Aziz Muda | ||||||||||
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Akhbar rasmi PAS, Harakah, mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan RM1,000 seorang kepada 6 keluarga aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan oleh pihak polis di bawah Ordinan Darurat (EO) sejak 12 hari lalu. Sunbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim yang mewakili 6 keluarga tahanan terbabit. Menurut Ahmad Lutfi, sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga tahanan yang mengalami pelbagai kerumitan sejak mangsa ditahan oleh pihak polis. "Wang sumbangan tersebut adalah dari Tabung Bantuan Mangsa ISA yang telah diujudkan oleh Harakah sejak 4 tahun lalu sumbangan ahli-ahli PAS," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut. Majlis ringkas itu diadakan sempena himpunan aman dan penyerahan memorandum kepada pihak polis bagi mendesak pihak polis membebaskan segera 6 tahanan tersebut anjuran PSM di hadapan Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, di sini, semalam Sehingga kini, menurut Lufti, Harakah menerusi tabung tersebut telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada beberapa keluarga mangsa ISA bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka akibat tahanan akta zalim itu. "Sumbangan yang dihulurkan kepada keluarga tahanan EO pada hari ini pula, walaupun mangsa-mangsa terbabit bukan tahanan ISA, tetapi masih dalam skop itu juga kerana kedua-dua undang-undang itu adalah undang-undang zalim yang menyebabkan mangsa-mangsa ditahan tanpa bicara. "Ini bermakna, sumbangan yang dihulurkan oleh kami itu adalah mengambil semangat ISA yang ditentang bersama oleh PAS, Pakatan Rakyat dan rakyat di tanah air kita," katanya. Tidak dapat dinafikan, tegasnya, keluarga mangsa EO dan ISA mengalami pelbagai kerumitan sekiranya seseorang itu ditahan di bawah undang-undang tersebut. "Mereka yang terbabit pasti memerlukan bantuan dari pelbagai sudut oleh pelbagai pihak termasuk dari segi kewangan. "Menyedari hakikat itulah, Harakah mengambil inisiatif menubuhkan tabung itu bagi membolehkan mangsa dan keluarganya dibantu dari sudut kewangan walaupun tidak seberapa demi membantu meringankan bebanan hidup mereka," ujarnya. Sempena menyambut Aidilfitri nanti, jelasnya, Harakah menerusi tabung tersebut akan turut mengambil inisiatif untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang mengalami kerumitan hidup akibat akta tersebut.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 24 Julai 2011
JANGAN KITA MENAFI APA YANG KITA BENAR BUAT...MENANG DUNIA...BUKAN BERERTI MENANG DIAKHIRAT....YANG MENIPU TETAP DIHUKUM...
Harakah bantu keluarga tahanan EO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan