Sabtu, 30 Julai 2011

JANGAN TAKUT KALAU KITA TAK SALAH DAN TAK MENIPU...KALAU MENANG BERBALOI...BERMARUAH..ORANG TAK BOLEH KUTUK....

Harga getah diramal susut minggu depan
Jul 30, 11 11:45am

Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu depan di celah minat risiko yang lemah dan kemungkinan berlakunya kelembapan dalam pertumbuhan global berikutan masalah hutang Amerika Syarikat dan zon Euro, kata para peniaga.

NONE"Kebimbangan hutang di AS dan krisis yang semakin teruk dalam zon euro akan mengekang minat risiko yang sekali gus akan membataskan pengambilan pegangan," kata seorang peniaga.

Dari segi perkembangan yang positif pula, kerugian di pasaran getah boleh dihadkan di celah permintaan daripada belian dana ekoran spekulasi menyatakan penghantaran akan meningkat untuk sektor pembuatan tayar dan sarung tangan.

"Selain daripada itu, terdapatnya ura-ura yang China akan memulakan pembelian komoditi untuk mengukuhkan semula inventorinya di pusat dagangan getah Qingdao. Stok telah merosot kepada 70,000 tonne daripada 160,000 tonne sebelumnya.

NONEBerdasarkan perbandingan mingguan, harga tengah hari fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 naik 10 sen kepada 1,382.5 sen sekilogram, daripada 1,372.5 Jumaat lalu tetapi susu getah pukal susut 10.5 sen kepada 886 sen daripada 896.5 sen sekg sebelumnya.

Harga penutup tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 melonjak 12.5 sen kepada 1,381 sen sekg daripada 1,368.5 sen sekg minggu lepas sementara susu getah pukal turun lapan sen kepada 884.5 sen sekg daripada 892.5 sen sekg sebelumnya.

- Bernama

Ilyas Alnyalasi · UITM
Harga Getah akan Turun, CPO juga akan turut merudum kerana Tahun 2012 adalah juga D Ramalkan "Inflasi Dunia Meningkat.Oleh itu sama2 lah kita Berdoa agar mendapat Restu Allah untok Mengekalkan Tahap Harga Yang Ada Sekarang.
Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
tak delah duit raya nanti yes...... huhuhu
Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
apalak yes ni.....
Lawatan percuma zoo bagi rakyat usia 50 tahun
Jul 30, 11 10:27am

Rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tahun 1961 berpeluang mengunjungi Zoo Negara secara percuma mulai hari ini hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Ismail Hutson mengumumkan tawaran tersebut pada majlis makan malam ulang tahun Zoo Negara di Kuala Lumpur, malam semalam.

Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.

zoo negara, genericIsmail berkata Zoo Negara telah menyusun 15 program pendidikan yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan keluarga, antaranya ialah Negara Haiwan, Zoologi Muda (sekolah rendah dan menengah) dan Senior Zoologi (Pelajar Universiti) serta program pengembaraan dalam zoo.

"Sejak program itu dilaksanakan, lebih 100,000 pelajar sekolah dan universiti telah menyertai semua program yang dijalankan di Zoo Negara," katanya.

Katanya peruntukan kerajaan lebih RM8 juta yang diterima tahun lepas berjaya membangunkan penempatan baru bagi haiwan di Zoo Negara seperti gajah, cimpanzi dan babun serta pembesaran kompleks beruang.

Selain itu, beliau berkata Zoo Negara yang berkeluasan lebih 48 hektar itu telah menerima kira-kira satu juta pengunjung setiap tahun dengan 300,000 daripada pengunjungnya adalah kanak-kanak.

zoo negara, generic"Kanak-kanak umpama peguam bela untuk memelihara haiwan dari pupus pada masa depan, dengan itu, mereka adalah kumpulan sasaran utama kami," katanya.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail telah menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM250,000 bagi projek penambahbaikan Zoo Negara.

- Bernama




Biometrik daripada poket kuning rakyat
Muhammad Safwan Anang @ Talib
Jul 30, 11
11:07am

Saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan mengenai isu penggunaan sistem biometrik yang dicanang-canang akan digunakan dalam PRU-13 akan datang. Bahkan isyarat awal tergambar jelas apabila perdana menteri sendiri yang menyatakan akan meluluskan sejumlah peruntukan untuk perbelanjaan sistem ini akan datang.

Saya juga merasa tertanya-tanya apabila Perdana Menteri sendiri difahamkan berpendirian tegas dalam menyokong usaha menggunakan sistem yang belum ternyata telus ini.

Beliau dipetik menyebut:"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (dengan menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat."

Kerajaan seharusnya menerima cadangan yang lebih realistik dalam menangani isu pengundi hantu dan pengundi bertindih ( yang boleh mengundi lebih dari sekali ). Bahkan telah banyak bukti-bukti jelas yang menunjukkan lemahnya sistem yang sedia ada sekarang. SPR juga perlu telus dalam hal ini.

Malah Perdana Menteri juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, tidak adalah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Kenyataan sinis ini tidak sedikit pun akan memberi kesan kepada tuntutan rakyat selama ini. Ini bukan soal menang atau kalah, ini adalah soal prinsip keadilan yang kita tuntut.

Bahkan tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil dan telus bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

Kenyataan ini senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sering mempertahan bahawa mereka adalah badan yang bebas dan telus namun tidak pula sanggup akur dengan tuntutan rakyat yang selama ini memandang isu ketelusan SPR ini sangat berkait rapat dengan periuk nasi mereka. Pemerintah pula berjalan angkuh dengan permaidani merah mereka!

Bahkan mereka tanpa segan silu melabelkan pembangkang dan BERSIH 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik lapan tuntutan yang dibuat antaranya adalah penggunaan dakwat kekal dalam menangani masalah pengundi hantu.

Kita yakin, cadangan ini hanya dibakulsampahkan oleh pihak yang berkepentingan ini! Betapa jauh lebih rendah kos penggunaan dakwat kekal ini berbanding sistem biometrik yang ternyata akan menjangkau jutaan ringgit. Ia juga bakal dikaut daripada poket kuning rakyat!

Penulis adalah presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)



Umno lebih bahaya daripada Wahabi
Tuan Ibrahim Tuan Man
Jul 30, 11
11:02am

Keghairahan Umno melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

Umno dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulama muda Umno juga tergolong senarai pengganas?

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong BERSIH 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam Umno.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulama Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja membunuh kerjaya politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat

  • Hafizi Alias · Top Commenter
    Tidak menghairankan seandainya org2 bukan islam sekiranya menentang islam kerana belum menerima hidayah kebenaran (petunjuk dari Allah) Islam itu sendiri.

    Begitu juga penentangan yang wujud daripada org2 yang mendabik dada dan mengatakan bahawa 'aku org islam', negara ini "negara islam", menganggap islam ini hanyalah sekadar mengamalkan rukun islam yg lima, berarak dan berselawat sewaktu sambutan maulidur-rasul, bertilawah al-quran (kebangsaan/antarabangsa) dan beberapa contoh lain, walhal merekalah yg secara sembunyi/terang2an menentang keras agama Allah dan Rasulnya kerana belum terbuka pintu hatinya; hatinya mengandungi sifat2 mazmumah (mudah2han kita dipelihara Allah). mereka ini akan menolak islam sekiranya tidak secocok dengan hawa nafsu dunia dan "poket" mereka.

    Namun mutaakhir ini, semakin ramai org2 yg bukan islam, telah mula dan celik akan islam serta keindahan yg ada didalamnya.. mereka juga nampak dan cenderung kepada perjuangan islam itu sendiri.

    Mudah2han Allah membantu meramaikan den memperkukuhkan lagi pejuang2, pendokong2 dan penyokong2 islam yang syumul dan perjuangannya dan berjaya menghancurkan, memecah-belahkan perjuangan dan kesatuan golongan2 yang menentang agamaNya.
  • Ditindas Bn · Top Commenter · 51 years old
    Betul3!
  • Hj Masran Haron · Top Commenter
    Bgaimana seorg tokoh pas (Tuan Ibrahim) blh mengatakan umno lbih bahaya dri Wahabi? umno sbuah parti politic dan wahabi satu fahaman dlm ajaran islam. dgn tak scara langsung tuan ibrahim telah mengiktirap wahabi itu bahaya bila mengatakan umno lbih bahaya. adalah lbih baik menerangkan apakah itu wahabi supaya umat islam memahamiya atau tuan ibrahim sendiri tak tau apakah itu wahabi. penerangan tentang wahabi adalah lbih penting supaya umat islam tidak berperasangka buruk pd fahaman wahabi dari mengaitkan parti umno.

Hanya orang salah takut celup jari
Idris Ahmad
Jul 30, 11
10:53am

Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.

Beberapa keraguan penggunaan biometrik:

  • Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.
  • Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
  • Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.
  • Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
  • Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan eletrik.
Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Najib takut hendak menggunakan dakwat celup. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.

Penulis adalah ahli jawatankuasa PAS

Tiada ulasan: