teratai Jenice Lee dan ahli parlimen Subang R Sivarasa.


PPMM sokong pengharaman pusat hiburan
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jul 15, 11
6:34pm

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyokong penuh tindakan kerajaan PAS Kedah mengharamkan pembukaan pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan akan datang.

Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, larangan tersebut bertujuan menjaga kesucian agama Islam serta menggalakkan umat Islam beribadat dalam bulan yang suci itu.

"PPMM kesal dengan tindakan MCA dan DAP mempertikaikan larangan tersebut yang langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam di bulan yang suci itu," katanya.

Pada 13 Julai lalu, kerajaan negeri mengarahkan semua 13 jenis pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya Ramadan ini.

MCA dilaporkan menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan hak dalam perlembagaan terhadap bukan Islam.

Dalam kenyataan hari ini, Zainul Rijal mendakwa bantahan terhadap perkara itu memberi implikasi kepada kedudukan dan kesucian Islam sebagaimana termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Islam juga merupakan agama bagi semua negeri di Malaysia selain Sarawak sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri-negeri," katanya.

Katanya, PPMM berpandanganm segala kepentingan lain termasuk ekonomi hendaklah tidak mengatasi keluhuran perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

"PPMM juga menyembah takzim kepada ke bawah Duli Sultan Kedah sebagai ketua agama agar tidak berganjak dengan ketetapan bagi memelihara kesucian agama Islam," katanya.

Beliau juga menyeru kepada ahli-ahli politik yang lain khususnya Umno agar mengetepikan ideologi politik dan menyokong larangan tersebut demi memelihara kesucian agama Islam dan menjauhkan umat Islam dari gejala maksiat khususnya di bulan Ramadan.

"Perbezaan ideologi politik di kalangan umat Islam telah menjadikan umat Islam tidak bersatu walaupun dalam isu-isu Islam," tambah beliau.
Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!
Adakah UMNO akan mengadakan himpunan Halal utk memprotes keputusan kerajaan Kedah? Ulama2 CARMA mereka bagaikan syaitan bisu. Himpunan Bersih = Haram, Himpunan Disko = Halal.

Najib ulangi peserta BERSIH tidak dikasari
Jul 15, 11 12:20pm

Tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa mahupun dalam negara berhubung tindakan kerajaan menyuraikan peserta himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mempertahankan pendiriannya bahawa polis menggunakan tekanan minimum.Malah dakwanya, pihak berkuasa juga hampir tidak ada langsung hubungan fizikal dengan semua penunjuk perasaan.

NONEMenurut akhbar New York Times, Najib memberitahu sekumpulan kecil wartawan di London jika kerajaan membenarkan perhimpunan jalanan seperti BERSIH 2.0, negara mungkin berhadapan dengan ketidak-stabilan.

"Ketenteraman awam amat penting di Malaysia kerana jika kita benarkan demonstrasi jalanan, ia tidak akan berkesudahan, akan terdapat kumpulan lain yang mahu terus berdemo,” kata Najib selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Britain David Cameron semasa lawatan empat harinya ke negara itu.

Jika perhimpunan tidak dikawal, “anda akan menghadapi situasi di mana lebih banyak demonstrasi jalanan akan berlaku,” katanya.

bersih rally petaling street 090711Najib juga sekali lagi mempertahankan polis dengan berkata mereka menggunakan “tekanan minimun dan langsung tidak ada hubungan fizikal dengan peserta perhimpunan.”

Namun, Najib mengakui paling “maksimun 15,000" orang yang hadir pada rali 9 Julai itu, berbanding perangkaan polis sebelum ini yang mendakwa hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang hadir.

BERSIH 2.0, bagaimanapun mendakwa 50,000 yang menghadirinya

Usno mohon campur tangan Agong
Gary Louis Supi
Jul 15, 11
10:19am

Pertubuhan Baru Usno Sabah (Usno) memberi tempoh 14 hari kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjawap surat rasmi yang dihantarnya, baru-baru ini.

Kandungan utama surat rasmi itu meminta agar, pendaftaran Usno sebagai sebuah parti politik diberi kelulusan segera atau setidak-tidaknya diberikan jawapan sama ada permohonan berkenaan diluluskan atau ditolak.

Jika tiada jawapan, presiden Usno Datu Badaruddin Datu Mustapha berkata, mereka tidak akan teragak-agak untuk meminta Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan. Ini kerana dakwanya, layanan tidak adil telah diberikan kepada rakyat Sabah sejak awal lagi.

Beliau membandingkan usaha selama lima tahun untuk mendaftarkan pertubuhan tersebut sebagai parti politik tidak pernah berjaya, sedangkan Parti Makkal Sakti hanya memakan masa selama 60 hari untuk diluluskan oleh ROS.

“Kami mendesak pihak Barisan Nasional (BN) supaya berlaku adil dan saksama terhadap rakyat Malaysia yang berada di Sabah dengan mendaftarkan parti mereka, seperti mana pihak kerajaan dan ROS meluluskan parti politik di Semenanjung Malaysia, antaranya parti Makkal Sakti yang hanya memakan masa 60 hari untuk diluluskan.”

Sebelum ini, Datu Badaruddin merasakan peluang pertubuhan itu didaftarkan sebagai parti politik amat tipis dan mendakwa ia ada kaitan dengan kekhuatiran pihak tertentu akan kekuatan serta pengaruh Usno di Sabah yang kini keahliannya mencecah lebih daripada 100,000 orang.

Pihak jawatankuasa penaja Usno pada mesyuarat mereka baru-baru ini memutuskan akan menghantar memorandum kepada Seri Paduka melalui Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, sebagai tindakan selanjutnya.

Keputusan meminta campur tangan Seri Paduka dibuat demi memberi ruang kepada bekas ahli-ahlinya untuk berjuang semula melalui landasan politik yang wajar, dan bukan melalui pertubuhan haram, kata Datu Badaruddin sambil meminta kerajaan BN agar bersifat telus terhadap parti Sabah itu.

Menurut beliau lagi Usno bertekad menyertai pilihan raya umum ke-13 dengan apa cara sekalipun, termasuk melalui kelulusan sementara dan kelulusan khas kerana beranggapan suara demokrasi adalah penting.

“Perkara ini amat penting diambil perhatian agar suara demokrasi terus diamalkan di negara kita berdasarkan Perjanjian Malaysia yang menjamin hak rakyat di negeri Sabah, seperti mana yang dituntut oleh Presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha, melalui 20 Perkara pada tahun 1963,” ujar beliau.

Walaupun belum terdapat sebarang pakatan, sama ada daripada BN atau pembangkang, namun pihak Usno berikrar akan bekerjasama dengan parti-parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai matlamat serta tujuan yang sama dengan perjuangan Usno, bagi mendapatkan suaranya dalam negara demokrasi.

“Di sini kami ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa, parti Usno yang didaftar semula adalah parti untuk semua rakyat Sabah khasnya dan rakyat Malaysia amnya, dan tidak hanya untuk bumiputera negeri Sabah seperti mana parti kemerdekaan Sabah dulu,” katanya.

Beliau juga meminta agar ahli Usno dibenarkan menggunakan logo dan lambang sendiri bagi menghadapi pilihan raya nanti.

Sejak tahun 2006, permohonan menubuhkan Usno dalam bentuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah ditolak oleh ROS tanpa alasan munasabah. Ia hanya didaftarkan pada 26 Oktober tahun lalu sebagai sebuah pertubuhan.

Ketika ini, urusan pendaftaran Usno telah selesai di peringkat negeri dan sedang dirujuk di peringkat KDN untuk pertimbangan.

Tiada ulasan: