Dalam satu kenyataan, syarikat itu menganggarkan perbuatan pada kira-kira 10 malam tadi itu menyebabkan kerugian kira-kira RM100,000.
"Berikutan itu, talian 66 kilovolt Melawa-Inanam terpelantik pada 10.05 malam dan seterusnya mengakibatkan 26,308 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik. Antara kawasan terbabit ialah sekitar Tuaran, Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Teluk Sepanggar.
"Kerja pembaikan dan pemulihan bekalan dijalankan serta merta dan bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula 10.28 malam pada hari sama," menurut kenyataan SESB.
SESB memohon kerjasama orang ramai supaya menghubungi talian 15454 atau 088-282455 jika terlihat pihak atau individu yang mencurigakan berada di kawasan pepasang SESB.
- Bernama
Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.
"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.
Masih trauma
Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.
Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.
Katanya, tindakan keterlaluan polis cuba menyuraikan peserta BERSIH 2.0 tempoh hari boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.
"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.
"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.
“Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.
Pada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.
Turut hadir pada hari ini adalah peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Reporter : Menurut Fayyadh bodyguard Anwar kata, polis ingin tembak pemedih mata mencederakan Anwar.
KPN: Anwar itu siapa? dulu dia tumbuk mata sendiri jadi lebam , habis kata polis dera dia. Sekarang buat cerita balik.
Reporter : Ketika itu Tan Sri dalam jawatan apa?
KPN : 10 tahun lepas saya tukang usung tilam. susung Tilam naik mahkamah. Waktu itu pangkat tertinggi dalam SB. Kami siasat kes video tape Carcosa. dulu belum ada DVD lagi.
Reporter: Tan Sri, saya sudah jemu nak jadi reporter, ada peluang usung tilam kah? kalau ada saya nak usung juga , 10 tahun kemudian saya jadi KPN.
Dalam sidang akhbar PSM di Kuala Lumpur hari ini, peguam Edmund
Bon (dua dari kanan) - yang mewakili PSM6 mendedahkan kandungan afidavit tersebut.
Afidavit itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh penolong pengarah tahanan (D7B) di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat polis Bukit Aman, ACP Kamarul zaman Mamat.
Ia adalah jawapan kepada afidavit yang dikemukakan oleh ahli keluarga PSM6 untuk menyokong permohonan habeas corpus mereka, yang akan didengar pada hari Jumaat.
Dokumen tersebut dengan jelas menyatakan sebab-sebab penahanan enam aktivis PSM itu.
"...kerana saya percaya terdapat alasan-alasan bahawa pemohon pertama, pemohon kedua, pemohon ketiga, pemohon keempat,
pemohon kelima dan pemohon keenam terlibat sebagai penggerak kepada pertubuhan tidak berdaftar BERSIH yang telah menggerakkan gabungan kumpulan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) supaya orang ramai hadir Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9hb Julai 2011," kata ACP Kamarul Zaman Mamat.
Afidavit Kamarul juga berkata perhimpunan itu harus dielakkan kerana ia akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam serta boleh mengakibatkan gangguan terhadap kehidupan harian masyarakat yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, sehingga ramai orang awam membuat laporan polis menyatakan kegusaran mereka.
Bagi menyokong dakwaannya itu, ACP Kamarul berkata, perhimpunan pertama Bersih pada November 2007 telah mengakibatkan huru-hara, kemusnahan harta benda dan memudaratkan ketenteraman awam.
Menteri de facto Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
sebelum ini berkata enam aktivis PSM itu disyaki bertindak untuk memulihkan komunisme.
Bon berkata, afidavit itu membuktikan bahawa kenyataan Nazri adalah satu pembohongan.
"Semua ini adalah pembohongan kerana pihak polis sendiri tidak menyebut satu perkataan pun tentang komunisme, Chin Peng atau semua perkara mengenainya (dalam afidavit tersebut)," kata peguam tersebut.
Bon mendakwa, kerajaan menggunakan BERSIH 2.0 sebagai sebab yang mudah dan enam tahanan PSM itu sebagai kambing-hitam, hanya untuk mewujudkan keadaan seolah-olah darurat, untuk tidak menggalakkan orang ramai menyertai (perhimpunan) 9 Julai."
Sehubungan itu, kelima-lima bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM) itu kekal bebas daripada tuduhan cuba melakukan khianat dengan api dan melakukan pencerobohan jenayah dua tahun lalu.
Lima mahasiswa Keputusan itu dimaklumkan kepada seorang peguam mahasiswa berkenaan Zulhazmi Shariff yang hadir dalam pengurusan kes di pejabat timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Perkara tersebut disahkan oleh seorang lagi peguam mereka Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
"Pendakwaraya tidak berminat untuk meneruskan rayuan ini. Jadi tiada lanjutan (rayuan). Mahasiswa itu kini 100 peratus bebas, bersih dan suci," katanya.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 September lalu memutuskan tiada prima facie dalam kes itu.
Tertuduh - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - dituduh melakukan jenayah bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan Akademi pengajian Pengajian Islam UM pada 24 Jun 2009 kira-kira jam 4 pagi.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima bekas mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Kesemua mereka kini sudah menamatkan pelajaran masing-masing di universiti berkenaan.
Penyelesaian dibuat antara plantif - Nice Garden Sdn Bhd, dan Penaga Infra Sdn Bhd - bersama-sama dengan pengarahnya Datuk Seri Hasan Ayoub, dan Adnan Shah Che Yusoff, di hadapa Haki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham hari ini.
Peguam Nice Garden, Mohammad Fauzi Abdullah mengesahkan penyelesaian itu telah dipersetujui hari ini dan defendan akan membuat pembayaran dalam tiga bayaran sebelum akhir bulan Ogos.
Selain itu, ketiga-tiga defendan juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000.
Seorang lagi defendan, Abdul Samad Othman, seorang pengarah Infra Penaga, tidak diwakili sebelum ini dan penyelesaiannya dengan plaintif masih belum selesai. Beliau diwakili peguam Ahmad Fariz Mohamed, dalam prosiding hari ini.
Hakim Singham menetapkan 11 Ogos untuk pengurusan kes Abdul Samad dengan Nice Garden.
Untuk itu, kata Nazri, satu sidang akhbar akan diadakan di bangunan Parlimen pada jam 2.30 petang esok.
"Saya akan buat pengumuman (esok) dan tidak boleh dedahkan apa-apa sekarang," katanya kepada Malaysiakini.
Terdapat khabar angin mengenai kemungkinan pengumuman itu dibuat esok dan laporan itu akan dijual kepada orang ramai pada hari Jumaat.
Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.
Ekoran itu, satu Inkues diadakan di hadapan koroner Mohd Azmil Muntapha Abbas yang membuat keputusan terbuka terhadap punca kematian Teoh.
Berikutan itu, suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat punca kematiannya dan juga menyemak semula prosedur siasatan SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan