Ahad, 10 Julai 2011

ALFATIHAH BAGI YANG PERGI...MENEMUI PENCIPTANYA...YANG DIZALIM DAN DIZALIMI BEGITU JUGA AKHIRNYA...AKAN DITANYA...DIHUKUM MENGIKUT AMALAN MASING2..

Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin
Harakahdaily

(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir)

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

(Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)

(Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)

(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)

(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)


(Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di surau untuk solat jenazah)

LAGI GAMBAR MENYUSUL



  • PM: Jangan salahkan polis atas kematian peserta Bersih...m'sian insider

    KUALA LUMPUR, 10 Julai — Pasukan polis tidak harus dipersalahkan atas kematian seorang penyokong perhimpunan Bersih 2.0 Baharuddin Ahmad, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

    Sambil berkata kematian Baharuddin disebabkan masalah kesihatan, Najib mempertahankan cara polis menangani perhimpunan semalam.

    “(Kematian dia) bukan kerana perhimpunan. Ia disebabkan (masalah) kesihatan. Tiada kontak fizikal (polis) dengan penunjuk perasaan,” kata Najib kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana anjuran Umno di sini hari ini.

    Laporan langsung dan saksi menunjukkan pihak polis terlibat dalam kontak fizikal dengan penyokong-penyokong Bersih dalam usaha menghalang perhimpunan gabungan itu.

    Polis melepaskan air dan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 2.0 dan kumpulan perhimpunan balas Patriot diketuai Pemuda Umno.

    “Saya bangga dengan apa yang dilakukan oleh polis semalam, (mereka) bertindak secara profesional.

    “Mereka (polis) mengambil berat tentang mereka yang ditahan, mereka berikan makanan percuma,” kata Najib.

    Lewat malam tadi, PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu.

    Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata, Baharuddin meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasa Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia petang semalam.

    Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan.

    Jenazah Baharuddin dikebumikan hari ini...

    PUNYALAH ZALIM NAJIB RAZAK....WOIT!! NAJIB... KALAU BUKAN KERANA TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA OLEH POLIS, MANA MUNGKIN ARWAH INI SESAK NAFAS DAN TERUS MENINGGAL DUNIA...DIFAHAMKAN KETIKA ITU TANGANNYA MASIH BERGARI DAN PIHAK POLIS ENGGAN MEMBUKANYA WALAUPUN DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN...NYAWA RAKYAT BAGI NAJIB LANGSUNG TIADA NILAINYA...DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA SANGGUP MELAKUKAN PEMBUNUHAN...LEBIH TERUK LAGI SANGGUP MEMPERTAHANKAN TINDAKAN ZALIM POLIS.....INGAT!!! NAJIB RAZAK....RAKYAT AKAN AJAR KAMU NANTI PADA PRU 13 NANTI...KITA BOLEH BERBEZA FAHAMAN POLITIK.. TETAPI BAB BUNUH MEMBUNUH RAKYAT AKAN BERSATU HATI...HANCUR.. HANCUR....HANCUR NAJIB....TAKBIR!!!............

Timbalan YDP PAS Gombak meninggal dunia
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Yang Dipertua PAS Gombak, Mohd Radzi Yusuf meninggal dunia diHospital Selayang awal pagi ini.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor difahamkan mengalami masalah paru-paru dan sudah terlantar sakit sejak beberapa minggu lalu.

Jenazah beliau kini dibawa ke kediamannya di Taman Selaseh, Gombak dan akan disolatkan selepas Zohor di Masjid Ar-Rahimah Greenwood.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sama pada Mei lalu.

Allahyarham juga pernah mengalami pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-parunya sebelum ini.


Mohamad Sabu, Mahfuz, Salahudin dibebas malam tadi
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kedua-dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub yang ditahan di balai polis Jinjang semalam dibebaskan antara jam 9.30 hingga 10.30 malam tadi.

Turut dibebaskan bersama mereka, Setiausaha Politik presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Mohamad ditahan polis semalam ditahan ketika sedang membonceng motosikal menuju ke perhimpunan Bersih 2.0 berhampiran Masjid Negara.

Motosikalnya didakwa dilanggar pihak polis sebelum beliau ditahan.

Beliau merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.

Mahfuz dan Salahudin pula ditahan ketika sedang berjalan di KL Sentral kira-kira jam 12.10 tengahari semalam, manakala Shamsuri ditahan bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga ketika berada di KL Sentral.

Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin sedang meneliti dari aspek undang-undang berhubung penahanan mereka.

Beliau mendakwa penahanan mereka bertentangan dengan perintah larangan Mahkamah Majistret yang menghalang mereka berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur tetapi tidak termasuk KL Sentral.

"Saya dah minta peguam untuk mengkajinya, dan kita tengok sama-ada kita boleh failkan saman atau tidak," katanya.

Kedua-dua mereka juga adalah termasuk dalam 91 nama yang dilarang berada di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur ekoran himpunan Bersih 2.0 semalam.

Dalam pada itu, kesemua 1401 orang yang ditahan pihak polis sepanjang perhimpunan Bersih semalam difahamkan telah dibebaskan selewat-lewatnya awal pagi tadi.

Mereka termasuk ahli jawatankuasa penganjur Bersih, pemimpin PKR dan DAP serta orang awam yang turut menyertai himpunan itu.


Semua tahanan Bersih 2.0 bebas malam tadi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Semua tahanan Bersih 2.0 telah dibebaskan oleh polis malam tadi, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang turut ditahan.

Mangsa terakhir yang dibebaskan adalah pada jam 10.30 malam termasuk para pemimpin PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang awal dibebaskan iaitu dihantar oleh polis jam 6.45 petang ke rumah penginapannya di Sentul.

Pemimpin PAS yang turut ditangkap adalah Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, Dr Dzulkefli Ahmad dan lain-lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, 1,401 orang telah ditangkap dalam perhimpunan Bersih 2.0 di sekitar ibu negara semalam.

Mereka ditangkap segenap tempat seluruh Kuala Lumpur.

Pasukan Peguam PAS sahaja mencatat 591 nama mereka yang ditangkap berdasarkan rekod mereka.

Ramai yang menganggarkan kira-kira 50,000 peserta berjaya masuk ke Kuala Lumpur semalam dengan ratusan ribu lagi dikatakan tidak dapat masuk.

Bandaraya Kuala Lumpur disekat dari dimasuki orang luar sejak jam 12 malam 8 Julai.

Semua kenderaan yang manghala ke pusat bandar dilencongkan keluar.

Kenderaan awam seperti komuter dan lrt dikatakan tidak berhenti di stesen yang terletak di tengah bandaraya.

Hanya motorsikal yang dikatakan berjaya mencelah masuk.


Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah (gambar) mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.

Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.

Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.


PAS adakan mesyuarat tergempar malam ini
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Para pemimpin PAS mengadakan mesyuarat tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini mulai jam 8.30 malam ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang antara membincangkan tentang pelbagai perkara berkaitan para pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan para peserta yang ditahan oleh pihak polis.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, mereka yang ditahan oleh pihak polis ekoran himpunan aman Bersih 2.0 hari ini berjumlah lebih 300 orang.

Menurut beliau, mereka yang ditahan itu termasuklah para pemimpin PAS yang terdiri daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan dua orang Naib Presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Katanya, turut ditahan, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin, manakala selebihnya adalah para peserta himpunan aman tersebut.

"Ekoran penahanan itu, tadi saya bersama Nurul Izzah dan Datuk Kamarudin Jaffar telah pergi ke IPK Kuala Lumpur dan berbincang dengan Ketua Siasatan Jenayah. Hasil dari perbincangan itu, kami dimaklumkan yang kesemua tahanan itu akan dibebaskan jam 9. 00 malam ini.

"Sekitar jam 7.30 malam tadi, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Ambiga telah dibebaskan, manakala beberapa orang pemimpin dan para peserta himpunan lain yang ditahan masih belum dibebaskan termasuk Mohamad Sabu.

"Disebabkan keadaan itu, kami memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti malam ini. Selain itu, saya juga terus berhubung dengan Ketua Siasatan Jenayah di IPK Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara itu agar kesemua tahanan dibebaskan segera," katanya ketika dihubungi malam ini.

Sehingga malam ini (sehingga berita ini ditulis jam 8.40 malam), menurut Syed Azman, kesemua peguam-peguam PAS yang bertugas masih berada di pelbagai lokasi bagi memantau perkembangan mereka yang ditahan.

"Sekiranya mereka tidak dibebaskan sehingga jam 9.00 malam ini, para peguam kita akan memikirkan tindakan lebih jauh untuk membawa perkara ini ke tengah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Beliau yang juga Adun Batu Buruk turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agak bertindak lebih rasional berhubung himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini kerana ia adalah kehendak rakyat.

"Para pemimpin PAS, Pakatan Rakyat, pemimpin Bersih dan orang ramai mengadakan demonstarsi aman yang tidak menyalahi undang-undang, tetapi kenapa mereka mesti ditangkap?

"Tindakan itu jelas tidak demokratik. Jadi Datuk Seri Najib perlu berfikir lebih jauh dengan tidak melakukan tangkapan ke atas para pemimpin PAS, Pakatan Rakyat, pemimpin Bersih dan orang ramai, di samping memahami aspirasi rakyat," katanya.

Jenazah mangsa gas akan dikebumi pagi ini
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

"Saya meminta semua ahli PAS datang beramai-ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kita kepada Allahyarham pagi esok," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0.


Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.

(Presiden PAS dibebaskan dengan cara polis menghantarnya ke rumahnya lewat petang semalam)

"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.

Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas


Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita.
Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!"

Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk berhimpun dengan aman kerana perhimpunan kita ini dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman," ucap Hatta dengan disambut gema suara orang ramai di sisi sekatan pihak polis untuk ke pintu stadium.

Walaupun dihalang dan bebertapa orang pemimpin kita telah ditangkap, menurut Hatta, kita tetap berjaya juga ke Stadium Merdeka dan ini jelas melambang kejayaan Bersih 2.0 hasil semangat perjuangan yang tinggi yang ada pada kita.

Setelah beberapa minit berhimpun dan berucap dengan diselang seli ucapan Hatta dan beberapa orang pemimpin Pakatan lain, Dr Hatta mengumumkan perancangan seterusnya untuk berhimpun pula di KLCC.

Dr Hatta kemudian terus memimpin perarakan menuju ke KLCC dengan pelbagai laingan termasuk hidup Bersih, reformasi, takbir, ucapan dua kalomah syahadah.

Mereka melalui Lebuh Ampang, tetapi tibu dekat Jalan Pudu, mereka sekali lagi ditembak berdas-das gas pemedih mata oleh pihak polis.

Ini menyebabkan mereka berpecah tetapi bersatu semula kemudiannya lalu meneruskan perarakan ke KLCC.

Dr Hatta muncul sebagai wira dan menerima ucapan tahniah dari orang ramai.





Tiada ulasan: