"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.
Maziah juga meminta polis menyiasat semula kes itu berikutan pendedahan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menulis di blognya bahawa seorang pegawai SPRM mengarahkan penolong pengarah Kastam itu berdiri di kaki lima tingkap bilik pantri sebagai 'hukuman' kerana menukar pengakuannya dalam kes rasuah yang disiasat.
Dakwanya, apa yang berlaku semasa inkues sekarang sama seperti yang didakwa oleh Raja Petra.
Raja Petra mendakwa pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'
Kata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.
Tulisnya lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.
Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.
Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.
Kira-kira 500 orang hadir bagi membuktikan solidariti mereka kepada peguam berusia 55 tahun yang diupah oleh Suaram dan NGO hak asasi manusia yang lain.
Bourdon dan pasukannya diupah bagi membawa kes pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia di mahkamah di Perancis.
Antara penceramah pada majlis makan malam semalam adalah ahli parlimen PKR - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu) - dan juga kartunis Zunar.
Semua mereka membidas tindakan kerajaan BN yang mengusir peguam itu pulang malam semalam selepas menahannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.
Nurul Izzah berkata pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Najib Razak.
“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil (mengusir Bourdon).
"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," katanya.
Seperti Burma
Beliau bagaimanapun kesal kerana tidak berpeluang bersemuka dengan peguam hak asasi yang tersohor itu.
Bagi Tian Chua, tahanan ke atas Bourdon mengimbas semula ingatannya terhadap apa yang terjadi kepada bintang Hollywood Malaysia Datuk Michelle Yeoh. Pelakon itu pernah disenarai-hitamkan oleh junta tentera Myanmar kerana berlakon sebagai pejuang pro-demokrasi negara Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya.
“Sedih saya katakan, tindakan (kerajaan Malaysia) ini telah membawa kita ke tahap seperti Burma,” katanya.
Sementara itu, Zunar pula mempersoalkan mengapa Bourdon dilarang masuk ke negara ini untuk bercakap mengenai kebenaran sedangkan Najib pula bebas ke luar negara menyampaikan maklumat yang tidak tepat.
“Mengapa Bourdon tidak boleh ke mari dan memberitahu kita perkara yang sebenarnya, sedangkan perdana menteri kita boleh ke luar negara menyebarkan pembohongan?” soalnya.
Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang didakwanya tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.
Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.
Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.
"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama tiga hari,” katanya.
Kutip RM200,000
Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.
Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis.
Walaupun tanpa kehadiran Bourdon, majlis makan malam itu berjaya mengumpulkan lebih RM200,000.
Wang itu antaranya diperolehi melalui lelongan lukisan Zunar bertajuk 'Scorpene in Yellow Land' yang berjaya mengutip RM4,000 dan sebuah kek berupa kapal selam yang dijual pada harga RM650.
- Muhd Imran Abd Razak · Pengulas Tertinggi · University of MalayaLumrah alam, lambat atau cepat kebenaran pasti akan terbongkar akhirnya.
Kawan-kawa sekelilingnya sedar akan minatnya yang mendalam terhadap pengajian kimia, dan dia adalah murid kesayangan profesor Fakulti Kimia.
Namun, naluri telah mendorong beliau untuk melupakan cita-cita peribadi tetapi menjebakkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang menuntut bukan sahaja perjuangan tetapi juga pengorbanan bagi menegakkan hak asasi golongan terjejas dan keadilan golongan pekerja.
Sepanjang tempoh kerja sepuluh tahunnya yang lalu, bermula dengan kerjaya dengan sebuah pertubuhan hak asasi sehingga beralih ke Parti Sosialis Malaysia, tidak pernah saya terdengar beliau menimbulkan soal ganjaran yang diberikan kepadanya.
Apa yang saya perhatikan, beliau masih menunggang motorsikal lama yang digunakannya sewaktu di universiti dulu. Pakaiannya juga tidak banyak berubah - seluar jeans yang sama dan kemeja-T dengan cetakan tema hak asasi manusia atau demokrasi. Beg usang yang digalasnya juga amat sukar boleh dijumpai lagi atau dibeli di pusat membeli-belah besar hari ini, manakala selipar yang mengalas tapak kakinya pula boleh didapati di kebanyakan pasar malam.
Pernah semasa bersembang dengannya, Chon Kai memberitahu: “Gaji saya bulan ini sudah hilang.” Setelah ditanya lanjut, dia beritahu bahawa gaji yang diisi di dalam sampul surat dan terletak di pusat perkhidmatan tempat dia bekerja sudah hilang.
Pusat perkhidmatan itu selalu dikunjungi orang ramai yang datang meminta bantuan. Jadi saya tanya, “Engkau tak sebut pada siapa-siapa dan cuba tanya sama ada orang terambil?” Dia hanya memberi senyuman tawar dan mengangkat bahu sambil mengelengkan kepala.
Apa yang telah hilang baginya tidak perlu diperpanjangkan. Bagi orang sepertinya wang bukan segala-galanya.
Sesungguhnya Chon Kai cukup 'mencintai' kerjanya. Peluang berkhidmat kepada rakyat, khususnya golongan miskin dan terpinggir cukup bererti baginya. Bagi dirinya, adalah satu kejayaan jika beliau mampu meningkatkan kesedaran orang ramai dan menggerakkan proses demokrasi.
Muzik alternatif
Jejaka ini selain menghabiskan sebahagian besar masanya dalam penyelidikan sejarah pembangunan masyarakat juga gemar menulis komen tentang isu-isu semasa. Pada waktu terluang dia suka berkongsi dengan kawan-kawan tentang muzik dan wayang gambar yang bukan dari aliran utama. Di blog atau laman internet peribadinya, terdapat banyak puisi, nota pelancongan dan ulasannya tentang wayang gambar berkenaan.
Sebenarnya, dia sudahpun menjadi ahli yang aktif dalam menganjurkan anugerah kesusasteraan semasa tahun pertamanya di USM. Ketika kami bergelak tertawa dan bermain-main dalam kumpulan, dia pula menumpukan perhatian membaca buku Ling Shan atau Gunung Jiwa yang telah memenangi Hadiah Nobel dan ditulis oleh Gao Xingjian.
“Memang mengagumkan,” kata kami.
Tabiat membaca tidak pernah lekang bagi Chon Kai. Pernah kami nampak dia membaca di atas motorsikalnya ketika menunggu rakan untuk dihantarnya dalam aktiviti kampus. Sedikit masa lapang yang ada akan dicurinya untuk menikmati pembacaan.
Pendedahan pengalaman sebenar dalam kerja-kerja kemasyarakatan banyak membuka matanya dan mengukuhkan pedomannya dalam menentukan hala tuju diri. Dia percaya akan masyarakat sivil dan berpendapat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk mengejar kebebasan dan keadilan.
Dalam perhimpunan yang disertainya, besar atau kecil, dia kerap kali mengunakan kameranya untuk merakamkan wajah rakyat jelata yang sedang berjuang menuntut hak mereka. Kadang-kadang dia menghadiri persidangan antarabangsa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas keperluan dalam kerjanya. Ada masanya dia terpaksa menceluk saku bagi menghadiri forum hak asasi manusia yang diminatinya.
Durian Balik Pulau
Dia pernah meminta bantuan daripada kawan-kawan malalui Facebook, “Siapa boleh pinjamkan duit kepada saya untuk beli tiket kapal terbang? Saya akan pulangkan secara beransur-ansur selepas kembali dan mendapat gaji saya.”
Begitulah cara beliau meninggalkan jejaknya di merata tempat di luar negeri. Dalam perjalanannya dia tidak lepaskan peluang untuk mengesan jejak perjuangan berhaluan kiri. Keberahiannya terhadap keadilan tidak pernah kurang hangatnya walaupun pada musim sejuk.
Kini, Chon Kai telah ditahan lebih 20 hari di bawah Ordinan Darurat, setiap satu hari adalah tempoh panjang yang menyeksakan! Dia dituduh cuba menghidupkan semula fahaman komunis dan menggulingkan sistem beraja.
Tuduhan yang tidak masuk akal dihamburkan dengan begitu sahaja. Ia bukan sahaja merampas kebebasan dirinya, tetapi juga meragut kasih seorang ibu tua untuk bermanja dengan anaknya itu.
Kenapa pada abad ke-21 ini, masih wujud undang-undang zalim sebegitu yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Mengapakah masyarakat kita boleh bersabar dengan perkara yang tidak munasabah ini?
Musim durian ini mengingatkan saya tentang kawan ini yang gemar akan durian tetapi dia sedang dikurung dalam 'ruangan' yang sempit itu, malah dia dikurung secara bersendirian.
Saya berharap dia sempat menikmat beberapa ulas isi buah yang kekuning-kuningan di Balik Pulau sebelum musim durian ini berakhir.
Penulis adalah bekas pengerusi Persatuan Bahasa Tionghua, USM, 2001/02, semasa Choo menjadi setiausaha agung persatuan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan